Halaman

Ahad, 28 Oktober 2012

MENJAGA IBU DAN BAPA

Amat beruntung sesiapa yang masih ada ibu dan bapa yang sudah lanjut usia.Mereka dapat melihat dan berkasih sayang dengan ibu bapa tersebut hingga kini.Ramai orang tak berkesempatan untuk menjaga dan bersama dengan ibu atau bapa.Mungkin ibu dan bapa meninggal dalam usia yang muda.Atau tak sempat bersama dengan ibu bapa semasa mereka masih hidup lagi.

Walau bagaimana pun ramai agak rasa tertekan menjaga ibu atau bapa yang sudah lanjut usia.Antara faktor yang membuatkan anak-anak terasa tertekan untuk menjaga atau melayan mereka ialah:

1. Kesihatan
    Apabila ibu atau bapa sakit atau terlalu tua, banyak perhatian yang perlu diberikan kepada mereka.Tambahan pula karektor mereka akan kembali keanak-anakan dan ini mengundang rasa tidak selesa anak-anak.Menjaga mereka perlukan kesabaran dan keikhlasan.Kenang kembali jasa baik mereka dan kasih sayang terhadap mereka seikhlas mungkin.

2. Kerenah ibu atau bapa
    Ibu atau bapa yang lanjut usia mengalami masalah ingatan atau karektor yang mungkin mengelirukan anak-anak.Maka hendaklah menangani setiap masalah dengan mereka dengan penuh berhemah dan beradap.Kebanyakan orang tua suka dilayan walaupun permintaan mereka kadang-kadang amat ganjil dan menekan hati kita

3. Kerjaya terganggu
    Bagi golongan yang berkerjaya, menjaga ibu atau bapa amat mencabar.Sikap semasa bekerja dan melayan mereka tak patut disamakan.Sebenarnya kerjaya kita akan menjadi lebih berkat jika kita melayan dan menjaga ibu atau bapa dengan baik.Kerja boleh dicari dan disesuaikan.Ibu atau bapa tiada galang ganti.

4. Tanggung jawap yang banyak
    Tanggung jawap ini termasuklah juga tanggung jawap terhadap anak-anak dan menjaga keluarga.Jangan menganggap menjaga ibu atau bapa sebagai beban.Sebaliknya bijak-bijaklah menyusun rancangan penjagaan dan lebih teratur.

Membiarkan ibu atau bapa tanpa penjagaan yang baik berdosa besar.Terang-terang kita akan tergolong dengan kelompok Si Tanggang Moden.Penjagaan mereka lebih menekankan soal perasaan dan komunikasi yang baik.Kebanyakan ibu bapa yang lanjut usia bukan perlukan kemewahan atau wang ringgit melimpah ruah.Tetapi perhatian dan layanan yang baik menjadi harapan dan kesenangan mereka.

SIAPA YANG PATUT MENJAGA MEREKA?

Jika anak tunggal maka tanggung jawap itu 100% tanggung jawap anak tersebut.Bagi yang mempunyai ramai anak maka tanggung jawap itu jatuh kepada setiap anak-anak tersebut.Setiap anak perlu memikul tanggung jawap itu dengan kerjasama yang baik tanpa rasa cemburu atau berkira.Bagi anak-anak yang bijak, mereka menyusun jadual penjagaan ibu atau bapa itu dengan sama rata.Mungkin setiap boleh menjaga setahun demi setahun.Dan kos biaya pun perlu dilakukan dengan saksama.

Jangan hanya mementingkan diri sendiri.Ingatlah satu hari kita pun akan tua.Adakah kita sanggup dipinggirkan oleh anak-anak seperti yang kita lakukan sekarang.Gambaran masa tua kita akan tercorak atas tindakan kita terhadap ibu atau bapa ketika ini.

Jangan menyerahkan tanggung jawap itu kepada hanya seorang saudara kita sahaja.Mungkin saudara kita juga ada impian dan cita-cita tersendiri.Tapi demi menjaga hati ibu dan saudaranya dia sanggup berkorban.Amat rugi orang yang tak ambil kesempatan menjaga ibu atau bapa mereka selagi masih hidup.Besar pahala tu.

Ada setengah pendapat mengatakan bahawa anak lelaki yang patut menjaga ibu mereka.Kerana kononnya anak lelaki kepala waris.Mungkin juga mereka memandang bahawa isteri anak lelaki akan patuh taat kepada suaminya.Tetapi dari sudut keselesaan anak perempuan lebih layak menjaga ibu mereka.Suaminya pula layak menerima mertua perempuan tersebut.Lagi pun jika ibu tua tersebut sakit atau lemah maka amat sesuailah anak perempuan yang membantu berak kencingnya.Anak lelakinya tentu tidak sesuai dan patut walaupun aurat ibu tersebut tidak terbatal.

Sejak kebelakangan ini ramai orang mengelak untuk menjaga orang tua mereka atas alasan-alasan di atas.Kebiadapan mereka itu amat merugikan mereka sendiri.Sukar untuk menjadi anak soleh kalau tak sudi jaga mak bapa sendiri.

Kenangkan kembali bagaimana ibu bapa mampu menjaga anak yang ramai.Tak patut anak yang ramai tak mampu menjaga seorang ibu atau bapa.Satu hari setiap orang akan jadi tua.Jika buat perkara yang tidak baik kepada mereka pasti perkara tersebut akan jatuh ke batang hidung sendiri.

Berbalik kepada sikap atau kelakuan ibu bapa yang mengelirukan hati kita ini.Bahkan sampai menimbulkan perasaan marah dan sakit hati.Kita perlu bersabar. dan tenang.Mungkin semasa kecil dulu kita adalah anak yang kerap menimbulkan sakit hati ibu bapa dan kifarahnya kembali kepada kita.

Sesuatu yang patut kita kawal ialah jangan marah atau berdendam dengan mereka.Bila perbalahan timbul, syaitan akan mencelah dan akan membuatkan rasa sakit hati ibu bapa kita.Memang syaitan sedaya upaya akan menghasut anak adam supaya anak-anak jadi durhaka kepada ibu bapanya sebelum ibu bapa menutup mata.

Terimalah seadanya ibu bapa kita.Kerana kita adalah zuriat kesayangannya yang telah ditaqdirkan.Tak ada makna hidup tampak bahagia tetapi mengguris hati ibu terutamanya dari sudut yang sangat terpencil.

INGATAN SEBAGAI RENUNGAN

1. Ibu atau bapa itu bapa atau ibu siapa?
2. Gembirakan hati kita dikala ibu sunyi dan perlu anak disisi
3. Jangan menzalimi saudara kita yang banyak berkorban untuk ibu bapa kita
4. Satu hari kita akan melalui masa tua
5. Ambil peluang keemasan dalam hidup iaitu jagalah ibu dan bapa yang sudah lanjut usia
6. Takkan berjaya anak yang bijak mengelak daripada menjaga ibubapanya
7. Apa nak jadi dengan diri anda?





SAYANGKAN IBU BAPA?BUKTIKANLAH ........



ISTANA ITU MUNGKIN MUSNAH

Terbit fajar belum tentu indah
Warna pelangi bukan pengukur cahaya
Tersirat di hati tiada umpama
Kata-kata hanya penghias bahasa

Bukan milik kita segalanya
Yang memberi Maha Berkuasa
Yang Maha Bijaksana
Menentu segalanya

Jangan ditangiskan barang yang fana
Umpama cahaya terbenam dibalik bayang hitam
Nur Ilahi meliputi segalanya
Namun sabar itu anugerah kurnia

Alam luas milik tuhan
Bumbungnya langit lantainya bumi
Bukankah itu satu anugerah
Memberi makna tersurat dan tersirat
Dek 7 pancaindera yang mengerti
Nyawa dikandung tandakan sedia
Maut menjelma bukan upaya

Permintaan itu terlalu kecil
Tersembunyi hikmah dan barakah
Mungkin bisa namun siapa tahu rahsianya
Selamat atau bala siapa yg mengunci
Jauh sekali mengetahui taqdir Ilahi

Langkah kecil ini masih jauh lagi
Menitip denai-denai yang beronak dan berduri
Bagai alam menyambut mengerti
Hati menjunjung kitab yang suci
Tangan mengapai menyeru yang pasti

Pasrah dan redha
Subhanallah ......
Tuhan tetap menemani  ...

Nukilan
Asofisalle
28.10.2012

Jumaat, 21 September 2012

KISAH BUNGA LAGI

Bunga itu cantik dan indah.Saya suka melihat bunga kerana kagum dengan kecantikannya.


Bunga jejarum hutan


Bunga kertas putih merah jambu
Bunga kertas berwarna sebegini menenangkan hati memandangnya.

Bunga raya oren
Cantik sungguh bila bunga raya oren difotokan,Saya suka dengan warnanya.

SUBHANALLAH.ALAM TUHAN AMAT INDAH.KEMBALILAH KITA SELALU MENGINGATI TUHAN YANG MENJADIKAN

Selasa, 18 September 2012

KAEDAH ILMU FIKIR

Pelbagai kaedah ilmu yang menarik banyak dipaparkan oleh golongan ilmuan bagi merangsang minda dan mengingati fakta-fakta ilmu.Kadang-kadang seseorang itu suka berkongsi dan gembira bila kaedah dan praktik ilmu yang diamalkan dapat membawa keuntungan kepada banyak pihak.Namun ada juga yang suka menyimpan rahsia penguasaan ilmunya dengan merahsiakan kerana perkara ini akan merugikan dirinya pula.Sangkaannya lah.

Setiap manusia mempunyai kaedah mengusai ilmu mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing.Setelah menemui jalan yang sesuai maka masing-masing akan memraktikkannya secara berterusan dan muncullah istilah bijaksana.Tapi ada juga orang yang memang mempunyai daya fikir yang istimewa dan mampu berfikir tahap luar biasa.Tak kurang juga ramai yang menghadapi masalah lembab bertindak dalam kaedah fikir yang boleh mengganggu rangsangan otaknya

Pada saya setiap manusia tetap dianugerahi tahap fikir dan nilai ilmu berbeza-beza.Sifat terbuka dan mengakui kelemahan masing-masing serta mengakui pula kelebihan seseorang amat dipuji.Seseorang itu mungkin tidak bijak bila megah dengan pendapatnya tanpa mengambil kira pandangan orang lain.

Di bawah saya ingin berkongsi beberapa kaedah ilmu yang unik mudah-mudahan kita dapat manafaat bersama. Diantaranya ialah:

Pandangan dan Fikiran




Jika nombor-nombor di gambarajah di atas mewakili beberapa orang individu maka pandangan masing-masing pasti tidak sama.No.1 dan 2 banyak  tertumpu warna putih manakala 7 dan 8 warna hitam.Nombor lain dapat melihat warna putih dan hitam dengan kadar berbeza-beza.Maka akan ada perbezaan pendapat pada pandangan masing-masing.

1.Bolehkah mana-mana pihak menyalahkan orang lain mengikut pandangannya?
2.Adakah pandangan masing-masing paling tepat?
3.Patutkah menerima pandangan orang lain dan menerima juga pandangan kita?
4.Yang mana satu pandangan paling tepat dan betul?
5.Adakah mempertahankan pandangan sendiri menunjukkan bijaknya seseorang?
6.Adakah menerima pandangan orang pula tanda kebijaksanaan seseorang?
7.Patutkah menidakkan pandangan seseorang?
8.Dan banyak lagi persoalan yang kita boleh timbulkan atau kita jawap pula.

Melalui pandangan seseorang pun berbeza-beza pandangan.Melalui fikir jua lebih unik dan penuh dengan kepelbagaian tanpa had.Melalui rasa manusia sukar menjangka apa yang akan dihurai atau yang akan dikata seseorang.Belum lagi kita hurai rahsia hikmah kepelbagaian ini.

Begitu jua lah sehari-harian kita berbicara.Penuh pandangan dan perbezaan pendapat.Maka muncullah perselisihan pendapat,berbeza fahaman,perbahasan dll.Bahkan kadangkala emosi menguasai fikir dan rasa itu lalu wujudlah perkelahian dan permusuhan.

Bagi seorang Islam maka perbezaan pendapat hendaklah dirujuk kepada Al Quran dan Hadith.Rujukan ulamak melalui qias dan ijma` dapat memberi jawapan dalam beberapa persoalan agama.Namun perbezaan itu juga telah menimbulkan pelbagai fahaman yang kemudian membawa beberapa kesan buruk kepada ummah.

Adakah perbezaan pandangan dan fikiran ini membawa keuntungan atau keburukan?Di dunia takkan dapat keputusan.Yamg Maha Adil akan menentukan keputusan sebenar.

Apa yang penulis ingin kongsikan dengan pembaca bloq ini ialah betapa manusia penuh dengan pandangan dan pendapat masing-masing.Angguk belum tentu setuju.Diam belum tentu dungu.Bicara belum tentu tahu.Sijil bukan penentu bijaksana.Pandai belum tentu tidak tertipu.Alim belum tentu faham.Hebat belum tentu selamat.Lemah belum tentu kecewa.

Semua manusia ada hak untuk mengeluarkan pandangan dan fikiran.Banyak bapa tak mahu mendengar pandangan anak kerana sifat egonya.Ramai pemimpin tak mengendahkan suara pengikutnya.Begitu juga kalangan orang agama lebih gemar mengeluarkan katanya tanpa mendengar kata orang lain.Asyik bercerita pandangan sendiri jangan lupa telinga sendiri mendengar atau tidak.Fahamkah apa ceritanya?

Satu yang melucukan ramai orang yang memberi pandangan atau nasihat tanpa melalui saat-saat derita seseorang itu.Akhirnya jawapan sekadar menjadi teori yang mungkin diguna pakai atau tidak.Ramai juga suka bercerita dengan fikir dan rasa masing-masing berdasar akal minda sahaja.

Jadi bagaimana untuk kita berbicara atau memberi kata-kata yang baik?
Maka kembalilah kepada jalan agama.Rujuklah lagi pelbagai jalan fikir dan adab Islam yang kadang-kadang boleh kita perolehi secara terang-terangan atau mungkin tersembunyi bergantung kepada kurnia Allah Taala.

Masih banyak lagi rahsia Al Quran belum terbongkar.Secara ilmiah ramai cendiakawan Islam telah menghuraikannya.Namun rahsia itu tak pernah kan habis.

Jika anda nak merasainya, cuba amalkan setiap hari pandanglah Al quran sekurang-kurangnya 3 kali(kalimah-kalimah dalam al quran).Amalkan selam 40 hari dan rasakan apa yang menarik telah anda temui.Mohon kepada tuhan petunjuk hidayah selalu.Saya sekadar menganjurkan.Permohonan anda kuasa Allah memakbulkan.

FIKIRKANLAH AKAN NIKMAT ALLLAH,JANGAN ENGKAU FIKIRKAN TENTANG ZAT ALLAH

Ahad, 16 September 2012

ALLAH MENGUJI KITA

Kehidupan kita tak pernah lepas daripada ujian dan dugaan.Pelbagai ujian akan kita tempuhi.Semakin kita nak melakukan perkara baik semakin banyak dugaan dan rintangan.Semua itu untuk menguji kesabaran dan keikhlasan kita.Diantara bentuk ujian dalam hidup kita ialah:

1. Sakit    - samada diri kita, keluarga dll
2. Miskin - kekurangan wang belanja, terdesak dengan keperluan harian, terjebak dengan hutang
3 Dihina orang
4.Fitnah manusia
5.Dll

Apabila kita menerima ujian tersebut maka fikiran kita terganggu dan memberi kesan kepada kesihatan.Namun sebagai seorang Islam kita patut bersabar dan redha.Redha dengan ujian tersebut dan tidak bertindak dengan langkah yang tidak wajar.Ketika menghadapi dugaan iblis syaitan akan membakar api dendam setelah kecewa melampau telah muncul.Seterusnya akan berlakulah perkelahian, pertengkaran atau cuba mencari ketenangan dengan jalan yang salah.

Bagi menghadapi permasalah atau dugaan tersebut eloklah sebagai seorang Islam, kita memperbanyakkan membaca al quran dan berzikir.Serulah nama tuhan samada secara terang atau sembunyi.Tuhan mendengar bisikan atau suara hambanya yang merayu kedukaan.

Kaedah lain yang patut dilakukan ialah dengan ucap kata rayu, mohon pertolongan kepada tuhan.Antara lafaz kata yang wajar seperti berikut:

1.Ya Allah,ya tuhanku.Tolonglah aku hambamu yang sedang berduka.Limpahkan kekuatan kepada hambaMu yang lemah ini bagi menghadapi dugaan ini.Tolonglah wahai tuhan yang aku cintai.Tolonglah ya Allah.

2.Ya Allah.Wahai tuhan yang menguasai hamba.Hambamu ini hanya berpaut kepadaMU dalam menghadapi perkara ini.Bukakan jalan penjelesaian dalam masalah ku ini.

3. Ya Allah ya tuhanku.Aku redha dengan ujian dari MU.Aku pasrah kepada di atas segalanya.Namun limpahkanlah sedikit kekayaan daripada kekayaanMU yang meliputi 7 petala langit dan 7 petala bumi.Engkau Maha Adil lagi Maha Mendengar.Tolonglah hambaMU yang kesempitan ini.

Banyak kalimah-kalimah doa yang boleh kita rujuk daripada al quran dan hadith Nabi Muhammad SAW.Bahasa-bahasa yang indah itu boleh diguna pakai ketika kita berdoa,merayu,bermunajat kepada Allah Taala.Lafaz-lafaz yang terkeluar daripada lisan kita hendaklah jelas,terang didengar oleh kita sendiri.Elakkan mengeluarkan suara yang boleh menimbulkan fitnah atau sangkaan buruk orang terhadap kita.Kaedah sufiah ini telah lama diamalkan oleh orang-orang terdahulu bagi membina rasa cinta kepada Ilahi dan menguatkan iman seseorang.

Elakkan ketika berdoa mengatakan dengan lafaz-lafaz :
1. Mempertikaikan qadha dan qadar yang telah di tentukan oleh Allah.Contoh:"Kenapakah aku ditimpakan akan bala ini?" dan sebagainya.Kata-kata tersebut seolah mempertikaikan kekuasaan Allah dan boleh membawa kepada syirik khafi.

2. Mengucapkan lafaz kata dengan bahasa yang tidak jelas.Lebih mirip kepada merepek atau merapu.Seolah-olah berdoa dan munajat itu menunjukkan rasa main-main

3.Tidak dimulakan dengan istighfar dan solawat ke atas Nabi Muhammad SAW

4.Mengugut akan melakukan kejahatan dan maksiat lebih buruk lagi jika permohonan doa tidak termakbul.

5.Kalimah putus asa.Sebagai seorang Islam tidak wajar seseorang berputus asa dengan rahmat Allah.Kan tuhan Maha Pengasih lagi Penyayang.

Banyak lagi perkara-perkara yang perlu kita jagai semasa kita memohon doa atau bermunajat kepada Allah.Sekiranya telah berjaya menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah jangan lupa pula mengucapkan lafaz syukur,bersedekah dan beberapa amalan sunat yang lain.

Dan yang paling utama, banyakkan bertaubat kepada Allah.Mungkin jua dugaan itu muncul akibat kelalaian kita kepada Allah.Tapi yang nyata .....

ALLAH MENGUJI KITA , DIA DAN MEREKA

Di akhirat tahulah jawapannya.Wallahu a`klam

Sabtu, 15 September 2012

Berhati-hati jika berbomoh

Dalam kehidupan sehari-hari manusia tak terlepas dengan ujian dan dugaan.Samada dugaan zahir mau pun batin.Dugaan zahir boleh di atasi dengan jalan fikir dan usaha/Tetapi tawakkal kepada Allah perlu sepanjang hayat kita.Hati perlu berpaut kepadaNYA sentiasa.

Berbalik soal berbomoh, masyarakat kita sering menghadapi pelbagai ujian yang kadang-kadang tak masuk dek akal.Antaranya berkaitan penyakit saka.Maka apabila telah menemui jalan buntu maka bomohlah akan dirujuk untuk berubat.Namun perlu berhati-hati agar tak terlibat dengan perkara syirik atau dosa-dosa besar yang lain.

Contoh seseorang kesan terkena penyakit saka ini seperti dirasuk, lemah tubuh badan, keluarga tidak tenteram dll.

Di bawah di antara cerita penyakit saka yang telah membawa kesan-kesan buruk dan boleh kita ambil iktibar.

Kisah 1

Tiba-tiba keluarga K jadi kelam kabut.Anak lelakinya mengamuk dan memecahkan perkakas di dalam rumah.K jadi buntu.Lalu terus berubat dengan seorang bomoh yang bergelar 'ustaz'.Mengikut perkiraan bomoh itu anaknya menerima gangguan saka.Lalu di minta K berhimpun bersama adik-beradiknya berbincang untuk melakukan satu upacara di kubur orang tua mereka.Bomoh itu juga meminta mereka memaku tanah kubur orang tua mereka bagi mengelakkan saka itu mengganggu mereka.

Ada beberapa perkara yang salah mereka telah lakukan:

1. Menuduh orang tua memiliki saka yang mengganggu kehidupan mereka adalah tuduhan yang amat besar salahnya.Mana mungkin arwah orang tua yang telah meninggal dunia boleh membawa perkara buruk terhadap mereka.Tuduhan buruk tarhadap orang tua yang telah meninggal dunia adalah kedurhakaan yang amat dahsyat yang tak patut dilakukan oleh anak-anak.Kalau menuduh orang tua mereka membela hantu, nyatalah hantu itu mereka sendiri.

2. Upacara atau perbuatan yang tak wajar di atas kubur orang Islam boleh mengundang perbuatan syirik.Walau pun perbuatan itu nyata untuk memulihkan penyakit seseorang namun perlu berhati-hati kerana perkara ini akan mengundang fitnah yang besar.Tidakkah perbuatan ini hampir menyerupai sikap orang kafir yang memuja dan bersangka kubur boleh membawa kebaikan dan keburukan seseorang

3. Walaupun seseorang itu berperwatakan seperti ustaz namun kita perlu berhati-hati.Jalan syariat yang tepat serta fikir lojik patut diambil kira.Syaitan akan menggunakan pelbagai helah bagimenghalalkan cara bagi mengatasi masalah sakit itu dengan hujjah atas jalan darurat.

Kisah kedua

Satu hari M diziarahi oleh seorang rakan yang baru belajar perbomohan.Ketika itu ibunya sedang nazak dan telah hampir beberapa bulan terlantar di atas katil.Seketika semasa di rumahnya rakan M pun berkata.

"Bila aku masuk rumah kau,bulu roma aku tegak.Mungkin mak kamu ada bela saka dan tak ada siapa yang sanggup nak menerima lagi."

M terdiam dan satu hari dia merujuk kepada saya.Dia telah bersangka bukan-bukan dengan perkara ini.Saya memberi beberapa panduan kepada beliau untuk diambil fikir agar hati M tenteram.Antaranya:

1. Memang keadaan orang tua yang sakit dan nazak kadang-kadang menyusahkan kita.Jika tubuhnya kurus wajarlah kerana makan minum si sakit mulai tidak teratur bila kesihatan semakin lemah.Kita perlu bersabar kerana saat kita tua dan nazak pun sebegitu jua.

2. Soal ada jin atau syaitan bila seseorang itu sakit atau nazak adalah perkara normal.Syaitan semakin kuat menggoda apabila seseorang hampir maut bagi menggoncang aqidahnya.Cerita ini banyak diceritakan oleh guru-guru agama berkaitan fitnah ketika ajal.Maka dikala itu wajar waris banyak-banyak membaca al quran mudah-mudahan si sakit akan tenang dan damai.

3. Walaupun si sakit dalam keadaan yang amat dhoif dan lemah jangan lupa di pesankan dan dibantu untuk solat.Sakit bukan alasan untuk meninggalkan solat dan amat menyedihkan jika seseorang itu di akhir hayatnya tidak solat.Waris bertanggung jawap membantu samada ketika mengambil wuduk, solat dan sebagainya.Semua perkara ini perlu dilakukan dengan sabar.Mungkin inilah khidmat terakhir kita untuk si sakit.

4. Menimbulkan syak wasangka terhadap ibu bapa amat merbahaya.Syaitan sentiasa cuba mengundang kita untuk jadi durhaka ketika si sakit sedang nazak.Sebab itu ujian menjaga orang tua yang nazak itu perlu ditangani dengan keikhlasan dan kesabaram.Kan lebih baik jika kita banyakkan meluang masa membaca al quran di sisi si sakit.

Dua kisah ini boleh dijadikan iktibar oleh kita.Hati-hati membuat tuduhan dan ingatlah siapa yang kita nak tuduh tu.Syaitan sentiasa menggoda kita dari segenap segi dan perbuatan.Banyakkan berpaut hati kepada Allah agar terhindar fitnah ini.

HATI-HATI DAN INGATLAH.SAAT NAZAK ATAU HAMPIR AJAL SESEORANG SYAITAN AKAN CUBA MENGGODA SESEORANG UNTUK LAFAZKAN DURHAKA TERHADAP ANAK-ANAKNYA.

Wallahu a`klam




Khamis, 6 September 2012

BUNGA ITU CANTIK DAN INDAH

Semua kejadian di dalam alam ini Allah SWT yang menjadikan.Amat cantik dan indah untuk dihayati.Bersyukurlah dengan kurnia mata yang dapat melihatnya.Bermacam-macam yang telah kita lihat.Dalam masa yang sama kita jua dikurnia dengan rasa yang enak tiap kali melihat keindahan alam yang Allah telah jadikan

Saya suka melihat bunga-bunga.Amat cantik dan menarik.Syukur Alhamdulillah.Rasa enak itu sukar untuk ditafsirkan.Mungkin rasa itu adalah nikmat yang hanya menjadi rahsia kepada seseorang.Dalam masa yang sama saya jua berfikir dan mentafsirkan keindahan bunga-bunga itu mengikut pandangan fikiran tersendiri.

Saya suka mengambil foto-foto bunga.Hasilnya amat menarik untuk direnung dan dihayati.

Dibawah adalah foto-foto terbaru bunga-bunga yang saya ambil semasa berziarah ke rumah pelajar-pelajar KBNM.Saya ada tafsiran tersendiri dengan keindahan bunga-bunga itu


Bunga ini amat menarik untuk kita fikir dan hayati.Banyak untuk iktibar kita boleh perolehi.Di antaranya:

1. Bunga berwarna merah menarik hati kita.Warna bintik-bintik kuning di dalam bunga merah ini menimbulkan rasa indah dan menarik.Tambah di belakang bunga warna daun-daun yang berwarna hijau.Cantik
2. Namun bunga yang hampir layu dalam pasu yang sama mengingatkan kita bahawa kelayuan bunga amat dekat dengan bunga mekar.Sekali dapat perhatikan.Pasti kelayuan mudah jua menggantikan bunga itu.Kan manusia pun begitu jua...


Bunga warna pink tampak cantik dan segar.Bagai bunga plastik.Walau tampak warnanya tidak garang.Namun kesegarannya melahirkan rasa indah dan cantikkan.Adakah kita seperti bunga ini?


Bunga di atas bercampur-campur warna merah,pink dan putih.Jaluran warna tersebut melahirkan percampuran warna warni yang menarik.Tapi ada juga orang tak suka percampran warna sebegini.Bahkan mereka menganggap agak krang menarik dan mungkin mereka akan katakan tak cantik pun.Manusia bebas untuk mentafsirkannya.Namun bagi saya susunan warna bunga ini mungkin ada rahsia tersendiri.Cuma masing-masing akan mendapat ilham mengikut kurnia tuhan.


Bunga warna oren ini bagai tampak yakin menonjolkan kecantikkannya.Berebut menhadap menunjukkan wajahnya.Mungkinkah manusia begitu jua?


Bunga-bunga ini di rakam dengan latar belakang langit.Kemudian saya edit menggunakan photo scape.Bagaimana jika saya namakan foto ini dengan "Warna bunga indah dengan warna".Ok tak? Bayangkan jika bunga tak berwarna.Tentu kurang sikit kemenarikkannya.

Syukurlah kita kepada tuhan.Alam yang tuhan jadikan memang indah.Tapi dunia ini sementara sahaja.Bila maut menjelma keindahan ini pasti kita tinggalkan.Manakala bagi orang-orang beriman yang mendapat kurnia Allah akan beroleh syurga yang telah tuhan janjikan.

Keindahan dan keenakkan syurga melebihi alam dunia ini.Tak tergambar dengan fikiran.Tak terlihat dengan mata.Amat-amat indah.Subhanallah.

LIHAT KEINDAHAN ALAM BERSYUKURLAH KERANA DIKURNIA DENGAN MATA YANG TELAH ALLAH KURNIAKAN.DOAKANLAH MATA AGAR MELIHAT YANG DIBENARKAN OLEH ALLAH SWT.SYUKUR...SYUKUR .... TUHAN YANG MENGURNIAKAN.

Selasa, 28 Ogos 2012

ADAB DENGAN BUKU DAN KITAB

Ada beberapa perkara yangtidak kita sedari telah kita lakukan.Keadaan ini kurang beradab.Beradablah dengan buku-buku pelajaran.Lebih-lebih lagi kitab agama dan al quran.Jika kita mengharapkan ilmu kita peroleh dapat barakah maka buku-buku pelajaran itu perlu dihormati dan diletakkan tempat yang sesuai.

Lebih-lebih lagi kitab agama atau al quran.Membawa al quran perlu beradab.Memegangnya pun perlu berwuduk.Membawa al quran paling baik dengan meletakkan di atas bahu atau di letakkan di dada.Tak boleh membawa al quran dengan berbetulan punggung.Haram jika dilakukan kerana merendahkan al quran.

Tapi sejak kebelakangan ini ramai anak-anak menggunakan beg seperti ini untuk esekolah.Amat merbahaya jika membawa al quran dan buku agama di dalamnya.

Contohnya seperti gambar di bawah.






Sesuaikah buku agama yang tertulis ayat-ayat al quran atau kitab al quran sendiri diletakkan dalam beg seperti ini.Semasa pelajar duduk di sekolah kadang-kadang mereka terduduk di atas beg mereka sendiri.

Jika kembali kita menilai berkaitan di akhirat kelak ahli neraka menerima kitab suratan dari sebelah kiri atau dari belakang.Maka marilah kita cari kembali cara yang terbaik anak-anak kita membawa kitab agama dan yang lebih utama al quran.

Pihak Jabatan Agama Islam dan JAKIM serta semua pihak patut mengambil tindakan yang wajar dengan keadaan ini.

Manakala buku -buku akademik pun kan lebih sesuai kita hormati dengan membawanya dengan lebih beradab.Baru ilmu itu membawa keberkatan.Cara orang bukan Islam tak patut dicontohi.

MEMPERBETULKAN YANG SALAH DALAM ISLAM TANGGUNGJAWAP SEMUA UMAT ISLAM.

TIP MUDAH UNTUK TIDUR

Nak tidur susah.Banyak masalah.Cuba cara ini.

1. Ambil wuduk sebelum tidur

2. Pastikan tempat tidur bersih

3. Jauhkan benda-benda yang diharamkan oleh Islam dari tempat tidur kita.Cont. Botol arak atau gambar-gambar maksiat

4. Baca solawat, doa dan ayat al quran

5. Ambil al quran atau kitab yasin.Letakkan disisi bantal kita.Jangan bawah bantal

6. Buka muka suratnya dan cium beberapa kali.Jangan tutup kitab itu.

7. Berzikir sampai terlelap.

Lepas bangun tidur terus renung ayat al quran.Besar fadhilatnya.

Insya Allah.Ada hikmahnya

LETAKKAN AL QURAN SEMASA ANDA MASIH HIDUP.JANGAN TUNGGU MASA MATI KITA.

CARA MENJINAKKAN HATI ANAK-ANAK

Di dalam al quran terdapat banyak cara-cara beradab dengan anak-anak.Di dalam surah Lukman banyak menunjukkan cara-caranya.Antara cara-cara menyerunya ialah:

1. Serulah anak-anak dengan kata-kata "Wahai anak kesayanganku".Kalau nak lebih baik ucapkan juga kata "Aku sayang kepada mu, wahai anak kesayanganku (sebut nama penuh anak tersebut) kerana Allah Taala.Tiap-tiap kata kerana Allah akan jadi ibadah.

2. Ucapkan kata dengan suara yang paling lemah lembut.Kata-kata yang lembut akan mencairkan hati anak-anak.Semua anak-anak suka disebutkan namanya dengan suara yang lembut.

3. Pandang wajah anak-anak dan ajak anak-anak memandang wajah kita.Mata yang memandang wajah ibubapanya akan mendapat rahmat Allah Taala

4. Duduk secara berdepan.Temukan lutut anak-anak dan lutut kita.Tak kiralah samada duduk macam duduk antara 2 sujud atau duduk bersila.Ini adalah sunnah Nabi Muhammad SAW ketika bertemu dengan malaikat Jibril ketika malaikat terzahir dihadapan sahabat-sahabat baginda.Tentu ada rahsia dan hikmah.

5. Doakan anak-anak secara berhadapan.Gunakan suara yang lemah lembut,sungguh-sungguh berharap kepada Allah.Doakan dalam bahasa yang mudah difaham oleh anak-anak.Jelas dan dapat didengar oleh anak tersebut.Kita orang Melayu doakan bahasa Melayu lebih menarik.

6. Suruh anak-anak mencium tangan kita.Termasuk tapak tangan kita.Tapak tangan banyak barakah.Sebab tapak tangan berhadap ke langit untuk berdoa.Biarkan seketika anak-anak tersebut mencium tapak tangan kita.Mungkin dia akan menangis.Saya kerap melihat perbuatan ini.Dan saya dapati kelakuan anak-anak itu tampak macam seorang bayi sedang menyusu.Walaupun anak yang melakukan perbuatan itu sudah dewasa.Subhanallah ....

7. Tuang air ditapak tangan kita.Kalau ada air zam-zam lagi baik.Bacakan solawat dan minta anak tersebut minum air tersebut di tapak tangan kita.Lebihan air itu sapukan muka dan kepala anak tersebut.

Cara ini boleh dilakukan selalu terhadap anak-anak kita.Ini bukan motivasi.Tetapi ilmu adab dalam Islam yang terkandung dalam al quran.Insya Allah.Anak yang degil akan berubah menjadi anak yang baik dan patuh.

PRAKTIK ADAB DALAM ISLAM MEMBAWA KEBERKATAN DALAM HIDUP

Mungkin gila talak ....

Bila manusia tertekan, macam-macam boleh jadi.Tekanan berpunca daripada perasaan yang amat kecewa.Sakit hati kerana kehilangan atau perpisahan boleh mengundang macam-macam penyakit jiwa.
Kali ini saya ingin mengisahkan nasib seorang pemuda yang menderita sakit mental gara-gara berpisah dengan isterinya.Beliau saya namakan sebagai S.

S bertemu jodoh dengan seorang gadis pilihannya sendiri.Mereka bernikah setelah beberapa tahun bercinta.Awal perkahwinan memang indah.Penuh dengan tawa ria dan kemesraan.Tetapi dugaan tetap datang.Isteri yang disayang termakan cakap juga dengan hasutan ibuya sendiri.Perkara ini berlaku kerana S hanya sekadar buruh kasar yang tak menentu pendapatan bulanan.

Mungkin kerana keluarga isteri S adalah keluarga yang agak berada sedikit maka S kerap disindir oleh ibu mertuanya dengan kata-kata yang menyakitkan hati.Stetap bersabar dan bersabar.

Masa berlalu.S memperolehi 3 orang anak hasil perkahwinannya.Namu kebencian ibu mertua semakin meracun hati isteri S.Satu hari dek terlalu kerap diracun timbul kebencian isteri S terhadapnya.Ikatan kasih sayang kian pudar.S memberontak dan berlaku pertengkaran dahsyat antara S dan ibu mertuanya.Akhirnya S kecundang.Isterinya memilih untuk berpisah dengannya.S terdiam dan panik.S tak dapat menahan perasaan kecewa dan sakit hati.

S sangat sayang isterinya.Tapi S tak mampu melawan emosi isterinya yang telah teracun itu.Selepas isterinya meninggalkan dia, fikirannya semakin tak menentu.Dia kerap menangis dan merintih seorang diri.S semakin tak terkawal.Dia tampak banyak berbicara seorang diri.Macam orang gila.Kadang-kadang marah-marah dan menjerit-jerit.Dia beberapa kali cuba membunuh diri.Pernah sekali dia meletakkan pisau di tengkoknya tetapi nasib baik sempat di sambar oleh ayahnya.

Bahkan dia juga pernah menyiapkan tali untuk menggantung dirinya tetapi nasib baik ibunya sempat memaklumkan kepada saudara-saudaranya dan mereka berjaya menyelamatkan dia.Manakala isteri terus tak mengambil peduli tentang beliau.

S terpaksa dijaga oleh keluarganya kembali kerana beliau semakin menggila.2 anaknya diserahkan kepada keluarganya untuk dijaga.Manakala seorang lagi dijagai oleh isterinya.Saudara-saudara S amat mengambil berat dengan keadaan S dan merekalah menyara S dan anak-anaknya.

Kini keadaan S tampak semakintenang.Saya katakan kepadanya agar banyak membaca Al quran dan beliau turut serta menyertai kelas al quran yang saya anjurkan.Al quran penuh mukjizat dan S semakin riang dan sudah pandai buat jenaka dangan anak-anaknya.Setiap kali selepas belajar al quran, saya membacakan Surah Al Qadr di umbun-umbunnya.Mudah-mudahan S pulih dan dapat menjalani hidup seperti sediakala.Dapat bekerja dan menampung kehidupan keluarganya.Saya percaya saat kesembuhannya semakin hampir.Insya Allah.

TEKANAN BOLEH MEMBAWA PENYAKIT GILA.MEMBACA AL QURAN MEMBERI KETENANGAN.MARI BELAJAR MEMBACA AL QURAN

Rabu, 8 Ogos 2012

WARGA EMAS BELAJAR AL QURAN

Kami berziarah dan mengajar merata tempat.Kami suami isteri berjumpa dengan ramai orang yang nak belajar al quran.Bukan nak buka aib atau kelemahan.Tetapi sekadar berkongsi rasa dan tanggung jawap.Mungkin boleh jadi iktibar untuk kita semua.Atau menggerakkan hati kita bagi melakukan sesuatu.

Kami mengajar tak kira usia.Antara 11 tahun hingga 70 tahun ke atas.Belajar al quran.Bermula kitab Iqrak dan  kemudian Al Quran.Sesuatu yang menguja hati kami ialah golongan warga emas yang dalam lingkungan 60 hingga 70 tahu.Terdapat beberapa daripada mereka yang menyertainya.

Kesedaran mereka amat tinggi.Merka mengadu bahawa mereka amat kesal kerana masa-masa lalu terbiar kerana tidak belajar al quran.Mungkin kerana sibuk atau terlepas pandang.mereka sampai menangis dan sangat-sangat sayu dan sebak.Bahkan mereka awal-awal sudah sampai kelas.

Yang membuatkan saya sebak juga bila mereka meminta memanggil mereka mak.Mereka amat-amat berharap dapat membaca al quran.Kami suami isteri akan cuba membantu mereka.Insya Allah.Pelbagai teknik yang kami cuba.Dan kaedah yang amat kami gemari ialah kad imbas.

Antara masalah yang mereka hadapi ialah ingatan.Maklum sajalah.Mereka sudah berumur.Ingatan tentu semakin lemah.Tetapi memberi semangat dan sokongan amat-amat wajar dilakukan.Saya menilai kembali punca ramai orang tak mampu membaca al quran adalah rasa kecewa.Umur bukan alasan untuk mengatakan tak mampu untuk belajar.Yang penting mahu.

Kami telah mencuba dan sedang melakukannya.Dan banayak kejayaan yang kami perolehi.Mengingatkan huruf-huruf al quran adalah syarat utama untuk membaca al quran.Jika mereka tak mampu juga, kami akan pimpin mereka membaca al quran sampai habis.Cukup sekali mereka merasai nikmat khatam al quran itu.Namun apa yang kami perolehi jika dipimpin baca membaca al quran sampai habis, biasanya dia akan dapat jua membaca al quran.

Kami akan cuba membantu mereka.Mereka bagai sumber semangat untuk kami berjuang.Mudah-mudahan Allah Taala perkenankan hajat mereka dan kami.Aminnnn...

BELAJARLAH AL QURAN DAN CARILAH HIKMAH YANG TERSEMBUNYI DI DALAM AL QURAN

( Orang muda masih cergas.Belajarlah al quran sekarang.Nanti banyak menyesal)

KEIKHLASAN PERLU DALAM BERDAKWAH

Konsep berdakwah adalah menyampaikan risalah mentauhidkan Allah kepada ummah.Dakwah juga bukan setakat dalam kelompok tertentu tetapi perlu berkembang hingga setakat mana yang termampu.Dakwah telah berjalan semenjak zaman dahulu.Dan bergerak berperingkat-peringkat.Nabi Muhammad SAW sendiri menjalankan dakwah dalam beberapa peringkat.Iaitu:

1. Di rumah baginda sendiri
2. Dari rumah ke rumah
3. Secara terang-terangan (dikhalayak)
4. Di dalam masyarakat Islam (melalui masjid dll)

Dalam masyarakat kita kerja dakwah ini dijalankan oleh pelbagai pihak.Samada dari kelompok atau individu.Dalam dakwah nilai keikhlasan amat penting. Gerak dakwah perlu berhikmah.Perlu dihindarkan sikap beremosi dan kurang beradab.Orang tak akan tertarik dengan unsur dakwah yang menekan jiwa dan terlalu berprotokol.Kemesraan dan sikap ramah serta mengambil berat perlu ada dalam jiwa pendakwah.

Banyak badan-badan NGO telah menjalankan usaha dakwah ini mengikut jalan tersendiri samada tersusun atau secara kurang teratur.Matlamatnya tetap sama iaitu mengajak umat Islam kembali ke arah jalan agama sebenar.Mudah-mudahan usaha mereka akan mebembangkan Islam dengan lebih luas lagi

Dakwah ini menjurus kepada 2 bahagian:

1. Untuk seluruh umat manusia
2. Umat Islam sendiri


Dakwah tidak boleh dianggap mudah keranan sebagai umat Islam, kita patut sama-sama membantu sebarang usaha dakwah dengan kemampuan masing-masing.Atas niat menegakkan kalimah tauhid yang sebenar.Disamping menhayati nilai kehidupan Islam dengan lebih tepat lagi.

Masa yang berubah turut mengubah bentuk gerak dakwah.Dengan adanya internet, banyak pihak berusaha berdakwah dengan usaha dan idea tersendiri.Bahan-bahan rujukan dakwah pun boleh di ambil di internet.Cara pendekatan dakwah perlu lebih halus dan tersusun.Disamping latar belakang ilmu pengetahuan dan peribadi perlu disesuaikan dengan keadaan semasa.

Dalam kehidupan kita yang semakin sibuk sekarang, bentuk dakwah juga patut disesuaikan dengan kehendak dan masa kini.Ramai pendakwah-pendakwah seluruh dunia sedang memikirkan cara dan program yang paling mudah untuk diterima oleh masyarakat.

Untuk umat Islam

Perlu diusahakan apa-apa usaha yang mampu mendekatkan setiap ahli masyarakat samada muda dan tua.Jalan mendidik amat perlu dilakukan bagi memudahkan mereka memahami nilai Islam yang sebenar.Untuk golongan kanak-kanak, pendidikan KAFA banyak membantu mereka mengamalkan nilai-nilai Islam.Sekiranya setiap pelajar memahami dan mengamalkan nilai-nilai ilmu yang diperolehi maka tidak mustahil mereka akan menjadi generasi Islam yang sewajarnya.Tetapi sayang masih ramai kanak-kanak tidak dapat menyertai kelas KAFA dek kurangnya kesedaran ibu bapa dan kesibukan aktiviti di sekolah rendah.

Manakala kuliah umumi yang dianjurkan pihak masjid dan surau amat memberangsangkan.Banyak sessi kuliah-kuliah yang diadakan setiap saban minggu.Ramai kalangan pendakwah dapat memberi peneranagn berkaitan Islam dengan baik dan jelas.Tetapi sesuatu yang agak mengecewakan ialah jumlah yang hadir belum cukup baik.Kalangan yang menyertai kelas tersebut hanyalah kelompok yang sama dan tertumpu orang yang sudah berumur.Lebih malang jika ada unsur-unsur politik yang kurang sihat dibawa masuk dalam ruang pengajian.

Ruang yang terbuka luas untuk diberi perhatian kini ialah golongan remaja dan orang-orang yang agak terasing dengan ilmu Islam.Mereka bukan tidak mahu menyertai kelas atau pengajian agama tetapi mereka sering terperangkap dengan masa dan protokol pengajian.Golongan ini perlu didekati dengan berhikmah dan kemesraan.Jumlah mereka ramai dan perlu ramai pendakwah yang sanggup terjun untuk menggerakkannya.

Golongan wanita lebih jelas keterbukaan mereka untuk menerima unsur dakwah dan lebih berterus terang.Sebab itu majoriti kelas atau kuliah agama adalah golongan wanita.Namun masih kurang tenaga pendakwah wanita yang sanggup melakukan usaha dakwah ini.

Yang amat perlu ditekankan ialah keikhlasan dalam berdakwah.Gerak kerja ini tidak boleh disandarkan dengan wang ringgit dan jawatan.Jika kadar bayaran tertentu diletakkan maka jelas orang yang tidak berkemampuan takkan dapat menerima dakwah dengan jelas.Sudah tentu juga mereka takkan dapat belajar agama dengan baik.

Sebab itu mata benda dan wang ringgit hendaklah diletakkan ke pinggir jika hendak menggerakkan dakwah dengan lebih berkesan.Namun siapa yang akan memulakannya.Jumlah pendakwah sebegini amat kecil.

Untuk umat manusia.

Gerak dakwah untuk orang lain perlukan kekuatan jiwa yang lebih besar.Hati ikhlas dan sanggup berkorban perlu disemat di jiwa.Di Eropah, pendakwah menjalankan kerja dengan agak tersusun dan berhati-hati.Kesepakatan amat perlu dalam gerak kerja dakwah ini bagi menimbulkan keyakinan orang lain.Apa yang menarik usaha mereka lebih murni kerana tak bergantung dengan mana-mana pihak samada dari sudut kewangan dan bantuan.Tapi lebih berjaya dari di dalam negara kita sendiri.

Paparan peribadi yang lebih terbuka dan berhemah adalah pakaian pendakwah.Kelembutan dan kemesraan perlu diamalkan selalu.Disamping kemahiran berhujjah yang jelas dan ringkas.Tahap dakwah ijuga perlu dikaji bagi meningkatkan keberkesanan mempengaruhi dan memahamkan orang ramai.

Perlu dikembangkan nilai Islam dalam seluruh kehidupan agar tiada kekeliruan yang mungkin akan menjejaskan usaha dakwah.

Kunci keikhlasan adalah amat-amat perlu dalam menjalankan usaha dakwah.Jangan disandarkan langsung dengan kepentingan lain samada wang ringgit,pangkat/jawatan, populariti dan lain-lain lagi.Bersederhana dalam ucapan dan perawakan menarik amat perlu dgambarkan.

Siapakah pendakwah itu?
Sebenarnya andalah pendakwah itu.Berdakwahlah dengan kadar kemampuaan.Sebab anda sudah berjanji....

AKU NAIK SAKSI TIADA TUHAN YANG KU SEMBAH MELAINKAN ALLAH
DAN AKU NAIK SAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

( nota kaki - kalau ibu,bapa, anak dan isteri kita ridak didakwahkan, siapa yang akan mulakan.Kawan-kawan pun akan menuntut tanggung jawap kita berdakwah di akhirat nanti)

Selasa, 31 Julai 2012

JIWA KAN TENANG DENGAN BELAJAR AL QURAN


Pengalaman saya suami isteri menggerakkan kelas ziarah (mengajar iqrak dan al quran) sudah lebih 10 tahun.Cuna sejak kebelakangan ini kami menumpukan sepenuh masa.Syukur alhamdulillah segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Ada beberapa perkara yang menarik ingin dikongsikan bersama pembaca blog ini.Berkaitan keindahan dan keseronokan belajar al quran.Macam-macam fakta yang kami temui.Di antaranya:

1. Ramai orang tidak boleh membaca al quran dengan baik
2. Wanita lebih mudah berterus terang jika dia tidak tahu membaca al quran
3. Lelaki yang berumur perlu lebih kuat malunya daripada wanita
4. Mengambil berat setiap individu yang mulai cenderung untuk kembali membaca al quran perlukan kesabaran
5. Penggunaan cara mudah dan santai memberi keselesaan kepada pelajar dewasa
6. Menghargai mereka dengan memberi hadiah dan berdoa memang jelas keberkatannya
7. Bukan mudah nak menyelesakan seseorang untuk berjinak dengan al quran

Antara faktor lain yang perlu kita bangunkan ke dalam hati mereka ialah membina semangat dan keyakinan.Sebab itu cara yang terlalu berprotokol akan menyebabkan mereka merasa takut dan kecewa.Ramai kami dapati punca kegagalan mereka tidak mahu membaca al quran ialah rasa rendah diri dan kecewa.Sebab itu eloklah jika mereka berumur panggil saja mak atau ayah.Cara ini akan menyelesakan mereka dan memberi harapan yang baik juga.

Bagi orang muda kalangan lelaki agak rumit juga.Sebab kesibukan dan rasa takut untuk belajar memang wujud di hati mereka.Kekerapan berhubung dengan mereka amat perlu sebagai tanda menghargai mereka.Jika perlu ucapkan sayan kerana Allah Taala.Kerana ini akan menguatkan hati mereka selesa untuk belajar.Cara berhikmah dan sederhana mampu menarik hati mereka untuk belajar Al Quran.

Berkenalan dengan keluarga pelajar amat perlu.Selalunya keluarga takkan membantah jika ahli keluarganya nak belajar al quran.Mungkin juga kunjungan ini akan membuka hati ahli-ahli keluarga yang lain untuk belajar al quran juga

Tapi kami lebih tertarik untuk memberi tumpuan kepada warga emas untuk belajar al quran.Kerana sikap mereka amat jelas atas dasar keinsafan yang tinggi dan sedia maklum masa mereka belajar amat terhad.Jika sudah ditimpa penyakit tentu susah dah nak belajar.Ramai kalangan mereka akan menangis bila menyatakan kelemahan mereka yang tak mampu membaca al quran

Dunia memang akan menguji hati kalangan orang-orang nak belajar al quran ini.Jika orang muda, masa nak belajar inilah kerap dunia sibuk memberi peluang kerja yang cantik dan tarikan kawan-kawan mengganggu tumpuan mereka untuk belajar.Tetapi ingatan dan nasihat perlu berterusan bagi menyedarkan mereka peri pentingnya belajar al quran

Kami turut mengajar orang-orang yang sakit (sakit mental atau gila) dalam kelas ini.Pernah seorang lelaki lingkungan umur 40an mengadu nak belajar al quran tetapi tiada siapa yang sanggup mengajarnya.Saya menerimanya atas dasar tanggung jawap dan akhirnya dia dapat juga menguasai sedikit-sedikit.Satu yang menarik ialah penyakitnya kian pulih dengan berkat sama-sama mendoakan beliau selepas selesai membaca al quran.Bukan setakat itu saja yang kami telah saksikan.Banyak lagi.Di antaranya:

1. Ada yang berubah wajah menjadi cerah dan ceria walau baru belajar huruf al quran hanya beberapa kali sahaja.
2. Seorang lelaki dapat merubah sikapnya yang panas baran menjadi sabar dengan sikap rajinnya membaca al quran dan kitab iqrak
3. Keriangan nyata terpamir setiap kali selesai belajar
4. Akhlak berubah lebih baik dangan banyak membaca al quran
5. Ketenangan dalam kehidupan mereka setelah menyertai kelas al quran

Perjuangan kami tetap akan diteruskan.Kerana kami tahu ramai yang amat memerlukan bantuan kelas ini.Kelas umumi (kelas umum atau terbuka) ada di merata masjid dan surau.Begitu juga ceramah dan kuliah ilmu.Manakala kanak-kanak ada kelas KAFA.Yang jelas kelas dewasa dan kelas perseorangan tidak ada.

Insya Allah... mudahan lebih ramai lagi individu akan turut serta dalam usaha kami ini.Dan semakin banyak umat Islam di negara kita akan dapat dibantu untuk membaca al quran.

Untuk anda.Usahalah mencari guru.Belajarlah dengan bersungguh-sungguh.Masa tak tunggu kita

BELAJAR AL QURAN UNTUK MEMAHAM APA YANG TUHAN KATAKAN.KETENANGAN JUGA AKAN MUNCUL DI JIWA

Cantikknya bunga Jejarum Hutan

Bila sebut bunga ros.Ramai orang kagum dengan kecantikannya.Banyak produk makanan dan lain-lain lagi menggunakan bunga ros sebagai lambang atau label keluaran mereka.Tapi bunga Jejarum Hutan pun tak kurang hebatnya.Cantik dan macam bunga ros.Tapi ia tak berbau.Bunga ini boleh dimakan.

Bunga ini ubat kencing manis dan darah tinggi jika kuntum bunganya dimakan dengan membaca solawat bersama.Begitulah yang dijelaskan oleh Encik Mohd Alias B.Sapiai.Keberkesananya hanya Allah yang Maha Mengetahui.Jika sesuai mungkin jodoh untuk menyembuhkan penyakit seseorang itu.

Cuba lihat bunga ros Melayu ni.Cantikkan .....



ALAM YANG ALLAH JADIKAN INI CANTIK DAN INDAH.bERSYUKURLAH KEPADANYA SELALU.ALHAMDULILLAH

Isnin, 23 Julai 2012

Kiai Khalid

Memang selalu jemaah Tabligh menziarahi saya.Mengajak ke masjid bagi sama-sama mengimarahkan. Dalam masa yang kami jua bertukar-tukar pandangan melalui usaha dakwah yang masing-masing telah lakukan.Jika jemaah Tabligh berziarah serata masjid seluruh dunia.kemudian menziarahi rumah orang dan mengajak orang mengimarahkan masjid.Maka kami suami isteri berziarah rumah orang dan mengajak orang membaca al quran.Mereka juga memahami arah tuju perjuangan saya suami isteri dan menghormatinya jua.Jika ada kesempatan saya juga melapangkan masa menziarahi mereka di masjid.

Satu hari saya di maklumkan oleh mereka bahawa ada seorang tok guru atau pak kiai dari Indonesia menyertai mereka dan berada di masjid kampung saya.Saya amat tertarik dengan kisahnya.Beliau telah membuka pusat pengajian al quran (pasentren).Seramai 800 orang lebih pelajarnya.Secara percuma. Dan sudah 18 tahun beliau melakukannya.

Saya terus ambil peluang untuk mengunjungi beliau di masjid.Kebetulan ketika saya sampai mereka sedang makan tengahari.Mereka menjemput saya menyertai mereka.Bab makan ... no problem.Sambil makan saya bertanya kepada mereka berkaitan Pak Kiai tersebut.Mereka pun mengatakan bahawa orang yang berada disisi saya itu lah orang yang saya cari.Kaget seketika.Kerana saya sangkakan orang tersebut mungkin agak tua sedikit.Tetapi pak kiai yang mereka maksudkan itu seorang anak muda yang tampak dalam lingkungan 30an.

Selepas makan kami berbicara panjang.Berkaitan dengan perjuangannya dan perjuangan saya.Beliau turut memperkenalkan dirinya sebagai Khalid.Beliau menyambung usaha ayahandanya membangunkan pondok/pasentren.Beliau membangunkan Darul Quran secara percuma.Bahkan isterinya sendiri kadang-kadang merungut dengan sikapnya menerima saja sesiapa yang berhajat nak belajar tanpa sekatan. Sebaliknya beliau hanya menjawap."Biarkan saja .... orang itu mahu belajar..."

Membuka pusat pengajian percuma dalam masa 18 tahun  memang mencabar.Hati kena kuat dan tabah.Hati kena berharap dan berpaut hati kepada Allah selalu.Tak boleh terlintas langsung nak cari senang.Kerana usaha dakwah inilah warisan tulin Nabi Muhammad SAW yang perlu diteruskan oleh sesiapa yang dibukakan hati oleh Allah Taala.Bukan faktor populariti atau kemegahan.Tetapi tanggung jawap.

Kiai Khalid turut menceritakan bagaimana beliau terpaksa mengajar 5 kelas dalam satu masa. Masyarakat setempatnya pun  tertanya sumber beliau membangunkan pondok tersebut.Kiai Khalid pun kerap ke luar negeri dengan jemaah Tabligh.

Beberapa kesimpulan kami persetujui bersama iaitu:

1. Tetap mempertahankan pendidikan agama adalah atas jalan fi sabilillah.Jangan meletakkan sebarang harga dalam apa-apa jua perjuangan agama.

2. Meneruskan usaha dakwah dalam bentuk yang Allah berikan kepada seseorang.Berdasarkan kemampuan,bakat,kecenderungan dan tahap keilmuan.Perlu menghargai setiap usaha dakwah sesiapa pun syaratnya dengan hati ikhlas.

3. Mempertahankan kalimah "REZEKI DI TANGAN ALLAH' amat hebat di cabar oleh dunia.Tanggung jawap  mempertahankan tauhid kepada Allah adalah jihad yang amat besar.Menyatakan kebenaran amat perlu.Islam wajib dipertahankan dari tangan-tangan syaitan.

Di akhir pertemuan kami sama-sama menghargai usaha yang telah masing-masing lakukan.Ramai lagi orang yang ikhlas sedang dan sudah melakukan kerja-kerja kebajikan sebegini.Contohnya mereka yang mengusahakan rumah anak yatim.pusat perlindungan kanak-kanak dan wanita , pondok/sekolah agama swasta dan lain-lain lagi.

MEMBANGUN AGAMA ADALAH TANGGUNG JAWAP BERSAMA

(nota kaki : saya amat kesal dengan kenyataan seorang penceramah agama yang mengatakan bahawa zaman sekarang bukan ada dah orang ikhlas.Dia sendiri meminta harga setiap kali bila berceramah atau mengajar agama.Kenapa bomoh yang menolong orang boleh ikhlas tetapi ustaz(yg tahu agama) tak faham ikhlas?Wallahu a`klam ....

Ziarah dan Mengajar Iqrak

Sejak bulan sudah  lagi, kami sibuk berziarah sambil mengajar.Banyak tempat juga rumah telah diziarahi. Samada rumah di pekan atau dikampung.Berziarah adalah aktiviti yang saya sangat gemari. Berziarah membawa berkat dalam kehidupan.

Tapi ziarah kali ini adalah untuk mengajar al quran.Bermula dengan membawa kad imbas huruf-huruf al quran. Kemudian membaca kitab Iqrak. Seterusnya bila sudah mahir barulah membaca kitab al quran. Kami suami isteri menjalankan usaha ini dengan niat fi sabilillah. Bukan niat mencari keuntungan atau niat komersial. Kami tahu ramai kawan-kawan kami yang tak tahu membaca al quran. Mungkin juga malu nak belajar di tengah-tengah orang ramai di masjid atau surau.

Sebab kami melakukan usaha ini kerana kelas ziarah atau perseorangan memang hampir tiada.Terutama kalangan orang-orang dewasa.Kelas Umumi ( secara terbuka ) dan ceramah seerta tazkirah banyak di adakan di masjid atau surau. Tapi kelas one by one memang sangat-sangat  kurang.Sedangkan bentuk sebeginilah akan memberi fokus yang lebih antara guru dan murid.Serta memberi hasil yang jelas dalam pembelajaran. Tambahan pula kami amat kasihan dengan kalangan warga emas yang berumur lebih 60 tahun, mengadu tak tahu membaca al quran dengan keadaan sangat sedih. Sebab itu kami terjun dalam bidang ini secara keseluruhan atau sepenuh masa.Bukan sambilan lagi.Lebih daripada 10 jam sehari kami bersama dengan mereka setiap hari.

Banyak rumah yang telah kami ziarahi.Di antaranya bolehlah  di lihat di sini. http://kbnilaimurni.blogspot.com/2012/07/family-class.html  dan di sini http://www.facebook.com/media/set/?set=a.371880939492393.105578.100000114690012&type=3   

Walaupun banyak cabaran atau rintangan.Namun banyak juga perkara-perkara yang menarik dan melucukan kami temui.Di antaranya :

1. Cerita P.Ramle memang sangat sesuai dengan kelas kami.Cuba tengok babak ini ....




Hampir macam ni lah keadaan yang kami temui.Bila kami uji tanya huruf al quran kepada kawan-kawan.Sambil ketawa dan menangis.Apa yang pasti usaha membantu mereka tetap kami perjuangkan.Mudah-mudahan mereka akan mampu membaca al quran

2. Golongan wanita lebih berani memaparkan kelemahan mereka.Mereka berterus terang jika mereka tidak boleh membaca al quran.Mereka sanggup mengaku kelemahan berbanding daripada lelaki.Bahkan ada ibu - ibu yang sudah tua tetap mahu tahu tentang al quran.Dalam menangis mereka merayu untuk membantu mereka membaca al quran.Subhanallah .... hati kami suami isteri amat tersentuh.Dan insya Allah kami akan membantu mereka. Manakala golongan lelaki ini agak malu dan takut berterus terang.Bahkan mereka terus lari bila kami sampai ke rumah mereka.Kami cuma nak tolong,bukannya along. Tetapi kami faham .... bab mengaji al quran ni memang amat-amat mengerunkan banyak pihak.Malu sungguh bila orang tahu kita tak tahu mengaji al quran.Mendorong mereka untuk belajar al quran pun sangat susah dan payah.Kami tetap akan mencuba juga.Insya Allah

3. Apabila kita berziarah dan mengajar al quran di rumah mereka, mereka sangat-sangat menghargai.Sebab itu kami hanya akan berziarah dan mengajar di rumah orang yang sangat berhajat untuk belajar al quran.Walau pun seorang sahaja.Bagi kami hajat itu perlu disampaikan.Orang yang bersungguh akan mencapai apa yang mereka inginkan.Sebagai guru kami hanya memudahkan cara untuk mereka memahirkan diri dengan al quran.Pelbagai teknik dan cara telah kami gunakan.Faktor umur bukan alasan untuk membaca al quran.Kami hanya menunjukkan cara yang paling mudah dan santai ketika menjalankan sessi pembelajaran.Ilmu mudah diperolehi dengan suasana yang gembira.
Sebab itu mereka gemar menjamu kami dengan bermacam-macam juadah makanan.Alhamdulillah ...  

4. Perubahan sikap pasti akan berlaku jika al quran ada dalam hati.Walaupun satu huruf al quran.Tetap akan membawa seri dan menceriakan wajah dan hati.Keriangan dalam keluarga memang jelas bila sama-sama mereka membaca kitab iqrak.Anak-anak akan gembira bila melihat ibu dan ayah berusaha mengingati huruf al quran.Mudah-mudahan keluarga mereka lebih ceria dan sejahtera setelah semua ahli keluarga mengamalkan al quran di rumah.Aminnn..

5. Masalah utama dalam belajar al quran ini ialah perasaan kecewa.Kita perlu membangkitkan perasaan yakin dan tabah dihati mereka.Bukan mudah tapi amat perlu.Tanpa kesungguhan apa-apa kerja pun takkan menjadi.Sebab itu kami gunakan kaedah memujuk dan berkasih sayang.Kami anjurkan mereka kuat berdoa.Memohon sungguh-sungguh kepada Allah.Bahkan kami galakkan mereka meletakkan kitab iqrak di bantal mereka.Cium kitab mohon kepada tuhan.Sesuatu yang kita suka dan hajati perlu di sayangi.Mudah-mudahan mereka mampu membaca al quran .... Amin

6. Keikhlasan amat penting dalam menjalankan usaha dakwah. Keikhlasan akan membina kasih sayang dan mendatangkan barakah. Disamping itu limpah rahmat Allah amat luas dan ilham untuk mengatasi setiap masalah akan di permudahkan oleh Allah.Agama bukan taruhan untuk mendapat kelebihan dunia.Kami tentang golongan yang bermain dengan wang ringgit dalam usaha menyampaikan ilmu.Agama bukan untuk di jual beli atau di letakkan harga.Maha suci Allah yang Maha Kaya

BELAJAR AL QURAN TAK PERNAH RUGI ...


Rabu, 18 Julai 2012

Rajin anak2 solat

Lama dah dah tulis cerita.Maklumlah sibuk macam2.Kali ni saya nak ceritakan kisah seorang nenek yg amat-amat sedih dengan keadaan anak menantunya.

Satu hari nenek ni berziarah ke rumah anaknya di Kuala Lumpur.Maklumlah lama dah tak jumpa cucu.Mungkin rindu agaknya.Sampai di sana anak cucunya menyambut dengan gembira.Cucunya 2 orang.Seorang lelaki dan seorang perempuan.Yang lelaki berumur 7 tahun yang saya namakan sebagai Upin dan yang perempuan berumur 4 tahun yg saya namakan Siti.

Mereka kanak-kanak aktif dan petah bercakap.Nenek tadi amat suka dan sayang dengan cucu-cucunya.Upin suka bertanya macam-macam kepada neneknya.Termasuk soal-soal berkaitan agama.Kebetulan neneknya memang seorang yg suka belajar dan mengajar maka di layanlah cucu tadi dengan kegembiraan.

Pada waktu subuh hari pertama, nenek tadi baru perasan beberapa perkara yang tak sepatutnya berlaku.Setelah solat subuh dan membaca al quran dia mengejutkan cucu-cucunya yg tidur sebilik dengannya.Anak-anak tadi bergegas bangun dan terus kebilik.Selesai mandi,Upin memanggil adiknya Siti utk solat berjemaah.Upin jadi imam.Nenek tadi terharu dengan keadaan tadi.Syukur cucu-cucunya yg kecil tahu tanggungjawap solat.

Nenek rasa dahaga.Lalu turun ke dapur.Semasa melalui bilik anak menantunya keadaan sunyi sepi.Tapi dia tak hirau.Tak terlintas nak tanya anak menantu solat atau tidak.Setelah menegok air sejuk di dapur cucu-cucunya bergegas keluar siap nak kek sekolah dan tadika.Sebuah van sedang menanti.

Balik sekolah cucu-cucu tadi gembira bercerita dengan nenk mereka berkenaan sekolah masing-masing.Dan turut menceritakan bahawa mereka turut serta dengan kelas tahfiz al quran setiap hujung minggu.Sampai waktu zohor kedua beradik tadi menunaikan solat berjemaah.Bahkan setiap waktu mereka berdua solat jemaah.

Masa maghrib ketika nenek hendak mengambil wuduk, dia melihat anaknya asyik menggosok-gosok kayu golf.Lalu ditegurnya.
"Nak  ..... dah solat? Waktu maghrib pendek tau.
"Ya mak.Sikit je lagi."Jawap anaknya dengan lembut.

Terharu nenek tadi melihat cucu-cucunya siap berwirid ringkas selepas solat jemaah maghrib.Cara budak-budak.Nampak lucu juga.Subhanallah pun baca kuat-kuat.Neneknya tersenyum saja.Beberapa hari keadaan itulah yang disaksikan oleh nenek tersebut.

Satu malam selepas solat Isyak nenek tadi terdengar suara cucunya berdoa.Doanya pendek tapi amat-amat menyentap hatinya.

"Ya Allah.Bagilah mak ayah kami solat ...... "

Sebelum tidur nenek bertanya kepada Upin.

"Upin .... mak ayah kamu solat tak?"

Upin menggeleng-gelengkan kepala.

"Pernahkah ayah kamu ajak solat jemaah?"

Siti dan Upin diam dan nampak sebak.Nenek tadi terus menangis.Dia amat kecewa.Dia tak sangka anak menantunya sudah berubah.Anaknya telah diberi pelajaran cukup.Bahkan dihantar ke sekolah agama semasa kecil.Begitu juga menantunya.Memang tampak warak dan bertudung.Setiap hari balik lewat terus masuk bilik tidur tak solat rupanya.Patutlah lalu bilik anak menantunya tiap kali subuh sunyi.Tidur rupanya.Nenek tadi amat sedih.Kerja dan tanggung jawap merubah anak menantunya.

Pada pagi hari minggu, nenek tadi terus bertanya anak menantunya perkara tersebut.

"Anak ..... kenapa kau suami isteri tinggalkan solat?Tak sedihkah kamu berdua melihat anak-anak kecil tu? Mereka hari-hari doa supaya kamu suami isteri solat.Sekarang kamu berdua tipu mak dengan sembunyikan perbuatan tak solat ni.Mak sangat-sangat sedih tau ...",  Kata nenek itu dengan syarah yg panjang lebar.

Anaknya dan menantu terdiam.

Ambillah iktibar daripada kisah di atas.

JANGAN LALAIKAN SOLAT KERANA SIBUK DENGAN PEKERJAAN HARIAN

Isnin, 11 Jun 2012

PERPISAHAN YG TAK TERDUGA


Dalam hidup kita sering kita temui sesuatu yg pasti kita tak sangka.Kadang-kadang keadaan ini amat manis bagi kita.Tapi ada jua yg amat menyakitkan hati kita.Tetapi apa pun semua itu pasti kita lalui jua.Walaupun hati berat untuk menerimanya.Tetapi itu adalah lumrah dalam kehidupan.Bertemu dan berpisah adalah adat manusia biasa.

Saya pun tidak dapat menafikan bahawa perpisahan itu amat menyakitkan hati.Tapi apakan daya keputusan telah dilakukan.Setelah memikirkannya masak-masak  maka keputusan  inilah yg patut dilakukan.Memang kenangan dalam memperjuangkan  sekolah KAFA  dlm masa yg lama  memberi pelbagai kenangan masam manis  dan amat sukar utk dilalui.Tapi kena juga diputuskan kerana itulah keputusannya.

Lebih 12 tahun saya berjuang dalam mendidik anak-anak bangsa dalam  kelas KAFA.Mengajar Al Quran dan beberapa mata pelajaran agama berkaitan fardhu ain.Sudah semakin sebati dalam diri bahawa dunia dlm alam persekolahan ini memberi kepuasan  kepada saya.Suka duka dalam melaluinya bersama isteri memang merupakan kenangan yg sukar untuk dilupakan.

Tapi tanggal 2.6.2002 adalah tarikh yg menutup segalanya.Saya sudah meletakkan jawatan sebagai guru KAFA.Begitu jua dengan isteri saya.Berikutan dengan beberapa persoalan yg menjadi fitnah. Maka langkah wajar,  kami meletakkan jawatan.Tapi bukan bermakna kami kecewa dengan keadaan ini.Kerana selepas ini masih banyak tanggung jawap yang kami perlu selesaikan.Tetapi dalam dunia yang berbeza yg tak lari jua dalam mendidik dan mengajar agama.

Sememangnya keadaan ini mempunyai hikmah tertentu. Kami tetap meneruskan perjuangan kami mendidik dan mengajar agama terutama  Al Quran. Tetapi tumpuan kami kini bukan anak-anak lagi.Sebaliknya orang dewasa dan kebanyakannya adalah rakan-rakan kami sendiri.Kami akan menggerakkan sebaik mungkin kelas KBNM(Kelas Bimbingan Nilai Murni) sebaik mungkin.Disamping  memberi ceramah agama sekiranya dijemput oleh pihak-pihak tertentu.

Kelas tersebut  telah kami tubuhkan lebih 10 tahun lalu  perlu disusun dgn lebih rapi lagi.Bloq kelas klik disini.

Banyak lagi ruang-ruang yang patut diisi dalam menggerakkan kelas ini.Saya yakin usaha kami ini akan menemui kejayaan.Bukan kejayaan bentuk material yg kami harapkan tetapi yg penting gerak kerja penuh kebajikkan dapat kami teruskan.

Umur pun sudah meningkat.Mudah-mudahan saki bakinya dapat kami teruskan dengan penuh kebajikan dan amal soleh

Sesuatu yg menarik dalam bentuk kelas ini ialah kegemaran kami suami isteri berziarah sahabat handai dan rakan belajar yg kami anggap sebagai anugerah tuhan yg amat istimewa dalam hidup kami.Mudah-mudahan hidup kami dimudahkan Allah.Dan segala BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH.MENGAJAR MENYAMBUNG AMANAH WARISAN  PARA  ANBIYA`

 Dalam hidup kita sering kita temui sesuatu yg pasti kita tak sangka.Kadang-kadang keadaan ini amat manis bagi kita.Tapi ada jua yg amat menyakitkan hati kita.Tetapi apa pun semua itu pasti kita lalui jua.Walaupun hati berat untuk menerimanya.Tetapi itu adalah lumrah dalam kehidupan.Bertemu dan berpisah adalah adat manusia biasa.

Saya pun tidak dapat menafikan bahawa perpisahan itu amat menyakitkan hati.Tapi apakan daya keputusan telah dilakukan.Setelah memikirkannya masak-masak  maka keputusan  inilah yg patut dilakukan.Memang kenangan dalam memperjuangkan  sekolah KAFA  dlm masa yg lama  memberi pelbagai kenangan masam manis  dan amat sukar utk dilalui.Tapi kena juga diputuskan kerana itulah keputusannya.

Lebih 12 tahun saya berjuang dalam mendidik anak-anak bangsa dalam  kelas KAFA.Mengajar Al Quran dan beberapa mata pelajaran agama berkaitan fardhu ain.Sudah semakin sebati dalam diri bahawa dunia dlm alam persekolahan ini memberi kepuasan  kepada saya.Suka duka dalam melaluinya bersama isteri memang merupakan kenangan yg sukar untuk dilupakan.

Tapi tanggal 2.6.2002 adalah tarikh yg menutup segalanya.Saya sudah meletakkan jawatan sebagai guru KAFA.Begitu jua dengan isteri saya.Berikutan dengan beberapa persoalan yg menjadi fitnah. Maka langkah wajar,  kami meletakkan jawatan.Tapi bukan bermakna kami kecewa dengan keadaan ini.Kerana selepas ini masih banyak tanggung jawap yang kami perlu selesaikan.Tetapi dalam dunia yang berbeza yg tak lari jua dalam mendidik dan mengajar agama.

Sememangnya keadaan ini mempunyai hikmah tertentu. Kami tetap meneruskan perjuangan kami mendidik dan mengajar agama terutama  Al Quran. Tetapi tumpuan kami kini bukan anak-anak lagi.Sebaliknya orang dewasa dan kebanyakannya adalah rakan-rakan kami sendiri.Kami akan menggerakkan sebaik mungkin kelas KBNM(Kelas Bimbingan Nilai Murni) sebaik mungkin.Disamping  memberi ceramah agama sekiranya dijemput oleh pihak-pihak tertentu.

Kelas tersebut  telah kami tubuhkan lebih 10 tahun lalu  perlu disusun dgn lebih rapi lagi.Bloq kelas klik disini.

Banyak lagi ruang-ruang yang patut diisi dalam menggerakkan kelas ini.Saya yakin usaha kami ini akan menemui kejayaan.Bukan kejayaan bentuk material yg kami harapkan tetapi yg penting gerak kerja penuh kebajikkan dapat kami teruskan.

Umur pun sudah meningkat.Mudah-mudahan saki bakinya dapat kami teruskan dengan penuh kebajikan dan amal soleh

Sesuatu yg menarik dalam bentuk kelas ini ialah kegemaran kami suami isteri berziarah sahabat handai dan rakan belajar yg kami anggap sebagai anugerah tuhan yg amat istimewa dalam hidup kami.Mudah-mudahan hidup kami dimudahkan Allah.Dan segala BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH.MENGAJAR MENYAMBUNG AMANAH WARISAN  PARA  ANBIYA`

 Dalam hidup kita sering kita temui sesuatu yg pasti kita tak sangka.Kadang-kadang keadaan ini amat manis bagi kita.Tapi ada jua yg amat menyakitkan hati kita.Tetapi apa pun semua itu pasti kita lalui jua.Walaupun hati berat untuk menerimanya.Tetapi itu adalah lumrah dalam kehidupan.Bertemu dan berpisah adalah adat manusia biasa.

Saya pun tidak dapat menafikan bahawa perpisahan itu amat menyakitkan hati.Tapi apakan daya keputusan telah dilakukan.Setelah memikirkannya masak-masak  maka keputusan  inilah yg patut dilakukan.Memang kenangan dalam memperjuangkan  sekolah KAFA  dlm masa yg lama  memberi pelbagai kenangan masam manis  dan amat sukar utk dilalui.Tapi kena juga diputuskan kerana itulah keputusannya.

Lebih 12 tahun saya berjuang dalam mendidik anak-anak bangsa dalam  kelas KAFA.Mengajar Al Quran dan beberapa mata pelajaran agama berkaitan fardhu ain.Sudah semakin sebati dalam diri bahawa dunia dlm alam persekolahan ini memberi kepuasan  kepada saya.Suka duka dalam melaluinya bersama isteri memang merupakan kenangan yg sukar untuk dilupakan.

Tapi tanggal 2.6.2002 adalah tarikh yg menutup segalanya.Saya sudah meletakkan jawatan sebagai guru KAFA.Begitu jua dengan isteri saya.Berikutan dengan beberapa persoalan yg menjadi fitnah. Maka langkah wajar,  kami meletakkan jawatan.Tapi bukan bermakna kami kecewa dengan keadaan ini.Kerana selepas ini masih banyak tanggung jawap yang kami perlu selesaikan.Tetapi dalam dunia yang berbeza yg tak lari jua dalam mendidik dan mengajar agama.

Sememangnya keadaan ini mempunyai hikmah tertentu. Kami tetap meneruskan perjuangan kami mendidik dan mengajar agama terutama  Al Quran. Tetapi tumpuan kami kini bukan anak-anak lagi.Sebaliknya orang dewasa dan kebanyakannya adalah rakan-rakan kami sendiri.Kami akan menggerakkan sebaik mungkin kelas KBNM(Kelas Bimbingan Nilai Murni) sebaik mungkin.Disamping  memberi ceramah agama sekiranya dijemput oleh pihak-pihak tertentu.

Kelas tersebut  telah kami tubuhkan lebih 10 tahun lalu  perlu disusun dgn lebih rapi lagi.Bloq kelas klik disini.  http://kbnilaimurni.blogspot.com/ 

Banyak lagi ruang-ruang yang patut diisi dalam menggerakkan kelas ini.Saya yakin usaha kami ini akan menemui kejayaan.Bukan kejayaan bentuk material yg kami harapkan tetapi yg penting gerak kerja penuh kebajikkan dapat kami teruskan.

Umur pun sudah meningkat.Mudah-mudahan saki bakinya dapat kami teruskan dengan penuh kebajikan dan amal soleh

Sesuatu yg menarik dalam bentuk kelas ini ialah kegemaran kami suami isteri berziarah sahabat handai dan rakan belajar yg kami anggap sebagai anugerah tuhan yg amat istimewa dalam hidup kami.Mudah-mudahan hidup kami dimudahkan Allah.

BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH.MENGAJAR MENYAMBUNG AMANAH WARISAN  PARA  ANBIYA`


UNTUK ISTERI KU ... REDHALAH ...


Wahai isteriku ...
Redhalah denga kehilangan ini
Hati kita kan ikhlas
Melakukan yg terbaik dlm hidup
Bukan atas niat sesuatu
Melainkan kerana Ilahi

Wahai isteriku sayang ...
Hidup ini kan sementara
Dunia hanya pinjaman cuma
Bila maut menjelma
Semuanya kan hilang jua
Bagaikan bayang-bayang

Wahai isteriku ...
Ingat lagikah betapa besar nikmatNYA
Begitu banyak tak terkira
Syukur kepada Allah
Insya Allah ada ganjarannya

Wahai isteriku ....
Yang ku sayang kerana Allah Taala
Rakan taulan kita sedang menanti
Untuk kita membimbing dan mengiringi
Atas apa yg kita janji
Al Quran suci yg kita genggami
Pasti perjuangan ini
Kau pun mengerti
Tak pernah berakhir lagi
Genggam eratlah tangan ini
Kita akan temui
Medan hati nurani
Yg hanya Allah Maha Mengetahui
Subhanallah
Walhamdulillah
Allahu Akbar ....

Sabtu, 9 Jun 2012

UTK ANAK-ANAK MURIDKU

Saat perpisahan telah tiba
Tak mampu ditahan akan taqdirNYA
Bukan kasih sayang telah berubah
Bukan hati tak sudi menyambut
Bukan tangan tak mampu memaut
Bukan kaki tak sanggup melangkah
Bukan rohani tak mampu menyapa
Bukan itu..
Bukan ini ..

Hanya masa dan taqdir penentu segala
Milik tuhan empunya semesta
Hati ikhlas memberi dan menerima
Apa jua rintangan tiba ...
Perjuangan kami tetap bernyala
Memaut cemerlang memegang budaya
Amanah tuhan janji laksana
Mata benda mimpi belaka
Puji kasih tawar kan hiba
Mimpi sedih pengubat rasa
Dalam dunia hanya sementara
Bila tiba saat yang nyata
Tinggal dunia impian tiada
Allah jua kembali semua
Bukankah dunia tipu daya?

Anak-anakku...
Di hujung sana ada impianmu
Jangan leka gerak langkahmu
Pesan  kami ibarat kata ayah dan bonda
Jangan syirik Allah Taala
Dirikan solat dan berzikir kepadaNYA
Sabar bila susah, sabar bila senang
Nasihat kami dilupa jangan

Anak-anak buah hati ku...
Doakan sejahtera dunia akhirat
Tangan beriring pasti memadu ingatan makrifat
Rentak dunia membeza peringkat
Cinta Allah menggugat keramat
Yg diingat pasti diberi ingat.....

INGAT ALLAH
INGAT RASULLULLAH SAW

Nukilan Asofi

Selasa, 5 Jun 2012

ANAK-ANAK BERSAMA BENDERA



Anak-anak bersama bendera
Tertawa ria bahagia
Bangga dengan rasa dan raya
Membangkit jiwa cinta negara
Membina rasa kasihkan nusa

Anak-anak bersama bendera
Mengerti bahasa muhibbah
Mencipta cinta sesama
Harmoni damai muafakat tercapai
1 Malaysia ucapan dikata

Anak-anak...
Jangan dilupa sejarah bangsa
Darah dan airmata telah banyak tertumpah
Jiwa sengsara telah ramai terkorban
Derita jiwa membeli kedamaian
Belum lunas utk dibayar

Anak-anak ...
Jangan khayal dengan kibaran bendera itu
Damai nyata di fatamorgana
Sisipan warisan pejuangan masih belum digenggami
Cinta agama,bangsa dan negara
Bukan sekadar ketawa ria
Lagu duka derita
Perlu dikumandangkan jua
Sejarah itu jangan ditinggal begitu saja
Kerna dikau adalah warisnya
Penyambung warna-warna jiwa bangsa
Genggam erat bendera itu....
Wahai anak-anak
Sekuat di hati mu
Kerna bendera itu lambang negara
Berdaulat bangsa
Kibarkanlah .......

Khamis, 31 Mei 2012

PELITA


Masih ku ingat
Kala zaman yg berlalu pergi
Pelita ini ....
Meneman diri ini
Melalui malam yg bukan kelam
Tp gelap gelemat dlm kesunyian dan kepahitan

Saat itu ...
Malam memeluk diriku
Dengan ketakutan yg mendamaikan
Kesunyian mendampingi ku

Oh .....
Saudaraku tika itu
Turut mengelilingi pelita itu
Mengharap cahaya bahagia
Menguatlkan ukhuwah silaturrahim
Sekukuh hati bagai terpatri

Pelita itu ....
Memberi seribu kenangan
Melambatkan masa yg berjalan
Mendamaikan hati yg gersang
Menerang hati yg penuh bahagia

Pelita itu ...
Amat ku hargai bila senja berlabuh
Sumbu yg rosak kan ku ganti
Agar damai malam tak akan tergugah
Moga indah hari2 yg menjegah

Tapi kini ...
Pelita itu sudah hilang
Atau terperosok di dalam khazanah
Masa masa pantas berubah
Jiwa ganas menongkah tenangnya
Riuh rendah hati yg derita
Kerna kegelapan di tengah cerah

Oh ....
Dimana pelita itu?
Bukan cahaya yg dihajati
Tp kenangan abadi ingin ku ulangi.....

1.6.2012


Rabu, 30 Mei 2012

Pesan untuk anak kesayangku



Anakku yang ku sayang ....
Ayah sayang kepadamu kerana Allah Taala
Ayah kasih pada mu kerana engkau adalah anugerah tuhan yang terhebat

Anakku sayang ......
Sekuntum puisi ini untukmu

Buat tatapan di kala sunyimu
Andai ayah tiada lagi
Anggap lah pesanan ini azimat keramat untukmu

Wahai anak kesayangan ku ......
Lafaz kata ini ayah sandarkan
Dalam Al quran  ....

Wahai anak kesayanganku ....
Jangan engkau mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain
Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar

Wahai anak kesayangku
Sesungguhnya ...
Jika ada sesuatu perkara (baik atau buruk)
Sekalipun sebesar zarrah dan tersembunyi di dalam batu besar
Atau di langit atau dalam bumi
Sudah tetap akan di bawa ke hadapan Allah untuk dihakimi dan dibalasi
Sesungguhnya pengetahuan Allah Maha Halus
Meliputi segala yang tersembunyi

Wahai anak kesayanganku
Dirikanlah solat...
Suruhlah berbuat kebaikan
Serta larang daripada melakukan munkar

Sabar tika dilanda bala bencana
Sesungguhnya perkara demikian amat perlu diambil berat


Wahai anak kesayangku
Jangan memalingkan muka(kerana memandang rendah) kepada manusia
Janganlah berjalan berlagak sombong
Allah tak suka orang yang sombong lagi membangga diri

Wahai anak kesayanganku

Sederhanakanlah langkahmu ketika berjalan
Rendahkan suaramu ketika bercakap

Wahai anak kesayangan ku
Cintalah Allah dan Rasulnya
Jangan cinta dunia
Kerana cinta dunia kepala kejahatan

Wahai anak kesayanganku
Hidup ini medan ujian
Mati itu adalah benar ...
Sampai masa ayah kan pergi jua
Ingatlah Allah yang menjadikan ...
Segalanya ....
Termasuk ayah
Dan anak kesayanganku

31.5.2012

Khamis, 24 Mei 2012

API YANG KECIL .......


Api yang kecil di tapak tangan
Tampak indah menghilang kegelapan

Bagai menyambut keriangan
Bagai penerang penghias kerinduan


Api yang kecil itu ....
Jangan dilupakan
Bisa menyakitkan tangan itu
Juga membakar seribu hati

Bikin gerhana satu negeri
Menggoyang ummah yang bersatu hati
Menolak kebenaran yang telah dipuji

Membunh jiwa dengan tak disedari
Menghukum pemimpin pejuang sejati
Mengangkat dajjal yang dilaknati
Mempermenag syaitan yang telah berjanji

Ah....
Api yang kecil
Mungkinkah akan disedari?

Bisanya sama saja
Membakar dan menyakiti...


Cepat ... cepat .... cepat ....
Padamkan api itu
Yang dimainkan
Yang dipermainkan
Yang memainkan

Api ... api ... api ...
Membakar lagi
Aduh ....
Api di tapak tangan
Menyakitkan ...


Nukilan
Asofi



24.5.2012


AYAH .... AKU RINDU PADAMU


Ayah ...
Walau sudah bertahun kau meninggalkan aku
Tp hati terasa sebentar cuma
Bagai mimpi smlm yg tak pernah disangka


Ayah ...
Aku bagai ingin kau kembali
Mendengar segala duka nestapaku
Mengadu perit derita hidup yg sedang kulalui
Mengharap pandangan utk memandu
Kehidupan yg lebih ....


Ayah ...
Ingin ku tunjukkan kepadamu..
Cucu-cucu mu yg sudah kian dewasa
Mencipta kejayaan dan bahagia
Memetik warna2 pelangi yg indah


Ayah ...
Rupa ku kian tampak sepertimu
Uban2 putih meliar tumbuhnya
Dan diri ku mulai kian lemah
Apakah .... ?
Aku jua akan menjegah..
Jejak2 yg telah kau tinggalkan
Perjuangan yg kau wariskan
Aqidah dan adat yg dipertahankan


Ayah ...
Dunia kini berbeza semasa kau masih ada
Cabarannya luar biasa menghimpit jiwa


Ayah ...
Jika kau ada lagi,
Pasti kau tertanya
Apakah anak2 bangsa sudah terlupa
Resam budaya dan pegangan agama
Akhlak pekerti dan halus bahasa


Ayah ....
Rindu sungguh hati kpdmu
Mana mungkin masa di undur
Kerna aku jua akan menjadi seperti ayah
Meninggalkan alam fana ini ....
Ayah tunggulah daku....


(Al Fatehah utk semua ayah2 umat Islam seluruh dunia yg telah meninggal dunia)


Nukilan Asofi24.5.2012