Halaman

Selasa, 28 Ogos 2012

Mungkin gila talak ....

Bila manusia tertekan, macam-macam boleh jadi.Tekanan berpunca daripada perasaan yang amat kecewa.Sakit hati kerana kehilangan atau perpisahan boleh mengundang macam-macam penyakit jiwa.
Kali ini saya ingin mengisahkan nasib seorang pemuda yang menderita sakit mental gara-gara berpisah dengan isterinya.Beliau saya namakan sebagai S.

S bertemu jodoh dengan seorang gadis pilihannya sendiri.Mereka bernikah setelah beberapa tahun bercinta.Awal perkahwinan memang indah.Penuh dengan tawa ria dan kemesraan.Tetapi dugaan tetap datang.Isteri yang disayang termakan cakap juga dengan hasutan ibuya sendiri.Perkara ini berlaku kerana S hanya sekadar buruh kasar yang tak menentu pendapatan bulanan.

Mungkin kerana keluarga isteri S adalah keluarga yang agak berada sedikit maka S kerap disindir oleh ibu mertuanya dengan kata-kata yang menyakitkan hati.Stetap bersabar dan bersabar.

Masa berlalu.S memperolehi 3 orang anak hasil perkahwinannya.Namu kebencian ibu mertua semakin meracun hati isteri S.Satu hari dek terlalu kerap diracun timbul kebencian isteri S terhadapnya.Ikatan kasih sayang kian pudar.S memberontak dan berlaku pertengkaran dahsyat antara S dan ibu mertuanya.Akhirnya S kecundang.Isterinya memilih untuk berpisah dengannya.S terdiam dan panik.S tak dapat menahan perasaan kecewa dan sakit hati.

S sangat sayang isterinya.Tapi S tak mampu melawan emosi isterinya yang telah teracun itu.Selepas isterinya meninggalkan dia, fikirannya semakin tak menentu.Dia kerap menangis dan merintih seorang diri.S semakin tak terkawal.Dia tampak banyak berbicara seorang diri.Macam orang gila.Kadang-kadang marah-marah dan menjerit-jerit.Dia beberapa kali cuba membunuh diri.Pernah sekali dia meletakkan pisau di tengkoknya tetapi nasib baik sempat di sambar oleh ayahnya.

Bahkan dia juga pernah menyiapkan tali untuk menggantung dirinya tetapi nasib baik ibunya sempat memaklumkan kepada saudara-saudaranya dan mereka berjaya menyelamatkan dia.Manakala isteri terus tak mengambil peduli tentang beliau.

S terpaksa dijaga oleh keluarganya kembali kerana beliau semakin menggila.2 anaknya diserahkan kepada keluarganya untuk dijaga.Manakala seorang lagi dijagai oleh isterinya.Saudara-saudara S amat mengambil berat dengan keadaan S dan merekalah menyara S dan anak-anaknya.

Kini keadaan S tampak semakintenang.Saya katakan kepadanya agar banyak membaca Al quran dan beliau turut serta menyertai kelas al quran yang saya anjurkan.Al quran penuh mukjizat dan S semakin riang dan sudah pandai buat jenaka dangan anak-anaknya.Setiap kali selepas belajar al quran, saya membacakan Surah Al Qadr di umbun-umbunnya.Mudah-mudahan S pulih dan dapat menjalani hidup seperti sediakala.Dapat bekerja dan menampung kehidupan keluarganya.Saya percaya saat kesembuhannya semakin hampir.Insya Allah.

TEKANAN BOLEH MEMBAWA PENYAKIT GILA.MEMBACA AL QURAN MEMBERI KETENANGAN.MARI BELAJAR MEMBACA AL QURAN