Halaman

Ahad, 16 September 2012

ALLAH MENGUJI KITA

Kehidupan kita tak pernah lepas daripada ujian dan dugaan.Pelbagai ujian akan kita tempuhi.Semakin kita nak melakukan perkara baik semakin banyak dugaan dan rintangan.Semua itu untuk menguji kesabaran dan keikhlasan kita.Diantara bentuk ujian dalam hidup kita ialah:

1. Sakit    - samada diri kita, keluarga dll
2. Miskin - kekurangan wang belanja, terdesak dengan keperluan harian, terjebak dengan hutang
3 Dihina orang
4.Fitnah manusia
5.Dll

Apabila kita menerima ujian tersebut maka fikiran kita terganggu dan memberi kesan kepada kesihatan.Namun sebagai seorang Islam kita patut bersabar dan redha.Redha dengan ujian tersebut dan tidak bertindak dengan langkah yang tidak wajar.Ketika menghadapi dugaan iblis syaitan akan membakar api dendam setelah kecewa melampau telah muncul.Seterusnya akan berlakulah perkelahian, pertengkaran atau cuba mencari ketenangan dengan jalan yang salah.

Bagi menghadapi permasalah atau dugaan tersebut eloklah sebagai seorang Islam, kita memperbanyakkan membaca al quran dan berzikir.Serulah nama tuhan samada secara terang atau sembunyi.Tuhan mendengar bisikan atau suara hambanya yang merayu kedukaan.

Kaedah lain yang patut dilakukan ialah dengan ucap kata rayu, mohon pertolongan kepada tuhan.Antara lafaz kata yang wajar seperti berikut:

1.Ya Allah,ya tuhanku.Tolonglah aku hambamu yang sedang berduka.Limpahkan kekuatan kepada hambaMu yang lemah ini bagi menghadapi dugaan ini.Tolonglah wahai tuhan yang aku cintai.Tolonglah ya Allah.

2.Ya Allah.Wahai tuhan yang menguasai hamba.Hambamu ini hanya berpaut kepadaMU dalam menghadapi perkara ini.Bukakan jalan penjelesaian dalam masalah ku ini.

3. Ya Allah ya tuhanku.Aku redha dengan ujian dari MU.Aku pasrah kepada di atas segalanya.Namun limpahkanlah sedikit kekayaan daripada kekayaanMU yang meliputi 7 petala langit dan 7 petala bumi.Engkau Maha Adil lagi Maha Mendengar.Tolonglah hambaMU yang kesempitan ini.

Banyak kalimah-kalimah doa yang boleh kita rujuk daripada al quran dan hadith Nabi Muhammad SAW.Bahasa-bahasa yang indah itu boleh diguna pakai ketika kita berdoa,merayu,bermunajat kepada Allah Taala.Lafaz-lafaz yang terkeluar daripada lisan kita hendaklah jelas,terang didengar oleh kita sendiri.Elakkan mengeluarkan suara yang boleh menimbulkan fitnah atau sangkaan buruk orang terhadap kita.Kaedah sufiah ini telah lama diamalkan oleh orang-orang terdahulu bagi membina rasa cinta kepada Ilahi dan menguatkan iman seseorang.

Elakkan ketika berdoa mengatakan dengan lafaz-lafaz :
1. Mempertikaikan qadha dan qadar yang telah di tentukan oleh Allah.Contoh:"Kenapakah aku ditimpakan akan bala ini?" dan sebagainya.Kata-kata tersebut seolah mempertikaikan kekuasaan Allah dan boleh membawa kepada syirik khafi.

2. Mengucapkan lafaz kata dengan bahasa yang tidak jelas.Lebih mirip kepada merepek atau merapu.Seolah-olah berdoa dan munajat itu menunjukkan rasa main-main

3.Tidak dimulakan dengan istighfar dan solawat ke atas Nabi Muhammad SAW

4.Mengugut akan melakukan kejahatan dan maksiat lebih buruk lagi jika permohonan doa tidak termakbul.

5.Kalimah putus asa.Sebagai seorang Islam tidak wajar seseorang berputus asa dengan rahmat Allah.Kan tuhan Maha Pengasih lagi Penyayang.

Banyak lagi perkara-perkara yang perlu kita jagai semasa kita memohon doa atau bermunajat kepada Allah.Sekiranya telah berjaya menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah jangan lupa pula mengucapkan lafaz syukur,bersedekah dan beberapa amalan sunat yang lain.

Dan yang paling utama, banyakkan bertaubat kepada Allah.Mungkin jua dugaan itu muncul akibat kelalaian kita kepada Allah.Tapi yang nyata .....

ALLAH MENGUJI KITA , DIA DAN MEREKA

Di akhirat tahulah jawapannya.Wallahu a`klam