Halaman

Selasa, 18 September 2012

KAEDAH ILMU FIKIR

Pelbagai kaedah ilmu yang menarik banyak dipaparkan oleh golongan ilmuan bagi merangsang minda dan mengingati fakta-fakta ilmu.Kadang-kadang seseorang itu suka berkongsi dan gembira bila kaedah dan praktik ilmu yang diamalkan dapat membawa keuntungan kepada banyak pihak.Namun ada juga yang suka menyimpan rahsia penguasaan ilmunya dengan merahsiakan kerana perkara ini akan merugikan dirinya pula.Sangkaannya lah.

Setiap manusia mempunyai kaedah mengusai ilmu mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing.Setelah menemui jalan yang sesuai maka masing-masing akan memraktikkannya secara berterusan dan muncullah istilah bijaksana.Tapi ada juga orang yang memang mempunyai daya fikir yang istimewa dan mampu berfikir tahap luar biasa.Tak kurang juga ramai yang menghadapi masalah lembab bertindak dalam kaedah fikir yang boleh mengganggu rangsangan otaknya

Pada saya setiap manusia tetap dianugerahi tahap fikir dan nilai ilmu berbeza-beza.Sifat terbuka dan mengakui kelemahan masing-masing serta mengakui pula kelebihan seseorang amat dipuji.Seseorang itu mungkin tidak bijak bila megah dengan pendapatnya tanpa mengambil kira pandangan orang lain.

Di bawah saya ingin berkongsi beberapa kaedah ilmu yang unik mudah-mudahan kita dapat manafaat bersama. Diantaranya ialah:

Pandangan dan Fikiran




Jika nombor-nombor di gambarajah di atas mewakili beberapa orang individu maka pandangan masing-masing pasti tidak sama.No.1 dan 2 banyak  tertumpu warna putih manakala 7 dan 8 warna hitam.Nombor lain dapat melihat warna putih dan hitam dengan kadar berbeza-beza.Maka akan ada perbezaan pendapat pada pandangan masing-masing.

1.Bolehkah mana-mana pihak menyalahkan orang lain mengikut pandangannya?
2.Adakah pandangan masing-masing paling tepat?
3.Patutkah menerima pandangan orang lain dan menerima juga pandangan kita?
4.Yang mana satu pandangan paling tepat dan betul?
5.Adakah mempertahankan pandangan sendiri menunjukkan bijaknya seseorang?
6.Adakah menerima pandangan orang pula tanda kebijaksanaan seseorang?
7.Patutkah menidakkan pandangan seseorang?
8.Dan banyak lagi persoalan yang kita boleh timbulkan atau kita jawap pula.

Melalui pandangan seseorang pun berbeza-beza pandangan.Melalui fikir jua lebih unik dan penuh dengan kepelbagaian tanpa had.Melalui rasa manusia sukar menjangka apa yang akan dihurai atau yang akan dikata seseorang.Belum lagi kita hurai rahsia hikmah kepelbagaian ini.

Begitu jua lah sehari-harian kita berbicara.Penuh pandangan dan perbezaan pendapat.Maka muncullah perselisihan pendapat,berbeza fahaman,perbahasan dll.Bahkan kadangkala emosi menguasai fikir dan rasa itu lalu wujudlah perkelahian dan permusuhan.

Bagi seorang Islam maka perbezaan pendapat hendaklah dirujuk kepada Al Quran dan Hadith.Rujukan ulamak melalui qias dan ijma` dapat memberi jawapan dalam beberapa persoalan agama.Namun perbezaan itu juga telah menimbulkan pelbagai fahaman yang kemudian membawa beberapa kesan buruk kepada ummah.

Adakah perbezaan pandangan dan fikiran ini membawa keuntungan atau keburukan?Di dunia takkan dapat keputusan.Yamg Maha Adil akan menentukan keputusan sebenar.

Apa yang penulis ingin kongsikan dengan pembaca bloq ini ialah betapa manusia penuh dengan pandangan dan pendapat masing-masing.Angguk belum tentu setuju.Diam belum tentu dungu.Bicara belum tentu tahu.Sijil bukan penentu bijaksana.Pandai belum tentu tidak tertipu.Alim belum tentu faham.Hebat belum tentu selamat.Lemah belum tentu kecewa.

Semua manusia ada hak untuk mengeluarkan pandangan dan fikiran.Banyak bapa tak mahu mendengar pandangan anak kerana sifat egonya.Ramai pemimpin tak mengendahkan suara pengikutnya.Begitu juga kalangan orang agama lebih gemar mengeluarkan katanya tanpa mendengar kata orang lain.Asyik bercerita pandangan sendiri jangan lupa telinga sendiri mendengar atau tidak.Fahamkah apa ceritanya?

Satu yang melucukan ramai orang yang memberi pandangan atau nasihat tanpa melalui saat-saat derita seseorang itu.Akhirnya jawapan sekadar menjadi teori yang mungkin diguna pakai atau tidak.Ramai juga suka bercerita dengan fikir dan rasa masing-masing berdasar akal minda sahaja.

Jadi bagaimana untuk kita berbicara atau memberi kata-kata yang baik?
Maka kembalilah kepada jalan agama.Rujuklah lagi pelbagai jalan fikir dan adab Islam yang kadang-kadang boleh kita perolehi secara terang-terangan atau mungkin tersembunyi bergantung kepada kurnia Allah Taala.

Masih banyak lagi rahsia Al Quran belum terbongkar.Secara ilmiah ramai cendiakawan Islam telah menghuraikannya.Namun rahsia itu tak pernah kan habis.

Jika anda nak merasainya, cuba amalkan setiap hari pandanglah Al quran sekurang-kurangnya 3 kali(kalimah-kalimah dalam al quran).Amalkan selam 40 hari dan rasakan apa yang menarik telah anda temui.Mohon kepada tuhan petunjuk hidayah selalu.Saya sekadar menganjurkan.Permohonan anda kuasa Allah memakbulkan.

FIKIRKANLAH AKAN NIKMAT ALLLAH,JANGAN ENGKAU FIKIRKAN TENTANG ZAT ALLAH