Lama dah dah tulis cerita.Maklumlah sibuk macam2.Kali ni saya nak ceritakan kisah seorang nenek yg amat-amat sedih dengan keadaan anak menantunya.
Satu hari nenek ni berziarah ke rumah anaknya di Kuala Lumpur.Maklumlah lama dah tak jumpa cucu.Mungkin rindu agaknya.Sampai di sana anak cucunya menyambut dengan gembira.Cucunya 2 orang.Seorang lelaki dan seorang perempuan.Yang lelaki berumur 7 tahun yang saya namakan sebagai Upin dan yang perempuan berumur 4 tahun yg saya namakan Siti.
Mereka kanak-kanak aktif dan petah bercakap.Nenek tadi amat suka dan sayang dengan cucu-cucunya.Upin suka bertanya macam-macam kepada neneknya.Termasuk soal-soal berkaitan agama.Kebetulan neneknya memang seorang yg suka belajar dan mengajar maka di layanlah cucu tadi dengan kegembiraan.
Pada waktu subuh hari pertama, nenek tadi baru perasan beberapa perkara yang tak sepatutnya berlaku.Setelah solat subuh dan membaca al quran dia mengejutkan cucu-cucunya yg tidur sebilik dengannya.Anak-anak tadi bergegas bangun dan terus kebilik.Selesai mandi,Upin memanggil adiknya Siti utk solat berjemaah.Upin jadi imam.Nenek tadi terharu dengan keadaan tadi.Syukur cucu-cucunya yg kecil tahu tanggungjawap solat.
Nenek rasa dahaga.Lalu turun ke dapur.Semasa melalui bilik anak menantunya keadaan sunyi sepi.Tapi dia tak hirau.Tak terlintas nak tanya anak menantu solat atau tidak.Setelah menegok air sejuk di dapur cucu-cucunya bergegas keluar siap nak kek sekolah dan tadika.Sebuah van sedang menanti.
Balik sekolah cucu-cucu tadi gembira bercerita dengan nenk mereka berkenaan sekolah masing-masing.Dan turut menceritakan bahawa mereka turut serta dengan kelas tahfiz al quran setiap hujung minggu.Sampai waktu zohor kedua beradik tadi menunaikan solat berjemaah.Bahkan setiap waktu mereka berdua solat jemaah.
Masa maghrib ketika nenek hendak mengambil wuduk, dia melihat anaknya asyik menggosok-gosok kayu golf.Lalu ditegurnya.
"Nak ..... dah solat? Waktu maghrib pendek tau.
"Ya mak.Sikit je lagi."Jawap anaknya dengan lembut.
Terharu nenek tadi melihat cucu-cucunya siap berwirid ringkas selepas solat jemaah maghrib.Cara budak-budak.Nampak lucu juga.Subhanallah pun baca kuat-kuat.Neneknya tersenyum saja.Beberapa hari keadaan itulah yang disaksikan oleh nenek tersebut.
Satu malam selepas solat Isyak nenek tadi terdengar suara cucunya berdoa.Doanya pendek tapi amat-amat menyentap hatinya.
"Ya Allah.Bagilah mak ayah kami solat ...... "
Sebelum tidur nenek bertanya kepada Upin.
"Upin .... mak ayah kamu solat tak?"
Upin menggeleng-gelengkan kepala.
"Pernahkah ayah kamu ajak solat jemaah?"
Siti dan Upin diam dan nampak sebak.Nenek tadi terus menangis.Dia amat kecewa.Dia tak sangka anak menantunya sudah berubah.Anaknya telah diberi pelajaran cukup.Bahkan dihantar ke sekolah agama semasa kecil.Begitu juga menantunya.Memang tampak warak dan bertudung.Setiap hari balik lewat terus masuk bilik tidur tak solat rupanya.Patutlah lalu bilik anak menantunya tiap kali subuh sunyi.Tidur rupanya.Nenek tadi amat sedih.Kerja dan tanggung jawap merubah anak menantunya.
Pada pagi hari minggu, nenek tadi terus bertanya anak menantunya perkara tersebut.
"Anak ..... kenapa kau suami isteri tinggalkan solat?Tak sedihkah kamu berdua melihat anak-anak kecil tu? Mereka hari-hari doa supaya kamu suami isteri solat.Sekarang kamu berdua tipu mak dengan sembunyikan perbuatan tak solat ni.Mak sangat-sangat sedih tau ...", Kata nenek itu dengan syarah yg panjang lebar.
Anaknya dan menantu terdiam.
Ambillah iktibar daripada kisah di atas.
JANGAN LALAIKAN SOLAT KERANA SIBUK DENGAN PEKERJAAN HARIAN