Halaman

Selasa, 31 Julai 2012

JIWA KAN TENANG DENGAN BELAJAR AL QURAN


Pengalaman saya suami isteri menggerakkan kelas ziarah (mengajar iqrak dan al quran) sudah lebih 10 tahun.Cuna sejak kebelakangan ini kami menumpukan sepenuh masa.Syukur alhamdulillah segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Ada beberapa perkara yang menarik ingin dikongsikan bersama pembaca blog ini.Berkaitan keindahan dan keseronokan belajar al quran.Macam-macam fakta yang kami temui.Di antaranya:

1. Ramai orang tidak boleh membaca al quran dengan baik
2. Wanita lebih mudah berterus terang jika dia tidak tahu membaca al quran
3. Lelaki yang berumur perlu lebih kuat malunya daripada wanita
4. Mengambil berat setiap individu yang mulai cenderung untuk kembali membaca al quran perlukan kesabaran
5. Penggunaan cara mudah dan santai memberi keselesaan kepada pelajar dewasa
6. Menghargai mereka dengan memberi hadiah dan berdoa memang jelas keberkatannya
7. Bukan mudah nak menyelesakan seseorang untuk berjinak dengan al quran

Antara faktor lain yang perlu kita bangunkan ke dalam hati mereka ialah membina semangat dan keyakinan.Sebab itu cara yang terlalu berprotokol akan menyebabkan mereka merasa takut dan kecewa.Ramai kami dapati punca kegagalan mereka tidak mahu membaca al quran ialah rasa rendah diri dan kecewa.Sebab itu eloklah jika mereka berumur panggil saja mak atau ayah.Cara ini akan menyelesakan mereka dan memberi harapan yang baik juga.

Bagi orang muda kalangan lelaki agak rumit juga.Sebab kesibukan dan rasa takut untuk belajar memang wujud di hati mereka.Kekerapan berhubung dengan mereka amat perlu sebagai tanda menghargai mereka.Jika perlu ucapkan sayan kerana Allah Taala.Kerana ini akan menguatkan hati mereka selesa untuk belajar.Cara berhikmah dan sederhana mampu menarik hati mereka untuk belajar Al Quran.

Berkenalan dengan keluarga pelajar amat perlu.Selalunya keluarga takkan membantah jika ahli keluarganya nak belajar al quran.Mungkin juga kunjungan ini akan membuka hati ahli-ahli keluarga yang lain untuk belajar al quran juga

Tapi kami lebih tertarik untuk memberi tumpuan kepada warga emas untuk belajar al quran.Kerana sikap mereka amat jelas atas dasar keinsafan yang tinggi dan sedia maklum masa mereka belajar amat terhad.Jika sudah ditimpa penyakit tentu susah dah nak belajar.Ramai kalangan mereka akan menangis bila menyatakan kelemahan mereka yang tak mampu membaca al quran

Dunia memang akan menguji hati kalangan orang-orang nak belajar al quran ini.Jika orang muda, masa nak belajar inilah kerap dunia sibuk memberi peluang kerja yang cantik dan tarikan kawan-kawan mengganggu tumpuan mereka untuk belajar.Tetapi ingatan dan nasihat perlu berterusan bagi menyedarkan mereka peri pentingnya belajar al quran

Kami turut mengajar orang-orang yang sakit (sakit mental atau gila) dalam kelas ini.Pernah seorang lelaki lingkungan umur 40an mengadu nak belajar al quran tetapi tiada siapa yang sanggup mengajarnya.Saya menerimanya atas dasar tanggung jawap dan akhirnya dia dapat juga menguasai sedikit-sedikit.Satu yang menarik ialah penyakitnya kian pulih dengan berkat sama-sama mendoakan beliau selepas selesai membaca al quran.Bukan setakat itu saja yang kami telah saksikan.Banyak lagi.Di antaranya:

1. Ada yang berubah wajah menjadi cerah dan ceria walau baru belajar huruf al quran hanya beberapa kali sahaja.
2. Seorang lelaki dapat merubah sikapnya yang panas baran menjadi sabar dengan sikap rajinnya membaca al quran dan kitab iqrak
3. Keriangan nyata terpamir setiap kali selesai belajar
4. Akhlak berubah lebih baik dangan banyak membaca al quran
5. Ketenangan dalam kehidupan mereka setelah menyertai kelas al quran

Perjuangan kami tetap akan diteruskan.Kerana kami tahu ramai yang amat memerlukan bantuan kelas ini.Kelas umumi (kelas umum atau terbuka) ada di merata masjid dan surau.Begitu juga ceramah dan kuliah ilmu.Manakala kanak-kanak ada kelas KAFA.Yang jelas kelas dewasa dan kelas perseorangan tidak ada.

Insya Allah... mudahan lebih ramai lagi individu akan turut serta dalam usaha kami ini.Dan semakin banyak umat Islam di negara kita akan dapat dibantu untuk membaca al quran.

Untuk anda.Usahalah mencari guru.Belajarlah dengan bersungguh-sungguh.Masa tak tunggu kita

BELAJAR AL QURAN UNTUK MEMAHAM APA YANG TUHAN KATAKAN.KETENANGAN JUGA AKAN MUNCUL DI JIWA