Halaman

Isnin, 23 Julai 2012

Kiai Khalid

Memang selalu jemaah Tabligh menziarahi saya.Mengajak ke masjid bagi sama-sama mengimarahkan. Dalam masa yang kami jua bertukar-tukar pandangan melalui usaha dakwah yang masing-masing telah lakukan.Jika jemaah Tabligh berziarah serata masjid seluruh dunia.kemudian menziarahi rumah orang dan mengajak orang mengimarahkan masjid.Maka kami suami isteri berziarah rumah orang dan mengajak orang membaca al quran.Mereka juga memahami arah tuju perjuangan saya suami isteri dan menghormatinya jua.Jika ada kesempatan saya juga melapangkan masa menziarahi mereka di masjid.

Satu hari saya di maklumkan oleh mereka bahawa ada seorang tok guru atau pak kiai dari Indonesia menyertai mereka dan berada di masjid kampung saya.Saya amat tertarik dengan kisahnya.Beliau telah membuka pusat pengajian al quran (pasentren).Seramai 800 orang lebih pelajarnya.Secara percuma. Dan sudah 18 tahun beliau melakukannya.

Saya terus ambil peluang untuk mengunjungi beliau di masjid.Kebetulan ketika saya sampai mereka sedang makan tengahari.Mereka menjemput saya menyertai mereka.Bab makan ... no problem.Sambil makan saya bertanya kepada mereka berkaitan Pak Kiai tersebut.Mereka pun mengatakan bahawa orang yang berada disisi saya itu lah orang yang saya cari.Kaget seketika.Kerana saya sangkakan orang tersebut mungkin agak tua sedikit.Tetapi pak kiai yang mereka maksudkan itu seorang anak muda yang tampak dalam lingkungan 30an.

Selepas makan kami berbicara panjang.Berkaitan dengan perjuangannya dan perjuangan saya.Beliau turut memperkenalkan dirinya sebagai Khalid.Beliau menyambung usaha ayahandanya membangunkan pondok/pasentren.Beliau membangunkan Darul Quran secara percuma.Bahkan isterinya sendiri kadang-kadang merungut dengan sikapnya menerima saja sesiapa yang berhajat nak belajar tanpa sekatan. Sebaliknya beliau hanya menjawap."Biarkan saja .... orang itu mahu belajar..."

Membuka pusat pengajian percuma dalam masa 18 tahun  memang mencabar.Hati kena kuat dan tabah.Hati kena berharap dan berpaut hati kepada Allah selalu.Tak boleh terlintas langsung nak cari senang.Kerana usaha dakwah inilah warisan tulin Nabi Muhammad SAW yang perlu diteruskan oleh sesiapa yang dibukakan hati oleh Allah Taala.Bukan faktor populariti atau kemegahan.Tetapi tanggung jawap.

Kiai Khalid turut menceritakan bagaimana beliau terpaksa mengajar 5 kelas dalam satu masa. Masyarakat setempatnya pun  tertanya sumber beliau membangunkan pondok tersebut.Kiai Khalid pun kerap ke luar negeri dengan jemaah Tabligh.

Beberapa kesimpulan kami persetujui bersama iaitu:

1. Tetap mempertahankan pendidikan agama adalah atas jalan fi sabilillah.Jangan meletakkan sebarang harga dalam apa-apa jua perjuangan agama.

2. Meneruskan usaha dakwah dalam bentuk yang Allah berikan kepada seseorang.Berdasarkan kemampuan,bakat,kecenderungan dan tahap keilmuan.Perlu menghargai setiap usaha dakwah sesiapa pun syaratnya dengan hati ikhlas.

3. Mempertahankan kalimah "REZEKI DI TANGAN ALLAH' amat hebat di cabar oleh dunia.Tanggung jawap  mempertahankan tauhid kepada Allah adalah jihad yang amat besar.Menyatakan kebenaran amat perlu.Islam wajib dipertahankan dari tangan-tangan syaitan.

Di akhir pertemuan kami sama-sama menghargai usaha yang telah masing-masing lakukan.Ramai lagi orang yang ikhlas sedang dan sudah melakukan kerja-kerja kebajikan sebegini.Contohnya mereka yang mengusahakan rumah anak yatim.pusat perlindungan kanak-kanak dan wanita , pondok/sekolah agama swasta dan lain-lain lagi.

MEMBANGUN AGAMA ADALAH TANGGUNG JAWAP BERSAMA

(nota kaki : saya amat kesal dengan kenyataan seorang penceramah agama yang mengatakan bahawa zaman sekarang bukan ada dah orang ikhlas.Dia sendiri meminta harga setiap kali bila berceramah atau mengajar agama.Kenapa bomoh yang menolong orang boleh ikhlas tetapi ustaz(yg tahu agama) tak faham ikhlas?Wallahu a`klam ....