Halaman

Isnin, 23 Julai 2012

Ziarah dan Mengajar Iqrak

Sejak bulan sudah  lagi, kami sibuk berziarah sambil mengajar.Banyak tempat juga rumah telah diziarahi. Samada rumah di pekan atau dikampung.Berziarah adalah aktiviti yang saya sangat gemari. Berziarah membawa berkat dalam kehidupan.

Tapi ziarah kali ini adalah untuk mengajar al quran.Bermula dengan membawa kad imbas huruf-huruf al quran. Kemudian membaca kitab Iqrak. Seterusnya bila sudah mahir barulah membaca kitab al quran. Kami suami isteri menjalankan usaha ini dengan niat fi sabilillah. Bukan niat mencari keuntungan atau niat komersial. Kami tahu ramai kawan-kawan kami yang tak tahu membaca al quran. Mungkin juga malu nak belajar di tengah-tengah orang ramai di masjid atau surau.

Sebab kami melakukan usaha ini kerana kelas ziarah atau perseorangan memang hampir tiada.Terutama kalangan orang-orang dewasa.Kelas Umumi ( secara terbuka ) dan ceramah seerta tazkirah banyak di adakan di masjid atau surau. Tapi kelas one by one memang sangat-sangat  kurang.Sedangkan bentuk sebeginilah akan memberi fokus yang lebih antara guru dan murid.Serta memberi hasil yang jelas dalam pembelajaran. Tambahan pula kami amat kasihan dengan kalangan warga emas yang berumur lebih 60 tahun, mengadu tak tahu membaca al quran dengan keadaan sangat sedih. Sebab itu kami terjun dalam bidang ini secara keseluruhan atau sepenuh masa.Bukan sambilan lagi.Lebih daripada 10 jam sehari kami bersama dengan mereka setiap hari.

Banyak rumah yang telah kami ziarahi.Di antaranya bolehlah  di lihat di sini. http://kbnilaimurni.blogspot.com/2012/07/family-class.html  dan di sini http://www.facebook.com/media/set/?set=a.371880939492393.105578.100000114690012&type=3   

Walaupun banyak cabaran atau rintangan.Namun banyak juga perkara-perkara yang menarik dan melucukan kami temui.Di antaranya :

1. Cerita P.Ramle memang sangat sesuai dengan kelas kami.Cuba tengok babak ini ....




Hampir macam ni lah keadaan yang kami temui.Bila kami uji tanya huruf al quran kepada kawan-kawan.Sambil ketawa dan menangis.Apa yang pasti usaha membantu mereka tetap kami perjuangkan.Mudah-mudahan mereka akan mampu membaca al quran

2. Golongan wanita lebih berani memaparkan kelemahan mereka.Mereka berterus terang jika mereka tidak boleh membaca al quran.Mereka sanggup mengaku kelemahan berbanding daripada lelaki.Bahkan ada ibu - ibu yang sudah tua tetap mahu tahu tentang al quran.Dalam menangis mereka merayu untuk membantu mereka membaca al quran.Subhanallah .... hati kami suami isteri amat tersentuh.Dan insya Allah kami akan membantu mereka. Manakala golongan lelaki ini agak malu dan takut berterus terang.Bahkan mereka terus lari bila kami sampai ke rumah mereka.Kami cuma nak tolong,bukannya along. Tetapi kami faham .... bab mengaji al quran ni memang amat-amat mengerunkan banyak pihak.Malu sungguh bila orang tahu kita tak tahu mengaji al quran.Mendorong mereka untuk belajar al quran pun sangat susah dan payah.Kami tetap akan mencuba juga.Insya Allah

3. Apabila kita berziarah dan mengajar al quran di rumah mereka, mereka sangat-sangat menghargai.Sebab itu kami hanya akan berziarah dan mengajar di rumah orang yang sangat berhajat untuk belajar al quran.Walau pun seorang sahaja.Bagi kami hajat itu perlu disampaikan.Orang yang bersungguh akan mencapai apa yang mereka inginkan.Sebagai guru kami hanya memudahkan cara untuk mereka memahirkan diri dengan al quran.Pelbagai teknik dan cara telah kami gunakan.Faktor umur bukan alasan untuk membaca al quran.Kami hanya menunjukkan cara yang paling mudah dan santai ketika menjalankan sessi pembelajaran.Ilmu mudah diperolehi dengan suasana yang gembira.
Sebab itu mereka gemar menjamu kami dengan bermacam-macam juadah makanan.Alhamdulillah ...  

4. Perubahan sikap pasti akan berlaku jika al quran ada dalam hati.Walaupun satu huruf al quran.Tetap akan membawa seri dan menceriakan wajah dan hati.Keriangan dalam keluarga memang jelas bila sama-sama mereka membaca kitab iqrak.Anak-anak akan gembira bila melihat ibu dan ayah berusaha mengingati huruf al quran.Mudah-mudahan keluarga mereka lebih ceria dan sejahtera setelah semua ahli keluarga mengamalkan al quran di rumah.Aminnn..

5. Masalah utama dalam belajar al quran ini ialah perasaan kecewa.Kita perlu membangkitkan perasaan yakin dan tabah dihati mereka.Bukan mudah tapi amat perlu.Tanpa kesungguhan apa-apa kerja pun takkan menjadi.Sebab itu kami gunakan kaedah memujuk dan berkasih sayang.Kami anjurkan mereka kuat berdoa.Memohon sungguh-sungguh kepada Allah.Bahkan kami galakkan mereka meletakkan kitab iqrak di bantal mereka.Cium kitab mohon kepada tuhan.Sesuatu yang kita suka dan hajati perlu di sayangi.Mudah-mudahan mereka mampu membaca al quran .... Amin

6. Keikhlasan amat penting dalam menjalankan usaha dakwah. Keikhlasan akan membina kasih sayang dan mendatangkan barakah. Disamping itu limpah rahmat Allah amat luas dan ilham untuk mengatasi setiap masalah akan di permudahkan oleh Allah.Agama bukan taruhan untuk mendapat kelebihan dunia.Kami tentang golongan yang bermain dengan wang ringgit dalam usaha menyampaikan ilmu.Agama bukan untuk di jual beli atau di letakkan harga.Maha suci Allah yang Maha Kaya

BELAJAR AL QURAN TAK PERNAH RUGI ...