Halaman

Rabu, 30 Mei 2012

Pesan untuk anak kesayangku



Anakku yang ku sayang ....
Ayah sayang kepadamu kerana Allah Taala
Ayah kasih pada mu kerana engkau adalah anugerah tuhan yang terhebat

Anakku sayang ......
Sekuntum puisi ini untukmu

Buat tatapan di kala sunyimu
Andai ayah tiada lagi
Anggap lah pesanan ini azimat keramat untukmu

Wahai anak kesayangan ku ......
Lafaz kata ini ayah sandarkan
Dalam Al quran  ....

Wahai anak kesayanganku ....
Jangan engkau mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain
Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar

Wahai anak kesayangku
Sesungguhnya ...
Jika ada sesuatu perkara (baik atau buruk)
Sekalipun sebesar zarrah dan tersembunyi di dalam batu besar
Atau di langit atau dalam bumi
Sudah tetap akan di bawa ke hadapan Allah untuk dihakimi dan dibalasi
Sesungguhnya pengetahuan Allah Maha Halus
Meliputi segala yang tersembunyi

Wahai anak kesayanganku
Dirikanlah solat...
Suruhlah berbuat kebaikan
Serta larang daripada melakukan munkar

Sabar tika dilanda bala bencana
Sesungguhnya perkara demikian amat perlu diambil berat


Wahai anak kesayangku
Jangan memalingkan muka(kerana memandang rendah) kepada manusia
Janganlah berjalan berlagak sombong
Allah tak suka orang yang sombong lagi membangga diri

Wahai anak kesayanganku

Sederhanakanlah langkahmu ketika berjalan
Rendahkan suaramu ketika bercakap

Wahai anak kesayangan ku
Cintalah Allah dan Rasulnya
Jangan cinta dunia
Kerana cinta dunia kepala kejahatan

Wahai anak kesayanganku
Hidup ini medan ujian
Mati itu adalah benar ...
Sampai masa ayah kan pergi jua
Ingatlah Allah yang menjadikan ...
Segalanya ....
Termasuk ayah
Dan anak kesayanganku

31.5.2012