Sebagai orang Melayu, kisah sihir ini banyak berlaku di sekitar kita.Tak percaya....banyak buktinya.Percaya pula takut jadi syirik.
Sebenarnya kisah sihir ini ada terdapat di dalam al quran.Kita percaya hanya benda itu ada.Tapi kita tidak boleh percaya bahawa sihir itu mempunyai kekuasaan melebihi tuhan.
Saya tidak lah pula nak menghuraikan di sini.Kerana catatan takut jadi bahan yang berat atau terlalu ilmiah pula.
Kali ini saya nak mengisahkan berkaitan kesan sihir yang menimpa kawan saya.Yang agak unik dan memakan masa berpuluh tahun.Agak menarik.
Saya namakan kawan saya ini sebagai D untuk memudahkan penceritaan.
Ayah D adalah anak seorang yang alim dan menetap di Tanah Arab.Ayah D juga dilahirkan di sana sehingga umur ayah D lebih kurang 10 tahun.
Semasa berada di Tanah Arab,ayah D hidup dengan selesa dan agak mewah.Maklumlah datuk D juga merupakan orang yang berharta.Tapi segala kemewahan itu tidak lama.Dan bermulalah kisah sihir menyihir ini.
Sebaik sahaja datuknya meninggal dunia,ayah D terpaksa kembali ke kampung halaman.Kembali bersama adiknya yang masih kecil.Saya pun tak pasti adakah ibu ayahnya(nenek)masih hidup atau tidak semasa itu.Mungkin sudah meninggal dunia agaknya.
Yang pasti sanak keluarga di kampung menanti dengan penuh gembira dan simpati.Semua sudi membantu ayah D.Menjaga dan memelihara dia.Maklumlah ayah D semasa sampai ke kampung,bahasa Melayu pun tak pandai cakap.
Rupa-rupanya mereka masing-masing ada rancangan tersendiri.Rancangan untuk membolot segala harta datuk yang ada di sini.Rancangan tersebut dibuat dengan teliti dan cermat.
Bermula makan dan minuman yang telah disihir itu diberikan kepada ayah D.Setiap kali ayah D mendekati mereka pasti dilayan dengan baik dan penuh kasih sayang.Tapi air jampian pasti dijamu jua.
Lama kelamaan ayah D menjadi agak bingung dan terlalu mengikut arahan mereka.Karektornya berubah.Menjadi pendiam dan banyak menyendiri.Lambat bertindak dan nampak agak malas.Bahkan dia banyak tidur dan tidak gemar menunjukkan emosi.
Rupanya antara sedar tak sedar hampir 30 ekar tanah peninggalan datuknya jatuh ke tangan saudara mereka yang curang itu.Ayah D sendiri tidak mahu bekerja keras walaupun sudah berumahtangga dan mempunyai ramai anak.Dia menjadi miskin dan susah.Bahkan D sendiri mengatakan betapa susahnya keluarganya hingga pernah makan dedak padi yang dijadikan lempeng.
Ayah D juga tidak diberi peluang untuk belajar.Walaupun beliau amat mahir berbahasa arab.Kalau ayah D belajar tentu dia akan jadi orang alim besar juga.Tapi berkat keturunan orang alim,dia sempat juga menjadi imam masjid di kampungnya.Walau pun karektornya agak lembab dan lemah.
Gangguan halus sering berlaku di rumah D sejak dulu hingga kini.Tapi ayah D cuma diam tenang dan tidak bertindak apa-apa.Dia tetap menunjukkan sikap baik dengan saudara-saudara keluarganya itu.
D pernah mengatakan saudara-saudara ayah D,semasa nak meninggal dunia keadaan mereka amat derita.Selepas ayah D memaafkan mereka,baru boleh mereka menghembuskan nafas terakhir.Ayah D tetap dengan sikapnya berbaik sangka walau pun hidupnya penuh derita.
Sebenarnya saudara-saudara ayah D itu adalah mereka yang mahir dengan ilmu hitam.Tapi kemaafan ayah D yang dapat memudahkan kematian mereka.
Kini ayah D pun sudah meninggal dunia.Deritanya telah berakhir.Sihir terhadapnya pun mungkin berakhir.Dia memang seorang yang sabar dan redha.60 tahun lebih menderita dengan angkara sihir tetap dilalui dengan sikap baik sangka.Penuh redha.
Tapi....adakah sihir itu telah berakhir?
D mengatakan.Bahawa walaupun ayahnya sudah tiada.Walau pun pelaku-pelaku sihir pun sudah kembali kepada tuhan.Tapi kesan sihir itu masih lagi berlangsung.
Pernah sekeliling rumahnya disimbah dengan darah manusia.Dia sendiri tak pasti siapakah yang melakukannya.Bumbung rumahnya kerap berbunyi seolah ada binatang besar yang berjalan di atasnya.Tapi D sudah biasa.Tak pernah rasa gangguan itu menghantui lagi hidup dia dan keluarga.
Alah Bisa Tegal Biasa,Alah Luar Biasa Jadi Selamba.
Saya hanya menganggap apa yang berlaku itu di dalam lingkungan pengetahuan tuhan.Wallahu `aklam.