Hari ini cuti sekolah penggal kedua sudah berakhir.Kena sambung tugas seperti biasa.Tapi tugas ku tak lah seberat tugas guru di sekolah kebangsaan.Atau pensyarah di universiti.Tapi aku enjoy melakukannya.Bersama kanak-kanak.Mengajar al quran dan fardhu ain.
Masa mengajar cuma sebelah petang je.Pagi rehat.Isteri mengajar di waktu pagi.Petang kalau dia ada masa, dia sambung mengajar al quran kepada kawan-kawan.
Mengajar ni kadang-kadang membosankan.Tapi perkara ini perlu diteruskan.Kerana ia adalah tanggung jawab.Setiap orang yang tahu wajar untuk memberitahu.Tambah-tambah perkara berkait al quran
Cuaca hari ni baik.Tak panas.Bolehlah kayuh basikal.Tapi ketika mengayuh basikal tadi hujan turun renyai-renyai.Aku suka hujan daripada panas.Kalau hujan boleh pakai baju hujan.Kayuhlah basikal pelan-pelan.Tapi kalau panas, tak tahan.Kadang-kadang suhunya melampau.Bahkan pernah aku basahkan kepala dulu sebelum ke sekolah.Takut bahang panas akan membuatkan kita rasa berpinar-pinar.
Ini adalah jalan yang terpaksa aku tempuhi untuk sampai ketempat kerja.Bayangkan cuaca panas terik,time pukul 2 petang kena kayuh basikal.Huhhhhh macam tak mau nak kayuh masa panas tu.Tapi bila tengok orang lain kayuh basikal lagi mencabar.Bangsa Inggeris daripada negara sejuk berani menempuh cabaran di padang pasir Sahara.Kita takkan tak boleh.
Satu lagi pengajaran yang aku perolehi semasa berbasikal ialah erti kesabaran.Jauh pemandangan.Tanpa kayuhan takkan kesampaian.Bahkan ada banyak pemandangan yang aku terlepas pandang sebelum ini dapat aku saksikan kembali.Dan ramai orang yang dapat bertegur sapa dengan ku ketika berbasikal.
Masa dulu tak pernah pun terfikir nak berkayuh basikal pun.Sedap menunggang motosikal.Tapi dek kerana stamina semakin berkurang maka kena bawa bersukan juga.Bersukan tanpa disedari.Maksud aku kayuh basikal ke tempat kerja.Orang pun tak perasan kita bersenam.Tapi ramai juga orang perasan.Pernah seorang pak cik memberhentikan motornya untuk menyapa aku dan berkata,"Eloklah exercise sebelum kena."Sebenarnya pak cik tersebut baru sahaja keluar daripada hospital kerana diserang sakit jantung.
Dalam beg baju kerja ada spare.Masa kerja pakai baju yang bersesuaian.Masa bersukan pakai T shirt dan topi.Kain pelekat memang kena ada standby.
Gambar di atas gaya aku baru sampai di sekolah tempat aku mengajar.Mulanya pelajar aku rasa lucu juga melihat aku datang jauh-jauh berbasikal ke sekolah.Macam-macam soalan yang mereka tanyakan.Aku cuma kata,"Kalau berbasikal badan kita sihat dan cergas".
Macam-macam orang kata tentang penampilan aku dikala itu.Ada yang kata kalau kita senang sikit carilah kemudahan yang lebih baik.Pakai kereta ka.Baru lah padan dengan usaha kita.Ini pi cari susah.Sapa suruh.
Aku tak kisah apa orang nak kata pasal aku.Yang penting aku lakukan ini untuk kepuasan dan kesihatan.Aku mencari kemerdekaan yang sesuai untuk aku.Benar kata sahabat aku dari Australia,Micheal Bentley.Banyak pemandangan yang tak terlintas di dalam fikiran kita selama ini aku dapat lihat kembali.Yang didengar lebih banyak lagi.
Sampai sekolah parking basikal ditepi sekolah.Mula-mula dulu budak-budak hairan jugak dengan perangai kita.Tapi tidak lagi kini.Masing-masing tau-tau beli basikal baru.Terpengaruh kut.
Bagi aku soal berkenderaan hak masing-masing.Di bumi Malaysia yang bertuah ini, siapa ada duit dan berkemampuan boleh pakai apa kenderaan yang mereka sukai.Bahkan kalau banyak duit beli kapal terbang pun boleh.Tapi aku pilih basikal kerana masa untuk aku bersenam terlalu terbatas.Masa sentiasa dipenuhi dengan tanggung jawap.
Sekali fikir macam 24 jam sehari semalam macam tak cukup.Bagi aku berbasikal adalah bagi memulihkan kembali stamina dan menjaga kesihatan.
Yang pasti setiap hari aku kena berbasikal selama 40 minit untuk pergi balik ke tempat kerja.Belum kira untuk berbasikal ke tempat lain.
Aku tak nak berbasikal seorang diri sahaja.Kalau boleh nak ajak isteri sekali.Umur meningkat.berat badan bertambah.Kesihatan perlu dijaga.Kalau badan sihat prestasi kerja meningkat.Syukur isteri setuju.Dia pun kadang-kadang berbasikal bersama aku.Bahkan kami kerap berbasikal di sekitar kawasan kampung halaman dan pekan berhampiran.Aku ada bercadang kepadanya untuk melakukan ziarah kerumah kalangan saudara mara yang sedang menderita sakit.Samaada tua mahupun yang muda.Begitu juga terhadap rakan atau kenalan.Dia setuju.Dan aku amat bersyukur kerana tradisi datuk nenek aku dapat diteruskan.
Semasa hayat nenek aku dia ada berpesan bahawa ziarah menziarahi itu membawa keberkatan dan memanjangkan umur.Bahkan mengeratkankan silatur rahim.Dia sendiri mengamalkan ziarah jiran tetangganya sekurang-kurangnya seminggu sekali.Sehingga akhir hayat.Dan perkara itu aku akui.Setakat dua minggu ini pun dah 4 atau lima buah rumah sudah aku ziarahi.Apa yang aku sendiri rasai ketika menziarahi seseorang terutama yang sakit atau yang tua semacam ada ketenangan yang amat baik untuk jiwa ku.Kemesraan dan kasih sayang.Sebab itu aku pesan kepada anak murid aku kalau nak belajar lemah lembut pergilah ziarah orang tua yang sakit dan miskin
Mudah-mudahan program ziarah dalam keluargaku akan berkekalan.Amin.....
Anak saudara aku yang seorang ni diharap suka basikal daripada motorsikal.Dia sedang membesar.Takut nanti kalu sudah dewasa gila motor jadi mat rempit.Di kampung halaman ku ramai kalangan sahabat-sahabatku meninggal dunia kerana berlumba motor secara haram.Sukar aku nak ceritakan kisah mereka kerana ia amat mengharukan.
Apa yang penting jagalah diri kita dan keluarga kita dari bahaya.Jaga kesihatan.Kalau sakit wajib makan ubat serta menjaga pantangnya.Hidup di dunia bagaikan perjuangan.Pernah aku katakan kepada sahabatku yang sedang menderita sakit.Iaitu kalau boleh biar nak mati bergaya.Maksudnya berjuang mengawal kesihatan diri dengan berpantang dan berubat.Jangan mati dengan kecewa.Kecewa kerana sakit dan tidak mahu berjuang melawannya.(makan ubat dan berpantang)Apa yang penting tuhan menentukan taqdir kita.Usaha ikhtiar tuhan serahkan kepada kita untuk melakukannya.Untuk melakukannya pun dalam ketentuan azali tuhan.Wallahu a`klam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan