Selain pembelajaran ini dilaksanakan di rumah. kami suami isteri mengadakan kelas ziarah.Iaitu membaca al quran dari rumah ke rumah pada hari-hari tertentu.Maka banyak perkara yang dapat saya dan kawan-kawan bincangkan bersama termasuk soal-soal peribadi.
Konsep mesra dan kekeluargaan menjadi moto kelas ini.Perjalanan kelas ini tidak akan berkesudahan hingga akhir hayat.Dan kami benar-benar menikmati suasana kemesraan di dalam kelas ini.
Kelas ini juga tidak mengenakan sebarang bayaran.Kerana ia lebih bersifat kerjasama dan persaudaraan.Bahkan hubungan sesama kami amat erat dan batas-batas politik atau lain-lain hal terpinggir secara automatik
Yang penting Al quran perlu dipelajari.Dibaca dan di amalkan.Kemesraan menjadi nilai yang mungkin akan membahagiakan kelompok kami.Amat menarik dibicarakan atau dihayati segala-gala disekitar kita sekiranya kita sama-sama menghargainya.
Insya allah dimasa akan datang akan ada banyak cerita-cerita yang menarik yang mungkin kita boleh kongsi bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan