Halaman

Isnin, 14 Jun 2010

Berbasikal


Suatu hari badan terasa lemah.Mata mengantuk selalu.Seperti biasa aktiviti harian terpaksa dijalankan.Hari-hari kena mengajar al quran.Bersama isteri tersayang.Berbakti kepada masyarakat.Mudah-mudahan kawan-kawan boleh membaca al quran dengan baik.
Tapi badan yang lemah tidak juga pulih.Mohon kepada tuhan mudah-mudahan tubuh jadi kuat.Tenaga jadi meningkat.
Tapi umur sudah 40 tahun lebih memang diakui.Dengar ramai kawan-kawan sudah kena penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.Hati mulai rasa bimbang.Takut juga sakit.Takut juga mati.Tapi kalau sampai masa terpaksa terima juga.
Baru-baru ni sedih juga mendengar berita kawan meninggal dunia dalam usia 36 tahun kerana diserang angin ahmar disebabkan darah tinggi.
Entah bagaimana berdoa kepada tuhan mudah-mudahan tubuh kuat bagi meneruskan usaha perjuangan membaca,mengajar al quran ini.Betul sejak kebelakangan ini suka tertidur masa pukul 6 petang kerana letih dan tidak bermaya.
Elok dapat duit sikit langsung pergi ke kedai basikal dan terus membeli sebuah basikal mountai bike.Tanya kat toke kedai basikal yang paling mahal kat kedai dia.Terus dia tawarkan basikal Marstar Lupus.Harga lebih kurang RM587.Langsung ambil dan tak bertangguh lagi terus kayuh.
Mula-mula kaki letih dan berpeluh.Jantung berasa macam kuat berdenyut dan sedikit nafas agak tercungap-cungap.Dua hari juga lah kaki rasa sengal dan mengingir(bahasa banjar)Tapi jiwa rasa seronok dan gembira.Kerana sudah lama kaki tidak berpeluh.Badan merasa segar kembali.
Masuk 4 hari basikal buat hal.Tayar pancit di waktu tengahari.Terpaksa mengheret basikal sejauh 2 km diwaktu panas terik di taliair Titi Serong.Kalau dulu jalan kaki dalam jarak dekat pun dah letih semacam.Tetapi hari tu badan tak lah merasa letih.Alhamdulillah sampai ke malam kerja harian tidak terganggu.
Saya juga berterima kasih kepada seorang pengembara yang bernama Micheal Bentley.Mungkin dia juga memberi inspirasi kepada saya untuk berbasikal.Katanya dia berbasikal daripada India dan menuju ke tanah airnya Australia.Ketika sampai di Simpang lima saya menemuinya dan mengajak di bermalam di rumah saya.Dan semasa di rumah saya kami banyak berbicara tentang kehidupan.Tetapi ketika itu saya tak tanya pun dia tentang basikal.Tetapi setelah dia meneruskan perjalanan saya pula menjadi penunggang basikal.Dia gembira saya berbasikal.Kami juga sering berhubung melalui FB

Kini saya berbasikal ke tempat kerja saya.Atau ke tempat sekitar kediaman saya.Bahkan dengan berbasikal saya dapat melakukan ziarah ke rumah orang-orang tua dan sakit di sekitar kampung halaman saya.Saya seronok berbasikal samada siang dalam malam.Tetapi tidak lah sampai nak jadi penunggang basikal pro pulak.
Syukur.Kini kesihatan bertambah baik.Banyak pengalaman indah saya dapat perolehi.Ada peluang akan saya paparkan

Tiada ulasan: