Selamat menyambut Maulud Nabi SAW.Semoga hidup kita akan bertambah ceria dan bahagia.
Hari-hari yang kita lalui pasti akan menempuh pelbagai cabaran.Banyak difikirkan segala permasalahan itu semakin merungsingkan.Makin menyakitkan.Bahkan mengelirukan.
Punca manusia tertekan,sedih atau marah biasanya berpunca daripada 3 perkara ini:
1. Disebabkan dosa
2.Hilang dunia
3.Dihina orang
Disebabkan dosa
Hati sedih atau gundah kerana dosa yang kita telah lakukan.Samada disedari atau pun tidak.Antara dosa yang tidak kita sedari ialah kerana kita tidak berzikir(mengingati Allah).
Boleh jadi juga disebabkan dosa-dosa kita kerana membiarkan kemaksiatan yang berlaku di depan kita.Yang kita tidak tangani atau atasi.
Dosa meninggalkan menuntut ilmu agama juga akan memburu hati kita.Rasa bersalah dan gundah akan membawa kesedihan dan tekan secara tak lang kepada kita.
Jalan untuk mengatasinya ialah dengan kembali bertaubat.Bersihkan hati dan kembali berzikir kepada Allah.
Hilang dunia
Hati mana tak teruja jika segala yang dimiliki akan hilang begitu sahaja.Gundah atau murung akan muncul bila barang ditangan hilang atau pergi meninggalkannya.Kerap berlaku kepada manusia, menangis atau bersedih bila kematian orang tersayang.Duit hilang pun boleh membuatkan kita tak lalu makan.Pokoknya apa saja yang lain daripada Allah yang kita miliki itu adalah dunia.Bahkan saat gembira itu pun bila berlalu akan mnyebabkan kita sedih
Jalannya untuk mngatasi kesedihan itu ialah redha dan rela.Redha dengan ketentuan Ilahi.Merelakan dunia pergi meninggalkan kita.
Dihina orang
Mungkin yang menghina kita itu orang lain atau diri kita sendiri.Jarang orang merasa gembira bila dihina atau direndahkan orang.Kadang-kadang dengan jelingan dan muncung mulut orang pun kita boleh sakit hati.Sakit hati ini kadang-kadang memakan masa berhari-hari.Atau berbulan-bulan.Bahkan boleh mempengaruhi sepanjang hayat seseorang.
Diri kita juga pandai merendahkan atau menghina kita juga.Contohnya, bila orang berjaya atau kaya.Kita sendiri akan merendahkan diri kita dengan berkata,"Itulah aku malas berusaha."Walaupun perkataan itu ringkas tetapi ia tetap menjadi pernghinaan dan membuatkan kita rasa terhina.
Untuk mengatasi tekanan tersebut maka kita hendaklah banyak-banyak bersabar.Lagi sakit hati lagi banyak sabar.Sabar pukan perlu pengucapan.Lebih kepada menerima tanpa keluh kesah risau gelisah.
Ada juga gundah gulana berlaku tanpa punca tanpa sebab.Tiba-tiba je datang.Oh... kalau berlaku begini ... diam je.Dan diam.
Lagi satu untuk mengatasi kedukaan ialah dengan membaca al quran.Atau mendengar bacaan al quran.Hidupkan al quran dalam hati,pendengaran dan penglihatan kita.Pasti kita akan tenang dan ceria.
Perbaharuilah hidup kita dengan Al Quran
Kalau masih lagi tak tenang,mungkin kita ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki.
Lagi satu tips yang ingin saya kongsikan dengan pembaca ialah sebelum bacalah al quran.Kitab Al quran letak disisi tempat tidur kita.Cium kitab al quran berkali-kali sebelum tidur.Baca doa dan serulah tuhan yang kita cintai dan sayangi.Kalau kita tafsir atau buku agama bolehlah kita tidur sambil memegang dan menciumnya sampai tertidur.Insya Allah tidur tenang.Bangun pagi pun ceria.
Letaklah kitab Al quran disisi kita sebelum mati.Kerana bila sudah menjadi mayat pasti orang letakkan kitab al quran disisi kita.