Halaman

Sabtu, 4 September 2010

Susah senang

Kita susah kita tahu.Orang susah belum tentu kita tahu.Tambah lagi kalau orang tu tak nak bagi tahu.Biasanya orang yang susah kalau dia boleh bagi tahu, tak lah susah sangat.Boleh jadi orang tu tak tau nak selesaikan masalah dia.Jadi dia kata lah susah.

Tapi orang yang susah dan tak bagi tau kesusahan dia lebih istimewa.Kerana dia redha dengan kesusahan dia dan takdir tuhan.Dia sabar menghadapinya.Dia tenang melaluinya.Kita pun senang tak dengar kesusahan dia.

Ramai orang susah nak ceritakan kesusahan dia.Takut silap cerita kena marah dengan orang.Atau mungkin tak yakin orang boleh bantu meringankan kesusahan dia.Mereka akhirnya menghadapi kekeliruan untuk menyelesaikan masalah.Tidak ada orang yang dapat memandu dia untuk menyelesaikan masalahnya.Atau membantu mnyelesaikan masalahnya.

Tapi ada juga orang yang suka menceritakan masalahnya.Bukan untuk penyelesaian.Hanya sekadar meluahkan permasalahan.Menghilangkan tekanan masalah.Atau mungkin hobi suka cerita masalah dirinya kat orang.Orang sebegini boleh kita dengar permasalahan mereka.Jangan cuba pula memberi nasihat atau pandangan tanpa diminta.Takut nanti rugilah kita. Memikirkan penyelesaian masalah, akhirnya tiada manafaat pun untuk mereka.Buat habis air liur je.

Ada juga orang suka menimbulkan pelbagai permasalahan.Benda yang remeh pun diajaknya kita sama-sama memikirkannya.Aduan permasaalahan tak habis-habis.Hingga kita menjadi rimas dan tertekan dengan manusia species ni.Lagi bagi jalan penyelesaian, lagi keliru kita jadinya.Mereka ini boleh le berkawan.Jangan terlalu rapat.Takut terjerat diri kita.Mereka adalah jenis manusia yang agak memanjakan diri sendiri.Setiap tindakan semacam nakkan perhatian sahaja.Hati-hati.

Ada kisah yang menarik yang saya ingin ceritakan kali ini.

Seorang abang sealu mengadukan permasalahan berkaitan denga dirinya.Dia mengidap penyakit sawan tarik.Tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.Anak dan isteri pun sudah tinggal berasingan.Tidak pandai berbasikal atau bermotorsikal.Kerap ke mana-mana berjalan kaki.Dia bijak berkata-kata.

Antara persoalanyang dia selalu timbulkan ialah:

1. Kenapa saya selalu menangis bila mengenangkan anak-anak dan isteri?
2. Berdosakah saya tidak menafkahkan anak isteri?Sedangkan saya tidak ada pendapatan atau pekerjaan.
3. Mengapa orang tidak suka kepada saya?Hinakah orang seperti saya ini?

Sebenarnya saya sendiri sedia maklum keadaannya.Dia sendiri mengaku yang dia tak cukup sekupang(kurang dari sudut pemikiran).Saya sekadar meminta dia bersabar.Hanya tuhan sahaja yang mengetahui.

Tapi kadang-kadang persoalan yang dia berikan amat luar biasa juga.Pernah juga dia bertanya satu soalan.Iaitu,"Susah dan senang tu yang mana jadi pilihan kita?Belum sempat saya jawap, dia dah jawap."Tentu pilih senangkan,"Kemudian dia tanya balik."Habis tu, yang susah siapa yang nak?"katanya lagi.Dia susah hati bila semua orang tak mahu menerima susah.Haiiii susah juga nak berbicara orang yang semacam ini.

Apa yang saya faham susah dan senang itu adalah ujian tuhan kepada kita.Susah dan senang silih berganti.Bagaikan siang dengan malam.Setiap kesusahan ada kesenangan.Setiap kesenangan ada kesusahan.

Kesenangan adalah limpah kurnia dari tuhan,
Kesusahan adalah tanda keadilan tuhan

Susah juga nak faham kan.Senang-senangkan lahhhhhhh
Wallahu a`klam

Tiada ulasan: