Halaman

Jumaat, 13 Disember 2013

JANJI BUKAN SEMUDAH DILAFAZKAN ……

Satu hari saya semasa sedang mengajar, saya memperingatkan pelajar saya tentang peri pentingnya berjanji dan menunaikannya pula.Janji yang ramai orang agak ringankan ialah apabila berjanji dengan anak-anak.Mungkin kita rasa berjanji dengan anak-anak sebagai alasan untuk menenangkan hati anak.Tetapi jika tak di tunaika.Ia akan menjadi persoalan yang besar.Saya katakana kepada pelajar saya, Jika kita berjanji dengan anak-anak dan tidak menunaikannya pula, maka secaa tak langsung kita mengajar anak-anak meringan-ringankan apabila sudah membuat janji.Senang cakap kita telah ajar anak-anak jadi munafik.Anak-anak pula selagi tak ditunaikan janji, dia akan merenggek-renggek minta ditunaikan hajatnya.Apabila dia semakin bosan menanti maka akan terpacullah kata-kata “mak pun pembohong,ayah penipu,mak ayah auta dan lain-lain lagi.Jika perkara ini dilakukan berulang kali.Nilai hormat anak-anak akan hilang.Seterusnya anak-anak merasakan nasihat atau apa-apa perkataan ibu bapa akan jadi perbualan kosong aja.Tak perlu dihiraukan.Lebih malang lagi jika anak-anak berdendam dan menunggu peluang bila sudah dewasa.

Pada saat itu ibu bapa kena nilai balik di mana dia telah berlaku curang deng anak-anak.Dan nak membetulkan keadaan tersebut amatlah sukar.Kerana itu nilai pendidikan terhadap anak-anak perlu halus dan menepati nilai-nilai Islam senbenar dan perkara-perkara yang kita anggap remeh mungkin akan mengundang satu perkara yang kita tak pernah duga.

Belum selesai saua memberi tazkirah berkaitan perkara tersebut, seorang ibu tiba-tiba bingkas bangun meninggalkan majlis kami.Lebih kurang seteangah jam kemudian dia kembali dengan wajah yang agak ceria.

Setelah selesai tazkirah yang saya berikan itu,saya terus mendapatkan ibu tersebut.

“Kak pergi mana tadi?” Tanya saya.
“Begini ustaz.Tadi bila ustaz cakap tunaikan janji dengan orang tersayang dan anak-anak, saya terus teringat yang saya ada janji nak bawa anak ke taman permainan dengan sini.Hari-hari dia merengek dan kata saya suka berbohong.Saya amat terasa bila ustaz kata, bila kita kerap berbohong dengan anak-anak ibaratnya kita mengajarnya menjadi orang yang munafik.Apa lagi saya terus balik dan bawa dia ke taman permainan.Anak saya senyum dan gembira.Saya rasa lega bila saya tunaikan janji saya kepada anak saya.” cerita ibu tadi.

Saya tersenyum.Memang benar kata pujangga “Janji memang mudah diucapkan tapi menunaikannya amat sukar.”
Bagi saya pula, kalau tak mampu menunaikan, lebih baik jangan berjanji.

Suka saya membawa satu kalimah aku janji yang kita lafazkan setiap hari.Iaitu kalimah syahadah.Yang membawa maksud,

Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah.Dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.”

Saja nak kongsi persoalan.Adakah kita tunaikan janji-janji ini.

1. Adakah kita telah tunaikan janji kita kepada Allah dan Rasul?
2.Adakah kita tunaikan janji kita kepada ibubapa?
3.Adakah kita tunaikan janji kita kepada isteri/suami tersayang? (Masa bercinta kan banyak berjanji)
4. Adakah kita tunaikan janji kita kepada anak-anak tersayang?Termasuk kaum kerabat.
5. Adakah kita tunaikan janji kita kepada DIRI SENDIRI?
6.Dan lain-lain lagi.

RAMAI ORANG BERJANJI.
RAMAI JUGA MUNGKIR JANJI
UNTUNG JANJI YANG DITEPATI
RUGI YANG MENGKHIANATI JANJI

Saya tidak suka dengan orang yang suka main-main dengan janji.Anda mungkin juga.Mereka pun sama gak.







BILA SAKIT ….

Sakit adalah satu keadaan yang tidak disukai oleh kita. Sakit yang paling menyakitkan ialah ketika merasa perit dan pedih ketika melalui sakit itu. Jika sakit gigi, rasa sakit yang berdenyut-denyut di dalam mulut amat-amat tidak menyelesakan kita.Sakit tu membuatkan kita serba tak kena.Bahkan mengganggu emosi dan mengganggu tidur kita
Rasa sakit itu pula berbeza-beza pada setiap orang. Ada orang boleh tahan sakit. Ada yang menangis dan mengeluh serta merintih ketika sakit. Ada juga tampak tenang walaupun keadaannya sangat menyakitkan. Hanya orang yang sakit tahu rasanya dengan sejelas-jelasnya.
Manakala yang melihat tumpang simpati tanpa rasa sakit. Cuma rasa hati tersentuh atau tak terasa apa-apa pun. Itu bergantung sikap dan keprihatinan seseorang.
Orang yang pernah sakit mungkin lebih memahami keadaan orang sakit. Derita sakit itu mengingatkan saat perit sakit yang pernah dilaluinya. Rasa simpati mudah muncul. Sebab itu ramai orang yang pernah sakit akan menziarahi dan menyelami keadaan orang sakit itu.
Tetapi orang yang tak pernah sakit kurang dapat memahami perasaan orang sakit. Bahkan sanggup tidak menziarahi orang sakit walaupun daripada kerabat yang terdekat dengannya atau sahabat baiknya. Itu hak masing-masing.Siapa sakit tahulah betapa sakitnya kan.
Ada juga soalan-soalan dan percakapan yang lucu yang dikemukakan menziarahi orang sakit ini.Kalau boleh jangan buatlah.Antaranya ialah:
  1. Awak tau tak? Sakit ni boleh bawa maut
  2. Sakit tak? Saya ada ubat gerenti boleh baik
  3. Bila boleh baik/sembuh?
  4. Sakit ni biasa la.Semua orang sakit.Betul tak?
Sebab itu jangan silap cakap ketika ziarah orang sakit.Nanti kita menyakitkan hati si sakit atau keluarganya. Ikut ajaran Islam. Jangan terlalu lama berziarah orang sakit.Banyak mendoakan dan memberi kata semangat kepada mereka.
Baru-baru ini saya mengalami sakit yang memberi keinsafan kepada saya.Sakit yang membuatkan saya terpaksa berehat selama 2 bulan. Beberapa hari tinggal di wad dan terpaksa melalui pembedahan.
Saya mengalami 3 penyakit secara berturut-turut.Sakit pertama sakit buasir.Saya mengidap penyakit ini hampir 32 tahun.Penyakit ini membuatkan saya tak mampu aktif bersukan serta melakukan aktiviti lasak.Ramai orang menderita penyakit ini malu untuk menerima rawatan.Akhirnya ada yang membawa penyakit ini hingga akhir hayat.
Untuk pengetahuan pembaca, Imam Syafie mengidap penyakit buasir berdarah hingga membawa maut.Sebab itu beliau berijtihad sekiranya seseorang itu mengidap penyakit buasir dan berdarah maka solatnya sah.
Punca terakhir penyakit saya ini semakin tenat setelah merasa sepiring masak cili api ikan keli.Sikit je merasa tetapi penyakit saya bertambah teruk. Di dalam kepala dah terfikir samada saya akan berubat ke hospital atau menerima rawatan lain. Akhirnya saya saya memilih rawatan tradisional China kerana jika saya ke hospital pasti akan di potong bahagian sakit itu dan mengambil masa yang lama untuk sembuh. Dalam masa yang sama saya juga bimbang kesihatan isteri saya yang juga ada menderita sakit.Tak sanggup tinggalkan dia.
Rawatan tabib Cina ini mengenakan kos yang agak tinggi.Kita diberi ubat makan dan buasir tersebut akan disuntik dengan ubat-ubatan serta ubat sapu.Suntikan tersebut tanpa menggunakan bius dan rasa sakit tu ada la sikit-sikit. Rasa pedih dan perit akan berlaku selepas sejam disuntik. Perit beb. Sakit kira sampai gigit bantal. Kemudian bengkak-bengkak tadi mengecil dan segala darah, bisanya akan keluar.Dalam masa yang sama ubat sapu sentiasa diletakkan pada tempat yang sakit itu.Dalam masa 2 minggu bengkak-bengkak buasir itu mengecil dan hilang.
Tetapi tumpah darah pasti berlaku jika rawatan ini dilakukan.Kerana darah-darah kotor yang ada dalam tu perlu keluar.Saya sendiri mengalami tumpah darah itu.Berketul-ketul darah beku dan darah hitam keluar.Macam orang keguguran.Mulanya saya bimbang juga.Tak pernah sampai setengah baldi darah keluar macam tu.
Isk …. habis darah macamana nanti.Mati le.
Tapi isteri cakap,”Alah, orang keguguran keluar darah macam tu gak.Tak mati pun.”
Elok 2 minggu selepas itu, terasa ada macam kudis-kudis kecil di perut. Bila sapu minyak rasa pedih.Ini penyakit kedua saya.Kayap.Saya terus meminta seorang rakan yang kebetulan imam kampung saya merawat pula.Rawatan yang dilakukannya agak menarik dan lucu.Dia membaca ayat-ayat rukyah ( al quran) dan meludahkan ke tempat yang ada penyakit itu. Kayap itu keluar dan penuh di bawah peha saya. Selepas di sapu dengan ubat yang diberikannya kayap tersebut menjadi hitam dan sembuh.Alhamdulillah
Penyakit ketiga saya ialah bisul.Kalau orang kampung saya cakap bisul ‘paracut’.Bisul itu pula berada betul-betul di tepi buasir yang saya alami itu.Sakitnya …… huh tak payah nak cakap le. 3 kali ganda daripada sakit buasir.Bila sakit kepala sampai berpeluh.Air liur pahit dan demam.2 malam saya serba tak kena.Sakitnya sampai saya tak tentu arah.Duduk tak kena.Baring pun sama.Berdiri pun salah.Susah nak cakap.
Ada seorang mak cik yang kena penyakit bisul seperti saya dan dia malu nak ceritakan kepada orang.Setelah bisul itu pecah, kuman telah merebak ke darah dan masuk ke paru-paru. 5 hari selepas itu dia meninggal dunia.
Akhirnya saya ke pusat kesihatan kecil di kampung saya.Pembantu Pegawai Perubatan menyuntik Anti Biotik dan memberi juga ubat makan.Pada petang harinya bisul itu pecah.Darah dan nanah keluar dan rasa sakit itu hilang.Saya rasa lega.Tapi saya terpaksa ke hospital untuk rawatan lanjut.Sesampai di hospital saya terus diarah masuk wad dan pembedahan perlu dilakukan.Bisul tadi perlu di keluarkan dan pembedahan itu dilakukan dengan bius separuh sedar. Selepas dibedah luka itu perlu dicuci setiap hari.Sama macam orang yang mengalami rawatan luka atau kudis pengidap kencing manis.
Kerana saya tak ada kencing manis maka penyembuhannya memakan masa lebih kurang 2 minggu.2 bulan berlalu, ketiga-tiga penyakit itu telah sembuh kini.Alhamdulillah.Saya terhutang budi kepada semua orang yang telah merawat saya.Bukan wang jadi ukuran.Tetapi jasa baik mereka amat bererti buat saya.
Saya amat-amat menghargai mereka.Terutama doktor-doktor yang melakukan pembedahan yang saya tak nampak dan tahu siapakah orangnya.Jururawat-jururawat yang amat mengambil berat keadaan sakit saya.Termasuk petugas-petugas hospital yang berhati mulia dalam menjalankan tugas masing-masing.Kerana saya tak pernah pun memberi hadiah atau bayaran kepada mereka.

TERIMA KASIH SELURUH WARGA HOSPITAL TAIPING
Begitu juga petugas-petugas di Pusat Kesihatan Kecil Jalan Baharu.Jasamu merawat ku setiap hari mencuci luka amat-amat dihargai. TERIMA KASIH.
Begitu juga Mr Kee, perawat di Klinik Buasir Parit Buntar. Thank You pasal 32 tahun dah I selalu dok lama le dalam tandas.Kini tidak lagi.
Terima Kasih Imam Hj. Yusuf B.Abdul Rashid. Berkat doa dan sedekah tuan mudahan dirahmati Allah.
Antara pengajaran yang saya perolehi semasa melalui saat itu ialah:
  1. Merasa insaf bahawa diri amat lemah.Bila-bila tuhan boleh uji dengan kesakitan
  2. Mahkota sihat amat berharga pada orang sakit
  3. Hargailah kesihatan diri anda
  4. Doa agak khusyuk ketika sakit
  5. Sakit itu satu ujian dari tuhan
Jangan tinggal solat walau sesakit mana pun kita.Sebab bagaimana nak doa jika perintah tuhan tidak ditunaikan.Kalau sakit membawa mati tentu amat rugikan.
Ketika sakit hanya satu doa yang saya kerap panjatkan,

“Ya Allah ….. hilangkanlah sakitku.”
Bila sihat macam-macam doa yang kita pohon dan kurang khusyuknya.Kenapa? Kerana tiada yang mendesak hati kita.
Bila sihat kita lupa nikmat-nikmat sakit.Apakah nikmat sakit? Amat banyak. Kita dapat memahaminya jika kita lalui sakit.Lebih-lebih lagi yang perit-perit.

POHONLAH DOA AGAR AFIAT SELALU
JIKA SIHAT BANYAKKAN IBADAT
INGAT..... YANG SIHAT NANTI SAKIT

CINTA SEORANG LELAKI

Dia seorang lelaki sederhana. Punya pekerjaan tetap dan sudah berumahtangga. Mempunyai perawakan yang baik dan menjaga tata susila sebagai lelaki timur. Tapi cinta yang nak dipaparkan olehnya agak unik. Penuh adab dan menjaga daripada terjerumus kepada maksiat. Lelaki ini saya namakan sebagai U. Inilah sebahagian kisahnya.

U memang seorang lelaki yang penyayang dan sangat menjaga keluarganya. Dia mempunyai seorang isteri yang cantik dan sudah ada anak. Tapi siapa sangka di usia 40an dia boleh jatuh cinta lagi. Jatuh cinta dengan seorang gadis yang tak pernah diketahui nama dan keturunannya.

U pernah berbicara dengan gadis itu di tempat gadis itu bekerja. Gadis itu bekerja di sebuah pasaraya. Setelah beberapa kali bersembang dengan gadis itu dengan mesra, U terlepas cakap dengan gadis itu.

Saya sebenarnya sangat-sangat sayang kepada awak kerana Allah Taala.Mungkin sebab itu saya bermimpi ada bahaya sedang menanti awak. Saya minta maaf kerana bukan tujuan saya untuk campur tangan dalam kehidupan social awak.”

Gadis itu menangis setelah U menceritakan bahawa dia bermimpi ada lelaki yang cuba melakukan perkara yang tidak baik kepadanya. Seterusnya U mengatakan lelaki itu tidak sesuai dengan gadis itu dan akan menimbulkan masalah.

Sambil menangis gadis itu berkata,

Tak pernah seumur hidup saya ada orang nak sayangkan saya kerana Allah Taala.Ini kata-kata yang amat menyentuh hati saya. Terima kasih. Dan mimpi awak tu benar-benar berlaku”

U menyambung lagi, “ Ya… saya pun tak tahu mengapa saya sayangkan awak. Dan saya tak mampu menyembunyikan perasaan itu.”

Selang beberapa hari selepas itu U tiba-tiba dilanda perasaan rindu yang amat sangat kepada gadis itu. Kesunggulan wajahnya dapat dihidu oleh isterinya.U kerap termenung dan bersendirian. Isterinya mulai syak wasangka kepadanya

Abang…. kenapa abang tampak sedih je kebelakangan ini? Abang ada masalah ke?

Sebenarnya ……. abang tak tahu nak cerita. Abang pun tak tahu bagaimana perasaan abang ketika ini. Abang …. rasa hairan. Kenapa abang rasa terlalu rindu dengan seseorang yang abang tak sempat tanya siapa namanya. Abang jatuh cinta kepadanya”, jawap U dengan suara tersekat-sekat dan linangan air mata.

Isteri U pun turut menangis dan menyabarkan suaminya. Walaupun hatinya terguris tetapi dia memahami bahawa suaminya seorang yang amat berterus terang dengannya.Dia juga amat sayangkan suaminya.Dia berasa tindakan yang paling baik ketika ini ialah menenangkan hati suaminya yang dilanda kesedihan.

Abang…. Sabarlah.Mungkin ini ujian daripada tuhan.Saya akan doakan abang agar tenang kembali”, pujuk isteri U.

Kerinduan dan keresahan U semakin membuak. Sudah tak dapat ditahan lagi.U terus bergegas ke pasaraya tempat gadis itu bekerja.Sesampai di sana kawan-kawan gadis itu memaklumkan bahawa gadis itu sedang bercuti. U sudah hilang arah. Dia malu nak bertanya di mana kediaman gadis itu.Takut di salah ertikan oleh rakan-rakan gadis itu. Dia hanya berharap akan bertemu gadis di di sekitar pecan atau tempat-tempat yang dirasakan di hatinya. Merata-rata tempat dijelajahinya dengan harapan dapat bertemu dengan gadis itu. Bahkan beberapa hari dia meninjau di sekitar kampung berdekatan dan dikedai-kedai yang dia rasa gadis itu akan pergi. Dia tak tentu hala jadinya.Dek penyakit rindu yang amat sangat dia sanggup menunggu berjam-jam lamanya menanti di tempat yang dia cuma rasa gadis itu muncul.

Setelah seminggu berlalu, akhirnya U bertemu juga dengan gadis itu di tempat gadis itu bekerja. Kerinduan dan rasa sayang tak dapat ditahan-tahan.Dia menangis dan terus menemui gadis itu.Kelakuannya benar-benar membuatkan gadis itu sebak dan sayu.

Sudah beberapa hari saya cari awak. Saya tak tahu mengapa saya rindu sangat kepada awak,” ujar U kepada gadis itu dengan linangan air mata.

Kenapa dengan awak ni?”, tanya gadis itu.

Entahlah ….. Saya tak tahu mengapa saya terasa rindu dengan awak.Mungkinkah tuhan nak kifarahkan kerana saya membuatkan awak menangis dulu.Kini saya pula menangis kerana rindukan awak pula.Hati ini hanya tuhan saja yang tahu.” tambah U lagi.

“Sabarlah. Mungkin ini ujian tuhan untuk kita.” ujar gadis itu lagi.

Kemudian barulah mereka berkenalan. Memang U tak tahu nama penuh gadis itu dan gadis itu pun tak pernah tahu nama U yang sebenar. U mengaku bahawa dia sudah beristeri dan mempunyai seorang anak. U jenis lelaki yang suka memberi nasihat. Dia memperingatkan gadis itu agar kuat mendirikan solat serta banyak berdoa.Dia juga turut berjanji mendoakan kesejahteraan untuk gadis itu selama dikandung hayat. Dia juga berharap gadis itu selamat dan jauh daripada maksiat dan kejahatan.

Gadis itu juga mengerti ujian perasaan yang melanda U.Dia tidak mengambil kesempatan untuk mengganggu rumahtangga U atau menggoncang kebahagiaannya. Dia sendiri tak sanggup menghancurkan hati seorang perempuan memiliki seorang lelaki sebaik U.

Apabila pulang ke rumah U menceritakan segala yang dia lakukan kepada isterinya.Isterinya diam dan memahami dugaan yang sedang dilalui oleh suaminya itu.Dia tidak melenting sebaliknya mengambil sikap berbaik sangka di atas perkara itu. Bahkan dia sendiri menggalakkan suaminya berjumpa dengan gadis itu sekiranya itu adalah ubat yang terbaik menghilangkan kerinduan suaminya.Bahkan dia sendiri telah bertemu dengan gadis itu semata-mata untuk menggembirakan suaminya.Walaupun pada hakikatnya isterinya tak sanggup suaminya menduakannya.Apatah lagi mengambil gadis itu sebagai madunya.

U cuba melupakan gadis itu dengan tidak berkunjung ke pasaraya itu.Tetapi dia tewas kerana semakin ingin dilupakan semakin kuat ingatannya kepada gadis itu.Manakala isterinya mengambil sikap mempercayai suaminya sepenuh hati.Redha setiap kelakuan suaminya pasti menghindari maksiat dan kejahatan. Sebaliknya gadis itu mengambil langkah wajar dengan tidak mengambil kesempatan merebut kasih sayang U yang terpampang di depan mata sebaliknya menghormati milik wanita lain.

Akhirnya U nyatakan kepada gadis itu.

“Sesungguhnya aku jatuh cinta kepada awak bukan kerana awak.Tetapi kerana Allah SWT.Aku syukur Allah datangkan perasaan itu.Dan aku kembalikan perasaan itu kepada Allah jua.Jangan bimbang rasa itu amat indah dan mudahan tidak akan menjejaskan aku,awak dan rumahtangga aku.Aku percaya dengan qadha dan qadar.Aku sedia untuk menghadapi kebijaksanaan ketentuan Allah. Maaf jika aku nyatakan bukan wajah atau faktor luaran jadi ukuran tarikan cinta.Tapi rasa itu abadi dari tuhan.Cukup untuk aku merasai dalam imiginasi.Aku juga tak mengharapkan kau menyintaiku.Harap kau mengerti.”

Gadis itu diam. Seolah tergambar di wajahnya persoalan yang mungkin dia saja yang mengerti.

Saya tanyakan kepada U apakah dia sanggup menanggung perasaan itu.
U jawap dia sanggup melalui rasa itu hingga akhir hayat jika itu adalah ketentuannya.
Saya tanya lagi, apakah U menaruh harapan untuk bernikah dengan gadis itu.
U menjawap bahawa jika itu ditakdirkan maka dia amat gembira menerimanya.Jika tidak maka dia redha cinta itu diabadikan dalam imiginasinya kerana tuhan telah anugerahkan cinta yang sangat-sangat istimewa dalam hatinya.
Saya tanya lagi, bagaimana dengan cinta dan kasih sayang terhadap isterinya.
U menjawap sambil ketawa kecil, “ Hehehehehehe…. Dr. Fadhillah Kamsah kata hati seorang lelaki mempunyai beberapa ruang untuk dia menyintai lebih daripada seorang wanita.Ada dua ruang yang kosong dalam hati saya ini.”

Akhirnya U tetap berkawan dengan gadis itu tanpa melanggar batas-batas susila.Tetap dia menjaga isterinya dan keluarganya dengan baik.Dia tak pernah keluar berdating dengan gadis itu dan tak pernah berhubung dengan telefon dengan gadis itu.

RASA CINTA DARI ALLAH.
SYUKUR DENGAN NIKMATNYA.
KEMBALIKAN RASA CINTA KEPADA ALLAH.
MANUSIA HANYA HAMBANYA YANG DIBEKALKAN RASA DAN CITA.

NAFSU BUKAN CINTA

Sabtu, 30 November 2013

HARAPAN IBU INI


Banyak-banyaklah bersyukur dengan limpah kurnia Allah ke atas diri kita yang tak terhitung banyaknya.Samada nikmat ketenangan, kebahagian, kemudahan dan lain-lain lagi.
Namun sebagai manusia tak lari dari impian dan harapan.Semakin kita meningkat umur impian dan harapan akan berbeza bergantung dengan kehendak dan keadaan.

Impian zahir berbentuk kebendaan.Seperti rumah,wang ringgit,usaha kebajikan dan lain-lain.Impian batin pula seperti menambahkan amal ibadah,tuntutan ilmu,tafakur dan lain-lain.

Dalam saya berziarah mengajar al quran, maka impian inilah yang paling popular dan mencabar kesabaran.Impian ibu-ibu ini ialah mengkhatamkan al quran sekali seumur hidup.Dengan membaca dipimpin atau dibetulkan pembacaan mereka.

Bagi saya mereka perlu dibantu.Mereka percaya dengan al quran.Tetapi mereka tak berpeluang untuk belajar al quran sebelum ini.Mereka merasakan impian ini terlalu besar.Bukan wang ringgit lagi jadi impian.Usia menjamah rasa.Dunia fana semakin nak ditinggalkan.Dapat mengkhatam al quran terlalu hebat untuk jiwa-jiwa mereka.

Saya juga menyedari mereka adalah kelompok-kelompok yang ditinggalkan.Bukan mudah untuk mengajar dan memimpin mereka.Tapi layakkah orang berilmu mengambil langkah memandang sepi sahaja insan-insan ini.Atau sekadar menghukum tanpa usaha untuk membantu.

Setiap insan ada hak untuk dibantu dan disayangi.Sedikit perhatian dan pengorbanan perlu digerakkan.Insya Allah…. saya akan berusaha menyampaikan hajat mereka.Kerana itu jua impian saya.Membantu,mengajar al quran untuk ibu-ibu tua yang kasih al quran.Cinta Allah dan Rasul

Mudah-mudahan Allah memakbulkan.Amin…

PATUT BAGI SETIAP MUSLIM KHATAM AL QURAN SEKALI SEUMUR HIDUP
BANTULAH MEREKA YANG MEMERLUKAN…. TERUTAMA IBU KITA SENDIRI

BOSAN DAN KESUNYIAN


Saya masih ingat lagi satu tajuk artikel  yang berkaitan psaikologi “Kebosanan boleh membunuh” dalam satu bahan bacaan yang pernah saya baca di dalam sebuah majalah. Lama dah saya baca.Dah lebih 20 tahun lalu.

Tetapi baru-baru ini saya terfikir kembali maksud tajuk artikel itu.Banyaklah punca-puncanya yang boleh mendatangkan kebosanan dalam jiwa.Tambahan pula zaman sekarang penyakit bosan semakin menjadi-jadi.Anak kecil yang masih di bangku sekolah pun dah pandai merajuk-rajuk dengan mengucapkan kata-kata bosan atau boring.

Pada pandangan saya kebosanan ini atas 2 faktor.Mungkin memang tak ada apa-apa yang nak dilakukan.Atau terlalu letih melakukan sesuatu benda yang sama.Maka masa rehat perlu ada.Masa bergembira perlu dirancang.

Tetapi bukanlah tujuan saya nak merungkai jalan-jalan penyelesaian dengan kaedah psikologi atau kejiwaan.Cuma saya nak kongsi beberapa kaedah yang condong ke arah keagamaan yang lebih membawa keberkatan.

Antaranya dengan kaedah :

Berzikir
Membaca al quran
Membanyakkan solat
Bertafakur
Menuntut ilmu
Mengamalkan praktik Islamiyah dengan mantap

Ilmu Islam tak pernah habis memecahkan persoalan dalam semua permasalahan.Rugi sungguh jika seseorang mengaku Islam tetapi tak mahu mengkaji dan beramal dengan pratik-praktik amal dan kaedah yang sangat besar ganjarannya bagi orang yang beriman.

DIA TELAH PERGI BERSAMA DOANYA


Sememangnya dia amat istimewa.Mungkin orang tak perasan.Tapi bagi saya , apa yang dia lakukan amat hebat dan satu anugerah.Bukan semua orang mampu lakukan seperti beliau.

Saya mengenali beliau dengan nama Abu.Nama itu bukan nama sebenarnya.Tetapi panggilan itu seolah-olah amat sesuai untuk beliau.Beliau bertubuh kecil walupun usianya sudah melebihi 30 tahun.Perkembangan fizikal dan mentalnya agak terbantut.Tingginya tak sampai 4 kaki.Wajahnya comel macam wajah kanak-kanak.

Satu masa dahulu dia telah melalui pembedahan di bahagian kepala.Kerana keadaan reaksinya agak bermasalah.Kalau kita kata kucing itu harimau, dia akan lari lintang pukang dengan sangkaan kucing itu harimau.Kalau dia melintas jalanraya adakalanya dia jadi kelam kabut.Dah melintas ke seberang pun boleh berpatah balik.Saya pun tak tahu apa jenis penyakitnya.Keadaan dia kembali normal setelah menjalani pembedahan tersebut.

Ada satu karektornya yang amat menarik dan jadi kenangan serta iktibar kepada diri saya.Iaitu apabila dia tidak ada duit dia suka meminta kepada orang ramai tanpa segan silu.Samada dikenali atau tidak.Apabila orang tersebut memberinya wang, dia tanpa bertangguh akan menganggkat tangan berdoa dengan mulut terkumat-kamit.Ketika itu juga.Tak kira di tengah jalan kah akau di mana-mana sekali pun.Dia tak marah jika orang marah-marah je bila beri duit kepadanya.Yang penting dapat rezeki dia berdoa.Doanya panjang.Tapi suaranya tak berapa jelas kedengaran.Tampak mulutnya je terkumat-kamit.Sering dia menjadi perhatian orang lalu lalang ketika dia sedang berdoa.Sebab ketika berdoa dia tampak khusyuk sekali dan langsung tak hirau mata-mata yang memandangnya.

Pernah sekali saya meminta dia mendoakan untuk saya.Senan ketika itu saya sedang menghadapi masalah yang agak kusut dan mengelirukan.Tanpa banyak soal dia terus berdoa.Hati saya terharu keranadalam dalam apa keadaan sekali pun jika orang doa dia terus angkat tangan tanpa banyak soal.Subhanallah… memang saya amat terharu dengan karektornya.

Memang ramai orang suka kepadanya dan memberi wang kepadanya.Sebab itu ada beberapa orang yang sedia menanti untuk memberi wang kepadanya.Kanak-lanak [un suka kepadanya.Jika ada duit dia akan beli gula-gula dan memberikan pula kepada kanak-kanak.Kadang-kadang susah payah dia membuat alat-alat mainan untuk dia hadiahkan kepada kanak-kanak.

Sebenarnya fikirannya normal macam orang lain.Dan dia mengakui keadaan fizikalnya agak kecil seperti kanak-kanak 10 tahun.Dia juga turut tersinggung apabila orang lain merendah-rendahkan dia.Pernah dia meluahkan rasa kecewa kepada saya di atas keadaannya yang kadang-kadang di sindir oleh anak-anak muda.Tapi dia redha.Akur dengan ketentuan Allah SWT.

Kini dia telah pergi meninggal alam fana ini.Kesan pembedahan yang dia lalui dulu memberi kesan lain kepada dirinya.Pihak hospital tak berupaya menyelamatkan dia.Dia meninggal dunia dalam usia 38 tahun dengan fizikal umpama kanak-kanak 10 tahun.Tidak ada lagi kelihatan yang unik sepertinya.Berdoa di tengah-tengah khalayak dengan khusyuk.Dia pergi bersama-sama doanya.
Satu perkara yang tetap jadi kenangan abadi dan iktibar baik kepada saya  ialah:

1.Betapa dia tetap berdoa tanpa nertangguh jika orang meminta.
2.Setiap kali dapat rezeki dia akan terus berdoa tanda syukur atau mungkin mendoakan kepada orang uang bersedekah kepadanya.

Saya rasa kita patut mencontohi dia.Banyakkanlah berdoa kepada Allah SWT.Mohonlah kesejahteraan untuk diri,ibubapa, anak isteri dll.

ORANG YANG ANGKUH TIDAK SUKA BERDOA
ORANG YANG MERENDAH DIRI SUKA BERDOA
BERDOA IBARAT TALI YANG KUKUH HAMBA KEPADA TUHAN

Didoakan mudah-mudahan dia mendapat rahmat dan keampunan di alam kubur.
Al Fatehah…..