Banyak-banyaklah bersyukur dengan
limpah kurnia Allah ke atas diri kita yang tak terhitung banyaknya.Samada
nikmat ketenangan, kebahagian, kemudahan dan lain-lain lagi.
Namun sebagai manusia tak lari dari impian dan harapan.Semakin kita meningkat umur impian dan harapan akan berbeza bergantung dengan kehendak dan keadaan.
Namun sebagai manusia tak lari dari impian dan harapan.Semakin kita meningkat umur impian dan harapan akan berbeza bergantung dengan kehendak dan keadaan.
Impian zahir berbentuk
kebendaan.Seperti rumah,wang ringgit,usaha kebajikan dan lain-lain.Impian batin
pula seperti menambahkan amal ibadah,tuntutan ilmu,tafakur dan lain-lain.
Dalam saya berziarah mengajar al
quran, maka impian inilah yang paling popular dan mencabar kesabaran.Impian
ibu-ibu ini ialah mengkhatamkan al quran sekali seumur hidup.Dengan membaca
dipimpin atau dibetulkan pembacaan mereka.
Bagi saya mereka perlu
dibantu.Mereka percaya dengan al quran.Tetapi mereka tak berpeluang untuk
belajar al quran sebelum ini.Mereka merasakan impian ini terlalu besar.Bukan
wang ringgit lagi jadi impian.Usia menjamah rasa.Dunia fana semakin nak
ditinggalkan.Dapat mengkhatam al quran terlalu hebat untuk jiwa-jiwa mereka.
Saya juga menyedari mereka adalah
kelompok-kelompok yang ditinggalkan.Bukan mudah untuk mengajar dan memimpin
mereka.Tapi layakkah orang berilmu mengambil langkah memandang sepi sahaja
insan-insan ini.Atau sekadar menghukum tanpa usaha untuk membantu.
Setiap insan ada hak untuk dibantu
dan disayangi.Sedikit perhatian dan pengorbanan perlu digerakkan.Insya Allah….
saya akan berusaha menyampaikan hajat mereka.Kerana itu jua impian
saya.Membantu,mengajar al quran untuk ibu-ibu tua yang kasih al quran.Cinta
Allah dan Rasul
Mudah-mudahan Allah
memakbulkan.Amin…
PATUT BAGI SETIAP MUSLIM KHATAM AL QURAN SEKALI SEUMUR HIDUP
PATUT BAGI SETIAP MUSLIM KHATAM AL QURAN SEKALI SEUMUR HIDUP
BANTULAH MEREKA YANG MEMERLUKAN….
TERUTAMA IBU KITA SENDIRI