Dia seorang
lelaki sederhana. Punya pekerjaan tetap dan sudah berumahtangga.
Mempunyai perawakan yang baik dan menjaga tata susila sebagai lelaki
timur. Tapi cinta yang nak dipaparkan olehnya agak unik. Penuh adab
dan menjaga daripada terjerumus kepada maksiat. Lelaki ini saya
namakan sebagai U. Inilah sebahagian kisahnya.
U memang
seorang lelaki yang penyayang dan sangat menjaga keluarganya. Dia
mempunyai seorang isteri yang cantik dan sudah ada anak. Tapi siapa
sangka di usia 40an dia boleh jatuh cinta lagi. Jatuh cinta dengan
seorang gadis yang tak pernah diketahui nama dan keturunannya.
U pernah
berbicara dengan gadis itu di tempat gadis itu bekerja. Gadis itu
bekerja di sebuah pasaraya. Setelah beberapa kali bersembang dengan
gadis itu dengan mesra, U terlepas cakap dengan gadis itu.
“Saya
sebenarnya sangat-sangat sayang kepada awak kerana Allah
Taala.Mungkin sebab itu saya bermimpi ada bahaya sedang menanti
awak. Saya minta maaf kerana bukan tujuan saya untuk campur tangan
dalam kehidupan social awak.”
Gadis itu
menangis setelah U menceritakan bahawa dia bermimpi ada lelaki yang
cuba melakukan perkara yang tidak baik kepadanya. Seterusnya U
mengatakan lelaki itu tidak sesuai dengan gadis itu dan akan
menimbulkan masalah.
Sambil menangis
gadis itu berkata,
“Tak pernah
seumur hidup saya ada orang nak sayangkan saya kerana Allah Taala.Ini
kata-kata yang amat menyentuh hati saya. Terima kasih. Dan mimpi awak
tu benar-benar berlaku”
U menyambung
lagi, “ Ya… saya pun tak tahu mengapa saya sayangkan awak. Dan
saya tak mampu menyembunyikan perasaan itu.”
Selang beberapa
hari selepas itu U tiba-tiba dilanda perasaan rindu yang amat sangat
kepada gadis itu. Kesunggulan wajahnya dapat dihidu oleh isterinya.U
kerap termenung dan bersendirian. Isterinya mulai syak wasangka
kepadanya
“Abang….
kenapa abang tampak sedih je kebelakangan ini? Abang ada masalah ke?
“Sebenarnya
……. abang tak tahu nak cerita. Abang pun tak tahu bagaimana
perasaan abang ketika ini. Abang …. rasa hairan. Kenapa abang rasa
terlalu rindu dengan seseorang yang abang tak sempat tanya siapa
namanya. Abang jatuh cinta kepadanya”, jawap U dengan suara
tersekat-sekat dan linangan air mata.
Isteri U pun
turut menangis dan menyabarkan suaminya. Walaupun hatinya terguris
tetapi dia memahami bahawa suaminya seorang yang amat berterus terang
dengannya.Dia juga amat sayangkan suaminya.Dia berasa tindakan yang
paling baik ketika ini ialah menenangkan hati suaminya yang dilanda
kesedihan.
“Abang….
Sabarlah.Mungkin ini ujian daripada tuhan.Saya akan doakan abang agar
tenang kembali”, pujuk isteri U.
Kerinduan dan
keresahan U semakin membuak. Sudah tak dapat ditahan lagi.U terus
bergegas ke pasaraya tempat gadis itu bekerja.Sesampai di sana
kawan-kawan gadis itu memaklumkan bahawa gadis itu sedang bercuti. U
sudah hilang arah. Dia malu nak bertanya di mana kediaman gadis
itu.Takut di salah ertikan oleh rakan-rakan gadis itu. Dia hanya
berharap akan bertemu gadis di di sekitar pecan atau tempat-tempat
yang dirasakan di hatinya. Merata-rata tempat dijelajahinya dengan
harapan dapat bertemu dengan gadis itu. Bahkan beberapa hari dia
meninjau di sekitar kampung berdekatan dan dikedai-kedai yang dia
rasa gadis itu akan pergi. Dia tak tentu hala jadinya.Dek penyakit
rindu yang amat sangat dia sanggup menunggu berjam-jam lamanya
menanti di tempat yang dia cuma rasa gadis itu muncul.
Setelah
seminggu berlalu, akhirnya U bertemu juga dengan gadis itu di tempat
gadis itu bekerja. Kerinduan dan rasa sayang tak dapat
ditahan-tahan.Dia menangis dan terus menemui gadis itu.Kelakuannya
benar-benar membuatkan gadis itu sebak dan sayu.
“Sudah
beberapa hari saya cari awak. Saya tak tahu mengapa saya rindu sangat
kepada awak,” ujar U kepada gadis itu dengan linangan air mata.
“Kenapa
dengan awak ni?”, tanya gadis itu.
“Entahlah …..
Saya tak tahu mengapa saya terasa rindu dengan awak.Mungkinkah tuhan
nak kifarahkan kerana saya membuatkan awak menangis dulu.Kini saya
pula menangis kerana rindukan awak pula.Hati ini hanya tuhan saja
yang tahu.” tambah U lagi.
“Sabarlah. Mungkin ini ujian tuhan untuk kita.” ujar gadis itu lagi.
“Sabarlah. Mungkin ini ujian tuhan untuk kita.” ujar gadis itu lagi.
Kemudian
barulah mereka berkenalan. Memang U tak tahu nama penuh gadis itu dan
gadis itu pun tak pernah tahu nama U yang sebenar. U mengaku bahawa
dia sudah beristeri dan mempunyai seorang anak. U jenis lelaki yang
suka memberi nasihat. Dia memperingatkan gadis itu agar kuat
mendirikan solat serta banyak berdoa.Dia juga turut berjanji
mendoakan kesejahteraan untuk gadis itu selama dikandung hayat. Dia
juga berharap gadis itu selamat dan jauh daripada maksiat dan
kejahatan.
Gadis itu juga
mengerti ujian perasaan yang melanda U.Dia tidak mengambil kesempatan
untuk mengganggu rumahtangga U atau menggoncang kebahagiaannya. Dia
sendiri tak sanggup menghancurkan hati seorang perempuan memiliki
seorang lelaki sebaik U.
Apabila pulang
ke rumah U menceritakan segala yang dia lakukan kepada
isterinya.Isterinya diam dan memahami dugaan yang sedang dilalui oleh
suaminya itu.Dia tidak melenting sebaliknya mengambil sikap berbaik
sangka di atas perkara itu. Bahkan dia sendiri menggalakkan suaminya
berjumpa dengan gadis itu sekiranya itu adalah ubat yang terbaik
menghilangkan kerinduan suaminya.Bahkan dia sendiri telah bertemu
dengan gadis itu semata-mata untuk menggembirakan suaminya.Walaupun
pada hakikatnya isterinya tak sanggup suaminya menduakannya.Apatah
lagi mengambil gadis itu sebagai madunya.
U cuba
melupakan gadis itu dengan tidak berkunjung ke pasaraya itu.Tetapi
dia tewas kerana semakin ingin dilupakan semakin kuat ingatannya
kepada gadis itu.Manakala isterinya mengambil sikap mempercayai
suaminya sepenuh hati.Redha setiap kelakuan suaminya pasti
menghindari maksiat dan kejahatan. Sebaliknya gadis itu mengambil
langkah wajar dengan tidak mengambil kesempatan merebut kasih sayang
U yang terpampang di depan mata sebaliknya menghormati milik wanita
lain.
Akhirnya U
nyatakan kepada gadis itu.
“Sesungguhnya aku jatuh cinta kepada awak bukan kerana awak.Tetapi kerana Allah SWT.Aku syukur Allah datangkan perasaan itu.Dan aku kembalikan perasaan itu kepada Allah jua.Jangan bimbang rasa itu amat indah dan mudahan tidak akan menjejaskan aku,awak dan rumahtangga aku.Aku percaya dengan qadha dan qadar.Aku sedia untuk menghadapi kebijaksanaan ketentuan Allah. Maaf jika aku nyatakan bukan wajah atau faktor luaran jadi ukuran tarikan cinta.Tapi rasa itu abadi dari tuhan.Cukup untuk aku merasai dalam imiginasi.Aku juga tak mengharapkan kau menyintaiku.Harap kau mengerti.”
“Sesungguhnya aku jatuh cinta kepada awak bukan kerana awak.Tetapi kerana Allah SWT.Aku syukur Allah datangkan perasaan itu.Dan aku kembalikan perasaan itu kepada Allah jua.Jangan bimbang rasa itu amat indah dan mudahan tidak akan menjejaskan aku,awak dan rumahtangga aku.Aku percaya dengan qadha dan qadar.Aku sedia untuk menghadapi kebijaksanaan ketentuan Allah. Maaf jika aku nyatakan bukan wajah atau faktor luaran jadi ukuran tarikan cinta.Tapi rasa itu abadi dari tuhan.Cukup untuk aku merasai dalam imiginasi.Aku juga tak mengharapkan kau menyintaiku.Harap kau mengerti.”
Gadis itu diam.
Seolah tergambar di wajahnya persoalan yang mungkin dia saja yang
mengerti.
Saya tanyakan kepada U apakah dia sanggup menanggung perasaan itu.
Saya tanyakan kepada U apakah dia sanggup menanggung perasaan itu.
U jawap dia
sanggup melalui rasa itu hingga akhir hayat jika itu adalah
ketentuannya.
Saya tanya
lagi, apakah U menaruh harapan untuk bernikah dengan gadis itu.
U menjawap
bahawa jika itu ditakdirkan maka dia amat gembira menerimanya.Jika
tidak maka dia redha cinta itu diabadikan dalam imiginasinya kerana
tuhan telah anugerahkan cinta yang sangat-sangat istimewa dalam
hatinya.
Saya tanya
lagi, bagaimana dengan cinta dan kasih sayang terhadap isterinya.
U menjawap
sambil ketawa kecil, “ Hehehehehehe…. Dr. Fadhillah Kamsah kata
hati seorang lelaki mempunyai beberapa ruang untuk dia menyintai
lebih daripada seorang wanita.Ada dua ruang yang kosong dalam hati
saya ini.”
Akhirnya U tetap berkawan dengan gadis itu tanpa melanggar batas-batas susila.Tetap dia menjaga isterinya dan keluarganya dengan baik.Dia tak pernah keluar berdating dengan gadis itu dan tak pernah berhubung dengan telefon dengan gadis itu.
Akhirnya U tetap berkawan dengan gadis itu tanpa melanggar batas-batas susila.Tetap dia menjaga isterinya dan keluarganya dengan baik.Dia tak pernah keluar berdating dengan gadis itu dan tak pernah berhubung dengan telefon dengan gadis itu.
RASA CINTA DARI
ALLAH.
SYUKUR DENGAN
NIKMATNYA.
KEMBALIKAN RASA
CINTA KEPADA ALLAH.
MANUSIA HANYA
HAMBANYA YANG DIBEKALKAN RASA DAN CITA.
NAFSU BUKAN
CINTA