Halaman

Jumaat, 13 Disember 2013

BILA SAKIT ….

Sakit adalah satu keadaan yang tidak disukai oleh kita. Sakit yang paling menyakitkan ialah ketika merasa perit dan pedih ketika melalui sakit itu. Jika sakit gigi, rasa sakit yang berdenyut-denyut di dalam mulut amat-amat tidak menyelesakan kita.Sakit tu membuatkan kita serba tak kena.Bahkan mengganggu emosi dan mengganggu tidur kita
Rasa sakit itu pula berbeza-beza pada setiap orang. Ada orang boleh tahan sakit. Ada yang menangis dan mengeluh serta merintih ketika sakit. Ada juga tampak tenang walaupun keadaannya sangat menyakitkan. Hanya orang yang sakit tahu rasanya dengan sejelas-jelasnya.
Manakala yang melihat tumpang simpati tanpa rasa sakit. Cuma rasa hati tersentuh atau tak terasa apa-apa pun. Itu bergantung sikap dan keprihatinan seseorang.
Orang yang pernah sakit mungkin lebih memahami keadaan orang sakit. Derita sakit itu mengingatkan saat perit sakit yang pernah dilaluinya. Rasa simpati mudah muncul. Sebab itu ramai orang yang pernah sakit akan menziarahi dan menyelami keadaan orang sakit itu.
Tetapi orang yang tak pernah sakit kurang dapat memahami perasaan orang sakit. Bahkan sanggup tidak menziarahi orang sakit walaupun daripada kerabat yang terdekat dengannya atau sahabat baiknya. Itu hak masing-masing.Siapa sakit tahulah betapa sakitnya kan.
Ada juga soalan-soalan dan percakapan yang lucu yang dikemukakan menziarahi orang sakit ini.Kalau boleh jangan buatlah.Antaranya ialah:
  1. Awak tau tak? Sakit ni boleh bawa maut
  2. Sakit tak? Saya ada ubat gerenti boleh baik
  3. Bila boleh baik/sembuh?
  4. Sakit ni biasa la.Semua orang sakit.Betul tak?
Sebab itu jangan silap cakap ketika ziarah orang sakit.Nanti kita menyakitkan hati si sakit atau keluarganya. Ikut ajaran Islam. Jangan terlalu lama berziarah orang sakit.Banyak mendoakan dan memberi kata semangat kepada mereka.
Baru-baru ini saya mengalami sakit yang memberi keinsafan kepada saya.Sakit yang membuatkan saya terpaksa berehat selama 2 bulan. Beberapa hari tinggal di wad dan terpaksa melalui pembedahan.
Saya mengalami 3 penyakit secara berturut-turut.Sakit pertama sakit buasir.Saya mengidap penyakit ini hampir 32 tahun.Penyakit ini membuatkan saya tak mampu aktif bersukan serta melakukan aktiviti lasak.Ramai orang menderita penyakit ini malu untuk menerima rawatan.Akhirnya ada yang membawa penyakit ini hingga akhir hayat.
Untuk pengetahuan pembaca, Imam Syafie mengidap penyakit buasir berdarah hingga membawa maut.Sebab itu beliau berijtihad sekiranya seseorang itu mengidap penyakit buasir dan berdarah maka solatnya sah.
Punca terakhir penyakit saya ini semakin tenat setelah merasa sepiring masak cili api ikan keli.Sikit je merasa tetapi penyakit saya bertambah teruk. Di dalam kepala dah terfikir samada saya akan berubat ke hospital atau menerima rawatan lain. Akhirnya saya saya memilih rawatan tradisional China kerana jika saya ke hospital pasti akan di potong bahagian sakit itu dan mengambil masa yang lama untuk sembuh. Dalam masa yang sama saya juga bimbang kesihatan isteri saya yang juga ada menderita sakit.Tak sanggup tinggalkan dia.
Rawatan tabib Cina ini mengenakan kos yang agak tinggi.Kita diberi ubat makan dan buasir tersebut akan disuntik dengan ubat-ubatan serta ubat sapu.Suntikan tersebut tanpa menggunakan bius dan rasa sakit tu ada la sikit-sikit. Rasa pedih dan perit akan berlaku selepas sejam disuntik. Perit beb. Sakit kira sampai gigit bantal. Kemudian bengkak-bengkak tadi mengecil dan segala darah, bisanya akan keluar.Dalam masa yang sama ubat sapu sentiasa diletakkan pada tempat yang sakit itu.Dalam masa 2 minggu bengkak-bengkak buasir itu mengecil dan hilang.
Tetapi tumpah darah pasti berlaku jika rawatan ini dilakukan.Kerana darah-darah kotor yang ada dalam tu perlu keluar.Saya sendiri mengalami tumpah darah itu.Berketul-ketul darah beku dan darah hitam keluar.Macam orang keguguran.Mulanya saya bimbang juga.Tak pernah sampai setengah baldi darah keluar macam tu.
Isk …. habis darah macamana nanti.Mati le.
Tapi isteri cakap,”Alah, orang keguguran keluar darah macam tu gak.Tak mati pun.”
Elok 2 minggu selepas itu, terasa ada macam kudis-kudis kecil di perut. Bila sapu minyak rasa pedih.Ini penyakit kedua saya.Kayap.Saya terus meminta seorang rakan yang kebetulan imam kampung saya merawat pula.Rawatan yang dilakukannya agak menarik dan lucu.Dia membaca ayat-ayat rukyah ( al quran) dan meludahkan ke tempat yang ada penyakit itu. Kayap itu keluar dan penuh di bawah peha saya. Selepas di sapu dengan ubat yang diberikannya kayap tersebut menjadi hitam dan sembuh.Alhamdulillah
Penyakit ketiga saya ialah bisul.Kalau orang kampung saya cakap bisul ‘paracut’.Bisul itu pula berada betul-betul di tepi buasir yang saya alami itu.Sakitnya …… huh tak payah nak cakap le. 3 kali ganda daripada sakit buasir.Bila sakit kepala sampai berpeluh.Air liur pahit dan demam.2 malam saya serba tak kena.Sakitnya sampai saya tak tentu arah.Duduk tak kena.Baring pun sama.Berdiri pun salah.Susah nak cakap.
Ada seorang mak cik yang kena penyakit bisul seperti saya dan dia malu nak ceritakan kepada orang.Setelah bisul itu pecah, kuman telah merebak ke darah dan masuk ke paru-paru. 5 hari selepas itu dia meninggal dunia.
Akhirnya saya ke pusat kesihatan kecil di kampung saya.Pembantu Pegawai Perubatan menyuntik Anti Biotik dan memberi juga ubat makan.Pada petang harinya bisul itu pecah.Darah dan nanah keluar dan rasa sakit itu hilang.Saya rasa lega.Tapi saya terpaksa ke hospital untuk rawatan lanjut.Sesampai di hospital saya terus diarah masuk wad dan pembedahan perlu dilakukan.Bisul tadi perlu di keluarkan dan pembedahan itu dilakukan dengan bius separuh sedar. Selepas dibedah luka itu perlu dicuci setiap hari.Sama macam orang yang mengalami rawatan luka atau kudis pengidap kencing manis.
Kerana saya tak ada kencing manis maka penyembuhannya memakan masa lebih kurang 2 minggu.2 bulan berlalu, ketiga-tiga penyakit itu telah sembuh kini.Alhamdulillah.Saya terhutang budi kepada semua orang yang telah merawat saya.Bukan wang jadi ukuran.Tetapi jasa baik mereka amat bererti buat saya.
Saya amat-amat menghargai mereka.Terutama doktor-doktor yang melakukan pembedahan yang saya tak nampak dan tahu siapakah orangnya.Jururawat-jururawat yang amat mengambil berat keadaan sakit saya.Termasuk petugas-petugas hospital yang berhati mulia dalam menjalankan tugas masing-masing.Kerana saya tak pernah pun memberi hadiah atau bayaran kepada mereka.

TERIMA KASIH SELURUH WARGA HOSPITAL TAIPING
Begitu juga petugas-petugas di Pusat Kesihatan Kecil Jalan Baharu.Jasamu merawat ku setiap hari mencuci luka amat-amat dihargai. TERIMA KASIH.
Begitu juga Mr Kee, perawat di Klinik Buasir Parit Buntar. Thank You pasal 32 tahun dah I selalu dok lama le dalam tandas.Kini tidak lagi.
Terima Kasih Imam Hj. Yusuf B.Abdul Rashid. Berkat doa dan sedekah tuan mudahan dirahmati Allah.
Antara pengajaran yang saya perolehi semasa melalui saat itu ialah:
  1. Merasa insaf bahawa diri amat lemah.Bila-bila tuhan boleh uji dengan kesakitan
  2. Mahkota sihat amat berharga pada orang sakit
  3. Hargailah kesihatan diri anda
  4. Doa agak khusyuk ketika sakit
  5. Sakit itu satu ujian dari tuhan
Jangan tinggal solat walau sesakit mana pun kita.Sebab bagaimana nak doa jika perintah tuhan tidak ditunaikan.Kalau sakit membawa mati tentu amat rugikan.
Ketika sakit hanya satu doa yang saya kerap panjatkan,

“Ya Allah ….. hilangkanlah sakitku.”
Bila sihat macam-macam doa yang kita pohon dan kurang khusyuknya.Kenapa? Kerana tiada yang mendesak hati kita.
Bila sihat kita lupa nikmat-nikmat sakit.Apakah nikmat sakit? Amat banyak. Kita dapat memahaminya jika kita lalui sakit.Lebih-lebih lagi yang perit-perit.

POHONLAH DOA AGAR AFIAT SELALU
JIKA SIHAT BANYAKKAN IBADAT
INGAT..... YANG SIHAT NANTI SAKIT