Saya masih ingat lagi satu tajuk
artikel yang berkaitan psaikologi
“Kebosanan boleh membunuh” dalam satu bahan bacaan yang pernah saya baca di
dalam sebuah majalah. Lama dah saya baca.Dah lebih 20 tahun lalu.
Tetapi baru-baru ini saya terfikir
kembali maksud tajuk artikel itu.Banyaklah punca-puncanya yang boleh
mendatangkan kebosanan dalam jiwa.Tambahan pula zaman sekarang penyakit bosan
semakin menjadi-jadi.Anak kecil yang masih di bangku sekolah pun dah pandai
merajuk-rajuk dengan mengucapkan kata-kata bosan atau boring.
Pada pandangan saya kebosanan ini
atas 2 faktor.Mungkin memang tak ada apa-apa yang nak dilakukan.Atau terlalu
letih melakukan sesuatu benda yang sama.Maka masa rehat perlu ada.Masa
bergembira perlu dirancang.
Tetapi bukanlah tujuan saya nak
merungkai jalan-jalan penyelesaian dengan kaedah psikologi atau kejiwaan.Cuma
saya nak kongsi beberapa kaedah yang condong ke arah keagamaan yang lebih
membawa keberkatan.
Antaranya dengan kaedah :
Berzikir
Membaca al quran
Membanyakkan solat
Bertafakur
Menuntut ilmu
Mengamalkan praktik Islamiyah dengan
mantap
Ilmu Islam tak pernah habis
memecahkan persoalan dalam semua permasalahan.Rugi sungguh jika seseorang mengaku
Islam tetapi tak mahu mengkaji dan beramal dengan pratik-praktik amal dan
kaedah yang sangat besar ganjarannya bagi orang yang beriman.