Sememangnya dia amat
istimewa.Mungkin orang tak perasan.Tapi bagi saya , apa yang dia lakukan amat
hebat dan satu anugerah.Bukan semua orang mampu lakukan seperti beliau.
Saya mengenali beliau dengan nama
Abu.Nama itu bukan nama sebenarnya.Tetapi panggilan itu seolah-olah amat sesuai
untuk beliau.Beliau bertubuh kecil walupun usianya sudah melebihi 30
tahun.Perkembangan fizikal dan mentalnya agak terbantut.Tingginya tak sampai 4
kaki.Wajahnya comel macam wajah kanak-kanak.
Satu masa dahulu dia telah melalui
pembedahan di bahagian kepala.Kerana keadaan reaksinya agak bermasalah.Kalau
kita kata kucing itu harimau, dia akan lari lintang pukang dengan sangkaan
kucing itu harimau.Kalau dia melintas jalanraya adakalanya dia jadi kelam
kabut.Dah melintas ke seberang pun boleh berpatah balik.Saya pun tak tahu apa
jenis penyakitnya.Keadaan dia kembali normal setelah menjalani pembedahan
tersebut.
Ada satu karektornya yang amat
menarik dan jadi kenangan serta iktibar kepada diri saya.Iaitu apabila dia
tidak ada duit dia suka meminta kepada orang ramai tanpa segan silu.Samada
dikenali atau tidak.Apabila orang tersebut memberinya wang, dia tanpa
bertangguh akan menganggkat tangan berdoa dengan mulut terkumat-kamit.Ketika
itu juga.Tak kira di tengah jalan kah akau di mana-mana sekali pun.Dia tak
marah jika orang marah-marah je bila beri duit kepadanya.Yang penting dapat
rezeki dia berdoa.Doanya panjang.Tapi suaranya tak berapa jelas
kedengaran.Tampak mulutnya je terkumat-kamit.Sering dia menjadi perhatian orang
lalu lalang ketika dia sedang berdoa.Sebab ketika berdoa dia tampak khusyuk
sekali dan langsung tak hirau mata-mata yang memandangnya.
Pernah sekali saya meminta dia
mendoakan untuk saya.Senan ketika itu saya sedang menghadapi masalah yang agak
kusut dan mengelirukan.Tanpa banyak soal dia terus berdoa.Hati saya terharu
keranadalam dalam apa keadaan sekali pun jika orang doa dia terus angkat tangan
tanpa banyak soal.Subhanallah… memang saya amat terharu dengan karektornya.
Memang ramai orang suka kepadanya dan memberi wang kepadanya.Sebab itu ada beberapa orang yang sedia menanti untuk memberi wang kepadanya.Kanak-lanak [un suka kepadanya.Jika ada duit dia akan beli gula-gula dan memberikan pula kepada kanak-kanak.Kadang-kadang susah payah dia membuat alat-alat mainan untuk dia hadiahkan kepada kanak-kanak.
Memang ramai orang suka kepadanya dan memberi wang kepadanya.Sebab itu ada beberapa orang yang sedia menanti untuk memberi wang kepadanya.Kanak-lanak [un suka kepadanya.Jika ada duit dia akan beli gula-gula dan memberikan pula kepada kanak-kanak.Kadang-kadang susah payah dia membuat alat-alat mainan untuk dia hadiahkan kepada kanak-kanak.
Sebenarnya fikirannya normal macam
orang lain.Dan dia mengakui keadaan fizikalnya agak kecil seperti kanak-kanak
10 tahun.Dia juga turut tersinggung apabila orang lain merendah-rendahkan
dia.Pernah dia meluahkan rasa kecewa kepada saya di atas keadaannya yang
kadang-kadang di sindir oleh anak-anak muda.Tapi dia redha.Akur dengan
ketentuan Allah SWT.
Kini dia telah pergi meninggal alam
fana ini.Kesan pembedahan yang dia lalui dulu memberi kesan lain kepada
dirinya.Pihak hospital tak berupaya menyelamatkan dia.Dia meninggal dunia dalam
usia 38 tahun dengan fizikal umpama kanak-kanak 10 tahun.Tidak ada lagi
kelihatan yang unik sepertinya.Berdoa di tengah-tengah khalayak dengan khusyuk.Dia
pergi bersama-sama doanya.
Satu perkara yang tetap jadi
kenangan abadi dan iktibar baik kepada saya
ialah:
1.Betapa dia tetap berdoa tanpa nertangguh jika orang meminta.
1.Betapa dia tetap berdoa tanpa nertangguh jika orang meminta.
2.Setiap kali dapat rezeki dia akan
terus berdoa tanda syukur atau mungkin mendoakan kepada orang uang bersedekah
kepadanya.
Saya rasa kita patut mencontohi
dia.Banyakkanlah berdoa kepada Allah SWT.Mohonlah kesejahteraan untuk
diri,ibubapa, anak isteri dll.
ORANG YANG ANGKUH TIDAK SUKA BERDOA
ORANG YANG MERENDAH DIRI SUKA BERDOA
BERDOA IBARAT TALI YANG KUKUH HAMBA
KEPADA TUHAN
Didoakan mudah-mudahan dia mendapat
rahmat dan keampunan di alam kubur.
Al Fatehah…..
Al Fatehah…..