Halaman

Selasa, 22 Januari 2013

KALAU MASIH JATUH CINTA


Jika hati terpaut,cinta bersemi tak mampu di tahan.Manusia normal pasti pernah melalui rasa cinta kepada seseorang.Cinta tak dapat ditahan kerana sifatnya yang dinamakan ter jatuh.Kira macam accident lah.Nak buat macamana? Rasa itu muncul dan amat indah jika dilayan.Dan kebanyakan orang memang akan layan punya.Bergantung atas sikapnya dan kawalan jiwanya.

Kanak-kanak berumur 7 tahun pun boleh jatuh cinta.Setakat mana bertahannya rasa cinta itu, pun bergantung kepada seseorang.Jika dia menganggap itu sekadar cinta monyet maka jadi monyetlah dia.Jika dianggap cinta itu bagai permata nilam kesuma cahaya, maka tetap indah harum mekar sepanjang hayatnya.

Eh, orang yang lanjut usia pun boleh jatuh cinta.Tetapi akan dipendam di dalam jiwa mengenangkan usianya semakin lanjut dan maut sedang menanti dirinya.Namun rasa itu tetap muncul tak mampu ditahan kerana rasa itu terlalu istimewa.

Apabila rasa cinta itu muncul, insan yang memaut hati dan jiwa itu akan dikenang.Malam kadang-kadang tidur terbayang.Khayal menjelma mencipta rasa bahagia entah di mana letaknya.Kalau mampu akan bertindak menta lafaz tak sanggup susah senang bahagia bersama.

Saya pun kerap melalui rasa ini.Namun saya lebih gemar mengembalikan rasa ini kepada yang memberi ra.Iaitu Allah SWT.Kebetulan rasa itu sengaja tuhan jatuhkan kepada seseorang tetapi perlu diakui perasaan itu Cuma anugerah Ilahi yang patut disyukuri,Jujurlah dengan tuhan.Jangan tertipu dengan permainan syaitan.

Pernah saya ditanya oleh seorang ibu muda berkaitan rasa cinta ini.Katanya,”Ustaz bolehkah saya jatuh cinta dengan suami orang?

Apa masalahnya kepada kakak? Tanya saya pula.

Masalahnya saya sudah ada suami dan lelaki itu juga sudah ada isteri.Suami saya tahu rasa cinta saya itu.Dia tak kata apa-apa kerana dia sudah 12 tahun menderita kerana mengidap penyakit lemah tenaga batin.Yang jadi masalh Cuma isteri lelaki itu.Dia tak suka saya berhubung dengan suaminya.

Saya terdiam.Seketika kemudian baru saya nyatakan.

Kak, rasa cinta seseorang memang tidak upaya untuk ditahan.Rasa tersebut menyertakan pelbagai khayalan yang kadang-kadang tak masuk akal.Jika benar rasa itu ada dalam jiwa.Bersyukurlah dengan nikmat rasa tersebut.Tetapi ingatlah pula batas-batas syariat yang melarang kita menjalin hubungan dengan orang lain jika masih bersuami.Serta batas-batas adab yang perlu diiat dengan kesabaran yang besar.Cinta  bukan semesti disudahi dengan perkahwinan.Ramai orang berkahwin dengan orang yang tidak dicintainya.Bertuah sungguh orang yang dapat jodoh dengan orang yang saling menyintai.Cinta makhluk hanya ujian ke atas makhluk agar kembali cinta kepada Allah.

Kakak tu diam.

Kalau rasa cinta muncul,hati-hatilah.Tentera syaitan juga sedang bersedia menggoda dan meyesatkan manusia dan menjerumuskan kea rah maksiat.Sepatutnya banyak-banyak bersyukur dengan nikmat rasa cinta itu kerana tuhan lebih layak untuk dicintai sepenuh hati.Tuhan dekat dengan kita.Lebih dekat daripada urat leher kita.

CINTA ALLAH.CINTA RASULLULLAH SAW.
Cinta wanita,dunia …. bahaya