Agak lama saya tidak menulis.Ini disebabkan oleh keadaan kehidupan
saya yang agak sibuk dan kerap bergerak dalam masyarakat.Saya kini tidak
tinggal tetap di satu-satu tempat.Namun saya tetap bersyukur kerana masih ada
lagi di muka bumi ini.Dapat berbakti dan melakukan perkara-perkara
baik.Walaupun dugaan-dugaan hebat datang.Subhanallah…
Pada artikel terdahulu, pernah saya berazam untuk berziarah
sebanyak 1000 rumah setahun.Namun pada waktu itu saya hanya mampu berziarah
dalam lingkungan 300 lebih rumah setahun.
Kali ini saya rasa mampu
melakukannya.Keseluruhan hidup saya suami isteri menjadi pengajar al quran
sepenuh masa.Tanpa mengira tempat dan waktu.Setiap malam saya akan berziarah
dan mengajar al quran.Setiap petang banyak rumah saya kunjungi semata-mata
untuk menjinakkan hati-hati manusia dekat dan kembali dengan pengamalan membaca
al quran.Adakalanya waktu pagi dan tengahari juga adalah masa-masa yang sesuai
untuk rakan-rakan belajar al quran.Maklumlah cara hidup kini sibuk dan pelbagai
ragam.
Adakalanya saya mengajar on call kerana mereka mempunyai tanggung
jawap yang tak dapat menetapkan jadual pengajian yang di waktu tertentu.Tetapi saya tak kisah,
kerana perjuangan membawa hati-hati manusia agar jinak dengan al quran ini
memerlukan kesabaran.
Ziarah saya kali ini banyak kerana mengajar al quran dan asas
fardhu ain.Pelbagai cara saya gunakan agar mereka selesa dan sayang dengan al
quran telah saya gunakan.Walaupun kerja ini tidak menjanjikan sumber pendapatan
yang besar tetapi keberkatannya amat dirasakan.
Makan dan minum tak mampu nak kata.Setiap rumah sekurang-kurangnya setiap rumah yang dikunjungi siaplah sejaq air untuk diminum.Makan pun nampaknya perlu di kawal.Maklumlah berat badan dah naik 90 kilo.Ukur pinggang dah 40 inci.Alahai ….. Risau juga kerana umur dah meningkat.Takut datang pula penyakit lain.Minta dijauhkan.
Makan dan minum tak mampu nak kata.Setiap rumah sekurang-kurangnya setiap rumah yang dikunjungi siaplah sejaq air untuk diminum.Makan pun nampaknya perlu di kawal.Maklumlah berat badan dah naik 90 kilo.Ukur pinggang dah 40 inci.Alahai ….. Risau juga kerana umur dah meningkat.Takut datang pula penyakit lain.Minta dijauhkan.
Sekurang-kurangnya sebuah rumah saya ziarahi sehari.Kadang-kadang
sampai 7 rumah sehari.Tiada cuti tiada henti.Kalau cuti pun atas keadaan tertentu
atau sebab kecemasan.Sekiranya dinisbah 4 buah rumah sehari didarap dengan 365
hari setahun.Pasti angka melebihi 1000 rumah setahun akan dicapai.Ziarah kerana
mengaji al quran.Alhamdulillah.Impian saya telah jadi kenyataan.Mudah-mudahan
limpah rahmat dan hidayah akan mencucuri langkah-langkah kaki saya dalam ziarah
ini.Wallahu a`klam…
ZIARAH MEMBAWA BARAKAH