Ketika saya menjamu selera di sebuah
kedai kopi, saya di datangi seorang lelaki yang saya tak kenali tapi ingin
meluahkan perasaannya. Saya pun tak kisah. Mungkin dengan meluahkan masalahnya
dia akan kembali tenang. Saya pun nak tahu juga apa masalahnya.
Dia memperkenalkan dirinya sebagai
M. Sudah berkeluarga dan berpendapatan sederhana.
“Saya sebenarnya tak puas hati
ustaz. Bukan apa ustaz…
Kenapa mereka mempergunakan agama untuk korek
poket kami ustaz”, keluh M
“Cuba terangkan dulu. Apa
masalahnya?
“ Begini ceritanya ustaz. Satu hari saya pergi ke masjid untuk menerima rawatan bekam dari sekumpulan ustaz yang kononnya membangunkan madrasah tahfiz. Saya pun berbekam setelah mendapat penerangan berkaitan bekam yang sebenarnya sunnah Rasullullah SAW. Satu cawan bekam itu harganya RM 15.00. Setelah berbaring tanpa banyak tanya ustaz itu telah memasang lebih daripada 20 cawan bekam. Saya tak minta letak sebanyak itu dibelakang saya. Setelah selesai saya terpaksa membayar lebih daripada RM 400.00.

Duit saya ketika itu tak lah
sebanyak itu. Saya minta kurang. Tapi saya disindir dengan kata-kata. Akhirnya
saya membayar dengan nilai RM 350.00. Hati saya tak ikhlas ketika memberinya. Saya
keliru, kenapa jadi begini.
Persoalan saya sekarang ialah :
1.
Kenapa
amalan sunnah sudah jadi sangat mahal dan pasti menzalimi orang miskin.
2.
Bolehkan
memberi perkhidmatan tanpa penerangan yang tepat? Akhirnya orang yang menerima
rawatan terinaya, membayar dengan kos tinggi.
3.
Adakah
sedekah jariah dapat pahala jika yang memberi terasa terinaya dan penerima
menabur muslihat.
4.
Bolehkah
duit sedekah itu di gunakan oleh ustaz-ustaz itu gunakan untuk bersedap-sedap
untuk makan dan menyewa hotel?
Saya hairan kenapa mereka bercakap
tanpa mengerti derita kami. Dahlah kos kehidupan kini semakin tinggi. Mereka
pula mengenakan orang dengan jalan yang halus dan menyakitkan.”
Saya diam. Saya akui memang sejak
kebelakangan ini wujud situasi yang kurang menarik oleh golongan pendukung-pendukung agama.
Sebenarnya tak ada alasan untuk mereka takut susah atau miskin dalam
memperjuangkan agama kerana pasti Allah akan membela mereka. Sikap mereka
sebeginilah yang akan menimbulkan fitnah dan anggapan buruk masyarakat terhadap
golongan agama.
Tetapi masih ramai juga lagi yang
ikhlas memperjuangkan agama kerana Allah Taala.Mereka hidup susah dan
miskin.Mereka ikhlas dan berharap dengan pertolongan Allah sentiasa. Mereka
tetap mengamalkan hidup bagaikan musafir sepanjang hayat mereka. Senang cakap.
Pendirian mereka HIDUP PINJAMAN
AMANAH DI UTAMAKAN.
Saya masih ingat lagi bagaimana
keadaan seorang ulamak di Patani. Dia menjadi menggelabah apabila saya melihat
sekeliling rumahnya. Dengan merendah diri dia menyatakan,
“Tuan jangan salah faham. Rumah saya yang besar ini untuk kegunaan orang ramai. Ramai yang menginap di sini dan untuk pengajian.”
“Tuan jangan salah faham. Rumah saya yang besar ini untuk kegunaan orang ramai. Ramai yang menginap di sini dan untuk pengajian.”
YAKINLAH ….. REZEKI DARIPADA ALLAH
JANGAN RAGU…..
JANGAN MENIPU DALAM AGAMA.