Dalam kehidupan kita banyak perkara
yang kita tak pernah jangka boleh berlaku. Semua itu seiring dengan ketetapan
Azali yang menjadi rahsia kehidupan kita. Cuma tuhan saja yang Maha Mengetahui.
Kita hanya melangkah meniti jalinan taqdir Ilahi.
Kali ini mari kita kongsi perasaan
kita dengan seorang lelaki yang pernah melalui kekecewaannya terhadap kedua ibu
bapanya.Lelaki ini saya namakan sebagai S. Kisahnya amat menyentuh hati dan S
menceritakan dengan kesedihan dan tangisan.
Sebagai pasangan yang bercinta
segala-galanya amat indah bagi mereka. Ucapan kasih sayang sering mengisi
kemesraan pasangan ini.Tapi siapa sangka. Kisah cinta yang indah dalam
kehidupan ini bukan milik mutlak kita. Akhirnya pasangan ini bercerai dengan
penuh kebencian dan dendam.
S adalah anak hasil perkahwinan
pasangan ini. Dia pun tak pernah ingin menjadi anak mangsa penceraian yang
telah menimbulkan perbagai duka dalam hidupnya. Namun dia redha dengan
ketentuan ini. Hatinya amat kecewa tapi apakan daya….
Selepas bercerai S telah dipelihara
oleh datuk dan nenek sebelah ayahnya. Bapanya kahwin lain dan mempunyai 6 orang
anak. Manakala ibunya pula berkahwin dengan orang Kedah dan mempunyai 2 orang
anak. S terpinggir dan tak pernah dipedulikan oleh ibu dan bapanya.
Bapanya amat mengambil berat dengan
isteri barunya dan anak-anaknya (saudara tiri S). S langsung dipinggirkan. Bapanya
tidak menyukainya. Manakala ibunya sibuk dengan suami barunya. Diri S bagaikan
dilupakan.
Tapi S bernasib baik.Datuk dan
neneknya sangat sayang kepadanya.Merekalah pengganti ibu dan ayah S. Merekala
yang bersusah payah menjaga sakit demam S. Bahkan mereka sering berbimbang
dengan nasib atau masa depan S. Mereka tahu sikap ayah S yang tak menghiraukan
langsung S.Mereka merancang sesuatu bagi menjamin masa depan S.
Mereka telah menghadiahkan sebahagian besar harta mereka kepada S. Hingga ayah S sendiri tidak puas hati. Bahkan ayah S menghapuskan hak faraid S dalam hartanya. Tapi S redha. S menjaga kembali datuk nenek S setelah dia semakin dewasa dan pandai berdikari. Sikap S yang sangat-sangat mengambil berat terhadap datuk neneknya menyentuh bapa saudara S yang bongsu ( adik ayahnya). Dia dengan rela hati menjual tanah miliknya kepada S dengan nilai yang murah dan kini tanah itu bernilai berjuta-juta ringgit.
Mereka telah menghadiahkan sebahagian besar harta mereka kepada S. Hingga ayah S sendiri tidak puas hati. Bahkan ayah S menghapuskan hak faraid S dalam hartanya. Tapi S redha. S menjaga kembali datuk nenek S setelah dia semakin dewasa dan pandai berdikari. Sikap S yang sangat-sangat mengambil berat terhadap datuk neneknya menyentuh bapa saudara S yang bongsu ( adik ayahnya). Dia dengan rela hati menjual tanah miliknya kepada S dengan nilai yang murah dan kini tanah itu bernilai berjuta-juta ringgit.
Bila ditanya orang mengapa bapa
saudara S menjual tanah kepada S dengan begitu murah, jawapannya sangatlah
mudah.
“Aku sendiri tak dapa jaga ibu
bapaku seperti S”.
Inilah pulak tuah dan rezeki S. Ibu
bapa tak ambil peduli, datuk dan nenek serta bapa saudara pula sangat sayang.S
sangat bersyukur dengan limpah kurnia tuhan ini. Dia sendiri kini hidup dalam
keadaan yang selesa dan sentiasa prihatin dengan nasib orang yang susah
Satu hari, dia meluahkan rasa
kecewanya tentang sikap kedua ibubapanya kepada saya. Dengan linangan airmata
dia menceritakan bagaimana payahnya dia cuba nak mendekatkan kembali hubungan
dengan ibunya sendiri. Dia tetap disambut dingin dan dia sangat kecewa dengan
keadaan ini.
Bahkan pernah dia katakana begini
kepada ibunya sendiri,
“Mak, kalau mak tak sayangkan S pun
tak apa. S rasa kalau S jatuh mati di jalan tak siapa nak menangis. Tapi
cukuplah mak terima S untuk ziarah mak selalu.S pun tak tahu mengapa S jadi
begini.”
Mak S hanya diam tanpa sebarang
respon. S sendiri tak mengerti mengapa maknya begitu.Begitu juga ayahnya.
Bahkan ada ketika sampai tak mengaku dia sebagai anak. Tapi S tetap redha
dengan taqdir ini.
S menceritakan dengan penuh tangisan
rindu seorang anak. Segala punca menjadi rahsia. Hanya tuhan Maha Mengetahui.
Mengapa? Kenapa? Dan Bagaimana?
Akhir bicara S mengatakan,
“Walau apa pun yang berlaku.Kesedihan dan kedukaan ku ini hanya Allah SWT yang tahu.Cukuplah diriku dan tuhan yang tahu kedukaan ini.Allah Maha Adil.”
“Walau apa pun yang berlaku.Kesedihan dan kedukaan ku ini hanya Allah SWT yang tahu.Cukuplah diriku dan tuhan yang tahu kedukaan ini.Allah Maha Adil.”
Saya terdiam.
DERITA HATI SESEORANG HANYA EMPUNYA
DIRI SAHAJA YANG MENGERTI
KITA SEKADAR MEMBERI PANDUAN DAN
PANDANGAN
MUNGKIN SEDIKIT MEMAHAMI JIKA PERNAH
MELALUI DERITA ITU
ATAU MUNGKIN NASIHAT KITA MIRIP
SEKADAR TEORI SEMATA-MATA
AKUILAH ALLAH MAHA MENGETAHUI LAGI
MAHA BIJAKSANA