Halaman

Selasa, 31 Julai 2012

JIWA KAN TENANG DENGAN BELAJAR AL QURAN


Pengalaman saya suami isteri menggerakkan kelas ziarah (mengajar iqrak dan al quran) sudah lebih 10 tahun.Cuna sejak kebelakangan ini kami menumpukan sepenuh masa.Syukur alhamdulillah segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Ada beberapa perkara yang menarik ingin dikongsikan bersama pembaca blog ini.Berkaitan keindahan dan keseronokan belajar al quran.Macam-macam fakta yang kami temui.Di antaranya:

1. Ramai orang tidak boleh membaca al quran dengan baik
2. Wanita lebih mudah berterus terang jika dia tidak tahu membaca al quran
3. Lelaki yang berumur perlu lebih kuat malunya daripada wanita
4. Mengambil berat setiap individu yang mulai cenderung untuk kembali membaca al quran perlukan kesabaran
5. Penggunaan cara mudah dan santai memberi keselesaan kepada pelajar dewasa
6. Menghargai mereka dengan memberi hadiah dan berdoa memang jelas keberkatannya
7. Bukan mudah nak menyelesakan seseorang untuk berjinak dengan al quran

Antara faktor lain yang perlu kita bangunkan ke dalam hati mereka ialah membina semangat dan keyakinan.Sebab itu cara yang terlalu berprotokol akan menyebabkan mereka merasa takut dan kecewa.Ramai kami dapati punca kegagalan mereka tidak mahu membaca al quran ialah rasa rendah diri dan kecewa.Sebab itu eloklah jika mereka berumur panggil saja mak atau ayah.Cara ini akan menyelesakan mereka dan memberi harapan yang baik juga.

Bagi orang muda kalangan lelaki agak rumit juga.Sebab kesibukan dan rasa takut untuk belajar memang wujud di hati mereka.Kekerapan berhubung dengan mereka amat perlu sebagai tanda menghargai mereka.Jika perlu ucapkan sayan kerana Allah Taala.Kerana ini akan menguatkan hati mereka selesa untuk belajar.Cara berhikmah dan sederhana mampu menarik hati mereka untuk belajar Al Quran.

Berkenalan dengan keluarga pelajar amat perlu.Selalunya keluarga takkan membantah jika ahli keluarganya nak belajar al quran.Mungkin juga kunjungan ini akan membuka hati ahli-ahli keluarga yang lain untuk belajar al quran juga

Tapi kami lebih tertarik untuk memberi tumpuan kepada warga emas untuk belajar al quran.Kerana sikap mereka amat jelas atas dasar keinsafan yang tinggi dan sedia maklum masa mereka belajar amat terhad.Jika sudah ditimpa penyakit tentu susah dah nak belajar.Ramai kalangan mereka akan menangis bila menyatakan kelemahan mereka yang tak mampu membaca al quran

Dunia memang akan menguji hati kalangan orang-orang nak belajar al quran ini.Jika orang muda, masa nak belajar inilah kerap dunia sibuk memberi peluang kerja yang cantik dan tarikan kawan-kawan mengganggu tumpuan mereka untuk belajar.Tetapi ingatan dan nasihat perlu berterusan bagi menyedarkan mereka peri pentingnya belajar al quran

Kami turut mengajar orang-orang yang sakit (sakit mental atau gila) dalam kelas ini.Pernah seorang lelaki lingkungan umur 40an mengadu nak belajar al quran tetapi tiada siapa yang sanggup mengajarnya.Saya menerimanya atas dasar tanggung jawap dan akhirnya dia dapat juga menguasai sedikit-sedikit.Satu yang menarik ialah penyakitnya kian pulih dengan berkat sama-sama mendoakan beliau selepas selesai membaca al quran.Bukan setakat itu saja yang kami telah saksikan.Banyak lagi.Di antaranya:

1. Ada yang berubah wajah menjadi cerah dan ceria walau baru belajar huruf al quran hanya beberapa kali sahaja.
2. Seorang lelaki dapat merubah sikapnya yang panas baran menjadi sabar dengan sikap rajinnya membaca al quran dan kitab iqrak
3. Keriangan nyata terpamir setiap kali selesai belajar
4. Akhlak berubah lebih baik dangan banyak membaca al quran
5. Ketenangan dalam kehidupan mereka setelah menyertai kelas al quran

Perjuangan kami tetap akan diteruskan.Kerana kami tahu ramai yang amat memerlukan bantuan kelas ini.Kelas umumi (kelas umum atau terbuka) ada di merata masjid dan surau.Begitu juga ceramah dan kuliah ilmu.Manakala kanak-kanak ada kelas KAFA.Yang jelas kelas dewasa dan kelas perseorangan tidak ada.

Insya Allah... mudahan lebih ramai lagi individu akan turut serta dalam usaha kami ini.Dan semakin banyak umat Islam di negara kita akan dapat dibantu untuk membaca al quran.

Untuk anda.Usahalah mencari guru.Belajarlah dengan bersungguh-sungguh.Masa tak tunggu kita

BELAJAR AL QURAN UNTUK MEMAHAM APA YANG TUHAN KATAKAN.KETENANGAN JUGA AKAN MUNCUL DI JIWA

Cantikknya bunga Jejarum Hutan

Bila sebut bunga ros.Ramai orang kagum dengan kecantikannya.Banyak produk makanan dan lain-lain lagi menggunakan bunga ros sebagai lambang atau label keluaran mereka.Tapi bunga Jejarum Hutan pun tak kurang hebatnya.Cantik dan macam bunga ros.Tapi ia tak berbau.Bunga ini boleh dimakan.

Bunga ini ubat kencing manis dan darah tinggi jika kuntum bunganya dimakan dengan membaca solawat bersama.Begitulah yang dijelaskan oleh Encik Mohd Alias B.Sapiai.Keberkesananya hanya Allah yang Maha Mengetahui.Jika sesuai mungkin jodoh untuk menyembuhkan penyakit seseorang itu.

Cuba lihat bunga ros Melayu ni.Cantikkan .....



ALAM YANG ALLAH JADIKAN INI CANTIK DAN INDAH.bERSYUKURLAH KEPADANYA SELALU.ALHAMDULILLAH

Isnin, 23 Julai 2012

Kiai Khalid

Memang selalu jemaah Tabligh menziarahi saya.Mengajak ke masjid bagi sama-sama mengimarahkan. Dalam masa yang kami jua bertukar-tukar pandangan melalui usaha dakwah yang masing-masing telah lakukan.Jika jemaah Tabligh berziarah serata masjid seluruh dunia.kemudian menziarahi rumah orang dan mengajak orang mengimarahkan masjid.Maka kami suami isteri berziarah rumah orang dan mengajak orang membaca al quran.Mereka juga memahami arah tuju perjuangan saya suami isteri dan menghormatinya jua.Jika ada kesempatan saya juga melapangkan masa menziarahi mereka di masjid.

Satu hari saya di maklumkan oleh mereka bahawa ada seorang tok guru atau pak kiai dari Indonesia menyertai mereka dan berada di masjid kampung saya.Saya amat tertarik dengan kisahnya.Beliau telah membuka pusat pengajian al quran (pasentren).Seramai 800 orang lebih pelajarnya.Secara percuma. Dan sudah 18 tahun beliau melakukannya.

Saya terus ambil peluang untuk mengunjungi beliau di masjid.Kebetulan ketika saya sampai mereka sedang makan tengahari.Mereka menjemput saya menyertai mereka.Bab makan ... no problem.Sambil makan saya bertanya kepada mereka berkaitan Pak Kiai tersebut.Mereka pun mengatakan bahawa orang yang berada disisi saya itu lah orang yang saya cari.Kaget seketika.Kerana saya sangkakan orang tersebut mungkin agak tua sedikit.Tetapi pak kiai yang mereka maksudkan itu seorang anak muda yang tampak dalam lingkungan 30an.

Selepas makan kami berbicara panjang.Berkaitan dengan perjuangannya dan perjuangan saya.Beliau turut memperkenalkan dirinya sebagai Khalid.Beliau menyambung usaha ayahandanya membangunkan pondok/pasentren.Beliau membangunkan Darul Quran secara percuma.Bahkan isterinya sendiri kadang-kadang merungut dengan sikapnya menerima saja sesiapa yang berhajat nak belajar tanpa sekatan. Sebaliknya beliau hanya menjawap."Biarkan saja .... orang itu mahu belajar..."

Membuka pusat pengajian percuma dalam masa 18 tahun  memang mencabar.Hati kena kuat dan tabah.Hati kena berharap dan berpaut hati kepada Allah selalu.Tak boleh terlintas langsung nak cari senang.Kerana usaha dakwah inilah warisan tulin Nabi Muhammad SAW yang perlu diteruskan oleh sesiapa yang dibukakan hati oleh Allah Taala.Bukan faktor populariti atau kemegahan.Tetapi tanggung jawap.

Kiai Khalid turut menceritakan bagaimana beliau terpaksa mengajar 5 kelas dalam satu masa. Masyarakat setempatnya pun  tertanya sumber beliau membangunkan pondok tersebut.Kiai Khalid pun kerap ke luar negeri dengan jemaah Tabligh.

Beberapa kesimpulan kami persetujui bersama iaitu:

1. Tetap mempertahankan pendidikan agama adalah atas jalan fi sabilillah.Jangan meletakkan sebarang harga dalam apa-apa jua perjuangan agama.

2. Meneruskan usaha dakwah dalam bentuk yang Allah berikan kepada seseorang.Berdasarkan kemampuan,bakat,kecenderungan dan tahap keilmuan.Perlu menghargai setiap usaha dakwah sesiapa pun syaratnya dengan hati ikhlas.

3. Mempertahankan kalimah "REZEKI DI TANGAN ALLAH' amat hebat di cabar oleh dunia.Tanggung jawap  mempertahankan tauhid kepada Allah adalah jihad yang amat besar.Menyatakan kebenaran amat perlu.Islam wajib dipertahankan dari tangan-tangan syaitan.

Di akhir pertemuan kami sama-sama menghargai usaha yang telah masing-masing lakukan.Ramai lagi orang yang ikhlas sedang dan sudah melakukan kerja-kerja kebajikan sebegini.Contohnya mereka yang mengusahakan rumah anak yatim.pusat perlindungan kanak-kanak dan wanita , pondok/sekolah agama swasta dan lain-lain lagi.

MEMBANGUN AGAMA ADALAH TANGGUNG JAWAP BERSAMA

(nota kaki : saya amat kesal dengan kenyataan seorang penceramah agama yang mengatakan bahawa zaman sekarang bukan ada dah orang ikhlas.Dia sendiri meminta harga setiap kali bila berceramah atau mengajar agama.Kenapa bomoh yang menolong orang boleh ikhlas tetapi ustaz(yg tahu agama) tak faham ikhlas?Wallahu a`klam ....

Ziarah dan Mengajar Iqrak

Sejak bulan sudah  lagi, kami sibuk berziarah sambil mengajar.Banyak tempat juga rumah telah diziarahi. Samada rumah di pekan atau dikampung.Berziarah adalah aktiviti yang saya sangat gemari. Berziarah membawa berkat dalam kehidupan.

Tapi ziarah kali ini adalah untuk mengajar al quran.Bermula dengan membawa kad imbas huruf-huruf al quran. Kemudian membaca kitab Iqrak. Seterusnya bila sudah mahir barulah membaca kitab al quran. Kami suami isteri menjalankan usaha ini dengan niat fi sabilillah. Bukan niat mencari keuntungan atau niat komersial. Kami tahu ramai kawan-kawan kami yang tak tahu membaca al quran. Mungkin juga malu nak belajar di tengah-tengah orang ramai di masjid atau surau.

Sebab kami melakukan usaha ini kerana kelas ziarah atau perseorangan memang hampir tiada.Terutama kalangan orang-orang dewasa.Kelas Umumi ( secara terbuka ) dan ceramah seerta tazkirah banyak di adakan di masjid atau surau. Tapi kelas one by one memang sangat-sangat  kurang.Sedangkan bentuk sebeginilah akan memberi fokus yang lebih antara guru dan murid.Serta memberi hasil yang jelas dalam pembelajaran. Tambahan pula kami amat kasihan dengan kalangan warga emas yang berumur lebih 60 tahun, mengadu tak tahu membaca al quran dengan keadaan sangat sedih. Sebab itu kami terjun dalam bidang ini secara keseluruhan atau sepenuh masa.Bukan sambilan lagi.Lebih daripada 10 jam sehari kami bersama dengan mereka setiap hari.

Banyak rumah yang telah kami ziarahi.Di antaranya bolehlah  di lihat di sini. http://kbnilaimurni.blogspot.com/2012/07/family-class.html  dan di sini http://www.facebook.com/media/set/?set=a.371880939492393.105578.100000114690012&type=3   

Walaupun banyak cabaran atau rintangan.Namun banyak juga perkara-perkara yang menarik dan melucukan kami temui.Di antaranya :

1. Cerita P.Ramle memang sangat sesuai dengan kelas kami.Cuba tengok babak ini ....




Hampir macam ni lah keadaan yang kami temui.Bila kami uji tanya huruf al quran kepada kawan-kawan.Sambil ketawa dan menangis.Apa yang pasti usaha membantu mereka tetap kami perjuangkan.Mudah-mudahan mereka akan mampu membaca al quran

2. Golongan wanita lebih berani memaparkan kelemahan mereka.Mereka berterus terang jika mereka tidak boleh membaca al quran.Mereka sanggup mengaku kelemahan berbanding daripada lelaki.Bahkan ada ibu - ibu yang sudah tua tetap mahu tahu tentang al quran.Dalam menangis mereka merayu untuk membantu mereka membaca al quran.Subhanallah .... hati kami suami isteri amat tersentuh.Dan insya Allah kami akan membantu mereka. Manakala golongan lelaki ini agak malu dan takut berterus terang.Bahkan mereka terus lari bila kami sampai ke rumah mereka.Kami cuma nak tolong,bukannya along. Tetapi kami faham .... bab mengaji al quran ni memang amat-amat mengerunkan banyak pihak.Malu sungguh bila orang tahu kita tak tahu mengaji al quran.Mendorong mereka untuk belajar al quran pun sangat susah dan payah.Kami tetap akan mencuba juga.Insya Allah

3. Apabila kita berziarah dan mengajar al quran di rumah mereka, mereka sangat-sangat menghargai.Sebab itu kami hanya akan berziarah dan mengajar di rumah orang yang sangat berhajat untuk belajar al quran.Walau pun seorang sahaja.Bagi kami hajat itu perlu disampaikan.Orang yang bersungguh akan mencapai apa yang mereka inginkan.Sebagai guru kami hanya memudahkan cara untuk mereka memahirkan diri dengan al quran.Pelbagai teknik dan cara telah kami gunakan.Faktor umur bukan alasan untuk membaca al quran.Kami hanya menunjukkan cara yang paling mudah dan santai ketika menjalankan sessi pembelajaran.Ilmu mudah diperolehi dengan suasana yang gembira.
Sebab itu mereka gemar menjamu kami dengan bermacam-macam juadah makanan.Alhamdulillah ...  

4. Perubahan sikap pasti akan berlaku jika al quran ada dalam hati.Walaupun satu huruf al quran.Tetap akan membawa seri dan menceriakan wajah dan hati.Keriangan dalam keluarga memang jelas bila sama-sama mereka membaca kitab iqrak.Anak-anak akan gembira bila melihat ibu dan ayah berusaha mengingati huruf al quran.Mudah-mudahan keluarga mereka lebih ceria dan sejahtera setelah semua ahli keluarga mengamalkan al quran di rumah.Aminnn..

5. Masalah utama dalam belajar al quran ini ialah perasaan kecewa.Kita perlu membangkitkan perasaan yakin dan tabah dihati mereka.Bukan mudah tapi amat perlu.Tanpa kesungguhan apa-apa kerja pun takkan menjadi.Sebab itu kami gunakan kaedah memujuk dan berkasih sayang.Kami anjurkan mereka kuat berdoa.Memohon sungguh-sungguh kepada Allah.Bahkan kami galakkan mereka meletakkan kitab iqrak di bantal mereka.Cium kitab mohon kepada tuhan.Sesuatu yang kita suka dan hajati perlu di sayangi.Mudah-mudahan mereka mampu membaca al quran .... Amin

6. Keikhlasan amat penting dalam menjalankan usaha dakwah. Keikhlasan akan membina kasih sayang dan mendatangkan barakah. Disamping itu limpah rahmat Allah amat luas dan ilham untuk mengatasi setiap masalah akan di permudahkan oleh Allah.Agama bukan taruhan untuk mendapat kelebihan dunia.Kami tentang golongan yang bermain dengan wang ringgit dalam usaha menyampaikan ilmu.Agama bukan untuk di jual beli atau di letakkan harga.Maha suci Allah yang Maha Kaya

BELAJAR AL QURAN TAK PERNAH RUGI ...


Rabu, 18 Julai 2012

Rajin anak2 solat

Lama dah dah tulis cerita.Maklumlah sibuk macam2.Kali ni saya nak ceritakan kisah seorang nenek yg amat-amat sedih dengan keadaan anak menantunya.

Satu hari nenek ni berziarah ke rumah anaknya di Kuala Lumpur.Maklumlah lama dah tak jumpa cucu.Mungkin rindu agaknya.Sampai di sana anak cucunya menyambut dengan gembira.Cucunya 2 orang.Seorang lelaki dan seorang perempuan.Yang lelaki berumur 7 tahun yang saya namakan sebagai Upin dan yang perempuan berumur 4 tahun yg saya namakan Siti.

Mereka kanak-kanak aktif dan petah bercakap.Nenek tadi amat suka dan sayang dengan cucu-cucunya.Upin suka bertanya macam-macam kepada neneknya.Termasuk soal-soal berkaitan agama.Kebetulan neneknya memang seorang yg suka belajar dan mengajar maka di layanlah cucu tadi dengan kegembiraan.

Pada waktu subuh hari pertama, nenek tadi baru perasan beberapa perkara yang tak sepatutnya berlaku.Setelah solat subuh dan membaca al quran dia mengejutkan cucu-cucunya yg tidur sebilik dengannya.Anak-anak tadi bergegas bangun dan terus kebilik.Selesai mandi,Upin memanggil adiknya Siti utk solat berjemaah.Upin jadi imam.Nenek tadi terharu dengan keadaan tadi.Syukur cucu-cucunya yg kecil tahu tanggungjawap solat.

Nenek rasa dahaga.Lalu turun ke dapur.Semasa melalui bilik anak menantunya keadaan sunyi sepi.Tapi dia tak hirau.Tak terlintas nak tanya anak menantu solat atau tidak.Setelah menegok air sejuk di dapur cucu-cucunya bergegas keluar siap nak kek sekolah dan tadika.Sebuah van sedang menanti.

Balik sekolah cucu-cucu tadi gembira bercerita dengan nenk mereka berkenaan sekolah masing-masing.Dan turut menceritakan bahawa mereka turut serta dengan kelas tahfiz al quran setiap hujung minggu.Sampai waktu zohor kedua beradik tadi menunaikan solat berjemaah.Bahkan setiap waktu mereka berdua solat jemaah.

Masa maghrib ketika nenek hendak mengambil wuduk, dia melihat anaknya asyik menggosok-gosok kayu golf.Lalu ditegurnya.
"Nak  ..... dah solat? Waktu maghrib pendek tau.
"Ya mak.Sikit je lagi."Jawap anaknya dengan lembut.

Terharu nenek tadi melihat cucu-cucunya siap berwirid ringkas selepas solat jemaah maghrib.Cara budak-budak.Nampak lucu juga.Subhanallah pun baca kuat-kuat.Neneknya tersenyum saja.Beberapa hari keadaan itulah yang disaksikan oleh nenek tersebut.

Satu malam selepas solat Isyak nenek tadi terdengar suara cucunya berdoa.Doanya pendek tapi amat-amat menyentap hatinya.

"Ya Allah.Bagilah mak ayah kami solat ...... "

Sebelum tidur nenek bertanya kepada Upin.

"Upin .... mak ayah kamu solat tak?"

Upin menggeleng-gelengkan kepala.

"Pernahkah ayah kamu ajak solat jemaah?"

Siti dan Upin diam dan nampak sebak.Nenek tadi terus menangis.Dia amat kecewa.Dia tak sangka anak menantunya sudah berubah.Anaknya telah diberi pelajaran cukup.Bahkan dihantar ke sekolah agama semasa kecil.Begitu juga menantunya.Memang tampak warak dan bertudung.Setiap hari balik lewat terus masuk bilik tidur tak solat rupanya.Patutlah lalu bilik anak menantunya tiap kali subuh sunyi.Tidur rupanya.Nenek tadi amat sedih.Kerja dan tanggung jawap merubah anak menantunya.

Pada pagi hari minggu, nenek tadi terus bertanya anak menantunya perkara tersebut.

"Anak ..... kenapa kau suami isteri tinggalkan solat?Tak sedihkah kamu berdua melihat anak-anak kecil tu? Mereka hari-hari doa supaya kamu suami isteri solat.Sekarang kamu berdua tipu mak dengan sembunyikan perbuatan tak solat ni.Mak sangat-sangat sedih tau ...",  Kata nenek itu dengan syarah yg panjang lebar.

Anaknya dan menantu terdiam.

Ambillah iktibar daripada kisah di atas.

JANGAN LALAIKAN SOLAT KERANA SIBUK DENGAN PEKERJAAN HARIAN