Halaman

Sabtu, 30 November 2013

HARAPAN IBU INI


Banyak-banyaklah bersyukur dengan limpah kurnia Allah ke atas diri kita yang tak terhitung banyaknya.Samada nikmat ketenangan, kebahagian, kemudahan dan lain-lain lagi.
Namun sebagai manusia tak lari dari impian dan harapan.Semakin kita meningkat umur impian dan harapan akan berbeza bergantung dengan kehendak dan keadaan.

Impian zahir berbentuk kebendaan.Seperti rumah,wang ringgit,usaha kebajikan dan lain-lain.Impian batin pula seperti menambahkan amal ibadah,tuntutan ilmu,tafakur dan lain-lain.

Dalam saya berziarah mengajar al quran, maka impian inilah yang paling popular dan mencabar kesabaran.Impian ibu-ibu ini ialah mengkhatamkan al quran sekali seumur hidup.Dengan membaca dipimpin atau dibetulkan pembacaan mereka.

Bagi saya mereka perlu dibantu.Mereka percaya dengan al quran.Tetapi mereka tak berpeluang untuk belajar al quran sebelum ini.Mereka merasakan impian ini terlalu besar.Bukan wang ringgit lagi jadi impian.Usia menjamah rasa.Dunia fana semakin nak ditinggalkan.Dapat mengkhatam al quran terlalu hebat untuk jiwa-jiwa mereka.

Saya juga menyedari mereka adalah kelompok-kelompok yang ditinggalkan.Bukan mudah untuk mengajar dan memimpin mereka.Tapi layakkah orang berilmu mengambil langkah memandang sepi sahaja insan-insan ini.Atau sekadar menghukum tanpa usaha untuk membantu.

Setiap insan ada hak untuk dibantu dan disayangi.Sedikit perhatian dan pengorbanan perlu digerakkan.Insya Allah…. saya akan berusaha menyampaikan hajat mereka.Kerana itu jua impian saya.Membantu,mengajar al quran untuk ibu-ibu tua yang kasih al quran.Cinta Allah dan Rasul

Mudah-mudahan Allah memakbulkan.Amin…

PATUT BAGI SETIAP MUSLIM KHATAM AL QURAN SEKALI SEUMUR HIDUP
BANTULAH MEREKA YANG MEMERLUKAN…. TERUTAMA IBU KITA SENDIRI

BOSAN DAN KESUNYIAN


Saya masih ingat lagi satu tajuk artikel  yang berkaitan psaikologi “Kebosanan boleh membunuh” dalam satu bahan bacaan yang pernah saya baca di dalam sebuah majalah. Lama dah saya baca.Dah lebih 20 tahun lalu.

Tetapi baru-baru ini saya terfikir kembali maksud tajuk artikel itu.Banyaklah punca-puncanya yang boleh mendatangkan kebosanan dalam jiwa.Tambahan pula zaman sekarang penyakit bosan semakin menjadi-jadi.Anak kecil yang masih di bangku sekolah pun dah pandai merajuk-rajuk dengan mengucapkan kata-kata bosan atau boring.

Pada pandangan saya kebosanan ini atas 2 faktor.Mungkin memang tak ada apa-apa yang nak dilakukan.Atau terlalu letih melakukan sesuatu benda yang sama.Maka masa rehat perlu ada.Masa bergembira perlu dirancang.

Tetapi bukanlah tujuan saya nak merungkai jalan-jalan penyelesaian dengan kaedah psikologi atau kejiwaan.Cuma saya nak kongsi beberapa kaedah yang condong ke arah keagamaan yang lebih membawa keberkatan.

Antaranya dengan kaedah :

Berzikir
Membaca al quran
Membanyakkan solat
Bertafakur
Menuntut ilmu
Mengamalkan praktik Islamiyah dengan mantap

Ilmu Islam tak pernah habis memecahkan persoalan dalam semua permasalahan.Rugi sungguh jika seseorang mengaku Islam tetapi tak mahu mengkaji dan beramal dengan pratik-praktik amal dan kaedah yang sangat besar ganjarannya bagi orang yang beriman.

DIA TELAH PERGI BERSAMA DOANYA


Sememangnya dia amat istimewa.Mungkin orang tak perasan.Tapi bagi saya , apa yang dia lakukan amat hebat dan satu anugerah.Bukan semua orang mampu lakukan seperti beliau.

Saya mengenali beliau dengan nama Abu.Nama itu bukan nama sebenarnya.Tetapi panggilan itu seolah-olah amat sesuai untuk beliau.Beliau bertubuh kecil walupun usianya sudah melebihi 30 tahun.Perkembangan fizikal dan mentalnya agak terbantut.Tingginya tak sampai 4 kaki.Wajahnya comel macam wajah kanak-kanak.

Satu masa dahulu dia telah melalui pembedahan di bahagian kepala.Kerana keadaan reaksinya agak bermasalah.Kalau kita kata kucing itu harimau, dia akan lari lintang pukang dengan sangkaan kucing itu harimau.Kalau dia melintas jalanraya adakalanya dia jadi kelam kabut.Dah melintas ke seberang pun boleh berpatah balik.Saya pun tak tahu apa jenis penyakitnya.Keadaan dia kembali normal setelah menjalani pembedahan tersebut.

Ada satu karektornya yang amat menarik dan jadi kenangan serta iktibar kepada diri saya.Iaitu apabila dia tidak ada duit dia suka meminta kepada orang ramai tanpa segan silu.Samada dikenali atau tidak.Apabila orang tersebut memberinya wang, dia tanpa bertangguh akan menganggkat tangan berdoa dengan mulut terkumat-kamit.Ketika itu juga.Tak kira di tengah jalan kah akau di mana-mana sekali pun.Dia tak marah jika orang marah-marah je bila beri duit kepadanya.Yang penting dapat rezeki dia berdoa.Doanya panjang.Tapi suaranya tak berapa jelas kedengaran.Tampak mulutnya je terkumat-kamit.Sering dia menjadi perhatian orang lalu lalang ketika dia sedang berdoa.Sebab ketika berdoa dia tampak khusyuk sekali dan langsung tak hirau mata-mata yang memandangnya.

Pernah sekali saya meminta dia mendoakan untuk saya.Senan ketika itu saya sedang menghadapi masalah yang agak kusut dan mengelirukan.Tanpa banyak soal dia terus berdoa.Hati saya terharu keranadalam dalam apa keadaan sekali pun jika orang doa dia terus angkat tangan tanpa banyak soal.Subhanallah… memang saya amat terharu dengan karektornya.

Memang ramai orang suka kepadanya dan memberi wang kepadanya.Sebab itu ada beberapa orang yang sedia menanti untuk memberi wang kepadanya.Kanak-lanak [un suka kepadanya.Jika ada duit dia akan beli gula-gula dan memberikan pula kepada kanak-kanak.Kadang-kadang susah payah dia membuat alat-alat mainan untuk dia hadiahkan kepada kanak-kanak.

Sebenarnya fikirannya normal macam orang lain.Dan dia mengakui keadaan fizikalnya agak kecil seperti kanak-kanak 10 tahun.Dia juga turut tersinggung apabila orang lain merendah-rendahkan dia.Pernah dia meluahkan rasa kecewa kepada saya di atas keadaannya yang kadang-kadang di sindir oleh anak-anak muda.Tapi dia redha.Akur dengan ketentuan Allah SWT.

Kini dia telah pergi meninggal alam fana ini.Kesan pembedahan yang dia lalui dulu memberi kesan lain kepada dirinya.Pihak hospital tak berupaya menyelamatkan dia.Dia meninggal dunia dalam usia 38 tahun dengan fizikal umpama kanak-kanak 10 tahun.Tidak ada lagi kelihatan yang unik sepertinya.Berdoa di tengah-tengah khalayak dengan khusyuk.Dia pergi bersama-sama doanya.
Satu perkara yang tetap jadi kenangan abadi dan iktibar baik kepada saya  ialah:

1.Betapa dia tetap berdoa tanpa nertangguh jika orang meminta.
2.Setiap kali dapat rezeki dia akan terus berdoa tanda syukur atau mungkin mendoakan kepada orang uang bersedekah kepadanya.

Saya rasa kita patut mencontohi dia.Banyakkanlah berdoa kepada Allah SWT.Mohonlah kesejahteraan untuk diri,ibubapa, anak isteri dll.

ORANG YANG ANGKUH TIDAK SUKA BERDOA
ORANG YANG MERENDAH DIRI SUKA BERDOA
BERDOA IBARAT TALI YANG KUKUH HAMBA KEPADA TUHAN

Didoakan mudah-mudahan dia mendapat rahmat dan keampunan di alam kubur.
Al Fatehah…..