Halaman

Khamis, 7 Julai 2011

Rumahku syurgaku

Rumah adalah tempat berteduh untuk semua orang.Bukan setakat berteduh sahaja.Nak tidur,berehat makan dan minum pun boleh.Semua orang mengidamkan rumah yang cantik dan elok.Saya sendiri suka rumah yang kemas dan teratur.Saya suka melayan fb home decoration untuk melihat bentuk hiasan dalaman di dalam rumah.Bukan setakat hiasan dalaman sahaja.Bahkan bentuk,warna,cara penyusunan perabot yang di paparkan menarik perhatian saya.Manalah tau boleh hias rumah sendiri dalam fb tu?.Kasi cantik sikit..... hehehehehe

Rumah yang menarik dan cantik belum tentu boleh mengembirakan hati kita.Kerana rumah yang sebegitu kerap ditinggalkan.Macam-macam sebab kita terpaksa kita terpaksa tinggalkan rumah kita.Pasal kerja contohnya.Akhirnya tinggallah orang gaji yang mendiaminya 24 jam.Rumah yang besar juga menyebabkan kita tak sempat untuk jelajahi di dalamnya setiap hari.Bahkan ada ruang di dalam rumah kita berbulan-bulan kita tak pijak.

Berbeza rumah yang buruk atau usang.Rumah orang miskin selalunya kecil.Seluruh ruang rumah itu dihayati oleh penghuninya.Kegembiraan berada di rumah orang miskin berbeza dengan rumah yang mewah dan bergaya.

Satu hari saya berbasikal dengan anak saudara melalui jalan kampung menuju ke sekolah anak saya.Saya gemar berbasikal di dalam kampung kerana suasananya damai dan menarik.Kalau jalanraya sibuk dengan kenderaan.Perhatian untuk menghayati sekeliling agak terganggu sedikit.

Jarak antara rumah saya dengan sekolah anak taklah jauh.Lebih kurang 8kilometer je.Saya suka berziarah dia berbasikal kerana saya suka melihat reaksinya ketika menyambut saya.Pada mulanya dulu rakan-rakannya akan ketawa dan tersenyum melihat gelagat saya berbasikal untuk menjengok anak saya di asrama.Tetapi rakan-rakannya terus diam bila anak saya marah dan menegur mereka dengan katanya,"Apa gelak-gelak.Ayah orang mai kayuh basikal pun hairan."
Saya suka cara anak saya membela ayahnya.Dan saya suka dia lihat susah payah ayahnya berbasikal menemuinya di asrama.

Semasa dalam perjalanan untuk ke asrama anak saya,saya menemui sebuah rumah yang menarik perhatian saya.Rumah lama.Cantik dan menarik.Selalu saya lihat rumah ini setiap kali melalui di jalan ni.Kali ini saya terus singgah dan ambil peluang mengambil gambar rumah tersebut.

Penulis di hadapan rumah istimewa

Tuan Hj. Abdul Wahab

Rumah ini milik Tuan Haji Abdul Wahab.Menurut beliau rumah ini sudah berusia lebih daripada 100 tahun.Sudah 7 keturunan.Rumah ini masih tegap berdiri.Semasa saya sampai keluarga Tuan Hj. Abdul Wahab agak terkejut dan menyambut dengan mesra.Saya minta izin mengambil gambar rumahnya.

Rumah ini mungkin telah menjadi syurga untuk beberapa keturunan keluarga Tuan Hj. Abdul Wahab.Rumah kita camna?Berapa keturunan yang telah mendudukinya?

Apa pun syurga di rumah bergantung dengan sikap dan peribadi penghuninya.Hati yang damai akan membentuk syurga di rumah kita.

ADAKAH ADA SYURGA DI RUMAH ANDA?