Halaman

Selasa, 28 Jun 2011

Kenapa berbasikal

Saya suka berbasikal kerana ada beberapa perkara yang menarik saya dapati semasa berbasikal. Disamping sebagai satu riadah, berbasikal mengajar saya banyak perkara.Diantaranya dengan berbasikal, saya dapat melawat banyak tempat atau menziarahi banyak rumah.Tempat yang saya lawati kebanyakan kawasan sekitar sahaja.Belum mampu atau berkesempatan untuk menjelajah tempat yang jauh-jauh.Dan sebenarnya tempat disekitar kita ini pun penuh dengan kisah yang menarik dan boleh dijadikan iktibar.
Sebab kedua pula dengan berbasikal, saya dapat membentuk diri menjadi lebih bersabar dan bertenang.Setiap perjalanan tentu ada tempat yang dituju(matlamat).Lebih jauh kita berkayuh,lebih banyak kepayahan atau kepenatan yang kita perolehi.Semasa berbasikal setiap kayuhan membawa makna usaha yang pasti memerlukan kesabaran dan ketabahan.Ini membawa maksud setiap usaha perlu diselesaikan sedikit demi sedikit sampai berjaya.Perlu tabah,cekal dan berazam.
Selain daripada itu.Berbasikal membawa pandangan saya menghayati keindahan alam ciptaan tuhan.Penuh dengan rahmat dan kecantikan tersendiri.Sebab itu jika saya berkayuh bersama isteri atau anak-anak.Saya kerap berbicara tentang kejadian alam yang Allah telah kurniakan.
Apa pun cubalah cari kurnia tuhan dengan minat yang tuhan telah berikan.Samada berbasikallah,berkampingkah dan lain-lain lagi.Hayati dengan keimanan yang penuh kepada tuhan.Pasti hati akan merasa betapa kerdilnya kita di bumi ciptaan tuhan ini.
Sebab itu orang-orang barat mengembara dan beriadah dangan cara masing-masing.Hasilnya pemikiran mereka lebih damai daripada kita sendiri.
Kita masih beruntung.Dalam Islam huraian tentang alam kejadian tuhan terlalu banyak dipaparkan di dalam al quran.Pokok pangkalnya carilah hikmah di dalam al quran.Kemudian lihatlah alam yang luas dengan mengimani kembali kepada tuhan dengan lebih teguh lagi.

LIHAT SEGALA SESUATU YANG DIJADIKAN.INGATLAH SIAPA YANG MENJADIKAN(iaitu Allah SWT)