Halaman

Khamis, 21 Julai 2011

Suka menyendiri di rumah

Kali ini saya ingin membawa kisah yang berlaku disekeliling saya.Kisah benar yang mungkin menjadi iktibar kepada kita semua.Hidup yang penuh rahsia dan tak terjawap dengan akal dan minda.

Sifat suka menyendiri adakala membawa kebaikan kepada seseorang.Dengan menyendiri kita akan kembali tenang atau aman daripada kekalutan hidup seharian.Tetapi jika sampai memakan masa bertahun-tahun mungkin itu menjadi agak anih dan luar biasa.Mungkin dari sudut psikolgi seseorang yang berkelakuan sebegitu, mengidap sakit jiwa.Macam pernah saya baca satu kisah bagaimana seorang perempuan Inggeris menghabiskan masa hayatnya berada di katil selama 30 tahun.Puncanya kerana merajuk.

Tapi kisah yang saya nak paparkan ini bukan kisah psikologi.Tapi hal-hal mistik yang mungkin agak menarik.

Kisah Satu
Ada seorang lelaki yang melalui saat menyendiri lebih daripada 30 tahun di rumahnya.Semasa muda dia seorang yang agak kacak dan menjadi pujaan ramai.Dia juga pernah menjadi pelakun bangsawan melayu lama dan kerap memberikan persembahan semasa dia muda-muda dahulu.
Orang dulu kalau nak buat persembahan bangsawan lama tu siap dengan jampi serapah dan amalan-amalan yang khurafat.
Entah di mana silapnya,lelaki itu semakin asyik dengan persembahan dan cerita-cerita yang dipersembahan hingga dia semakin suka berada di dalam bilik di rumahnya.Berbicara dengan seseorang yang tidak dapat dilihat oleh orang ramai.Selama 17 tahun dia jadi begitu dan isterinya terpaksa membanting tulang untuk menyara keluarga.
Pernah sekali dia keluar seketika dari pertapaannya itu.Untuk beberapa hari sahaja.Kemudian dia menyambung kembali sikap menyendirinya di rumah untuk 26 tahun seterusnya.
Satu hari anaknya bertanya kepada saya samada saya dapat membantu ayahnya itu.Tanpa berlengah saya pun terus ajukan masalah tersebut kepada guru saya.
"Apa masalah pak cik itu?"Tanya saya kepada guru saya.
Sambil memejamkan mata,guru saya menjawap,"Ada orang yang berdamping dengan dia ni.Kalau kamu nak kepastian tanyalah pak cik itu siapa perempuan yang selalu bersama dengannya di dalam biliknya."
Guru saya pun memohon kepada tuhan agar dapat berhubung dengan benda halus tersebut.Tidak lama selepas itu, lelaki tersebut sudah mampu untuk keluar dari rumahnya dan bercampur gaul dengan masyarakat.Sering ke masjid dan surau untuk menyertai solat waktu berjemaah.Saya pernah mengusiknya dengan mengatakan tentu ada perempuan yang menemani dia di dalam bilik itu.Beliau hanya tersenyum dan tertawa riang.
Tetapi kini dia kembali menyendiri kerana sudah terbiasa tinggal di rumah bertahun-tahun.Kadang-kadang dia agak sensitif dengan kata-kata sesetengah orang yang tidak memahami keadaannya.Tambah pula dia kini semakin tua dan uzur.Lebih 80 tahun.Hampir seluruh hayatnya di rumah sahaja.
Kisah Kedua
Ada seorang anak muda yang berumur di dalam lingkungan belasan tahun.Saya namakan dia sebagai H bagi memudahkan penceritaan.H sudah hampir 6 tahun tinggal menyendiri di rumah.Sebenarnya saya pun tak pasti punca dia berkelakuan sebegitu.Tetapi sejak ayahnya melarikan diri dan meninggalkan keluarganya dia bagaikan asyik dengan dunianya yang tersendiri.Ibunya amat sedih tetapi apakan daya.Sudah bermacam-macam usaha yang telah dilakukan.Belum juga sembuh.
Satu hari saya berpeluang menziarahi H.Dia nampak amat pemalu.Dan berkali-kali ibunya mengajak dia keluar baru dia mahu.Tubuhnya kurus pucat tetapi bersih.Kulitnya putih kuning kerana tak terkena cahaya matahari.Kepalanya mendongak ke langit-langit rumah.Dia tak mahu memandang ke muka saya atau ke bawah.Bila di tanya, dia hanya tersenyum dan kadang-kadang mengilai ketawa.Tidak mahu bercakap dengan saya.
Sudah banyak tahun saya tak berziarah H.Saya pun tak tahu keadaan dia sekarang.Mungkin kini umurnya sudah lebih 20 tahun.
Dari dua kisah tersebut, dapat saya saksikan sendiri bagaimana ada manusia yang boleh kena penyakit tak mahu bergaul dengan orang tanpa sebab dan perkara yang munasabah.Tak sunyi ke?
Dipercayai kedua-dua orang yang menyendiri di rumah ni bukan disebabkan masalah jiwa.Tetapi penyakit mistik yang mungkin melibatkan makhluk halus.Samada gangguan jin saka atau dihanyutkan di dalam alam yang kita sendiri sukar untuk mengerti.Sebenarnya kes sebegini memang ada terselit dicelah-celah kehidupan masyarakat kita.Tetapi agak tersembunyi.
Kerana itu banyakkanlah berdoa dan bezikir dengan tuhan.Mudah-mudahan terhindar daripada gangguan jin yang akan menghanyutkan seseorang bukan sikit masa.Bahkan boleh menyebabkan seseorang itu teralpa sepanjang hayatnya.
Mudah-mudahan H dan lelaki tua tadi sihat sejahtera.Amin

BACALAH AL QURAN,MUDAHAN DIJAUHI DARIPADA SYAITAN