Halaman

Khamis, 31 Mac 2011

Kifarah kerana mencuri

Sebentar tadi saya menghantar seorang kawan pulang ke rumah anaknya.Kawan tersebut sudah lama saya kenali.Umurnya melebihi 60 tahun.Tapi saya hanya memanggilnya abang sahaja.Walau pun anaknya seusia dengan saya.

Ada cerita yang menarik mengenai dia.Saya namakan namanya sebagai M bagi memudahkan cerita.

Sebenarnya M ni menderita penyakit gila lebih daripada 30 tahun.Semasa mudanya dia seorang yang gagah, tampan dan bergaya.Tetapi dia agak malas bekerja.Dia juga suka bergaul dengan orang-orang yang rosak akhlaknya.

Dek kerana ingin senang dengan tanpa terlalu bersusah payah maka dia pun terlibat dengan kawan-kawan yang suka mencuri.Tak kira siang kah, malam kah.Ada peluang habis di sapunya. Satu hari dia merancang untuk mencuri kain-kain yang dibawa oleh seorang pedagang kain yang datang dari utara semenanjung.Biasa la.Orang dulu berdagang kain sampai berbulan-bulan merantau tempat orang bersama-sama kain yang nak di jual.Mereka tak tentu tempat bermalam.Kadang-kadang di surau atau masjid atau rumah orang.

M mengintai-intai peluang untuk mencuri kain pedagang itu.Ketika pedagang kain itu leka(mungkin tidur) di satu tempat.Dia tanpa berlengah-lengah mencuri kain pedagang tersebut.Bukan banyak pun.Lebih kurang sekodi sahaja,Sekodi tu lebih kurang 20 atau 30 helai sahaja.

Kain tersebut dijual kepada orang.Janji dia puas dapat duit hasil mencuri itu.Tapi tidak lama selepas itu dia berasa hatinya tidak tenteram.Mudah marah,gelisah dan tak dapat mengawal perasaannya.Lama-kelamaan dirinya semakin tak terurus.Pelbagai kelakuan luar biasa berlaku ke atas dirinya.Dia jadi gila.Berulang alik lah dia ke hospital Bahagia.

Sekiranya sampai masa-masa tertentu kegilaannya menjadi bahaya kepada orang lain.Sehingga kini dia masih mengambil ubat penenang untuk mengawal penyakitnya itu.

Satu hari, saya pernah berbicara dengan dia.Katanya dia mengakui kesilapannya kerana mencuri itu.Dia akur dengan kifarah yang dia terima.Dia sudah mencari pedagang kain yang dianiayanya itu.Tapi apa nak buat.Pedagang itu sudah meninggal dunia.Tak sempat dia nak minta halal dan mohon maaf.

Cuma saya katakan kepadanya."Sabarlah M.Berdoa dan mohon ampun kepada tuhan.Hadiahkan tahlil arwah kepada pedagang itu."Dia diam dan mengakui.

Sehingga kini penyakitnya sedikit berkurangan.Mungkin disebabkan usia dan mampu sedikit mengawal perasaannya.

Kifarah Peragut

Kisah kedua ini hampir serupa dengan kisah M tadi.Tetapi pemuda yang saya namakan sebagai L ini tidaklah seteruk penyakit M.

L ini sebenarnya pernah bekerja.Masa mula bekerja memang dia menjadi kebanggaan keluarga.Tampan bergaya.Memang tak sangka dia seorang peragut.

Malangnya kesenangan yang diperolehi disia-siakan.Dia pun seperti M suka mendapatkan rezeki secara mudah.Semasa dia tinggal di sebuah bandar besar yang semua orang boleh agak.Dia terlibat dengan rakan-rakannya menjadi peragut.Menurut cerita rakannya.Sebulan berpuluh-puluh ribu diperolehi dengan meragut beg orang.

Satu hari L dan rakannya bersedia untuk meragut seorang perempuan yang mengandung.Sambil rakannya memecut, dia terus merentap beg perempuan tersebut.Dia hanya sempat melihat perempuan itu rebah tanpa belas kasihan.Peragut memang kejam dan tak berperi kemanusiaan.Nasib perempuan itu tak diketahui.

Tak lama selepas itu L banyak bermenung.Lama kelamaan dia suka tersenyum seorang diri.Tak gemar bersembang dengan orang.Bagai berada di alam tersendiri.Hingga kini dia berkelakuan sebegitu.Kerja pun sudah dipecat kerana masalah minda nya itu.

Saya cuba bersembang dengannya tetapi dia buat bodoh je. Ye lah. Dia dah gila.Buat penat je tanya.Tapi gilanya tak lah mengganggu orang lain.

Apakah ini juga adalah kifarah kerana kesalahannya?Wallahu `aklam.

SESUNGGUHNYA DOA ORANG-ORANG TERANIAYA AKAN DIMAKBULKAN TUHAN.BERHATI-HATILAH DENGAN DOA MEREKA.
JANGAN MENYAKITI ATAU MENGINAYA ORANG LAIN.