Kawan saya itu mempunyai seorang anak saudara yang saya namakan sebagai L.L sudah berumur 25 tahun.Tidak bekerja tetap dan masih belum berumah tangga.L mempunyai sikap pembengis.Mudah naik angin dan suka mengamuk.Dalam usia sebegini dia masih bersikap kebudak-budakan.
Sekiranya permintaannya tidak ditunaikan, dia akan mengamuk dan mengancam nyawa seseorang.Dia tak pernah tenteram dalam kehidupan.Sikap nya kerap berubah-ubah.Sekejap tenang.Sekejap melenting.
Pernah dia mengamuk dan mengancam untuk menikam ibunya dengan pisau.Tapi nasib baik kawan-kawannya sempat melarikan ibunya dengan kereta.Keluar dari rumah.Kalau tidak pasti akan berlaku perkara yang tidak diingini.
Pernah juga dia memaki ayahnya sendiri dengan kata-kata kesat di hadapan khalayak.Dia menjadi kehantuan jika anginnya sudah naik.Dia menjadi anak yang bagaikan orang gila bila naik angin atau mengamuk.
Lalu saya tanyakan kawan saya itu adakah L anak yang dimanjakan semasa kecil dahulu.Kawan saya mengatakan ya.Semasa kecil dia memang dimanja oleh datuk dan neneknya.Begitu juga oleh ibunya.Manakala ayahnya kurang menegurnya jika dia melakukan kesalahan.
Kawan saya juga mengatakan ibu L terlalu menurut kehendak L.Nak duit bagi.Nak apa-apa ditunaikan.Bahkan dalam usia sedewasa ini pun ibunya terpaksa menyiapkan belanja hariannya sekurang-kurangnya RM 500.00 sebulan.Itu baru duit poket.Belum lagi permintaan yang lain
L juga terlibat dengan penagihan dadah.Dia mengambil pil-pil khayal secara berterusan.Dia menjadikan rumah ibu bapanya tempat untuk melepaskan gian dan khayal
Saya sudah dapat punca kenapa L jadi begitu.Punca-puncanya ialah:
1. Kemanjaan ibu yang berlebihan.Hingga merosakkan pemikirannya menjadi anak yang tidak sedar diri.Nak duit terus bagi tanpa banyak cerita.
2. Sikap bapanya yang lambat untuk bertegas kepadanya.L sudah dewasa.Dia sudah hilang takut dan hormat dengan bapanya.
3. Dadah merupakan punca pemikirannya semakin tenat.Dia sudah lupa pengorbanan ibu bapa.Dia sentiasa khayal dan mabuk dengan dunianya yang tersendiri
Kerana itu kisah filem "Anakku Sazali" telah mengajar kita keburukan mengajar anak dengan terlebih kasih sayang.
Dan mungkin ada sebab yang ke4.Iaitu mungkin ada salah ibu bapanya terhadap nenek mereka atau kifarah atas kesalahan yang tersembunyi
Walau bagaimana pun, itu hanya sekadar pandangan.Semua itu di dalam lingkungan ketentuan tuhan.Kita semua mengharapkan yang terbaik untuk diri kita dan keluarga kita.Tapi tuhan tetap menguji keimanan kita dengan pelbagai macam permasalahan.
Apa pun marilah kita kembali kepada ajaran Islam.Ajaran yang benar dan tepat.Sesuai dengan kehidupan kita.Kerana hidup hanya medan untuk di uji.
Sekadar renungan...