Berziarah adalah sikap yang baik. Berziarah ibu bapa lebih-lebih dituntut.Begitu juga menziarahi sahabat handai yang telah lama tidak bertemu.Pasti mengubat kerinduan dan menambah kasih sayang. bahkan menziarahi orang sakit dan miskin amat dituntut dalam agama. Yang penting tata cara dan kesesuaian berziarah itu perlu dipelajari.
Nenek saya adalah keturunan kerabat diraja kerajaan Pontianak, Banjaranmasin, Indonesia.Dia gemar bermusafir dan berziarah.Kerap saya mengiringi dia berziarah kaum keluarganya.Samada jauh dan dekat.Setiap petang dia gemar menziarahi jiran tetangganya.
Pernah satu ketika, saya melalui saat dia tidak dilayan dengan baik ketika menziarahi sebuah keluarga.Dia sabar dan dia katakan bahawa ziarah ini akan membawa makna yang baik bagi sesiapa yang memahaminya.Dia tak pernah serik berziarah dan dia mengamalkan ziarah ini bila ada masa terluang.Kadang-kadang saya rasa rimas dengan kerenah nenek ini.
"Buat apa pergi kalau orang dah tak suka." Bisik hati saya semasa nenek nak turun ziarah.
Setelah dia tiada.Saya mencuba meneruskan cara ziarahnya. Dan saya mengerti akhirnya apa ada hikmah disebalik ziarah ini.Terlalu banyak. Tetapi yang saya nak kongsi ialah berdasarkan apa yang saya rasakan.
Saya sendiri tak mampu berziarah ke tempat yang jauh-jauh. Cukuplah saya menjadi penziarah kampung sendiri sahaja.
Saya ziarah :
1) Ibu
2) Orang tua-tua kampung
3) Orang sakit
4) Orang miskin
5) Jiran tetangga
6) Ahli keluarga, sepupu sepapat
7) Masjid/surau/kubur
Apa yang saya perolehi setelah berziarah ialah:
1. Selepas ziarah hati yang susah kerana memikirkan masalah ekonomi akan hilang. Hati akan jadi tenang bila melihat ada orang yang lebih susah dan derita lagi daripada kita.
2. Hidup bertambah ceria dangan kasih sayang daripada orang yang kita ziarahi.
3. Pemandangan menjadi luas. Pemikiran menjadi lapang.
4. Rasa gembira dan bahagia.
5. Murah rezeki.
Masih ingat nasihat arwah nenek.
"Rajin berziarah murah rezeki dan bertambah kasih sayang"
Rasa Di Hati
Selasa, 5 November 2019
Rabu, 23 Oktober 2019
Mimpi Seorang Guru
Satu hari seorang guru datang bertanya saya tentang mimpinya.Bagai ada maksud d sebalik mimpinya.Tapi dia tak mengerti.Dan dia perlu juga meminta pandangan orang lain.
Mimpinya begini ...
Dalam mimpinya ada seorang lelaki yang membawa banyak buku-buku tulis.Yang dibungkus dengan kain dan di tanggung di belakangnya. Lelaki itu membawa buku-buku itu kemana-mana. Dia juga seorang yang suka bermusafir dan kerap menziarahi masjid-masjid. Dia juga gemar berjubah serta berpakaian cantik ketika berada di masjid-masjid tadi.
Satu hari beliau bersolat jemaah di sebuah masjid yang cantik dan berwarna putih. Masjid tersebut sangat cantik lagi moden. Buku-bukunya itu d letakkah di sudut yang selamat dan dia terus menyertai jemaah yang solat fardhu zohor. Dalam masa yang sama beliau tidak sedar bahawa ada mata yang sedang memerhatikan kelakuannya. Sejak dari mula masuk masjid lagi. Rupa-rupanya yang memerhatikan itu merupakan seorang guru yang sangat dihormati di kawasan itu. Selesai solat guru tersebut mengajak lelaki itu ke kedai makan yang berhampiran masjid tadi. Guru itu mempunyai murid yang ramai dan sangat memuliakan guru tersebut. Semasa berjalan kelura dari masjid pun berpuluh orang yang mengiringi beliau dan mereka tak berani mendahului langkah kaki guru tersebut.
Sampai di kedai makan, guru tersebut menjemput lelaki tadi duduk bersamanya. Guru tersebut bertanyalah asal usul lelaki tersebut. Tujuannya datang ke masjid tersebut dan pelbagai persoalan-persoalan yang lain. Habis bersoal jawab guru tersebut mulai bercerita bab ilmu. Merangkumi bab adab dan akhlak, feqah, tasawwuf dll.
Lelaki itu hanya diam dan hanya menganggukkan kepalanya dikala guru itu bertazkirah/bercerita. Manakala di belakang guru tersebut, ramai anak murid guru itu berdiri mendengar ucapan guru mereka tanpa membantah. Bahkan sentiasa mereka menundukkan kepala.
Setelah penat berbicara, guru itu pun bertanya kepada lelaki itu.
"Apa yang kamu bungkus dalam kain itu? Kenapa kamu menanggungnya? Macam barang itu sangat berharga ..."
Langsung lelaki itu menjawap sambil membuka bungkusan kain itu.
"Sebenarnya dalam bungkusan ini adalah buku-buku yang dirulis anak muridku. Mereka menulis huruf-huruf al quran. Walaupun tulisan mereka tak cantik dan macam tak berharga tapi saya sangat kasihkan mereka. Walaupun mereka ada yang sudah tak belajar dengan saya.Tapi saya sangat rindukan mereka. Bila saya melihat tulisan mereka, saya akan mendoakan mereka.Sebenarnya saya selalu rindukan mereka. Dan saya bermusafir kerana menziarahi mereka."
Dia bangun dan terus memeluk seorang lelaki yang kusut masai. Sambil berkata,
"Ini muridku."
Kemudian dia menuju kepada seorang perempuan yang sedang sibuk bekerja di dapur kedai.
"Ini juga muridku.'
Kemdian dipeluknya lelaki yang comot dan nampak seperti orang jahat.
"Ini juga muridku."
Kemudian lelaki itu bangun bangun dan menuju kepada kanak-kanak ysng cacat.(mungkin buta atau pekak atau terencat akal)yang lalu lalang dekat kedai itu.Kemudian dia berkata lagi,
" Ini muriku lagi waliku."
Hampir semua orang miskin, yang hina, yang cacat, yang jahat disebutnya sebagai muridnya. Dan adakala disebutnya sebagai walinya.
Semua org dalam kedai tadi menangis teresak-esak. Mereka memeluknya dan nampak mereka sayang sungguh dengan lelaki itu.
Kemudian lelaki itu menangis lalu bangun beredar dari kedai tersebut. Hilang dari pandangan guru tersebut. Guru tersebut terdiam.Tunduk sambil beristighfar ....
Saya diam mendengar kisah mimpi itu. Saya tahu lelaki dalam mimpi itu adalah guru yang bertanya soal mimpi itu kepada saya.
Sya hanya mampu menjawap ....
Wallahu aklam

Jumaat, 8 Januari 2016
Jangan pertikai jangan dipersalah.
Apa yang saya ingin kongsikan dengan pembaca kali ini ialah beberapa sikap yang sedang berlangsung di sekitar kita atau mungkin juga kita terlibat secara tak langsung.Bukan saya nak mengajar tapi sekadar berkongsi pandangan.
Antara orang-orang sering kita pertikai ialah bos kita atau majikan kita.Mengkritik atau mempertikai tidaklah membawa masalah.Tapi lambat laun akan wujud hubungan buruk antara kita dan mereka.Mungkin kita disisihkan dan akhirnya dipecat.Menentang membabi buta hanya menampakkan kebodohan kita.Mungkin sekadar menyalak bukit nampaknya.Kerana kalau big bos sudah marah maka tak de lah rezeki kita di situ lagi.Kalau dia marah dan kita marah maka suasana kerja dah jadi tak nampak menarik.Maka ramailah belajar ilmu penunduk bos atau pembodek bos.Habis tu nak buat macam mana? Pandai-pandailah nak hidup.Kenali dia akhirnya tahulah menyejukkan hatinya.
Orang yang kerap dipertikai ialah Pak Imam.Betul .... Ramai orang pertikai imam masjid.Kononnya imam baca fatehah tak betullah.Imam makan gaji butalah sebab tak datang masjid setiap waktu.Hanya datang masa bertugas jadi imam je.Dan macam-macam tuduhan lagi.Mungkin betul mungkin salah.Tapi leceh la.Kutuk-kutuk,komen-komen last bila imam naik ikut pulak solat jemaah.
Kalau nak dipertikai berlebih-lebihan, cuba kembali merenung kembali kisah Bilal b.Rabbah.Beliau juga seorang yang pelat.Dia tak mampu menyebut huruf shin dengan bail.Bahkan sahabat-sahabat mempertikai juga.Akhirnya apabila dibawa kepada Rasullullah SAW, baginda menyatakan wahyu Allah,"Walaupun di sisi Bilal huruf sin tetap di sisi Allah huruf shin.Suara Bilal menembusi hingga ke langit.Hingga saat beliau wafat malaikat tertanya-tanya tidak mendengar suara muaazin dari bumi lagi.Wallahu aklam.
Cerita yang terdekat ialah dulu ada seorang imam di Masjidil Haram,Makah.Beliau membaca menjadi sengau(idgham)semua huruf.Tetapi seluruh ulamak tak pernah pertikai kelemahannya.Ada pendapat mengatakan bawah lelangit imam tersebut berlubang.Wallahu aklam.
Yang ketiga ialah guru.Jangan pertikai guru.Terutama guru Al Quran atau guru agama.Kerana guru ini memimpin dalam kegelapan.Dari bodoh jadi pandai kerana guru yabg ajar.Mana mungkin guru diperlekeh atau dikritik setelah diambil pula ilmunya.Pasti tiada keberkatan.Banyak hujah-hujah ilmu yang mengangkat darjat guru,memuliakan guru.Ringkas kata guru penyelamat dari kejahilan.Tapi tak dinafikan jua ada juga guru yang khianat.
Yang ramai orang suka pertikai tapi tak nak mengaku ialah ibu atau bapa.Ini Kisah benar.Ibu sudah tua.Bahasanya lupa-lupa.Kata-katanya bagai anak manja.Semua serba tak kena.Sebab itu ramai orang istilahkan ibu bapanya orang tua.Maksudnya dah lemah berfikir, tak kuat tenaga.Tolong .... Jangan istilahkan dengan panggilan itu.Sebutlah ibuku atau ayahku.Lagi baik panggil Ratuku atau Rajaku.
Tetapi orang-orang di atas jarang-jarang nak pertikai kita lebih-lebih.Mungkinkah mereka berfikir sebegini?
1.Majikan/bos yang bijak tak akanmembalas kritikan pekerjanya kerana kritikan itu tak mampu mengubah kedudukan kuli jadi bos pun.Main duit selesai.Ramai yang tewas dengan duit.Lalu lakunan mereka selalu berjaya.
2.Imam yang warak takkan berkelahi dengan makmumnya.Kerana dia tahu imam saja yang akan diikuti makmum.Tak pernah imam ikut makmum.Akhirnya makmum itu lebih layak mufaraqah(keluar jemaah).Jemaah tetap ikut imam.
3.Guru yang Arif tak akan bertikai dengan anak muridnya.Kerana dia tahu redha atau murka guru penentu barakah ilmu yang di ajar.Sampai bila pun murid yang durhaka itu tak mampu menjadi guru yang mulia kepada gurunya.Tetap pandai guru dulu dari murid.
4.Ibu bapa yang baik tak kan lawan dengan anaknya.Kerana dia tahu itu anaknya.Buah hati pengarang jantungnya.Rela dilukai daripada melukai.Buktinya, ibu sanggup nak mati tika bersalin.Dan dia tahu anak tu datang dari tubuhnya yang bahagian mana.
Wahai ! Anak yang sombong.....
Ingatlah bila ada anak nanti mereka akan balas balik kritikan yang pernah di lemparkan kepada ibu bapa kamu.Ibu diam bila diherdik anak.Bapa pun tunduk dimarah anak.Mereka menangis tapi tak mahu tunjuk hancurnya hati mereka kepada anak.Mereka sayang sungguh anak.Namun anak tak pernah mengerti....
MUNGKIN KITA, DIA ATAU MEREKA

Lama tak menulis
Lama saya tak menulis dalam blog ni.Masa terlalu pantas berlalu.Tanpa disedari lembaran tahun 2016 melabuhkn tirai.Sebenarnya banyak juga kisah-kisah yang menarik ingin saya kongsi dengan pembaca sekelian.Memang benar kisah yang ditulis dan mudah dibaca mammampu menjadi rujukan, panduan dll dibandingkan dengan kisah yang disampaikan melalui lisan.Saya sendiri suka membaca pengisahan atau cerita orang dalam blog mereka.Banyak perkara baik diperolehi.Dan inilah keindahan alam buana yang digarap dengan tulisan akhirnya jadi bahan bacaan yang menarik.
Tapi saya l'un tak minat dengan tulisan yang panjang dan terlalu tinggi bunga-bunga bahasa atau sasteranya.Nanti faham jadi tak faham.
Saya suka bahan yang simple dan mudah difaham.Janji ada cerita yang boleh diambil iktibar.Bukan bahan yang emosi atau menghukum.Apa-apa pun saya ucap terima kasih kepada pembaca yang Audi menatap blog hamba yang hina ini.Yang bail jadikan panduan.Yang buruk jadikan sempadan.Jika ada apa-apa salah dan silap mohon dimaafkan.Maklumlah saya manusia biasa.Tak lari daripada salah dan silap.
Ingatlah kembali,
1.Wahyu pertama turun perkataannya ialah iqrak yang bererti bacalah.
2.Membaca jambatan ilmu
3.Banyak membaca luas pengetahuan
4.Dengan baca banyak diketahui, dengan baca banyak dihayati, dengan baca dihafali.
5.Penilaian pembaca seribu sudut walau bermula dari satu titik.
6.Jangan pernah rasa sia-sia bila dibaca.Tapi rugi jika tak baca.
7.Dalam dunia ini ramai yang mampu membaca.Tapi masih ramai kurang membaca.
SELAMAT MEMBACA.

Selasa, 27 Mei 2014
MAK ! TUHAN TAHU APA YANG AKU RASA ….
Dalam kehidupan kita banyak perkara
yang kita tak pernah jangka boleh berlaku. Semua itu seiring dengan ketetapan
Azali yang menjadi rahsia kehidupan kita. Cuma tuhan saja yang Maha Mengetahui.
Kita hanya melangkah meniti jalinan taqdir Ilahi.
Kali ini mari kita kongsi perasaan
kita dengan seorang lelaki yang pernah melalui kekecewaannya terhadap kedua ibu
bapanya.Lelaki ini saya namakan sebagai S. Kisahnya amat menyentuh hati dan S
menceritakan dengan kesedihan dan tangisan.
Sebagai pasangan yang bercinta
segala-galanya amat indah bagi mereka. Ucapan kasih sayang sering mengisi
kemesraan pasangan ini.Tapi siapa sangka. Kisah cinta yang indah dalam
kehidupan ini bukan milik mutlak kita. Akhirnya pasangan ini bercerai dengan
penuh kebencian dan dendam.
S adalah anak hasil perkahwinan
pasangan ini. Dia pun tak pernah ingin menjadi anak mangsa penceraian yang
telah menimbulkan perbagai duka dalam hidupnya. Namun dia redha dengan
ketentuan ini. Hatinya amat kecewa tapi apakan daya….
Selepas bercerai S telah dipelihara
oleh datuk dan nenek sebelah ayahnya. Bapanya kahwin lain dan mempunyai 6 orang
anak. Manakala ibunya pula berkahwin dengan orang Kedah dan mempunyai 2 orang
anak. S terpinggir dan tak pernah dipedulikan oleh ibu dan bapanya.
Bapanya amat mengambil berat dengan
isteri barunya dan anak-anaknya (saudara tiri S). S langsung dipinggirkan. Bapanya
tidak menyukainya. Manakala ibunya sibuk dengan suami barunya. Diri S bagaikan
dilupakan.
Tapi S bernasib baik.Datuk dan
neneknya sangat sayang kepadanya.Merekalah pengganti ibu dan ayah S. Merekala
yang bersusah payah menjaga sakit demam S. Bahkan mereka sering berbimbang
dengan nasib atau masa depan S. Mereka tahu sikap ayah S yang tak menghiraukan
langsung S.Mereka merancang sesuatu bagi menjamin masa depan S.
Mereka telah menghadiahkan sebahagian besar harta mereka kepada S. Hingga ayah S sendiri tidak puas hati. Bahkan ayah S menghapuskan hak faraid S dalam hartanya. Tapi S redha. S menjaga kembali datuk nenek S setelah dia semakin dewasa dan pandai berdikari. Sikap S yang sangat-sangat mengambil berat terhadap datuk neneknya menyentuh bapa saudara S yang bongsu ( adik ayahnya). Dia dengan rela hati menjual tanah miliknya kepada S dengan nilai yang murah dan kini tanah itu bernilai berjuta-juta ringgit.

Bila ditanya orang mengapa bapa
saudara S menjual tanah kepada S dengan begitu murah, jawapannya sangatlah
mudah.
“Aku sendiri tak dapa jaga ibu
bapaku seperti S”.
Inilah pulak tuah dan rezeki S. Ibu
bapa tak ambil peduli, datuk dan nenek serta bapa saudara pula sangat sayang.S
sangat bersyukur dengan limpah kurnia tuhan ini. Dia sendiri kini hidup dalam
keadaan yang selesa dan sentiasa prihatin dengan nasib orang yang susah
Satu hari, dia meluahkan rasa
kecewanya tentang sikap kedua ibubapanya kepada saya. Dengan linangan airmata
dia menceritakan bagaimana payahnya dia cuba nak mendekatkan kembali hubungan
dengan ibunya sendiri. Dia tetap disambut dingin dan dia sangat kecewa dengan
keadaan ini.
Bahkan pernah dia katakana begini
kepada ibunya sendiri,
“Mak, kalau mak tak sayangkan S pun
tak apa. S rasa kalau S jatuh mati di jalan tak siapa nak menangis. Tapi
cukuplah mak terima S untuk ziarah mak selalu.S pun tak tahu mengapa S jadi
begini.”
Mak S hanya diam tanpa sebarang
respon. S sendiri tak mengerti mengapa maknya begitu.Begitu juga ayahnya.
Bahkan ada ketika sampai tak mengaku dia sebagai anak. Tapi S tetap redha
dengan taqdir ini.
S menceritakan dengan penuh tangisan
rindu seorang anak. Segala punca menjadi rahsia. Hanya tuhan Maha Mengetahui.
Mengapa? Kenapa? Dan Bagaimana?
Akhir bicara S mengatakan,
“Walau apa pun yang berlaku.Kesedihan dan kedukaan ku ini hanya Allah SWT yang tahu.Cukuplah diriku dan tuhan yang tahu kedukaan ini.Allah Maha Adil.”
“Walau apa pun yang berlaku.Kesedihan dan kedukaan ku ini hanya Allah SWT yang tahu.Cukuplah diriku dan tuhan yang tahu kedukaan ini.Allah Maha Adil.”
Saya terdiam.
DERITA HATI SESEORANG HANYA EMPUNYA
DIRI SAHAJA YANG MENGERTI
KITA SEKADAR MEMBERI PANDUAN DAN
PANDANGAN
MUNGKIN SEDIKIT MEMAHAMI JIKA PERNAH
MELALUI DERITA ITU
ATAU MUNGKIN NASIHAT KITA MIRIP
SEKADAR TEORI SEMATA-MATA
AKUILAH ALLAH MAHA MENGETAHUI LAGI
MAHA BIJAKSANA
DOA SEORANG ISTERI …
Kehidupan berumahtangga pasti
melalui pelbagai dugaan dan rintangan. Segala yang dilalui itu perlukan
ketabahan dan kecekalan serta kerjasama di antara suami isteri. Kepercayaan dan
kasih sayang amat diperlukan ketika melalui saat-saat genting dalam kemuncak permasalahan. Kadangkala masalah hidup
ini bukan pasti ada penyelesaian sebaliknya redha dan melalui duka itulah
penyelesaiannya.
Kisah kali ini saya ambil dari
pengalaman sepasang suami isteri yang melalui suka duka dalam kehidupan mereka.
Mereka adalah ahli kelas KBNM. Mereka merestui untuk saya paparkan kisah mereka
ini di dalam blog saya. Mudah-mudahan menjadi iktibar kepada kita semua.
Perkahwinan Kak Ta dan Abang Za
diatur oleh keluarga. Abang Za tak pernah kenal atau berjumpa sebelum bernikah
dengan Kak Ta. Namun dengan berkat menerima dan mendapat restu ibu bapa maka
perkahwinan mereka mendapat kebahagiaan dan kasih sayang.
Satu hari Abang Za jatuh di bilik
air dan pengsan. Kak Ta menyedari keadaan tersebut dan meminta pertolongan jiran tetangga. Mereka
membawa Abang Za ke hospital. Sesampai di hospital, Kak Ta di maklumkan bahawa
Abang Za mengalami pendarahan di dalam kepala. Menurut doktor mungkin beberapa
urat di dalam kepala Abang Za telah pecah.
Kak Ta amat sedih dan berduka.
Mereka hanya peniaga kecil dan pasti tak mampu menampung kos perubatan Abang Za
jika di bedah. Kak Ta pasrah dengan ketentuan itu. Sebenarnya Kak Ta
sendiri sakit. Sakit gangguan jin. Dia
sendiri kerap dirasuk jin dan pernah tak sedar diri berjalan berbatu-batu dalam
keadaan mengandung ketika dirasuk jin.
Kak Ta meminta pertolongan jemaah
masjid dan surau di sekitar kawasan kediamannya. Disedekahkan sedikit belanja
untuk menjamu ahli jemaah untuk membaca yasin memohon keselamatan dan kesejahteraan
untuk suaminya. Dia juga melakukan solat hajat setiap malam mengharap
sungguh pertolongan Allah Taala.
Selama sebulan Abang Za di rawat di
hospital Ipoh kemudian dipindahkan pula ke hospital pakar di Kuala Lumpur. Di
Kuala Lumpur pun selama sebulan juga Abang Za dirawat. Kak Ta menemani Abang Za
di sisi dengan kasih sayang dan berharap pertolongan Allah semata-mata. Sepanjang
menjaga dan menemani Abang Za di hospital, anak-anaknya dijaga oleh
saudara-saudara, ibu dan jiran-jiran.
Penyerahan hati Kak Ta kepada Allah
memberi ketenangan jiwanya sepanjang saat-saat yang sukar yang dilaluinya. Tiba saat pembedahan di kepala Abang Za satu
keajaipan telah berlaku.Setelah tempurung kepala di buka, doktor bedah terkejut
kerana kesemua urat-urat yang pecah itu mudah di temui. Tersusun dangan jelas.
Masa operasi yang dijangka 8 jam disingkat selama 4 jam sahaja. Doktor
menjangka Abang Za akan sedar selepas seminggu tetapi selepas 4 hari Abang Za
sudah sedar.
Selepas pembedahan Abang Za khayal
dan trauma. Keadaan Abang Za yang tak keruan. Kadang-kadang Abang Za bercakap
sorang-sorang.Kadang-kadang dia kata nampak hantu. Dan macam-macam lagi
perangai pelik-pelik Abang Za.
Tapi siapa sangka selepas beberapa
bulan, Abang Za kembali sihat dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Dapat bekerja dan sihat seperti biasa.
Saya tanya kepada Kak Ta bagaimana
dengan kos perubatan dan pembedahan Abang Za. Kak Ta menyatakan bahawa dia
sendiri terkejut. Lebih kurang RM 500.00 sahaja yang perlu dibayar. Pihak
hospital dan doktor amat berbangga dengan kejayaan pembedahan ke atas Abang Za.
Jarang pembedahan sebegitu membuahkan kejayaan. Abang Za amat bertuah kerana
terselamat dan sihat kembali. Alhamdulillah.
Kak Ta pun segera melakukan nazar yang
dijanjikan ketika Abang Za sakit dulu.Iaitu menyembelih kambing. Ahli jemaah masjid dan surau yang sama-sama
mendoakan kesejahteraan Abang Za dulu dijamu makan.
“Allah telah mengabulkan doa dan
solat hajat saya ustaz. Allah juga mengabulkan doa mereka yang sama-sama
mendoakan kesejahteraan Abang Za.Alhamdulillah,” kata Kak Ta dengan nada penuh
kesyukuran.
Manakala Abang Za pun baru khatam Al
Quran bersama saya. Kerana katanya dia tak mahu sia-siakan lagi peluang kedua dalam
hidupnya. Alhamdulillah. Pasangan suami isteri ini benar-benar bersyukur dan
bahagia kini
ALLAH MENGUJI KITA DARI SUDUT YANG
TAK PERNAH DIJANGKA
JIKA DIUJI, JANGAN BURUK SANGKA.
SEBALIKNYA BANYAK BERSERAH KEPADA ALLAH YANG MAHA BIJAKSANA YANG MENENTUKAN
QADHA DAN QADAR KITA. JANGAN RAGU DENGAN KEKUASAAN ALLAH YANH MAHA BERKUASA
BUKAN SEMUA IMPIAN JADI KENYATAAN
Selagi bernama manusia, pasti takkan
kering dengan impian atau cita-cita.Impian tampak indah,megah dan
gemilang.Seolah-olah akan meletakkan seseorang ke tahap kebahagiaan atau
kepuasan.Memang digalakkan seseorang itu menaruh impian-impian yang baik.Ini
akan mendorong seseorang berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai apa yang
diimpikan.
Namun semua impian itu bukan boleh
dikuasai oleh makhluk kerana rantaian taqdir tetap di dalam kekusaan Allah
SWT.Tapi manusia tak boleh meninggalkan impian yang baik-baik dalam hidupnya.
Tanpa impian hidupnya pasti tiada makna
MANUSIA MERANCANG ALLAH MENENTUKAN
Bukanlah perancangan kita itu yang terbaik sebaliknya perancangan Allah lah yang penuh rahsia dan teristimewa.
Manusia mempunyai impian dan
cita-cita tertentu.Di antaranya nak kaya, alim, berkedudukan dll.Namun kebanyakan
impian itu kadang-kadang bagai mimpi-mimpi kosong jika tidak tercapai.Kadang-kadang
hati sedikit kecewa bila impian itu dirobek oleh bala bencana.Sabar… sabar…
Kali ini saya nak paparkan kisah
impian seorang lelaki yang tak menjadi kenyataan. Tapi bagi saya itulah
kejayaan yang paling hebat untuk dirinya. Berjaya melalui kedukaan itu.
Z seorang lelaki tampan. Penuh gaya
persis bintang filem rupa dan perawakannya. Dia juga mempunyai kelulusan yang
baik. Graduan dari sebuah university tempatan. Dia juga menjawat jawatan yang
baik. Iaitu pensyarah kolej swasta dan berniaga sambilan bagi menambah
pendapatan.
Tapi siapa sangka. Dikala dia sedang
mengimpikan untuk bernikah dengan seorang wanita yang dicintainya. Saat cuba
merealisasikan impiannya untuk mendapatkan kejayaan lebih cemerlang dalam
pelajaran serta beberapa impian lagi. Tiba-tiba dia jatuh sakit. Amat luar
biasa.
Asalnya demam. Kemudian anggotanya
semakin lemah.Kemudian tubuhnya semakin menyusut. Badan pun tinggal rangka je
lagi. Rawatan di hospital tidak menemui jawapan. Sementara dengan rawatan
tradisional pun tiada keputusan. Semakin hari semakin derita.
Kerana tak mampu berdiri lama dan
lemah akhirnya dia letak jawatan. Dia terpaksa memutuskan hubungan dengan
kekasih hati dengan keadaan terpaksa. Dirinya bangkai bernyawa. Punca penyakit
tidak juga ditemui.
Saya tanya kepada Z bagaimana dia
melalui kedukaan ini. Dia menyatakan bahawa pada permulaan dia memang kecewa
dan amat sedih dengan keadaan dirinya. Namun lama kelamaan dia belajar menerima
ketentuan taqdir ini.
Sedang derita itu ibunya meninggal
dunia. Selama ini ibulah tempat dia mengadu dan
berkongsi duka. Namun apa daya. Maut menjelma bukan di duga. Tidak lama
selepas itu ayahnya pula menderita sakit. Sakit yang hampir sama seperti dia.
Mujurlah ada adik beradiknya sudi membantu.
Ketika berbicara dengan Z dia
memberi beberapa pandangan yang bernas. Di antaranya:
1.
Bila
diduga tuhan, masalah atau sakit itu bukan semestinya kita mengerti atau tahu.
Yang nyata semua itu ujian tuhan
2.
Memahami
kedukaan lebih sukar daripada meraikan kesukaan di atas kejayaan. Tapi ramai
yang tertipu dengan keseronokan dunawi
3.
Patutlah
orang yang tak pernah sakit atau susah sombong.Rupanya ada duka yang orang
takut berjangkit.
4.
Bukan
semua impian jadi nyata.Kerana yang nyata hidup ini penuh impian bagai mimpi
rupanya.
Z melalui kedukaan ini dengan
airmata, kecewa dan duka. Kemudian dia terpaksa melalui dengan cekal dan
harapan. Kesabaran menjadi rahsia mengukuh jiwanya.Impian yang hilang tak perlu
diratapi. Masih ada banyak lagi impian dalam hati Z.Tapi dia pasrah dan redha.
Adakah kita benar-benar dapat memahami duka Z? Pasti tidak. Mungkin simpati lebih condong di jiwa kita. Yang melalui lebih merasai. Kenangkanlah insan-insan yang telah hancur impiannya di tengah jalan.Mungkin ada di sekeliling kita.Cuma kita tak sedar. Fahami hati mereka sekadar yang mampu. Ada iktibar yang mungkin bermakna.

HIDUP IBARAT MIMPI. MATI MENYEDARKAN
DARI MIMPI KEHIDUPAN
MIMPI INDAH IDAMAN HATI DI HARAP
JADI NYATA
NAMUN SIAPA BISA MENOLAK KETENTUAN
ILAHI SEJAK AZALI
Langgan:
Catatan (Atom)