Halaman

Sabtu, 15 September 2012

Berhati-hati jika berbomoh

Dalam kehidupan sehari-hari manusia tak terlepas dengan ujian dan dugaan.Samada dugaan zahir mau pun batin.Dugaan zahir boleh di atasi dengan jalan fikir dan usaha/Tetapi tawakkal kepada Allah perlu sepanjang hayat kita.Hati perlu berpaut kepadaNYA sentiasa.

Berbalik soal berbomoh, masyarakat kita sering menghadapi pelbagai ujian yang kadang-kadang tak masuk dek akal.Antaranya berkaitan penyakit saka.Maka apabila telah menemui jalan buntu maka bomohlah akan dirujuk untuk berubat.Namun perlu berhati-hati agar tak terlibat dengan perkara syirik atau dosa-dosa besar yang lain.

Contoh seseorang kesan terkena penyakit saka ini seperti dirasuk, lemah tubuh badan, keluarga tidak tenteram dll.

Di bawah di antara cerita penyakit saka yang telah membawa kesan-kesan buruk dan boleh kita ambil iktibar.

Kisah 1

Tiba-tiba keluarga K jadi kelam kabut.Anak lelakinya mengamuk dan memecahkan perkakas di dalam rumah.K jadi buntu.Lalu terus berubat dengan seorang bomoh yang bergelar 'ustaz'.Mengikut perkiraan bomoh itu anaknya menerima gangguan saka.Lalu di minta K berhimpun bersama adik-beradiknya berbincang untuk melakukan satu upacara di kubur orang tua mereka.Bomoh itu juga meminta mereka memaku tanah kubur orang tua mereka bagi mengelakkan saka itu mengganggu mereka.

Ada beberapa perkara yang salah mereka telah lakukan:

1. Menuduh orang tua memiliki saka yang mengganggu kehidupan mereka adalah tuduhan yang amat besar salahnya.Mana mungkin arwah orang tua yang telah meninggal dunia boleh membawa perkara buruk terhadap mereka.Tuduhan buruk tarhadap orang tua yang telah meninggal dunia adalah kedurhakaan yang amat dahsyat yang tak patut dilakukan oleh anak-anak.Kalau menuduh orang tua mereka membela hantu, nyatalah hantu itu mereka sendiri.

2. Upacara atau perbuatan yang tak wajar di atas kubur orang Islam boleh mengundang perbuatan syirik.Walau pun perbuatan itu nyata untuk memulihkan penyakit seseorang namun perlu berhati-hati kerana perkara ini akan mengundang fitnah yang besar.Tidakkah perbuatan ini hampir menyerupai sikap orang kafir yang memuja dan bersangka kubur boleh membawa kebaikan dan keburukan seseorang

3. Walaupun seseorang itu berperwatakan seperti ustaz namun kita perlu berhati-hati.Jalan syariat yang tepat serta fikir lojik patut diambil kira.Syaitan akan menggunakan pelbagai helah bagimenghalalkan cara bagi mengatasi masalah sakit itu dengan hujjah atas jalan darurat.

Kisah kedua

Satu hari M diziarahi oleh seorang rakan yang baru belajar perbomohan.Ketika itu ibunya sedang nazak dan telah hampir beberapa bulan terlantar di atas katil.Seketika semasa di rumahnya rakan M pun berkata.

"Bila aku masuk rumah kau,bulu roma aku tegak.Mungkin mak kamu ada bela saka dan tak ada siapa yang sanggup nak menerima lagi."

M terdiam dan satu hari dia merujuk kepada saya.Dia telah bersangka bukan-bukan dengan perkara ini.Saya memberi beberapa panduan kepada beliau untuk diambil fikir agar hati M tenteram.Antaranya:

1. Memang keadaan orang tua yang sakit dan nazak kadang-kadang menyusahkan kita.Jika tubuhnya kurus wajarlah kerana makan minum si sakit mulai tidak teratur bila kesihatan semakin lemah.Kita perlu bersabar kerana saat kita tua dan nazak pun sebegitu jua.

2. Soal ada jin atau syaitan bila seseorang itu sakit atau nazak adalah perkara normal.Syaitan semakin kuat menggoda apabila seseorang hampir maut bagi menggoncang aqidahnya.Cerita ini banyak diceritakan oleh guru-guru agama berkaitan fitnah ketika ajal.Maka dikala itu wajar waris banyak-banyak membaca al quran mudah-mudahan si sakit akan tenang dan damai.

3. Walaupun si sakit dalam keadaan yang amat dhoif dan lemah jangan lupa di pesankan dan dibantu untuk solat.Sakit bukan alasan untuk meninggalkan solat dan amat menyedihkan jika seseorang itu di akhir hayatnya tidak solat.Waris bertanggung jawap membantu samada ketika mengambil wuduk, solat dan sebagainya.Semua perkara ini perlu dilakukan dengan sabar.Mungkin inilah khidmat terakhir kita untuk si sakit.

4. Menimbulkan syak wasangka terhadap ibu bapa amat merbahaya.Syaitan sentiasa cuba mengundang kita untuk jadi durhaka ketika si sakit sedang nazak.Sebab itu ujian menjaga orang tua yang nazak itu perlu ditangani dengan keikhlasan dan kesabaram.Kan lebih baik jika kita banyakkan meluang masa membaca al quran di sisi si sakit.

Dua kisah ini boleh dijadikan iktibar oleh kita.Hati-hati membuat tuduhan dan ingatlah siapa yang kita nak tuduh tu.Syaitan sentiasa menggoda kita dari segenap segi dan perbuatan.Banyakkan berpaut hati kepada Allah agar terhindar fitnah ini.

HATI-HATI DAN INGATLAH.SAAT NAZAK ATAU HAMPIR AJAL SESEORANG SYAITAN AKAN CUBA MENGGODA SESEORANG UNTUK LAFAZKAN DURHAKA TERHADAP ANAK-ANAKNYA.

Wallahu a`klam