Halaman

Selasa, 7 Februari 2012

Anak Duduk Asrama

Saya sering memikirkan masa dan waktu yang telah,sedang dan akan berlaku.Masa yang berlalu jadi kenangan mungkin indah dan mungkin pahit.Tapi bukan kisah atau kenangan itu yang saya  ingin bicarakan.Tapi yang ingin kongsikan denganpembaca betapa masa-masa yang kita lalui ini amat pantas.Orang yang rapat atau kita sayangi  mulai berpisah dengan kita kerana maut.Orang yang kita lihat kecil dulu kian membesar.Kawan-kawan yang sama baya dengan kita mulai nampak sedikit tua.Maksudnya kita pun semakin tua.Ada juga kawan-kawan kita meninggal dunia dalam usia yang muda.Kadang-kadang rasa macam sedikit kasihan kepada mereka kerana mereka tak dapat melalui saat kini dan mungkin hari tua.Bagaimana anak dan isteri mereka?Bagaimana keadaan ibu dan ayah mereka yang sedang melalui saat kehilangan mereka.Tentu sedih kan.

Saya lihat wajah anak-anak.Mereka semakin dewasa.Dah jadi anak dara.Sama tinggi dengan isteri saya.Sudah pandai berhujjah dan bergaya.
Memang benar.Semuanya bagai mimpi.Tapi tetap terpaksa kita lalui.nak-anak kini semua dah kembali ke asrama.Melalui saat-saat yang mungkin mendewasakan mereka.Sengaja saya tetapkan anak-anak perlu tinggal di asrama.Sebab atau alasan saya menggalakkan anak-anak duduk di asrama kerana:

1. Masa remaja dulu pun saya dan isteri pernah tinggal di asrama atau berasing
2. Mereka akan belajar berdikari untuk melalui susah payah menyelenggara kehidupan dan melalui suasana pergaulan yang sihat dan terkawal
3. Pergaulan yang luas dan teratur ini diharap meningkatkan nilai disiplin terbailk untuk anak-anak
4. Mungkin kata-kata ini agak melampau.Tapi saya rasa jika mereka biasa hidup bersama orang lain mungkin ini kan memudahkan mereka jika kita sudah tiada (meninggal dunia)
5. Trend kehidupan kini yang menggalakkan anak-anak perlu bersiap lebih awal berdikari bagi menempuh kehidupan yang lebih mencabar.

Saya masih ingat lagi semasa pertama kali sampai ke asrama.Hati memang berat nak meninggalkan rumah mak ayah.Rasa takut nak melalui suasana baru.Teman baru yang pastinya tak pernah kita kenali sebelum ini.Untuk minggu-minggu pertama memang membuatkan hati mudah terasa rindu dengan mak dan ayah.Teringat adik dan kakak.Suasana sekitar kampung halaman.Wah... sungguh asing suasana baru itu.Tapi terpaksa dilalui jua.Saat bangun pagi di asrama.Dikejutkan dengan panggilan pelajar senior atau pengawas.Masih ingat suasana di asrama itu.Mungkin anak-anak sedang melaluinya.

Begitu juga semasa belajar di pondok (pasentren) Susunan pondok yang teratur tetapi pelbagai bentuk masih dalam ingatan saya.Bezanya di asrama suasana tempat tinggal lebih lengkap dan selesa.Tapi di pondok, ruangnya amat kecil.Cukup untuk baring dan sedikit ruang dapur.Hidup di asrama atau di pondok mengajar srti berdikari yang unik dan baik untuk sesiapa yang pernah melaluinya.

Menurut kawan saya yang pernah berada di Jepun.Remaja di sana akan di arahkan oleh ibu bapa mereka untuk hidup berdikari.Hidup berasing.Dibilik-bilik sewa.Belajar hidup sendiri.Mereka memberontak tetapi mereka terpaksa jua melaluinya.Sebab itu orang Jepun tak suka membuat rumah yang besar.Anak-anak lebih suka berada di rumah sendiri.Hidup mereka lebih berdikari dan teratur.Tapi ada juga sikap yang kurang menarik mereka.Cakap dengan mak bapak suka mengherdik atau kuat-kuat.Entahlah....

Sikap berdikari amat patut dipupuk semenjak dari kecil.Kita amat beruntung kerajaan banyak membina asrama diseluruh Malaysia.Samada sekolah asrama penuh.Atau RK (Rancangan Khas),SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) dan lain-lain lagi.Tapi yang nyata suasana hidup kini berbeza.Mau tak mau kita kena lalui.Asrama atau pondok atau apa-apa tempay seumpama dengan na bagaikan satu ruang memproses manusia untuk hidup bermasyarakat dengan teratur.Atau mungkin jalan untuk menjana modal insan yang lebih berkualiti.

Kalau duduk dengan mak bapa bukan tak boleh.Tetapi untuk masa kini.Kurang kuatlah cabaran bagi seseorang,Kerana mak bapa kan boleh depend mereka.Susah untuk menyemai sifat berdikari jika tidak melalui proses berpiasah antara anak dengan ibu bapa.

RASULLULLAH SAW TERPAKSA BERPISAH DENGAN IBUNYA SENDIRI KERANA NAK MENYUSU DENGAN IBU SUSUNYA,HALIMATUN SAA`DIAH  KETIKA MASIH KECIL.