Halaman

Sabtu, 9 Julai 2011

Kisah nasib ibu dan bapa

Saya baru melihat cerekarama TV3 yang bertajuk "Dia Bukan Ibuku".Agak menarik cerita itu.Mengisahkan dendam seorang anak kepada ibu tirinya.Tapi macam biasa lah.Drama-drama Malaysia suka tergantung dan penonton memikirkan sendiri jawapan seterusnya.Drama-drama sebegini amat baik untuk dijadikan iktibar kepada kita.Tapi saya kadang-kadang tak puas dengan ending sebegini.Drama-drama Indonesia pula suka membuai perasaan emosi kita.Kadang-kadang jemu juga menanti ending nya.
Kali ini saya ingin membawa kisah-kisah nasib ibubapa yang amat menarik untuk dijadikan iktibar kepada kita.
Kisah pertama
Seorang perempuan yang saya namakan B.Bermula B adalah anak yang manja.Dijaga dan pelihara penuh kasih sayang.Ibu dan bapanya boleh dikatakan seorang yang berada.Punya tanah yang banyak.Boleh kata tahap jutawan juga lah.
Bila sudah dewasa dia pun berumahtangga dengan seorang pemuda yang baik hati.Mereka tinggal bersama ibu dan bapanya hingga memperolehi beberapa orang anak.
Masa berlalu pantas.Ayah dan ibunya pun semakin tua.Ayahnya terkena penyakit lumpuh.Tak berupaya bergerak kemana-mana.B mulai rasa tak selesa.Takut rumah jadi busuk atau menimbulkan ketidak selesaan di dalam rumah.Dia membuat sebuah rumah kecil berhampiran tandas rumahnya.Rumah kecil itu berukuran lebih kurang 10 kaki kali 10 kaki.Macam pondok.Maka disitulah kedua ibu bapanya ditempatkan.Semasa saya menziarah kedua orang tua itu menangis.Fahamlah saya....tentu ada yang terasa di hatinya.Tidak berapa selepas itu bapanya pun meninggal dunia.
Kisah kedua
Watak kali ini saya namakan D.Saya pun sudah lupa samada D ni lelaki atau perempuan.Cerita ni dah lama dah.Masa kecil dulu pun saya dah rajin ziarah.Kadang-kadang dengan mak bapa atau nenek.
Semasa saya berziarah tu.Ibu D hanya tinggal di beranda rumah.Disitulah dia tidur dan masak.Pintu masuk ke rumah dikunci dari dalam.Ibu D sudah tua dan sedikit uzur.Tapi masih mahu melayan tetamu yang hadir.Dia buatkan teh untuk kami minum.D tak pun hadir untuk melayan kami sebagai tetamu.Ibu D melayan kami dengan ramah dan mesra.
Tidak lama selepas ziarah itu, ibu D meninggal dunia.Saya dengar cerita orang.Selepas ibunya meninggal dunia, D berkelakuan seperti orang sakit jiwa.Tidak mahu bercampur.Hanya mengurung diri di rumah.Kini saya nak cari rumah itu.Tapi saya sudah lupa di mana.
Kisah ketiga
Kisah ini saya perolehi dari guru saya.Guru saya ni adalah sedikit kebolehan mengubat orang-orang yang mengidap penyakit mistik.Kadang-kadang ada lah juga orang minta doa untuk melariskan perniagaan dan lain-lain lagi.Kadang-kadang alhamdulillah tuhan makbul.Kadang-kadang sebaliknya.Biasalah....manusia hanya mampu memohon kepada tuhan.Tuhan maha bijaksana.
Satu hari datang seorang yang boleh dikatakan alim menemui guru saya.Orang itu saya namakan L.L seorang yang pernah belajar agama di luar negeri.Kalau kira nak mengajar agama tu tak ada masalah lah.Bahasa arab tu macam air je.Dalam masa yang sama L juga mengusahakan pelbagai perniagaan.Tetapi perniagaannya tak berjaya seperti yang dirancang.Kerap kandas dan tak menguntungkan.L hairan.Mengapa jadi begitu.Semasa bertemu guru saya dia pun mengadu hal tersebut.Guru saya diam dan memandang wajah L.Guru saya secara spontan terus bertanya tentang ibunya.
"Mak kamu apa khabar?Sihat ke?
"Sihat.Alhamdulillah."jawap L.
Selang beberapa hari, ibu L menalifon guru saya.Dia bertanya tentang anaknya.Dia bimbang anaknya terkena sihir-sihir yang mengganggu perniagaannya.Hebat kan.Naluri ibu.Terus bertanya untuk memastikan keadaan anaknya sentiasa selamat.
Guru saya bertanya kepada ibu L."Pernahkah L menyakitkan atau menyinggung hati mak cik?"
Ibu L menjawap tidak pernah.Tetapi setelah didesak oleh guru saya.Akhirnya dia akur.Dia mengakui L pernah menyinggung hatinya.Dia sembunyikan perasaan sakit hatinya kerana anaknya orang alim dan dihormati.
Guru saya terus memberitahu ibu L bahawa sehebat mana ilmu atau amal seseorang tetapi masih ada durhaka atau menyakitkan hati ibu.Pasti hidup dan matinya akan sengsara.Macam kisah Alqamah yang durhaka kepada ibunya semasa zaman Rasullullah dulu.
Ibu L akur dan memaafkan anaknya.
Kisah keempat
Amat beruntung pasangan suami isteri ini.Kerana beberapa anak lelakinya belajar agama.Menjadi orang yang dihormati dalam masyarakat.Bahkan ada anaknya sudah sampai taraf tuk guru.Murid pun beribu-ribu.
Tetapi ... nasib ibu siapa yang tahu.Ada anak baik dapat ibu yang zalim.Ada ibu yang baik dapat anak yang durhaka.
Peristiwa ini berlaku di depan saya dan kawan-kawan.Bagaimana salah seorang anak alim ini memarahi ibunya dengan mengatakan ibu nya tak tahu hukum kerana tak pernah belajar agama.Manakala anak-anaknya yang lain(belajar agama juga) hanya diam dan tidak mempertahankan ibunya.
Saya amat terharu dan sakit hati.Pasti ibunya terasa terhina kerana diherdik dihadapan khalayak ramai.

Pembaca sekelian.Anak yang durhaka itu pasti menerima balasan di dunia dan akhirat.Jangan terpaku dengan ilmu,harta,pangkat dan lain-lain lagi.Ini akan menyebabkan kita sombong dengan ibu bapa kita.Jika hidup kita ada tak kena.Cuba periksa balik hubungan kita denga ibu bapa kita.Samada mereka masih hidup atau meninggal dunia.Ramai orang derita dan sengsara kerana menjadi durhaka tanpa disedari.Doa ibubapa amat berharga.Pohonlah restu dan doa mereka.
Ucapkanlah,AKU SAYANG IBU DAN AYAH KERANA ALLAH TAALA