Halaman

Selasa, 22 Januari 2013

KALAU MASIH JATUH CINTA


Jika hati terpaut,cinta bersemi tak mampu di tahan.Manusia normal pasti pernah melalui rasa cinta kepada seseorang.Cinta tak dapat ditahan kerana sifatnya yang dinamakan ter jatuh.Kira macam accident lah.Nak buat macamana? Rasa itu muncul dan amat indah jika dilayan.Dan kebanyakan orang memang akan layan punya.Bergantung atas sikapnya dan kawalan jiwanya.

Kanak-kanak berumur 7 tahun pun boleh jatuh cinta.Setakat mana bertahannya rasa cinta itu, pun bergantung kepada seseorang.Jika dia menganggap itu sekadar cinta monyet maka jadi monyetlah dia.Jika dianggap cinta itu bagai permata nilam kesuma cahaya, maka tetap indah harum mekar sepanjang hayatnya.

Eh, orang yang lanjut usia pun boleh jatuh cinta.Tetapi akan dipendam di dalam jiwa mengenangkan usianya semakin lanjut dan maut sedang menanti dirinya.Namun rasa itu tetap muncul tak mampu ditahan kerana rasa itu terlalu istimewa.

Apabila rasa cinta itu muncul, insan yang memaut hati dan jiwa itu akan dikenang.Malam kadang-kadang tidur terbayang.Khayal menjelma mencipta rasa bahagia entah di mana letaknya.Kalau mampu akan bertindak menta lafaz tak sanggup susah senang bahagia bersama.

Saya pun kerap melalui rasa ini.Namun saya lebih gemar mengembalikan rasa ini kepada yang memberi ra.Iaitu Allah SWT.Kebetulan rasa itu sengaja tuhan jatuhkan kepada seseorang tetapi perlu diakui perasaan itu Cuma anugerah Ilahi yang patut disyukuri,Jujurlah dengan tuhan.Jangan tertipu dengan permainan syaitan.

Pernah saya ditanya oleh seorang ibu muda berkaitan rasa cinta ini.Katanya,”Ustaz bolehkah saya jatuh cinta dengan suami orang?

Apa masalahnya kepada kakak? Tanya saya pula.

Masalahnya saya sudah ada suami dan lelaki itu juga sudah ada isteri.Suami saya tahu rasa cinta saya itu.Dia tak kata apa-apa kerana dia sudah 12 tahun menderita kerana mengidap penyakit lemah tenaga batin.Yang jadi masalh Cuma isteri lelaki itu.Dia tak suka saya berhubung dengan suaminya.

Saya terdiam.Seketika kemudian baru saya nyatakan.

Kak, rasa cinta seseorang memang tidak upaya untuk ditahan.Rasa tersebut menyertakan pelbagai khayalan yang kadang-kadang tak masuk akal.Jika benar rasa itu ada dalam jiwa.Bersyukurlah dengan nikmat rasa tersebut.Tetapi ingatlah pula batas-batas syariat yang melarang kita menjalin hubungan dengan orang lain jika masih bersuami.Serta batas-batas adab yang perlu diiat dengan kesabaran yang besar.Cinta  bukan semesti disudahi dengan perkahwinan.Ramai orang berkahwin dengan orang yang tidak dicintainya.Bertuah sungguh orang yang dapat jodoh dengan orang yang saling menyintai.Cinta makhluk hanya ujian ke atas makhluk agar kembali cinta kepada Allah.

Kakak tu diam.

Kalau rasa cinta muncul,hati-hatilah.Tentera syaitan juga sedang bersedia menggoda dan meyesatkan manusia dan menjerumuskan kea rah maksiat.Sepatutnya banyak-banyak bersyukur dengan nikmat rasa cinta itu kerana tuhan lebih layak untuk dicintai sepenuh hati.Tuhan dekat dengan kita.Lebih dekat daripada urat leher kita.

CINTA ALLAH.CINTA RASULLULLAH SAW.
Cinta wanita,dunia …. bahaya


BERSAHABAT DENGAN JIN


Diakui bahawa selain daripada manusia, terdapat juga jin tinggal di bumi Allah SWT.Jin  tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi gangguan  dan godaannya dapat dirasai.Ada jin yang beriman dengan menerima dakwah Rasullullah SAW dan kebanyakannya engkar .Kisah jin ini dapat dirujuk dalam Surah Jin.

Adakah boleh kita bersahabat dengan jin?Apakah kesan bersahabat dengan jin?Apa hukum bersahabat dengan jin?

Sebab itu eloklah kita kembali kepada ulamak-ulamak yang muktabar berkaitan hukum bersahabat dengan jin.Iaitu dilarang seorang Islam bersahabat dengan jin.Kerana hujjah yang kerap dipaparkan ialah boleh membawa kepada syirik terhadap Allah Taala.Antara perkara syirik yang akan berlaku terhadap seseorang itu apabila bersahabat dengan jin ialah terlalu bergantung kepada pertolongan jin tersebut dan bukan kepada Allah semata-mata.

Dalam masyarakat kita ramai orang telah menjalin hubungan dengan jin atau bersahabat dengan jin.Perkara ini boleh jadi berlaku secara disedari atau tidak.Jalinan hubungan dengan jin yang berlangsung secara disedari disebabkan perkara berikut:

1.      Sengaja menuntut ilmu yang boleh menghubungkan mereka dengan jin.Atau lebih tepat dengan cara berguru.
2.      Menyeru nama-nama jin dan apabila jin tersebut muncul maka berlakulah perjanjian-perjanjian tertentu.
3.      Memiliki barang yang sememangnya diketahui ada jin

Perkara-perkara di atas berlaku dengan sukarela dan memang atas niat seseorang untuk memperolehi pertongan-pertolongan jin bagi kepentingan tertentu.

Manakala hubungan dengan jin yang berlangsung secara tidak disedari adalah berpunca dari beberapa perkara-perkara berikut:

1.      Warisan (saka)
Biasanya jika ibubapa atau datuk nenek seseorang itu pernah memiliki hubungan dengan jin, perhunbungan itu akan diteruskan samada dengan pengakuan atau tidak.Ramai orang terpaksa menerima bahana saka ini tanpa disedari disebabkan perjanjian ibubapa atau datuk nenek mereka dengan jin.Contohnya sebagai jalan menjaga anak cucu.Maka warisnya automatik  tak sedar telah berdamping dengan jin tanpa desedari

2.      Menerima barangan tertentu
Antara barangangan selalu digunakan untuk seseorang itu menerima jalinan hubungan dengan jin ialah keris,barangan kemas, pakaian dan lain-lain lagi.Di zaman moden ini barang-barang lain juga boleh digunakan untuk menjadi alat perantara bagi pemberian dan penerimaan warisan hubungan dengan makhluk halus tersebut.

3.      Menerima amalan
Biasanya orang yang membawa ilmu hitam akan memberi ucapan jampi serapah yang mengelirukan dengan perkataan-perkataan yang sebenarnya boleh mengundang kepada perkara-perkara syirik.Contoh yang boleh kita lihat ialah kata-kata seru dalam cerita P.Ramle (Pendekar Bujang Lapok) jelas menunjukkan mambang-mambang itu adalah nama-nama jin yang sememangnya diminta untuk berdamping dengan mereka.

4.      Ucapan pengakuan
Jin tidak dapat dilihat walaupun dia berada di tepi kita sekali pun.Sekiranya seseorang itu mengaku menjadi murid atau ahli keluarga kepada seseorang yang bersahabat dengan jin, maka secara spontan jugalah jin tersebut akan berdamping dengan orang yang mengaku itu.Pernah dalam satu kes, bagaimana seorang perempuan yang memang mahir mengajar ilmu tauhid di sebuah kampung telah mewariskan jin-jin kepada anak-anak muridnya tanpa disedari.Murid-muridnya tahu setelah beliau meninggal dunia dan mereka sendiri terpaksa menanggung kepayahan disebabkan oleh gangguan jin-jin itu

5.      Diletakkan kerana faktor pengubatan
Ada kalangan pengamal perubatan tradisional meletakkan beberapa syarat yang sebenarnya sengaja mengundang kehadiran jin-jin sabagai jalan memulihkan pesakit.Contohnya diminta menjamu telur atau darah dan lain-lain sebagai penyelesaian untuk memulihkan sakit seseorang.Mungkin si sakit akan sembuh tetapi jin tersebut akan berdamping dengan dia tanpa disedari dan akan membawa beberpa perkara buruk di kemudian hari.

6.      Sengaja diletakkan tanpa disedari
Sejarah orang Melayu dahulu banyak menceritakan bagaimana kehandalan dan kekuatan luar biasa seseorang disebabkan bantuan jin dan benda halus.Namun begitu telah ramai anak cucu mereka menyedari bahaya hubungan itu dan mereka berusaha memutuskan hubungan itu bagi mengelakkan gangguan jin-jin tersebut.Contohnya, mereka akan menyuruh jin-jin yang berdamping dengan mereka berdamping dengan orang lain tanpa disedari.Mereka letakkan barangan tertentu di tanah milik orang dan akhirnya terlepaslah mereka daripada belenggu jalinan hubungan dengan jin dan orang lain pula menanggung kesusahan.Ada juga pengamal perubatan tradisional meletakkan jin yang didampingi tanpa disedari si sakit.

7.      Keceluparan mulut
Cakap-cakap yang menyeru atau pengakuan tak wajar.Orang tua-tua dahulu suka mengucapkan kata-kata yang tak wajar dan amat bahawa untuk diri seseorang.Contohnya, minta izin datuk nenek bila nak masuk di dalam semak belukar hutan sedangkan mana ada datuk nenek di tempat itu melainkan makhluk-makhluk halus yang siap sedia nak jadi datuk nenek tu.

Banyak lagi faktor-faktor penyebab yang boleh menyebabkan seseorang tersahabat dengan jin-jin ini.Tetapi ada pula pendapat bahawa bersahabat dengan jin Islam tidak mengapa.Yang tak boleh cuma jin kafir.Soalnya adakah kita dapat mengenal jin Islam dan kafir secara tepat.lainlah jika kita memang seorang yang dalam pengetahuannya berkaitan alam jin ini.Saya suka pendapat AF Ustaz Abu Hassan Din Al Hafiz, yang mengatakan bahawa jin Islam tidak akan mengganggu umat Islam dan manusia.Kebanyakan mengganggu manusia itu jin kafir.Jadi kalau bersahabat dengan jin yang mengganggu orang tu sedia maklumlah.

Apakah jenis-jenis jin yang orang suka jadikan sahabat?
Antaranya  hantu raya, jin tanah, pelesit, bajang, toyol  dan lain-lain lagi.Jenis-jenis jin ini amat banyak dan tak terkira jumlahnya.Umur mereka juga panjang tapi satu hari nanti mereka akan mati juga.Cuma Iblis,salah satu raja jin yang telah meminta kepada Allah untuk hidup hingga hari qiamat bagi menggoda anak-anak Adam agar derhaka kepada Allah SWT.

Adakah jin-jin tadi berbeza dengan jin yang mengganggu kita solat dan membaca al quran?
Mereka adalah dari jenis jin yan sama.Namun kekuatan mereka berbeza.Cara gangguan mereka jua tak sama antara satu sama lain.

Apa cirri-ciri orang yang bersahabat dengan jin?
Orang yang bersahabat dengan jin kafir ini tidak suka membaca atau belajar al quran dan solat.Mereka suka cakap besar  dan berbohong.Meringankan syariat agama.Cinta kepada kelebihan dunia.Kadang-kadang telahan dan tekaan mereka agak luar biasa dan tepat.Ramai orang mengagumi kehebatan orang tersebut.Sedangkan kenyataannya pengetauan yang istimewa ini atas pertolongan bisikan itu.
Orang yang bersahabat dengan hantu raya suka membela ayam.Tetapi telur-telur ayamnya tidak kelihatan kerana telah di makan oleh jin peliharaannya
Kebanyakan orang yang berdamping dengan jin jin tampak mempunyai 2 watak atau wajah.Kadang-kadang wajah tampak berseri.Kadang-kadang nampak garang.
Mereka juga mempunyai emosi yang tak stabil.Kuat marah dan gelisah.
Kehidupan mereka kurang keberkatan.Kerap dilanda masalah samada sudut kewangan dan kedamaian.Bahkan ramai dikalangan mereka agak miskin dan susah.
Kadang-kadang mereka melaukan syariat agama dengan cara tidak betul.Pernah seorang ibu menceritakan kepada saya bagaimana bekas suaminya mengambil wuduk dengan tidak membasuh kaki.(bekas suaminya itu berdamping dengan hantu raya)

Bagaimana mereka berhubung dengan jin-jin sahabat mereka?
Adakala suara jin dapat didengar dengan jelas seperti suara manusia.Tetapi paling kerap dalam bisikan hati yang hanya diketahui orang bersahabat itu sahaja.Bisikan jin ini kerap berlaku kepada kita semua.Contohnya ketika azan subuh berkumandang, akan ada suara bisikan halus yang menyuruh kita melengah-lengahkan untuk menunaikan solat.Adakah itu suara hati kita?Tidak itulah contoh suara jin berbisik dalam jiwa kita.
Kerana itu telahan orang bersahabat dengan jin tampak tepat dan bersahaja.Sebagai manusia biasa kemampuan tersebut tentunya luar biasa.Kalau orang itu orang soleh dan taat beribadah mungkin boleh dipercayai.Tapi kalau orang itu tak solat dan membaca al quran, pasti diragui.Cara mereka menerima maklumat sesuatu perkara banyak datang dalam bisikan-bisikan hati yang kerap membuatkan hati-hati manusia terpegun.

Bagaimana mengatasi masalah hubungan jin ini?
Kembalilah dengan ajaran Islam.Tegakkan syariat kukuhkan tauhid.Banyakkan membaca al quran.Rujukkan kepada orang benar-benar berpandukan ajaran Islam yang sebenar.Yang dalam pengetahuannya dengan pengubatan cara Islam.
Bersahabat dengan jin perlu dijauhi.Kerana kita tak kenal jin ini.Manusia yang ramai ini pun kita mudah terkeliru.Nampak segak bergaya rupanya pendatang asing yang susah hidupnya.Nampak selekeh berseluar buruk rupanya apek yang beratus ribu duit di bank.
Alam ghaib lebih hebat.Lebih banyak fitnahnya.Wallahu a`klam

JAGALAH DIRIMU DAN AHLI KELUARGA KAMU DARI API NERAKA.
Punca utama masuk neraka ialah syirik dengan Allah SWT

ZIARAH 1000 RUMAH SETAHUN


Agak lama saya tidak menulis.Ini disebabkan oleh keadaan kehidupan saya yang agak sibuk dan kerap bergerak dalam masyarakat.Saya kini tidak tinggal tetap di satu-satu tempat.Namun saya tetap bersyukur kerana masih ada lagi di muka bumi ini.Dapat berbakti dan melakukan perkara-perkara baik.Walaupun dugaan-dugaan hebat datang.Subhanallah…

Pada artikel terdahulu, pernah saya berazam untuk berziarah sebanyak 1000 rumah setahun.Namun pada waktu itu saya hanya mampu berziarah dalam lingkungan 300 lebih rumah setahun.

Kali ini saya rasa  mampu melakukannya.Keseluruhan hidup saya suami isteri menjadi pengajar al quran sepenuh masa.Tanpa mengira tempat dan waktu.Setiap malam saya akan berziarah dan mengajar al quran.Setiap petang banyak rumah saya kunjungi semata-mata untuk menjinakkan hati-hati manusia dekat dan kembali dengan pengamalan membaca al quran.Adakalanya waktu pagi dan tengahari juga adalah masa-masa yang sesuai untuk rakan-rakan belajar al quran.Maklumlah cara hidup kini sibuk dan pelbagai ragam.

Adakalanya saya mengajar on call kerana mereka mempunyai tanggung jawap yang tak dapat menetapkan jadual pengajian yang  di waktu tertentu.Tetapi saya tak kisah, kerana perjuangan membawa hati-hati manusia agar jinak dengan al quran ini memerlukan kesabaran.

Ziarah saya kali ini banyak kerana mengajar al quran dan asas fardhu ain.Pelbagai cara saya gunakan agar mereka selesa dan sayang dengan al quran telah saya gunakan.Walaupun kerja ini tidak menjanjikan sumber pendapatan yang besar tetapi keberkatannya amat dirasakan.

Makan dan minum tak mampu nak kata.Setiap rumah sekurang-kurangnya setiap rumah yang dikunjungi siaplah sejaq air untuk diminum.Makan pun nampaknya perlu di kawal.Maklumlah berat badan dah naik 90 kilo.Ukur pinggang dah 40 inci.Alahai ….. Risau juga kerana umur dah meningkat.Takut datang pula penyakit lain.Minta dijauhkan.

Sekurang-kurangnya sebuah rumah saya ziarahi sehari.Kadang-kadang sampai 7 rumah sehari.Tiada cuti tiada henti.Kalau cuti pun atas keadaan tertentu atau sebab kecemasan.Sekiranya dinisbah 4 buah rumah sehari didarap dengan 365 hari setahun.Pasti angka melebihi 1000 rumah setahun akan dicapai.Ziarah kerana mengaji al quran.Alhamdulillah.Impian saya telah jadi kenyataan.Mudah-mudahan limpah rahmat dan hidayah akan mencucuri langkah-langkah kaki saya dalam ziarah ini.Wallahu a`klam…

ZIARAH MEMBAWA BARAKAH