Halaman

Jumaat, 21 September 2012

KISAH BUNGA LAGI

Bunga itu cantik dan indah.Saya suka melihat bunga kerana kagum dengan kecantikannya.


Bunga jejarum hutan


Bunga kertas putih merah jambu
Bunga kertas berwarna sebegini menenangkan hati memandangnya.

Bunga raya oren
Cantik sungguh bila bunga raya oren difotokan,Saya suka dengan warnanya.

SUBHANALLAH.ALAM TUHAN AMAT INDAH.KEMBALILAH KITA SELALU MENGINGATI TUHAN YANG MENJADIKAN

Selasa, 18 September 2012

KAEDAH ILMU FIKIR

Pelbagai kaedah ilmu yang menarik banyak dipaparkan oleh golongan ilmuan bagi merangsang minda dan mengingati fakta-fakta ilmu.Kadang-kadang seseorang itu suka berkongsi dan gembira bila kaedah dan praktik ilmu yang diamalkan dapat membawa keuntungan kepada banyak pihak.Namun ada juga yang suka menyimpan rahsia penguasaan ilmunya dengan merahsiakan kerana perkara ini akan merugikan dirinya pula.Sangkaannya lah.

Setiap manusia mempunyai kaedah mengusai ilmu mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing.Setelah menemui jalan yang sesuai maka masing-masing akan memraktikkannya secara berterusan dan muncullah istilah bijaksana.Tapi ada juga orang yang memang mempunyai daya fikir yang istimewa dan mampu berfikir tahap luar biasa.Tak kurang juga ramai yang menghadapi masalah lembab bertindak dalam kaedah fikir yang boleh mengganggu rangsangan otaknya

Pada saya setiap manusia tetap dianugerahi tahap fikir dan nilai ilmu berbeza-beza.Sifat terbuka dan mengakui kelemahan masing-masing serta mengakui pula kelebihan seseorang amat dipuji.Seseorang itu mungkin tidak bijak bila megah dengan pendapatnya tanpa mengambil kira pandangan orang lain.

Di bawah saya ingin berkongsi beberapa kaedah ilmu yang unik mudah-mudahan kita dapat manafaat bersama. Diantaranya ialah:

Pandangan dan Fikiran




Jika nombor-nombor di gambarajah di atas mewakili beberapa orang individu maka pandangan masing-masing pasti tidak sama.No.1 dan 2 banyak  tertumpu warna putih manakala 7 dan 8 warna hitam.Nombor lain dapat melihat warna putih dan hitam dengan kadar berbeza-beza.Maka akan ada perbezaan pendapat pada pandangan masing-masing.

1.Bolehkah mana-mana pihak menyalahkan orang lain mengikut pandangannya?
2.Adakah pandangan masing-masing paling tepat?
3.Patutkah menerima pandangan orang lain dan menerima juga pandangan kita?
4.Yang mana satu pandangan paling tepat dan betul?
5.Adakah mempertahankan pandangan sendiri menunjukkan bijaknya seseorang?
6.Adakah menerima pandangan orang pula tanda kebijaksanaan seseorang?
7.Patutkah menidakkan pandangan seseorang?
8.Dan banyak lagi persoalan yang kita boleh timbulkan atau kita jawap pula.

Melalui pandangan seseorang pun berbeza-beza pandangan.Melalui fikir jua lebih unik dan penuh dengan kepelbagaian tanpa had.Melalui rasa manusia sukar menjangka apa yang akan dihurai atau yang akan dikata seseorang.Belum lagi kita hurai rahsia hikmah kepelbagaian ini.

Begitu jua lah sehari-harian kita berbicara.Penuh pandangan dan perbezaan pendapat.Maka muncullah perselisihan pendapat,berbeza fahaman,perbahasan dll.Bahkan kadangkala emosi menguasai fikir dan rasa itu lalu wujudlah perkelahian dan permusuhan.

Bagi seorang Islam maka perbezaan pendapat hendaklah dirujuk kepada Al Quran dan Hadith.Rujukan ulamak melalui qias dan ijma` dapat memberi jawapan dalam beberapa persoalan agama.Namun perbezaan itu juga telah menimbulkan pelbagai fahaman yang kemudian membawa beberapa kesan buruk kepada ummah.

Adakah perbezaan pandangan dan fikiran ini membawa keuntungan atau keburukan?Di dunia takkan dapat keputusan.Yamg Maha Adil akan menentukan keputusan sebenar.

Apa yang penulis ingin kongsikan dengan pembaca bloq ini ialah betapa manusia penuh dengan pandangan dan pendapat masing-masing.Angguk belum tentu setuju.Diam belum tentu dungu.Bicara belum tentu tahu.Sijil bukan penentu bijaksana.Pandai belum tentu tidak tertipu.Alim belum tentu faham.Hebat belum tentu selamat.Lemah belum tentu kecewa.

Semua manusia ada hak untuk mengeluarkan pandangan dan fikiran.Banyak bapa tak mahu mendengar pandangan anak kerana sifat egonya.Ramai pemimpin tak mengendahkan suara pengikutnya.Begitu juga kalangan orang agama lebih gemar mengeluarkan katanya tanpa mendengar kata orang lain.Asyik bercerita pandangan sendiri jangan lupa telinga sendiri mendengar atau tidak.Fahamkah apa ceritanya?

Satu yang melucukan ramai orang yang memberi pandangan atau nasihat tanpa melalui saat-saat derita seseorang itu.Akhirnya jawapan sekadar menjadi teori yang mungkin diguna pakai atau tidak.Ramai juga suka bercerita dengan fikir dan rasa masing-masing berdasar akal minda sahaja.

Jadi bagaimana untuk kita berbicara atau memberi kata-kata yang baik?
Maka kembalilah kepada jalan agama.Rujuklah lagi pelbagai jalan fikir dan adab Islam yang kadang-kadang boleh kita perolehi secara terang-terangan atau mungkin tersembunyi bergantung kepada kurnia Allah Taala.

Masih banyak lagi rahsia Al Quran belum terbongkar.Secara ilmiah ramai cendiakawan Islam telah menghuraikannya.Namun rahsia itu tak pernah kan habis.

Jika anda nak merasainya, cuba amalkan setiap hari pandanglah Al quran sekurang-kurangnya 3 kali(kalimah-kalimah dalam al quran).Amalkan selam 40 hari dan rasakan apa yang menarik telah anda temui.Mohon kepada tuhan petunjuk hidayah selalu.Saya sekadar menganjurkan.Permohonan anda kuasa Allah memakbulkan.

FIKIRKANLAH AKAN NIKMAT ALLLAH,JANGAN ENGKAU FIKIRKAN TENTANG ZAT ALLAH

Ahad, 16 September 2012

ALLAH MENGUJI KITA

Kehidupan kita tak pernah lepas daripada ujian dan dugaan.Pelbagai ujian akan kita tempuhi.Semakin kita nak melakukan perkara baik semakin banyak dugaan dan rintangan.Semua itu untuk menguji kesabaran dan keikhlasan kita.Diantara bentuk ujian dalam hidup kita ialah:

1. Sakit    - samada diri kita, keluarga dll
2. Miskin - kekurangan wang belanja, terdesak dengan keperluan harian, terjebak dengan hutang
3 Dihina orang
4.Fitnah manusia
5.Dll

Apabila kita menerima ujian tersebut maka fikiran kita terganggu dan memberi kesan kepada kesihatan.Namun sebagai seorang Islam kita patut bersabar dan redha.Redha dengan ujian tersebut dan tidak bertindak dengan langkah yang tidak wajar.Ketika menghadapi dugaan iblis syaitan akan membakar api dendam setelah kecewa melampau telah muncul.Seterusnya akan berlakulah perkelahian, pertengkaran atau cuba mencari ketenangan dengan jalan yang salah.

Bagi menghadapi permasalah atau dugaan tersebut eloklah sebagai seorang Islam, kita memperbanyakkan membaca al quran dan berzikir.Serulah nama tuhan samada secara terang atau sembunyi.Tuhan mendengar bisikan atau suara hambanya yang merayu kedukaan.

Kaedah lain yang patut dilakukan ialah dengan ucap kata rayu, mohon pertolongan kepada tuhan.Antara lafaz kata yang wajar seperti berikut:

1.Ya Allah,ya tuhanku.Tolonglah aku hambamu yang sedang berduka.Limpahkan kekuatan kepada hambaMu yang lemah ini bagi menghadapi dugaan ini.Tolonglah wahai tuhan yang aku cintai.Tolonglah ya Allah.

2.Ya Allah.Wahai tuhan yang menguasai hamba.Hambamu ini hanya berpaut kepadaMU dalam menghadapi perkara ini.Bukakan jalan penjelesaian dalam masalah ku ini.

3. Ya Allah ya tuhanku.Aku redha dengan ujian dari MU.Aku pasrah kepada di atas segalanya.Namun limpahkanlah sedikit kekayaan daripada kekayaanMU yang meliputi 7 petala langit dan 7 petala bumi.Engkau Maha Adil lagi Maha Mendengar.Tolonglah hambaMU yang kesempitan ini.

Banyak kalimah-kalimah doa yang boleh kita rujuk daripada al quran dan hadith Nabi Muhammad SAW.Bahasa-bahasa yang indah itu boleh diguna pakai ketika kita berdoa,merayu,bermunajat kepada Allah Taala.Lafaz-lafaz yang terkeluar daripada lisan kita hendaklah jelas,terang didengar oleh kita sendiri.Elakkan mengeluarkan suara yang boleh menimbulkan fitnah atau sangkaan buruk orang terhadap kita.Kaedah sufiah ini telah lama diamalkan oleh orang-orang terdahulu bagi membina rasa cinta kepada Ilahi dan menguatkan iman seseorang.

Elakkan ketika berdoa mengatakan dengan lafaz-lafaz :
1. Mempertikaikan qadha dan qadar yang telah di tentukan oleh Allah.Contoh:"Kenapakah aku ditimpakan akan bala ini?" dan sebagainya.Kata-kata tersebut seolah mempertikaikan kekuasaan Allah dan boleh membawa kepada syirik khafi.

2. Mengucapkan lafaz kata dengan bahasa yang tidak jelas.Lebih mirip kepada merepek atau merapu.Seolah-olah berdoa dan munajat itu menunjukkan rasa main-main

3.Tidak dimulakan dengan istighfar dan solawat ke atas Nabi Muhammad SAW

4.Mengugut akan melakukan kejahatan dan maksiat lebih buruk lagi jika permohonan doa tidak termakbul.

5.Kalimah putus asa.Sebagai seorang Islam tidak wajar seseorang berputus asa dengan rahmat Allah.Kan tuhan Maha Pengasih lagi Penyayang.

Banyak lagi perkara-perkara yang perlu kita jagai semasa kita memohon doa atau bermunajat kepada Allah.Sekiranya telah berjaya menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah jangan lupa pula mengucapkan lafaz syukur,bersedekah dan beberapa amalan sunat yang lain.

Dan yang paling utama, banyakkan bertaubat kepada Allah.Mungkin jua dugaan itu muncul akibat kelalaian kita kepada Allah.Tapi yang nyata .....

ALLAH MENGUJI KITA , DIA DAN MEREKA

Di akhirat tahulah jawapannya.Wallahu a`klam

Sabtu, 15 September 2012

Berhati-hati jika berbomoh

Dalam kehidupan sehari-hari manusia tak terlepas dengan ujian dan dugaan.Samada dugaan zahir mau pun batin.Dugaan zahir boleh di atasi dengan jalan fikir dan usaha/Tetapi tawakkal kepada Allah perlu sepanjang hayat kita.Hati perlu berpaut kepadaNYA sentiasa.

Berbalik soal berbomoh, masyarakat kita sering menghadapi pelbagai ujian yang kadang-kadang tak masuk dek akal.Antaranya berkaitan penyakit saka.Maka apabila telah menemui jalan buntu maka bomohlah akan dirujuk untuk berubat.Namun perlu berhati-hati agar tak terlibat dengan perkara syirik atau dosa-dosa besar yang lain.

Contoh seseorang kesan terkena penyakit saka ini seperti dirasuk, lemah tubuh badan, keluarga tidak tenteram dll.

Di bawah di antara cerita penyakit saka yang telah membawa kesan-kesan buruk dan boleh kita ambil iktibar.

Kisah 1

Tiba-tiba keluarga K jadi kelam kabut.Anak lelakinya mengamuk dan memecahkan perkakas di dalam rumah.K jadi buntu.Lalu terus berubat dengan seorang bomoh yang bergelar 'ustaz'.Mengikut perkiraan bomoh itu anaknya menerima gangguan saka.Lalu di minta K berhimpun bersama adik-beradiknya berbincang untuk melakukan satu upacara di kubur orang tua mereka.Bomoh itu juga meminta mereka memaku tanah kubur orang tua mereka bagi mengelakkan saka itu mengganggu mereka.

Ada beberapa perkara yang salah mereka telah lakukan:

1. Menuduh orang tua memiliki saka yang mengganggu kehidupan mereka adalah tuduhan yang amat besar salahnya.Mana mungkin arwah orang tua yang telah meninggal dunia boleh membawa perkara buruk terhadap mereka.Tuduhan buruk tarhadap orang tua yang telah meninggal dunia adalah kedurhakaan yang amat dahsyat yang tak patut dilakukan oleh anak-anak.Kalau menuduh orang tua mereka membela hantu, nyatalah hantu itu mereka sendiri.

2. Upacara atau perbuatan yang tak wajar di atas kubur orang Islam boleh mengundang perbuatan syirik.Walau pun perbuatan itu nyata untuk memulihkan penyakit seseorang namun perlu berhati-hati kerana perkara ini akan mengundang fitnah yang besar.Tidakkah perbuatan ini hampir menyerupai sikap orang kafir yang memuja dan bersangka kubur boleh membawa kebaikan dan keburukan seseorang

3. Walaupun seseorang itu berperwatakan seperti ustaz namun kita perlu berhati-hati.Jalan syariat yang tepat serta fikir lojik patut diambil kira.Syaitan akan menggunakan pelbagai helah bagimenghalalkan cara bagi mengatasi masalah sakit itu dengan hujjah atas jalan darurat.

Kisah kedua

Satu hari M diziarahi oleh seorang rakan yang baru belajar perbomohan.Ketika itu ibunya sedang nazak dan telah hampir beberapa bulan terlantar di atas katil.Seketika semasa di rumahnya rakan M pun berkata.

"Bila aku masuk rumah kau,bulu roma aku tegak.Mungkin mak kamu ada bela saka dan tak ada siapa yang sanggup nak menerima lagi."

M terdiam dan satu hari dia merujuk kepada saya.Dia telah bersangka bukan-bukan dengan perkara ini.Saya memberi beberapa panduan kepada beliau untuk diambil fikir agar hati M tenteram.Antaranya:

1. Memang keadaan orang tua yang sakit dan nazak kadang-kadang menyusahkan kita.Jika tubuhnya kurus wajarlah kerana makan minum si sakit mulai tidak teratur bila kesihatan semakin lemah.Kita perlu bersabar kerana saat kita tua dan nazak pun sebegitu jua.

2. Soal ada jin atau syaitan bila seseorang itu sakit atau nazak adalah perkara normal.Syaitan semakin kuat menggoda apabila seseorang hampir maut bagi menggoncang aqidahnya.Cerita ini banyak diceritakan oleh guru-guru agama berkaitan fitnah ketika ajal.Maka dikala itu wajar waris banyak-banyak membaca al quran mudah-mudahan si sakit akan tenang dan damai.

3. Walaupun si sakit dalam keadaan yang amat dhoif dan lemah jangan lupa di pesankan dan dibantu untuk solat.Sakit bukan alasan untuk meninggalkan solat dan amat menyedihkan jika seseorang itu di akhir hayatnya tidak solat.Waris bertanggung jawap membantu samada ketika mengambil wuduk, solat dan sebagainya.Semua perkara ini perlu dilakukan dengan sabar.Mungkin inilah khidmat terakhir kita untuk si sakit.

4. Menimbulkan syak wasangka terhadap ibu bapa amat merbahaya.Syaitan sentiasa cuba mengundang kita untuk jadi durhaka ketika si sakit sedang nazak.Sebab itu ujian menjaga orang tua yang nazak itu perlu ditangani dengan keikhlasan dan kesabaram.Kan lebih baik jika kita banyakkan meluang masa membaca al quran di sisi si sakit.

Dua kisah ini boleh dijadikan iktibar oleh kita.Hati-hati membuat tuduhan dan ingatlah siapa yang kita nak tuduh tu.Syaitan sentiasa menggoda kita dari segenap segi dan perbuatan.Banyakkan berpaut hati kepada Allah agar terhindar fitnah ini.

HATI-HATI DAN INGATLAH.SAAT NAZAK ATAU HAMPIR AJAL SESEORANG SYAITAN AKAN CUBA MENGGODA SESEORANG UNTUK LAFAZKAN DURHAKA TERHADAP ANAK-ANAKNYA.

Wallahu a`klam




Khamis, 6 September 2012

BUNGA ITU CANTIK DAN INDAH

Semua kejadian di dalam alam ini Allah SWT yang menjadikan.Amat cantik dan indah untuk dihayati.Bersyukurlah dengan kurnia mata yang dapat melihatnya.Bermacam-macam yang telah kita lihat.Dalam masa yang sama kita jua dikurnia dengan rasa yang enak tiap kali melihat keindahan alam yang Allah telah jadikan

Saya suka melihat bunga-bunga.Amat cantik dan menarik.Syukur Alhamdulillah.Rasa enak itu sukar untuk ditafsirkan.Mungkin rasa itu adalah nikmat yang hanya menjadi rahsia kepada seseorang.Dalam masa yang sama saya jua berfikir dan mentafsirkan keindahan bunga-bunga itu mengikut pandangan fikiran tersendiri.

Saya suka mengambil foto-foto bunga.Hasilnya amat menarik untuk direnung dan dihayati.

Dibawah adalah foto-foto terbaru bunga-bunga yang saya ambil semasa berziarah ke rumah pelajar-pelajar KBNM.Saya ada tafsiran tersendiri dengan keindahan bunga-bunga itu


Bunga ini amat menarik untuk kita fikir dan hayati.Banyak untuk iktibar kita boleh perolehi.Di antaranya:

1. Bunga berwarna merah menarik hati kita.Warna bintik-bintik kuning di dalam bunga merah ini menimbulkan rasa indah dan menarik.Tambah di belakang bunga warna daun-daun yang berwarna hijau.Cantik
2. Namun bunga yang hampir layu dalam pasu yang sama mengingatkan kita bahawa kelayuan bunga amat dekat dengan bunga mekar.Sekali dapat perhatikan.Pasti kelayuan mudah jua menggantikan bunga itu.Kan manusia pun begitu jua...


Bunga warna pink tampak cantik dan segar.Bagai bunga plastik.Walau tampak warnanya tidak garang.Namun kesegarannya melahirkan rasa indah dan cantikkan.Adakah kita seperti bunga ini?


Bunga di atas bercampur-campur warna merah,pink dan putih.Jaluran warna tersebut melahirkan percampuran warna warni yang menarik.Tapi ada juga orang tak suka percampran warna sebegini.Bahkan mereka menganggap agak krang menarik dan mungkin mereka akan katakan tak cantik pun.Manusia bebas untuk mentafsirkannya.Namun bagi saya susunan warna bunga ini mungkin ada rahsia tersendiri.Cuma masing-masing akan mendapat ilham mengikut kurnia tuhan.


Bunga warna oren ini bagai tampak yakin menonjolkan kecantikkannya.Berebut menhadap menunjukkan wajahnya.Mungkinkah manusia begitu jua?


Bunga-bunga ini di rakam dengan latar belakang langit.Kemudian saya edit menggunakan photo scape.Bagaimana jika saya namakan foto ini dengan "Warna bunga indah dengan warna".Ok tak? Bayangkan jika bunga tak berwarna.Tentu kurang sikit kemenarikkannya.

Syukurlah kita kepada tuhan.Alam yang tuhan jadikan memang indah.Tapi dunia ini sementara sahaja.Bila maut menjelma keindahan ini pasti kita tinggalkan.Manakala bagi orang-orang beriman yang mendapat kurnia Allah akan beroleh syurga yang telah tuhan janjikan.

Keindahan dan keenakkan syurga melebihi alam dunia ini.Tak tergambar dengan fikiran.Tak terlihat dengan mata.Amat-amat indah.Subhanallah.

LIHAT KEINDAHAN ALAM BERSYUKURLAH KERANA DIKURNIA DENGAN MATA YANG TELAH ALLAH KURNIAKAN.DOAKANLAH MATA AGAR MELIHAT YANG DIBENARKAN OLEH ALLAH SWT.SYUKUR...SYUKUR .... TUHAN YANG MENGURNIAKAN.