Halaman

Khamis, 21 Julai 2011

Suka menyendiri di rumah

Kali ini saya ingin membawa kisah yang berlaku disekeliling saya.Kisah benar yang mungkin menjadi iktibar kepada kita semua.Hidup yang penuh rahsia dan tak terjawap dengan akal dan minda.

Sifat suka menyendiri adakala membawa kebaikan kepada seseorang.Dengan menyendiri kita akan kembali tenang atau aman daripada kekalutan hidup seharian.Tetapi jika sampai memakan masa bertahun-tahun mungkin itu menjadi agak anih dan luar biasa.Mungkin dari sudut psikolgi seseorang yang berkelakuan sebegitu, mengidap sakit jiwa.Macam pernah saya baca satu kisah bagaimana seorang perempuan Inggeris menghabiskan masa hayatnya berada di katil selama 30 tahun.Puncanya kerana merajuk.

Tapi kisah yang saya nak paparkan ini bukan kisah psikologi.Tapi hal-hal mistik yang mungkin agak menarik.

Kisah Satu
Ada seorang lelaki yang melalui saat menyendiri lebih daripada 30 tahun di rumahnya.Semasa muda dia seorang yang agak kacak dan menjadi pujaan ramai.Dia juga pernah menjadi pelakun bangsawan melayu lama dan kerap memberikan persembahan semasa dia muda-muda dahulu.
Orang dulu kalau nak buat persembahan bangsawan lama tu siap dengan jampi serapah dan amalan-amalan yang khurafat.
Entah di mana silapnya,lelaki itu semakin asyik dengan persembahan dan cerita-cerita yang dipersembahan hingga dia semakin suka berada di dalam bilik di rumahnya.Berbicara dengan seseorang yang tidak dapat dilihat oleh orang ramai.Selama 17 tahun dia jadi begitu dan isterinya terpaksa membanting tulang untuk menyara keluarga.
Pernah sekali dia keluar seketika dari pertapaannya itu.Untuk beberapa hari sahaja.Kemudian dia menyambung kembali sikap menyendirinya di rumah untuk 26 tahun seterusnya.
Satu hari anaknya bertanya kepada saya samada saya dapat membantu ayahnya itu.Tanpa berlengah saya pun terus ajukan masalah tersebut kepada guru saya.
"Apa masalah pak cik itu?"Tanya saya kepada guru saya.
Sambil memejamkan mata,guru saya menjawap,"Ada orang yang berdamping dengan dia ni.Kalau kamu nak kepastian tanyalah pak cik itu siapa perempuan yang selalu bersama dengannya di dalam biliknya."
Guru saya pun memohon kepada tuhan agar dapat berhubung dengan benda halus tersebut.Tidak lama selepas itu, lelaki tersebut sudah mampu untuk keluar dari rumahnya dan bercampur gaul dengan masyarakat.Sering ke masjid dan surau untuk menyertai solat waktu berjemaah.Saya pernah mengusiknya dengan mengatakan tentu ada perempuan yang menemani dia di dalam bilik itu.Beliau hanya tersenyum dan tertawa riang.
Tetapi kini dia kembali menyendiri kerana sudah terbiasa tinggal di rumah bertahun-tahun.Kadang-kadang dia agak sensitif dengan kata-kata sesetengah orang yang tidak memahami keadaannya.Tambah pula dia kini semakin tua dan uzur.Lebih 80 tahun.Hampir seluruh hayatnya di rumah sahaja.
Kisah Kedua
Ada seorang anak muda yang berumur di dalam lingkungan belasan tahun.Saya namakan dia sebagai H bagi memudahkan penceritaan.H sudah hampir 6 tahun tinggal menyendiri di rumah.Sebenarnya saya pun tak pasti punca dia berkelakuan sebegitu.Tetapi sejak ayahnya melarikan diri dan meninggalkan keluarganya dia bagaikan asyik dengan dunianya yang tersendiri.Ibunya amat sedih tetapi apakan daya.Sudah bermacam-macam usaha yang telah dilakukan.Belum juga sembuh.
Satu hari saya berpeluang menziarahi H.Dia nampak amat pemalu.Dan berkali-kali ibunya mengajak dia keluar baru dia mahu.Tubuhnya kurus pucat tetapi bersih.Kulitnya putih kuning kerana tak terkena cahaya matahari.Kepalanya mendongak ke langit-langit rumah.Dia tak mahu memandang ke muka saya atau ke bawah.Bila di tanya, dia hanya tersenyum dan kadang-kadang mengilai ketawa.Tidak mahu bercakap dengan saya.
Sudah banyak tahun saya tak berziarah H.Saya pun tak tahu keadaan dia sekarang.Mungkin kini umurnya sudah lebih 20 tahun.
Dari dua kisah tersebut, dapat saya saksikan sendiri bagaimana ada manusia yang boleh kena penyakit tak mahu bergaul dengan orang tanpa sebab dan perkara yang munasabah.Tak sunyi ke?
Dipercayai kedua-dua orang yang menyendiri di rumah ni bukan disebabkan masalah jiwa.Tetapi penyakit mistik yang mungkin melibatkan makhluk halus.Samada gangguan jin saka atau dihanyutkan di dalam alam yang kita sendiri sukar untuk mengerti.Sebenarnya kes sebegini memang ada terselit dicelah-celah kehidupan masyarakat kita.Tetapi agak tersembunyi.
Kerana itu banyakkanlah berdoa dan bezikir dengan tuhan.Mudah-mudahan terhindar daripada gangguan jin yang akan menghanyutkan seseorang bukan sikit masa.Bahkan boleh menyebabkan seseorang itu teralpa sepanjang hayatnya.
Mudah-mudahan H dan lelaki tua tadi sihat sejahtera.Amin

BACALAH AL QURAN,MUDAHAN DIJAUHI DARIPADA SYAITAN

Sabtu, 9 Julai 2011

Kisah nasib ibu dan bapa

Saya baru melihat cerekarama TV3 yang bertajuk "Dia Bukan Ibuku".Agak menarik cerita itu.Mengisahkan dendam seorang anak kepada ibu tirinya.Tapi macam biasa lah.Drama-drama Malaysia suka tergantung dan penonton memikirkan sendiri jawapan seterusnya.Drama-drama sebegini amat baik untuk dijadikan iktibar kepada kita.Tapi saya kadang-kadang tak puas dengan ending sebegini.Drama-drama Indonesia pula suka membuai perasaan emosi kita.Kadang-kadang jemu juga menanti ending nya.
Kali ini saya ingin membawa kisah-kisah nasib ibubapa yang amat menarik untuk dijadikan iktibar kepada kita.
Kisah pertama
Seorang perempuan yang saya namakan B.Bermula B adalah anak yang manja.Dijaga dan pelihara penuh kasih sayang.Ibu dan bapanya boleh dikatakan seorang yang berada.Punya tanah yang banyak.Boleh kata tahap jutawan juga lah.
Bila sudah dewasa dia pun berumahtangga dengan seorang pemuda yang baik hati.Mereka tinggal bersama ibu dan bapanya hingga memperolehi beberapa orang anak.
Masa berlalu pantas.Ayah dan ibunya pun semakin tua.Ayahnya terkena penyakit lumpuh.Tak berupaya bergerak kemana-mana.B mulai rasa tak selesa.Takut rumah jadi busuk atau menimbulkan ketidak selesaan di dalam rumah.Dia membuat sebuah rumah kecil berhampiran tandas rumahnya.Rumah kecil itu berukuran lebih kurang 10 kaki kali 10 kaki.Macam pondok.Maka disitulah kedua ibu bapanya ditempatkan.Semasa saya menziarah kedua orang tua itu menangis.Fahamlah saya....tentu ada yang terasa di hatinya.Tidak berapa selepas itu bapanya pun meninggal dunia.
Kisah kedua
Watak kali ini saya namakan D.Saya pun sudah lupa samada D ni lelaki atau perempuan.Cerita ni dah lama dah.Masa kecil dulu pun saya dah rajin ziarah.Kadang-kadang dengan mak bapa atau nenek.
Semasa saya berziarah tu.Ibu D hanya tinggal di beranda rumah.Disitulah dia tidur dan masak.Pintu masuk ke rumah dikunci dari dalam.Ibu D sudah tua dan sedikit uzur.Tapi masih mahu melayan tetamu yang hadir.Dia buatkan teh untuk kami minum.D tak pun hadir untuk melayan kami sebagai tetamu.Ibu D melayan kami dengan ramah dan mesra.
Tidak lama selepas ziarah itu, ibu D meninggal dunia.Saya dengar cerita orang.Selepas ibunya meninggal dunia, D berkelakuan seperti orang sakit jiwa.Tidak mahu bercampur.Hanya mengurung diri di rumah.Kini saya nak cari rumah itu.Tapi saya sudah lupa di mana.
Kisah ketiga
Kisah ini saya perolehi dari guru saya.Guru saya ni adalah sedikit kebolehan mengubat orang-orang yang mengidap penyakit mistik.Kadang-kadang ada lah juga orang minta doa untuk melariskan perniagaan dan lain-lain lagi.Kadang-kadang alhamdulillah tuhan makbul.Kadang-kadang sebaliknya.Biasalah....manusia hanya mampu memohon kepada tuhan.Tuhan maha bijaksana.
Satu hari datang seorang yang boleh dikatakan alim menemui guru saya.Orang itu saya namakan L.L seorang yang pernah belajar agama di luar negeri.Kalau kira nak mengajar agama tu tak ada masalah lah.Bahasa arab tu macam air je.Dalam masa yang sama L juga mengusahakan pelbagai perniagaan.Tetapi perniagaannya tak berjaya seperti yang dirancang.Kerap kandas dan tak menguntungkan.L hairan.Mengapa jadi begitu.Semasa bertemu guru saya dia pun mengadu hal tersebut.Guru saya diam dan memandang wajah L.Guru saya secara spontan terus bertanya tentang ibunya.
"Mak kamu apa khabar?Sihat ke?
"Sihat.Alhamdulillah."jawap L.
Selang beberapa hari, ibu L menalifon guru saya.Dia bertanya tentang anaknya.Dia bimbang anaknya terkena sihir-sihir yang mengganggu perniagaannya.Hebat kan.Naluri ibu.Terus bertanya untuk memastikan keadaan anaknya sentiasa selamat.
Guru saya bertanya kepada ibu L."Pernahkah L menyakitkan atau menyinggung hati mak cik?"
Ibu L menjawap tidak pernah.Tetapi setelah didesak oleh guru saya.Akhirnya dia akur.Dia mengakui L pernah menyinggung hatinya.Dia sembunyikan perasaan sakit hatinya kerana anaknya orang alim dan dihormati.
Guru saya terus memberitahu ibu L bahawa sehebat mana ilmu atau amal seseorang tetapi masih ada durhaka atau menyakitkan hati ibu.Pasti hidup dan matinya akan sengsara.Macam kisah Alqamah yang durhaka kepada ibunya semasa zaman Rasullullah dulu.
Ibu L akur dan memaafkan anaknya.
Kisah keempat
Amat beruntung pasangan suami isteri ini.Kerana beberapa anak lelakinya belajar agama.Menjadi orang yang dihormati dalam masyarakat.Bahkan ada anaknya sudah sampai taraf tuk guru.Murid pun beribu-ribu.
Tetapi ... nasib ibu siapa yang tahu.Ada anak baik dapat ibu yang zalim.Ada ibu yang baik dapat anak yang durhaka.
Peristiwa ini berlaku di depan saya dan kawan-kawan.Bagaimana salah seorang anak alim ini memarahi ibunya dengan mengatakan ibu nya tak tahu hukum kerana tak pernah belajar agama.Manakala anak-anaknya yang lain(belajar agama juga) hanya diam dan tidak mempertahankan ibunya.
Saya amat terharu dan sakit hati.Pasti ibunya terasa terhina kerana diherdik dihadapan khalayak ramai.

Pembaca sekelian.Anak yang durhaka itu pasti menerima balasan di dunia dan akhirat.Jangan terpaku dengan ilmu,harta,pangkat dan lain-lain lagi.Ini akan menyebabkan kita sombong dengan ibu bapa kita.Jika hidup kita ada tak kena.Cuba periksa balik hubungan kita denga ibu bapa kita.Samada mereka masih hidup atau meninggal dunia.Ramai orang derita dan sengsara kerana menjadi durhaka tanpa disedari.Doa ibubapa amat berharga.Pohonlah restu dan doa mereka.
Ucapkanlah,AKU SAYANG IBU DAN AYAH KERANA ALLAH TAALA

Khamis, 7 Julai 2011

Sekejap saja

Tanpa kita sedari masa yang berlalu begitu pantas.Masa kecil(bayi),kanak-kanak,remaja,dewasa dan tua pasti dilalui oleh semua orang.Tapi ada juga tak sempat masa-masa tersebut.Kerana maut menjelma tanpa diduga.

Kita bagaimana?Kalau kita remaja,pastikah akan melalui masa dewasa dan tua?Adakah kita pasti ada sinar kehidupan untuk kita esok hari?

Adakah kita sanggup melalui masa tua yang penuh dugaan?Maksud saya penuh dengan kelemahan fizikal dan mental.Atau penyakit yang bertindih-tindih.

Adakah kita sedia untuk mati bila-bila saja?Meninggalkan segala sesuatu yang kita sayangi seperti harta,saudara,ibu dan ayah.Kerjaya dan rancangan.Bahkan semua yang kita sayang secara tiba-tiba.Yang pasti kita tak tahu bila masanya maut menjelma.

Tapi ada juga kerinduan dibalik hati.Ingin kembali menemui Ilahi.Kerana dia tuhan yang Maha mengetahui.Segala derita dan segala yang membungkam hati.Kan dunia banyak kisahnya.Suka duka asam garamnya.Bahagia sengsara pasangan untuk yang bernyawa.

Dunia....... oh dunia........
Kadang kala kau kerap membuatku terleka.Indah tampak kemajuan hiasannya.Benar kata Nabi.Dunia bagai orang yang tua cantik rupa nya.Lambat mengejarnya derita sengsara.Kuat mencintainya derita juga yang membelit kita.Dunia penuh tipu daya fatamorgana.

Kisah dunia kerap tergantung.Kerana luas kisah disebalik kisah.Orang benar di dunia rupanya dusta hatinya.Orang yang dihina di dunia rupanya mulia di alam akhirat.Semuanya terahsia di dunia.Yang nyata kita semua tak pernah ketahui.

Yang kita tahu pun tak pasti kita tahu.Tambah yang kita tak tahu.
Yang kita tahu pun kita tak tahu kita ingkari.Tambah yang sengaja mengingkari.

Ramai orang tahu hidup sementara.Tempat mencari bekal untuk alam akhirat.Tapi ramai yang cenderung mengutama bekalan berlebih-lebihan untuk hidup semata-mata.

Mahkamah dunia bicara yang nyata.Di depan Ilahi tiada rahsia semua diadili. Tanpa terkecuali walau sebesar zarah sesuatu terjadi.

Saya senak melihat dunia yang kerap mengunci hati.Penuh dengan impian dan mimpi.Penuh dengan kerja yang sibuk sekali.Lemas dengan lautan emosi dan fantasi.Semuanya terikat dalam ketentuan azali.

Oh tuhan......masih banyak belum dapat ku mengerti.Tentang rahsia semua sekali.Hanya yang ku harap limpah kurnia Mu.Taufiq hidayah rahmat dan janji.Walau semacam mana yang kita tak pasti.Yang keliru dan menghimpit hati.Semua perlu dilalui.Kerana nilai hamba hanya menuruti.Jalan taqdir yang tersembunyi digenggaman azali.Serahlah dirimu kepada tuhan yang memiliki.Seluruh alam tanpa kecuali.Kerana hanya Dia maha mengetahui.Maha Bijaksana Maha Mengasihani.Maha Adil dan Maha MengHalusi....

Hanya ucapku untuk Mu Tuhan.......
Aku Kasih,Sayang dan Mencintai Mu
Sepenuh hati.....
Ingin ku temui Mu
Memandang wajahMu
Sebagai Mana yang kau janji
Subhanallah....Walhamdulillah....Allahu Akbar

Cuba renungkan.
Matinya seorang anak Adam.Maka cemaslah keluarganya.Orang yang tersayang akan menangis.Kelam kabut menghebahkan.Dicari orang masjid.Pak Imam dan penggali kubur jadi tumpuan untuk meminta pertolongan.Nyawa telah tiada.Jasad anda cepat-cepat dikeluarkan dari rumah ke tanah perkuburan.Kerna jasad tiada makna.Walau secantik atau sesegak mana pun.Tetap dikeluarkan dari rumah yang disayangi.
Orang tersayang mungkin akan mengiring ke kubur untuk disemadikan.Bersama linangan airmata dan hati yang sebak.Kemudian.......beberapa ketika berlalu.Dirimu akan dilupai......Menangis rohmu melihat kejadian ini.Wallahu a`klam

Rumahku syurgaku

Rumah adalah tempat berteduh untuk semua orang.Bukan setakat berteduh sahaja.Nak tidur,berehat makan dan minum pun boleh.Semua orang mengidamkan rumah yang cantik dan elok.Saya sendiri suka rumah yang kemas dan teratur.Saya suka melayan fb home decoration untuk melihat bentuk hiasan dalaman di dalam rumah.Bukan setakat hiasan dalaman sahaja.Bahkan bentuk,warna,cara penyusunan perabot yang di paparkan menarik perhatian saya.Manalah tau boleh hias rumah sendiri dalam fb tu?.Kasi cantik sikit..... hehehehehe

Rumah yang menarik dan cantik belum tentu boleh mengembirakan hati kita.Kerana rumah yang sebegitu kerap ditinggalkan.Macam-macam sebab kita terpaksa kita terpaksa tinggalkan rumah kita.Pasal kerja contohnya.Akhirnya tinggallah orang gaji yang mendiaminya 24 jam.Rumah yang besar juga menyebabkan kita tak sempat untuk jelajahi di dalamnya setiap hari.Bahkan ada ruang di dalam rumah kita berbulan-bulan kita tak pijak.

Berbeza rumah yang buruk atau usang.Rumah orang miskin selalunya kecil.Seluruh ruang rumah itu dihayati oleh penghuninya.Kegembiraan berada di rumah orang miskin berbeza dengan rumah yang mewah dan bergaya.

Satu hari saya berbasikal dengan anak saudara melalui jalan kampung menuju ke sekolah anak saya.Saya gemar berbasikal di dalam kampung kerana suasananya damai dan menarik.Kalau jalanraya sibuk dengan kenderaan.Perhatian untuk menghayati sekeliling agak terganggu sedikit.

Jarak antara rumah saya dengan sekolah anak taklah jauh.Lebih kurang 8kilometer je.Saya suka berziarah dia berbasikal kerana saya suka melihat reaksinya ketika menyambut saya.Pada mulanya dulu rakan-rakannya akan ketawa dan tersenyum melihat gelagat saya berbasikal untuk menjengok anak saya di asrama.Tetapi rakan-rakannya terus diam bila anak saya marah dan menegur mereka dengan katanya,"Apa gelak-gelak.Ayah orang mai kayuh basikal pun hairan."
Saya suka cara anak saya membela ayahnya.Dan saya suka dia lihat susah payah ayahnya berbasikal menemuinya di asrama.

Semasa dalam perjalanan untuk ke asrama anak saya,saya menemui sebuah rumah yang menarik perhatian saya.Rumah lama.Cantik dan menarik.Selalu saya lihat rumah ini setiap kali melalui di jalan ni.Kali ini saya terus singgah dan ambil peluang mengambil gambar rumah tersebut.

Penulis di hadapan rumah istimewa

Tuan Hj. Abdul Wahab

Rumah ini milik Tuan Haji Abdul Wahab.Menurut beliau rumah ini sudah berusia lebih daripada 100 tahun.Sudah 7 keturunan.Rumah ini masih tegap berdiri.Semasa saya sampai keluarga Tuan Hj. Abdul Wahab agak terkejut dan menyambut dengan mesra.Saya minta izin mengambil gambar rumahnya.

Rumah ini mungkin telah menjadi syurga untuk beberapa keturunan keluarga Tuan Hj. Abdul Wahab.Rumah kita camna?Berapa keturunan yang telah mendudukinya?

Apa pun syurga di rumah bergantung dengan sikap dan peribadi penghuninya.Hati yang damai akan membentuk syurga di rumah kita.

ADAKAH ADA SYURGA DI RUMAH ANDA?