Halaman

Jumaat, 8 Januari 2016

Lama tak menulis

Lama saya tak menulis dalam blog ni.Masa terlalu pantas berlalu.Tanpa disedari lembaran tahun 2016 melabuhkn tirai.Sebenarnya banyak juga kisah-kisah yang menarik ingin saya kongsi dengan pembaca sekelian.Memang benar kisah yang ditulis dan mudah dibaca mammampu menjadi rujukan, panduan dll dibandingkan dengan kisah yang disampaikan melalui lisan.Saya sendiri suka membaca pengisahan atau cerita orang dalam blog mereka.Banyak perkara baik diperolehi.Dan inilah keindahan alam buana yang digarap dengan tulisan akhirnya jadi bahan bacaan yang menarik.
Tapi saya l'un tak minat dengan tulisan yang panjang dan terlalu tinggi bunga-bunga bahasa atau sasteranya.Nanti faham jadi tak faham.
Saya suka bahan yang simple dan mudah difaham.Janji ada cerita yang boleh diambil iktibar.Bukan bahan yang emosi atau menghukum.Apa-apa pun saya ucap terima kasih kepada pembaca yang Audi menatap blog hamba yang hina ini.Yang bail jadikan panduan.Yang buruk jadikan sempadan.Jika ada apa-apa salah dan silap mohon dimaafkan.Maklumlah saya manusia biasa.Tak lari daripada salah dan silap.
Ingatlah kembali,
1.Wahyu pertama turun perkataannya ialah iqrak yang bererti bacalah.
2.Membaca jambatan ilmu
3.Banyak membaca luas pengetahuan
4.Dengan baca banyak diketahui, dengan baca banyak dihayati, dengan baca dihafali.
5.Penilaian pembaca seribu sudut walau bermula dari satu titik.
6.Jangan pernah rasa sia-sia bila dibaca.Tapi rugi jika tak baca.
7.Dalam dunia ini ramai yang mampu membaca.Tapi masih ramai kurang membaca.

SELAMAT MEMBACA.