Halaman

Ahad, 17 April 2011

Hidup yang telah ditaqdirkan

Dalam hidup kita,memang kita selalu impikan kebahagiaan.Ketenangan dan kesejahteraan.Kita ingin hidup kita beroleh sesuatu yang terbaik atau yang elok semata-mata.Tetapi kita tak berupaya melawan taqdir tuhan.Ketentuan hidup kita di tangannya.Tiada siapa yang berupaya menolak sesuatu yang telah ditentukan oleh tuhan pada azali.
Sebagai hamba kita hanya perlu redha(suka hati) di atas segala aturan yang telah tuhan tetapkan kepada kita.Menolak ketetapan itu atau taqdir itu bererti kita sangsi di atas kebijaksanaan Allah SWT.
Tetapi bukan bermakna kita tidak perlu berusaha.Usaha ikhtiar yang tuhan berikan kepada kita perlu digerakkan.Berusaha dan bergerak tandanya mati.Mati fikiran mati perasaan.Kita kena bijak menyusun hidup yang tuhan pinjamkan kepada diri kita.
Pilihan di tangan kta.Mahu berjaya berlu berusaha dan melalui susah payah.Tak kira nak kaya atau pandai,kesusahan adalah perkara yang wajib dilalui.Pengorbanan adalah hiasan atau mungkin kerangka utama untuk membina kejayaan.
Tapi sifat orang yang gagal dan berjaya tetap sama.Menangis.Berjaya pun menangis dengan rasa syukur dan bangga.Menangis semasa gagal kerana kecewa atau terpinggir.Tapi kalau tak pernah menangis atas kdua-dua keadaan tersebut tentu lebih ajaib kan...
Kali ini kisah seorang janda menjadi renungan dan tatapan pembaca.Saya namakan Kak J sebagai memudahkan cerita.
Kak J mendirikan rumahtangga ketika hampir usianya menjangkau 40an.Agak lewat.Saya sendiri kenapa dia kahwin agak lewat.Nak kata tak cantik....ok je.Mungkin jodohnya nak sampai usia sebegitu.
Dek kerana perkahwinannya dilangsungkan dalam kelam kabut.Tanpa mengkaji siapa bakal suaminya itu.Maka terkahwinlah dia dengan seoarang lelaki yang menagih dadah.Dia kecewa.Tapi dia tak sanggup untuk hidup bersama lelaki.Setelah selesai bersalin anaknya yang sulung(anaknya seorang je) dia minta cerai dari suaminya.
Suaminya tak mahu.Namun setelah dilaporkan ke pejabat Agama Islam,perceraian itu pun berlaku.
Hiduplah kak J sebagai janda yang memelihara seorang anak yang masih kecil.Tanpa pekerjaan,tanpa pendapatan.
Namun dia bernasib baik kerana dalam masa yang sama dia ada memelihara anak saudara.Dia memeliharanya daari kecil hingga dewasa.Anak saudaranya inilah yang banyak membantu kehidupannya.
Dia juga memelihara seorang ibu yang berumur lebih 90 tahun.Ibu ini tidak mahu tinggal dengan anaknya yang lain.Dia suka hidup bersama-sama dengan kak J.
Semasa saya tanyakan tentang ibunya, kak J menangis.Saya tanya kenapa.Kak J kata,"Saya tak boleh jadi anak yang baik".Saya faham.
Selepas balik kelas saya terus pergi ke rumahnya.Saya minta kak J memegang tangan ibunya secara berdepan.Saya minta ibunya menyeru kak J dengan ucapan,
"Wahai anakku sayang,aku sayang kepadamu kerana Allah Taala.Aku berdoa mudah-mudahan kau sabar semasa menjagaku.Semoga engkau sejahtera dunia akhirat."
Saya minta kak J berkata pula kepada ibunya.
"Wahai ibu kesayanganku.Aku sayang kepadamu kerana Allah Taala.Aku mohon maaf di atas segala salah silapku kepadamu.Doakanlah kebaikan untukku."
Setelah selesai percakapan tersebut.Kak J dan ibunya berpeluk-pelukan sambil menangis.
Sebelum pulang.Saya berkata kepada kak J.
"Kak J kena bersyukur kerana mempunyai ibu yang sihat dan penyayang.Dia tidak nyanyuk dan suka memberi nasihat yang baik.Kak J hanya tertekan dengan kehidupan yang telah ditaqdirkan.Sabarlah....."
Sememangnya semasa tertekan(stress) kita selalu membelenggukan permasalahan itu di dalam fikiran kita.Buka lah mata luas-luas.Terlalu banyak nikmat yang tuhan telah berikan.Buktinya.Banyak kita minta kepada tuhan yang tuhan bagi.Atau banyak tuhan bagi sampai kita tak sempat meminta.
Contohnya, Pernah tak minta kepada tuhan agar boleh bernafas hingga sekarang?Ya la....

BERSYUKURLAH DENGAN NIKMAT YANG TUHAN KURNIAKAN