Halaman

Selasa, 14 September 2010

Di pagi Hari Raya Aidil Fitri 2010



Hari Raya Aidil Fitri menjelma kembali.Tahun ini Hari Raya Aidil Fitri jatuhnya pada tarikh 10.9.2010.Hari Jumaat.Semua ahli keluarga ada kecuali abang Mud yang tinggal di Pendang. Dia dan keluarganya telah balik ke sini lebih awal.Sehari sebelum raya beliau kembali beraya di Pendang bersama keluarganya.

Malam sebelum Hari Raya saya tidak tidur.Mata tak nak terlelap.Dah biasa tidak tidur malam.Boleh kata sepanjang Ramadhan saya tidak tidur malam.Siang qadha balik le tidur.

Pagi raya semua ahli siap memakai baju raya baru.Keluarga Bang Chak memakai baju raya bertemakan warna merah.
Keluarga Dik Dil dan Cik We berwarna ungu.Keluarga saya tak de tema warna.Anak-anak pakai baju corak warna 1 Malaysia.Tokeh kedai kain yang bagi tau nama corak kain tersebut.

Pagi tu sebahagian kami berjalan kaki menuju ke masjid.Sengaja mereka berjalan kaki kerana parking kereta tentu payah.Tentu banyak kereta.Maklumlah ......raya.Tapi saya berbasikal.Suasana pagi raya nampak meriah.
Selepas solat raya, saya menanti adik beradik dan anak isteri dengan beberapa surah yassin di tangan.Kami terus menuju ke kubur ayah tercinta.Walaupun sudah lebih 10 tahun berlalu tetapi ingatan kepadanya tetap kukuh.Kami membaca surah yassin dan tahlil arwah bersama-sama.


Sampai di rumah kami berkumpul bersama-sama dan membaca doa selamat.Saya minta mak berdoa.Dan menyeru semua anak menantu dengan kata,"Wahai anak-anak kesayanganku......". Mak tak mampu meneruskan doanya.Dia menangis.Langsung terus meminta saya menyambung doanya.Setelah itu masing-masing menghadap mak untuk memohon ampun dan maaf kepada mak.Masing-masing mengalirkan airmata.Kesayuan yang hanya masing-masing sahaja mengerti.


Sememangnya perkara ini adalah lumrah bagi setiap keluarga Melayu di Malaysia ketika di pagi hari raya.Ucapan ampun dan maaf adalah lafaz yang patut diucapkan pada hari tersebut.Marilah kita ucapkan juga lafaz kasih sayang kerana Allah Taala.Kepada orang yang kita sayang.Saya pasti kita akan berasa syukur dengan kurnia Allah kepada kita selama ini.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.Wallahu `klam

Tiada ulasan: