Halaman

Khamis, 12 Ogos 2010

Ziarah kakak di SABK Al Hidayah



Berbasikal adalah satu aktiviti yang menyihatkan. Saya dah lakukan. Saya berasa tubuh badan semakin segar. Badan kerap berpeluh. Dan yang lebih menarik ialah pemandangan yang luas. Betapa indah dan luasnya alam maya tuhan ini. Syukur.

Sesuatu yang amat saya sukai apabila dapat berbasikal bersama anak dan isteri. Segala yang dilalui bersama membuatkan saya rasa amat indah dan menarik. Paling suka bila melihat isteri atau anak terkejar-kejar mengekori dan mendapatkan kita. Kadang-kadang rasa macam cerita hindustan pulak. Tapi stail kampungan le. Sukenyeee

Isteri pun dah dibelikan basikal baru. Basikal yang sesuai untuk dia sebagai seorang perempuan. Nak beli yang mahal tak mampu. Walau pun terasa gak kalau mahal tentu best. Ada la kawan, tokeh Cina basikal bagi tau.Lagi mahal basikal lagi laju basikal tu. Alah mahal pun kena kayuh gak kan.

Lama jugak ambil masa nak mencari basikalnya. Tengok dalam internet pun banyak tak sesuai. Tapi nak jadi cerita dekat Parit Buntar bertemulah jodohnya. Sampai sekarang saya terasa basikal untuk isteri saya itu sangat murah. Kalau tengok internet harganya lebih RM600.00.



Harga basikal ni hanya RM380.00 je. Alhamdulillah.

Saya juga pernah bercita-cita nak berkayuh basikal bersama keluarga keliling Malaysia. Tapi bila boleh buat? Tak tahu lah. Sebab hari-hari yang dilalui amat sempit. Banyak kerja yang perlu dilakukan.Bagaikan 24 jam sehari tak mencukupi. Tambahan pula masa banyak dihabiskan bersama kawan taulan dan masyarakat. Aktiviti kelas KBNM pun amat mencabar. Semuanya memerlukan masa dan kesabaran.

Matlamat kelas KBNM ialah menghabiskan bacaan al quran dan iqrak dari muka pertama hingga ke akhir. Secara individu. Rekod kelas, ada seorang abang tu yang berupaya membaca dalam masa 12 bulan. Nak pandai baca tu pun bergantung kepada kecergasan minda masing-masing. Yang penting kita hanya berusaha. Yang memberi hanya Allah Taala.

Kali ini saya nak bercerita ziarah saya dan isteri ke sekolah anak kesayangan kami. Jarak sekolah dan rumah tu tak lah jauh sangat. Tapi pasal berbasikal tu jadi mencabar jugak lah. Yang penting bersama isteri.


Bergambar di kawasan rumah

Kami bertolak pada pukul 4.30 petang. Berkayuh melalui jalan tali air. Selain isteri saya, anak saudara saya Zulhelmi turut serta pada mulanya. Dia ni yang saya harap lebih suka berbasikal dari bermotor bila meningkat remaja nanti. Bukan apa takut jadi Mat Rempit.

Elok selesai melalui taliar masuk jalan menuju Sg Burung, Zul Helmi tiba-tiba berhenti berkayuh. Dia memanggil saya. Setelah diperhatikan dirantai basikal, saya dapati gearnya membengkok mengenai jari-jari basikal. Saya menyuruh dia pulang dan membawa basikal dengan berhati-hati.

Perjalanan diteruskan bersama isteri. Sepanjang perjalanan ramai kanak-kanak memerhatikan kami. Mungkin merasa ganjil melihat pasangan suami isteri berbasikal ala-ala pelancong kut. Kalau di pekan suasana ini sudah menjadi kebiasaan. Kerana ramai dah orang minat berkayuh basikal.

Hujan turun rintik-rintik. Tapi perjalanan tetap di teruskan. Ala bukan jauh sangat pun sekolah kakak. Kalau berhenti nanti memakan masa pulak. Takut nanti sampai rumah malam.

Sampai di sekolah kakak, saya terus meletakkan basikal di tepi pondok guard. Manakala isteri terus menunggangnya menuju ke bangunan baru sekolah. Kedengaran beberapa orang pelajar lelaki riuh menyebut perkataan "La Tour D Langkawi".Tapi semasa saya berlalu, mereka mendiamkan diri sahaja.

Kawan-kawan kakak datang mengerumuni kami serta bersalam dengan isteri saya. Kalau dulu mereka merasa lucu melihat saya berbasikal menemui anak saya. Tapi kini tidak lagi. Saya pun tak tahu apa yang tergambar di dalam hati mereka.

Apa yang pasti usaha saya berbasikal bersama isteri untuk bertemu anak mudah-mudahan menjadi iktibar besar kepada diri anak saya. Mudah-mudahan dia menghargai setiap pengorbanan ayah dan ibunya. Mudah-mudahan dia mengenal erti susah payah dan tahu bersabar.


Gambar di atas ialah gambar kakak Darwisyah bersama kawannya.

Cepat betul kakak membesar. Dah jadi anak dara. Mudah-mudahan kau jadi anak yang solehah. Rajin membaca Al Quran dan mendirikan solat. Melakukan kebaikan menjauhi kemungkaran.Aminnnn.

Selesai ziarah kakak, kami solat Asar di surau berhampiran sekolah kakak. Nasib baik ada telekung spare di surau itu.


Selesai solat kami berkayuh pulang ke rumah. Sampai nak dekat malam gak lah...
Letih gak... tapi seronok. Wallahu a`klam

1 ulasan:

Princess Ichaa berkata...

Thank you papa and mama.