Konsep berdakwah adalah menyampaikan risalah mentauhidkan Allah kepada ummah.Dakwah juga bukan setakat dalam kelompok tertentu tetapi perlu berkembang hingga setakat mana yang termampu.Dakwah telah berjalan semenjak zaman dahulu.Dan bergerak berperingkat-peringkat.Nabi Muhammad SAW sendiri menjalankan dakwah dalam beberapa peringkat.Iaitu:
1. Di rumah baginda sendiri
2. Dari rumah ke rumah
3. Secara terang-terangan (dikhalayak)
4. Di dalam masyarakat Islam (melalui masjid dll)
Dalam masyarakat kita kerja dakwah ini dijalankan oleh pelbagai pihak.Samada dari kelompok atau individu.Dalam dakwah nilai keikhlasan amat penting. Gerak dakwah perlu berhikmah.Perlu dihindarkan sikap beremosi dan kurang beradab.Orang tak akan tertarik dengan unsur dakwah yang menekan jiwa dan terlalu berprotokol.Kemesraan dan sikap ramah serta mengambil berat perlu ada dalam jiwa pendakwah.
Banyak badan-badan NGO telah menjalankan usaha dakwah ini mengikut jalan tersendiri samada tersusun atau secara kurang teratur.Matlamatnya tetap sama iaitu mengajak umat Islam kembali ke arah jalan agama sebenar.Mudah-mudahan usaha mereka akan mebembangkan Islam dengan lebih luas lagi
Dakwah ini menjurus kepada 2 bahagian:
1. Untuk seluruh umat manusia
2. Umat Islam sendiri
Dakwah tidak boleh dianggap mudah keranan sebagai umat Islam, kita patut sama-sama membantu sebarang usaha dakwah dengan kemampuan masing-masing.Atas niat menegakkan kalimah tauhid yang sebenar.Disamping menhayati nilai kehidupan Islam dengan lebih tepat lagi.
Masa yang berubah turut mengubah bentuk gerak dakwah.Dengan adanya internet, banyak pihak berusaha berdakwah dengan usaha dan idea tersendiri.Bahan-bahan rujukan dakwah pun boleh di ambil di internet.Cara pendekatan dakwah perlu lebih halus dan tersusun.Disamping latar belakang ilmu pengetahuan dan peribadi perlu disesuaikan dengan keadaan semasa.
Dalam kehidupan kita yang semakin sibuk sekarang, bentuk dakwah juga patut disesuaikan dengan kehendak dan masa kini.Ramai pendakwah-pendakwah seluruh dunia sedang memikirkan cara dan program yang paling mudah untuk diterima oleh masyarakat.
Untuk umat Islam
Perlu diusahakan apa-apa usaha yang mampu mendekatkan setiap ahli masyarakat samada muda dan tua.Jalan mendidik amat perlu dilakukan bagi memudahkan mereka memahami nilai Islam yang sebenar.Untuk golongan kanak-kanak, pendidikan KAFA banyak membantu mereka mengamalkan nilai-nilai Islam.Sekiranya setiap pelajar memahami dan mengamalkan nilai-nilai ilmu yang diperolehi maka tidak mustahil mereka akan menjadi generasi Islam yang sewajarnya.Tetapi sayang masih ramai kanak-kanak tidak dapat menyertai kelas KAFA dek kurangnya kesedaran ibu bapa dan kesibukan aktiviti di sekolah rendah.
Manakala kuliah umumi yang dianjurkan pihak masjid dan surau amat memberangsangkan.Banyak sessi kuliah-kuliah yang diadakan setiap saban minggu.Ramai kalangan pendakwah dapat memberi peneranagn berkaitan Islam dengan baik dan jelas.Tetapi sesuatu yang agak mengecewakan ialah jumlah yang hadir belum cukup baik.Kalangan yang menyertai kelas tersebut hanyalah kelompok yang sama dan tertumpu orang yang sudah berumur.Lebih malang jika ada unsur-unsur politik yang kurang sihat dibawa masuk dalam ruang pengajian.
Ruang yang terbuka luas untuk diberi perhatian kini ialah golongan remaja dan orang-orang yang agak terasing dengan ilmu Islam.Mereka bukan tidak mahu menyertai kelas atau pengajian agama tetapi mereka sering terperangkap dengan masa dan protokol pengajian.Golongan ini perlu didekati dengan berhikmah dan kemesraan.Jumlah mereka ramai dan perlu ramai pendakwah yang sanggup terjun untuk menggerakkannya.
Golongan wanita lebih jelas keterbukaan mereka untuk menerima unsur dakwah dan lebih berterus terang.Sebab itu majoriti kelas atau kuliah agama adalah golongan wanita.Namun masih kurang tenaga pendakwah wanita yang sanggup melakukan usaha dakwah ini.
Yang amat perlu ditekankan ialah keikhlasan dalam berdakwah.Gerak kerja ini tidak boleh disandarkan dengan wang ringgit dan jawatan.Jika kadar bayaran tertentu diletakkan maka jelas orang yang tidak berkemampuan takkan dapat menerima dakwah dengan jelas.Sudah tentu juga mereka takkan dapat belajar agama dengan baik.
Sebab itu mata benda dan wang ringgit hendaklah diletakkan ke pinggir jika hendak menggerakkan dakwah dengan lebih berkesan.Namun siapa yang akan memulakannya.Jumlah pendakwah sebegini amat kecil.
Untuk umat manusia.
Gerak dakwah untuk orang lain perlukan kekuatan jiwa yang lebih besar.Hati ikhlas dan sanggup berkorban perlu disemat di jiwa.Di Eropah, pendakwah menjalankan kerja dengan agak tersusun dan berhati-hati.Kesepakatan amat perlu dalam gerak kerja dakwah ini bagi menimbulkan keyakinan orang lain.Apa yang menarik usaha mereka lebih murni kerana tak bergantung dengan mana-mana pihak samada dari sudut kewangan dan bantuan.Tapi lebih berjaya dari di dalam negara kita sendiri.
Paparan peribadi yang lebih terbuka dan berhemah adalah pakaian pendakwah.Kelembutan dan kemesraan perlu diamalkan selalu.Disamping kemahiran berhujjah yang jelas dan ringkas.Tahap dakwah ijuga perlu dikaji bagi meningkatkan keberkesanan mempengaruhi dan memahamkan orang ramai.
Perlu dikembangkan nilai Islam dalam seluruh kehidupan agar tiada kekeliruan yang mungkin akan menjejaskan usaha dakwah.
Kunci keikhlasan adalah amat-amat perlu dalam menjalankan usaha dakwah.Jangan disandarkan langsung dengan kepentingan lain samada wang ringgit,pangkat/jawatan, populariti dan lain-lain lagi.Bersederhana dalam ucapan dan perawakan menarik amat perlu dgambarkan.
Siapakah pendakwah itu?
Sebenarnya andalah pendakwah itu.Berdakwahlah dengan kadar kemampuaan.Sebab anda sudah berjanji....
AKU NAIK SAKSI TIADA TUHAN YANG KU SEMBAH MELAINKAN ALLAH
DAN AKU NAIK SAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
( nota kaki - kalau ibu,bapa, anak dan isteri kita ridak didakwahkan, siapa yang akan mulakan.Kawan-kawan pun akan menuntut tanggung jawap kita berdakwah di akhirat nanti)