Halaman

Selasa, 28 Jun 2011

Kenapa berbasikal

Saya suka berbasikal kerana ada beberapa perkara yang menarik saya dapati semasa berbasikal. Disamping sebagai satu riadah, berbasikal mengajar saya banyak perkara.Diantaranya dengan berbasikal, saya dapat melawat banyak tempat atau menziarahi banyak rumah.Tempat yang saya lawati kebanyakan kawasan sekitar sahaja.Belum mampu atau berkesempatan untuk menjelajah tempat yang jauh-jauh.Dan sebenarnya tempat disekitar kita ini pun penuh dengan kisah yang menarik dan boleh dijadikan iktibar.
Sebab kedua pula dengan berbasikal, saya dapat membentuk diri menjadi lebih bersabar dan bertenang.Setiap perjalanan tentu ada tempat yang dituju(matlamat).Lebih jauh kita berkayuh,lebih banyak kepayahan atau kepenatan yang kita perolehi.Semasa berbasikal setiap kayuhan membawa makna usaha yang pasti memerlukan kesabaran dan ketabahan.Ini membawa maksud setiap usaha perlu diselesaikan sedikit demi sedikit sampai berjaya.Perlu tabah,cekal dan berazam.
Selain daripada itu.Berbasikal membawa pandangan saya menghayati keindahan alam ciptaan tuhan.Penuh dengan rahmat dan kecantikan tersendiri.Sebab itu jika saya berkayuh bersama isteri atau anak-anak.Saya kerap berbicara tentang kejadian alam yang Allah telah kurniakan.
Apa pun cubalah cari kurnia tuhan dengan minat yang tuhan telah berikan.Samada berbasikallah,berkampingkah dan lain-lain lagi.Hayati dengan keimanan yang penuh kepada tuhan.Pasti hati akan merasa betapa kerdilnya kita di bumi ciptaan tuhan ini.
Sebab itu orang-orang barat mengembara dan beriadah dangan cara masing-masing.Hasilnya pemikiran mereka lebih damai daripada kita sendiri.
Kita masih beruntung.Dalam Islam huraian tentang alam kejadian tuhan terlalu banyak dipaparkan di dalam al quran.Pokok pangkalnya carilah hikmah di dalam al quran.Kemudian lihatlah alam yang luas dengan mengimani kembali kepada tuhan dengan lebih teguh lagi.

LIHAT SEGALA SESUATU YANG DIJADIKAN.INGATLAH SIAPA YANG MENJADIKAN(iaitu Allah SWT)

R sudah menduda

Ingat lagi kisah R.Seorang suami yang keliru dengan sikap isterinya yang mengelirukan.Rujuk kembali di atas tajuk "Kenapa jadi begini"(Kisah Manusia)
Baru-baru ini saya bertemu dengannya.Wajahnya agak ceria.Saya bertanya khabar kepadanya.
"R macamana hang lani?
"Alhamdulillah,masalah hari tu dah selesai,"jawap R.
"Selesai macamana?"Tanya saya lagi.
"Saya sudah pun bercerai dengan isteri saya.Kami berpisah dengan cara baik.Saya rasa perasaan bersalah saya pun telah hilang.Walaupun dia masih lagi mengamalkan cara hidup sebegitu.Saya rasa tekanan dalam diri saya pun dah berkurang."Katanya panjang lebar.
"Siapa tolong kamu?"Tanya saya lagi.
"Allah Taala.Setelah saya merujuk masalah tu kepada ramai ustaz dan kenalan.Akhirnya saya dapat satu kesimpulan.Saya perlu hadapkan doa dan permintaan tu kepada tuhan.Tuhan makbulkan.Saya dapat selesaikan perceraian saya tu dengan jalan yang mudah.Kami sama-sama ke pejabat agama tanpa pertengkaran dan pertikaian.Kini saya yakin tuhan akan membantu hambanya yang benar-benar mengharapkan pertolonganNYA."sambung R lagi.
"Kamu tahu apa yang kamu perlu lakukan lagi?"Sengaja saya menyoalnya.
"Ya.Saya tahu.Saya perlu belajar lagi.Terutamanya pelajaran agama.Saya perlu bertaubat.Terima Kasih kerana memberi nasihat kepada saya dulu."tambah R lagi.
"Alhamdulillah R.Mudah-mudahan tuhan sentiasa memberi pertolongan kepadamu."Ujar saya lagi sebelum kami berpisah.
Saya bersyukur kerana masalah R sudah selesai.Benar.Jika kita berhadap bersungguh-sungguh memohon kepada tuhan,pasti pertolongan itu akan sampai.Kerana tuhan maha mengetahui.Maha pengasih dan penyayang.
MOHONLAH PERTOLONGAN SELALU KEPADA TUHAN

Ahad, 5 Jun 2011

Ulamak yang dilupakan

Kali ini saya akan menceritakan kisah seorang ulamak yang dilupakan.Dia masih hidup Umurnya pun lebih daripada 100 tahun.Dulu semasa dia masih cergas, dia sangat dihormati oleh masyarakat.Dia berpendirian sederhana.Tidak suka memihak pada satu-satu golongan atau puak atau parti.Dia amat berwibawa.Jasa baiknya di dalam masyarakat.Dia menjadi imam selama 40 tahun.Dia pernah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri.
Tapi sayang.Kini dia tidak dihormati.Dia baru sahaja kematian isteri.Dia dijagai oleh anak angkatnya.Kerana dia tidak mempunyai zuriat keturunan dari darah dagingnya sendiri.Sebab kedua kenapa dia tak hormati kerana keadaannya.Dia sudah nyanyuk.Maklumlah umurnya sudah terlalu tua.
Kerana keadaannya itulah timbul pelbagai macam fitnah yang menyebabkan anak angkatnya sering bersedih.Maklum sajalah.Masyarakat kita mudah membuat tafsiran sendiri.Mudah membuat tuduhan yang bukan-bukan.Ditambah dengan kepercayaan tahyul yang kejap dihati masyarakat kita.
Semasa menziarahi ulamak ini, anaknya mengadu akan fitnah-fitnah yang menimpa keluarga mereka.Katanya masyarakat menuduh ayahnya itu menuntut ajaran sesat.Atau ada amalan yang salah.Senang cerita bela hantu.Maklumlah.Ayahnya itu sudah hilang ingatan.Tak mahu mandi dan berkelakuan seperti orang tidak siuman.Dikurung dalam bilik.Hampir-hampir mengubah keseluruhan wataknya.
Saya bersimpati dengan anak ulamak tersebut.Saya katakan kepadanya."Kak, kalau kita berumur sepertinya.Adakah kita yakin ingatan dan keadaan kita kekal seperti sekarang.Pasti kita pun akan menjadi sepertinya.Sabarlah kak."pujuk saya kepada anak ulamak tersebut.
Hati saya amat terharu melihat keadaan ulamak tersebut.Hati berasa betapa orang yang banyak jasa pun bagaikan kain buruk kini.Tak diendahkan orang.Bahkan dihina dan dituduh bukan-bukan.Tak tahulah nasib kita pula di masa akan datang.
Sebenarnya saya menziarahi ulamak tersebut bersama-sama isteri saya.Kemudian kami solat jemaah maghrib bersama keluarga ulamak tersebut.Dan kami sama-sama berdoa dan menangis memohon Allah menjauhi segala fitnah kepada keluarga kami semua.

SALAH SATU TANDA AKHIR ZAMAN IALAH ULAMAK DIHINAKAN.ORANG YANG MAKSIAT DIMULIAKAN.

Wallahu `aklam