Halaman

Isnin, 7 Februari 2011

Ziarah yang bermakna

Ziarah adakah satu kegiatan yang sangat baik untuk diamalkan oleh sesiapa pun.Semasa ziarah hendaklah kita mengamalkan adab-adabnya agar membawa kebaikan kepada kita.Orang-orang yang patut untuk kita ziarahi ialah:
1.Ibubapa kita - yang paling patut dilakukan.(lagi kerap lagi bagus)
2.Guru-guru kita
3. Orang alim
4. Orang fakir miskin
5. Sahabat handai
6. Sanak saudara
7. Jiran tetangga

Menziarahi mereka yang miskin atau sakit lebih patut kita lakukan.Menziarahi orang yang miskin atau sakit akanmemberi pelbagai kebaikan untuk kita.Di antaranya:
1. Mengerat silaturahim
2. Menginsafkan dan menyedarkan kita
3. Menambah pengetahuan
4. Membentuk keperibadian yang baik

Sebenarnya banyak lagi kebaikan yang kita boleh perolehi.Bergantung dengan pengalaman yang kita lalui.Sebab itu ciri-ciri pemimpin yang baik ialah berziarah.Istilah sekarang ialah "turun padang".Sebab itu jika orang tu lagi kuat berziarah lagi banyak pengalaman atau ilmu-ilmu tersembunyi akan dia perolehi.Akan luas pemikiran dan pandangan akan terzahir pada kelakuan dan percakapannya.

Kali ini saya ingin membawa satu pengalaman yang saya rasai ketika menziarahi guru-guru saya.Baru-baru ini saya telah mengumpulkan pelajar-pelajar saya berbasikal menziarahi guru-guru saya.Sebahagian kisah dan foto ziarah berbasikal ini dapat anda layari dengan meng Klik di sini

Semasa saya menziarahi salah seorang guru saya yang menderita sakit stroke (angin ahmar) ini saya tak dapat menahan air mata.Saya katakan kepada pelajar saya betapa guru saya ini seorang yang saya anggap hebat kerana beliau seorang yang amat peramah semasa sihatnya.Kerap bermuzakarah dan periang.Mudah membuat perkiraan dalam persoalan yang rumit dan mengelirukan.Tak pernah marah dan mesra.Saya rindu keadaannya masa lalu.Tapi kini dia sudah tidak bisa berbicara.Hanya airmatanya berbicara untuk saya.

Kami berdoa beramai-ramai dan saya katakan saya kehilangan dan merindui suara kemesraan guru saya ini.Pelajar-pelajar saya turut menangis dan memahami perasaan tersebut.Adakah mereka juga akan merindui saya seperti saya merindui suara guru saya itu?Wallahu `klam

Masa berlalu terlalu pantas.Kita pun tak pasti adakah di masa tua atau sakit nanti akan ada orang menziarahi kita.Kalau kita pernah merasa sunyi atau keseorangan semasa sakit.Ingatlah dan bertindaklah.Banyakkan berziarah sebanyak mungkin semasa kita sihat.Tak kira samada kita kenal atau tidak orang itu.

Dari sudut hikmah pula yang akan kita perolehi jika kita banyak berziarah ialah:
1. Memanjangkan umur kita
2. Murah rezeki
3. Lembut hati
4. Menghilangkan tekanan masalah harian

Marilah kita banyak berziarah.ZIARAH MEMBAWA BARAKAH.