Halaman

Selasa, 15 Februari 2011

Kenapa jadi begini?

Sejak kebelakangan ini macam-macam orang telah menemui saya.Nak minta nasihat la kut.Saya bukan pakar kaunseling atau mahir dalam psaikologi.Hanya insan biasa.Tapi dah orang tanya,kita jawaplah atas kemampuan kita.Atau sekadar memberi pandangan.Yang baik dan sesuai ikutlah.Yang buruk dan tak sesuai, tinggalkanlah.
Kali ini saya nak bercerita mengenai sebuah kisah yang mungkin agak pelik dan tak sepatutnya berlaku di dalam masyarakat kita.Mudah-mudahan boleh menjadi iktibar kepada kita semua.

Bertukar-tukar suami isteri
Seorang suami bertanya kepada saya berkaitan masalah isterinya yang berlaku curang terhadapnya.Si suami ini saya namakan sebagai R.Bagi memudahkan cerita.R seorang peniaga kedai makan bersama isterinya.Mereka juga mempunyai hubungan rapat dengan sepasang suami isteri.Mula-mula hubungan mesra suami isteri dan R serta isterinya biasa sahaja.Tetapi sejak beberapa bulan kebelakangan ini hubungan mereka telah mulai melepasi batas yang tidak sepatutnya.Mungkin untuk seronok-seronok mulanya.
Beberapa bulan yang lalu, mereka membuat rancangan yang agak luar biasa.Iaitu bertukar-tukar suami dan isteri.R tanpa banyak soal terus bersetuju.Maka berlakulah maksiat sesama mereka tanpa diketahui oleh masyarakat.R sendiri menghantar isterinya ke rumah pasangan suami isteri dan berlakulah maksiat yang amat-amat janggal di dalam masyarakat kita.Bahkan dibenci oleh agama kita.Bahkan R sendiri telah berzina dengan isteri rakannya itu yang sedang mengandung pula.Tetapi dia menyesal dan berasa perkara ini tak sepatutnya berlaku.
Dia mengambil langkah menjauhkan diri daripada maksiat itu.Tapi isterinya sudah mulai khayal dengan perlakuan songsang itu.Hampir setiap hari isterinya berkunjung dan bermalam di rumah pasangan suami isteri itu.Dan perbuatan tersebut semakin dikesan oleh masyarakat.
Isterinya semakin berubah dan tidak mahu melayan R.Sikapnya berubah menjadi pemarah dan kerap mengugut R supaya menceraikannya.R semakin keliru.Cerita perzinaan antara isterinya dan pasangan ini disebarkan ke merata ceruk.Dan ramai ingin membantu dan memberi pandangan kepadanya.
Tetapi R tidak berupaya untuk berbuat apa-apa.Dia tak mampu bertindak.Walaupun jelas kini dia semakin menjadi suami yang dayus.Dia hanya mampu meminta nasihat.Sayangnya dia masih tidak mampu bertindak apa-apa.Alasannya dia amat sayang dengan isterinya.Dan takut menanggung beban hutang sekiranya berlaku perceraian.
Anak-anaknya juga sudah hilang hormat kepada isterinya.Bahkan mereka memutuskan tak akan ambil hirau kepada ibu mereka.Macam mana anak-anak nak hormat jika melihat ibu mereka berpeluk-peluk dengan suami orang di depan mata mereka.
Sekiranya R bertindak dengan melaporkan kepada pihak Jabatan Agama Islam,pasti perkara ini akan selesai.Pasangan suami isteri itu semakin berani melakukan perbuatan itu kerana R banyak mendiamkan diri sahaja.Isterinya juga mengugut akan memberitahu Jabatan Agama yang dia juga terlibat dengan maksiat songsang itu.
Saya hanya meminta R membuat report kepada pihak yang berwajib dan sabar menghadapinya. Sudah tak ada makna untuk beliau membela isteri yang bermaksiat itu.
Tetapi hingga kini R belum bertindak dan mudah-mudahan dia mendapat jalan penyelesaian dalam perkara ini.


Isnin, 7 Februari 2011

Ziarah yang bermakna

Ziarah adakah satu kegiatan yang sangat baik untuk diamalkan oleh sesiapa pun.Semasa ziarah hendaklah kita mengamalkan adab-adabnya agar membawa kebaikan kepada kita.Orang-orang yang patut untuk kita ziarahi ialah:
1.Ibubapa kita - yang paling patut dilakukan.(lagi kerap lagi bagus)
2.Guru-guru kita
3. Orang alim
4. Orang fakir miskin
5. Sahabat handai
6. Sanak saudara
7. Jiran tetangga

Menziarahi mereka yang miskin atau sakit lebih patut kita lakukan.Menziarahi orang yang miskin atau sakit akanmemberi pelbagai kebaikan untuk kita.Di antaranya:
1. Mengerat silaturahim
2. Menginsafkan dan menyedarkan kita
3. Menambah pengetahuan
4. Membentuk keperibadian yang baik

Sebenarnya banyak lagi kebaikan yang kita boleh perolehi.Bergantung dengan pengalaman yang kita lalui.Sebab itu ciri-ciri pemimpin yang baik ialah berziarah.Istilah sekarang ialah "turun padang".Sebab itu jika orang tu lagi kuat berziarah lagi banyak pengalaman atau ilmu-ilmu tersembunyi akan dia perolehi.Akan luas pemikiran dan pandangan akan terzahir pada kelakuan dan percakapannya.

Kali ini saya ingin membawa satu pengalaman yang saya rasai ketika menziarahi guru-guru saya.Baru-baru ini saya telah mengumpulkan pelajar-pelajar saya berbasikal menziarahi guru-guru saya.Sebahagian kisah dan foto ziarah berbasikal ini dapat anda layari dengan meng Klik di sini

Semasa saya menziarahi salah seorang guru saya yang menderita sakit stroke (angin ahmar) ini saya tak dapat menahan air mata.Saya katakan kepada pelajar saya betapa guru saya ini seorang yang saya anggap hebat kerana beliau seorang yang amat peramah semasa sihatnya.Kerap bermuzakarah dan periang.Mudah membuat perkiraan dalam persoalan yang rumit dan mengelirukan.Tak pernah marah dan mesra.Saya rindu keadaannya masa lalu.Tapi kini dia sudah tidak bisa berbicara.Hanya airmatanya berbicara untuk saya.

Kami berdoa beramai-ramai dan saya katakan saya kehilangan dan merindui suara kemesraan guru saya ini.Pelajar-pelajar saya turut menangis dan memahami perasaan tersebut.Adakah mereka juga akan merindui saya seperti saya merindui suara guru saya itu?Wallahu `klam

Masa berlalu terlalu pantas.Kita pun tak pasti adakah di masa tua atau sakit nanti akan ada orang menziarahi kita.Kalau kita pernah merasa sunyi atau keseorangan semasa sakit.Ingatlah dan bertindaklah.Banyakkan berziarah sebanyak mungkin semasa kita sihat.Tak kira samada kita kenal atau tidak orang itu.

Dari sudut hikmah pula yang akan kita perolehi jika kita banyak berziarah ialah:
1. Memanjangkan umur kita
2. Murah rezeki
3. Lembut hati
4. Menghilangkan tekanan masalah harian

Marilah kita banyak berziarah.ZIARAH MEMBAWA BARAKAH.