Halaman

Rabu, 23 Oktober 2019

Mimpi Seorang Guru

Satu hari seorang guru datang bertanya saya tentang mimpinya.Bagai ada maksud d sebalik mimpinya.Tapi dia tak mengerti.Dan dia perlu juga meminta pandangan orang lain.
Mimpinya begini ...
Dalam mimpinya ada seorang lelaki yang membawa banyak buku-buku tulis.Yang dibungkus dengan kain dan di tanggung di belakangnya. Lelaki itu membawa buku-buku itu kemana-mana. Dia juga seorang yang suka bermusafir  dan kerap menziarahi masjid-masjid. Dia juga gemar berjubah serta berpakaian cantik ketika berada di masjid-masjid tadi.
Satu hari beliau bersolat jemaah di sebuah masjid yang cantik dan berwarna putih. Masjid tersebut sangat cantik lagi moden. Buku-bukunya itu d letakkah di sudut yang selamat dan dia terus menyertai jemaah yang solat fardhu zohor. Dalam masa yang sama beliau tidak sedar bahawa ada mata yang sedang memerhatikan kelakuannya. Sejak dari mula masuk masjid lagi. Rupa-rupanya yang memerhatikan itu merupakan seorang guru yang sangat dihormati di kawasan itu. Selesai solat guru tersebut mengajak lelaki itu ke kedai makan yang berhampiran masjid tadi. Guru itu mempunyai murid yang ramai dan sangat memuliakan guru tersebut. Semasa berjalan kelura dari masjid pun berpuluh orang yang mengiringi beliau dan mereka tak berani mendahului langkah kaki guru tersebut.
Sampai di kedai makan, guru tersebut menjemput lelaki tadi duduk bersamanya. Guru tersebut bertanyalah asal usul lelaki tersebut. Tujuannya datang ke masjid tersebut dan pelbagai persoalan-persoalan yang lain. Habis bersoal jawab guru tersebut mulai bercerita bab ilmu. Merangkumi bab adab dan akhlak, feqah, tasawwuf dll.
Lelaki itu hanya diam dan hanya menganggukkan kepalanya dikala guru itu bertazkirah/bercerita. Manakala di belakang guru tersebut, ramai anak murid guru itu berdiri mendengar ucapan guru mereka tanpa membantah. Bahkan sentiasa mereka menundukkan kepala.
Setelah penat berbicara, guru itu pun bertanya kepada lelaki itu.
"Apa yang kamu bungkus dalam kain itu? Kenapa kamu menanggungnya? Macam barang itu sangat berharga ..."
Langsung lelaki itu menjawap sambil membuka bungkusan kain  itu.
"Sebenarnya dalam bungkusan ini adalah buku-buku yang dirulis anak muridku. Mereka menulis huruf-huruf al quran. Walaupun tulisan mereka tak cantik dan macam tak berharga tapi saya sangat kasihkan mereka. Walaupun mereka ada yang sudah tak belajar dengan saya.Tapi saya sangat rindukan mereka. Bila saya melihat tulisan mereka, saya akan mendoakan mereka.Sebenarnya saya selalu rindukan mereka. Dan saya bermusafir kerana menziarahi mereka."
Dia bangun dan terus memeluk seorang lelaki yang kusut masai. Sambil berkata,
"Ini muridku."
Kemudian dia menuju kepada seorang perempuan yang sedang sibuk bekerja di dapur kedai.
"Ini juga muridku.'
Kemdian dipeluknya lelaki yang comot dan nampak seperti orang jahat.
"Ini juga muridku."
Kemudian lelaki itu bangun bangun dan menuju kepada kanak-kanak ysng cacat.(mungkin buta atau pekak atau terencat akal)yang lalu lalang dekat kedai itu.Kemudian dia berkata lagi,
" Ini muriku lagi waliku."
Hampir semua orang miskin, yang hina, yang cacat, yang jahat disebutnya sebagai muridnya. Dan adakala disebutnya sebagai walinya.
Semua org dalam kedai tadi menangis teresak-esak. Mereka memeluknya dan nampak mereka sayang  sungguh dengan lelaki itu.
Kemudian lelaki itu menangis lalu bangun beredar dari kedai tersebut. Hilang dari pandangan guru tersebut. Guru tersebut terdiam.Tunduk sambil beristighfar ....
Saya diam mendengar kisah mimpi itu. Saya tahu lelaki dalam mimpi itu adalah guru yang bertanya soal mimpi itu kepada saya.
Sya hanya mampu menjawap ....
Wallahu aklam