Apa yang saya ingin kongsikan dengan pembaca kali ini ialah beberapa sikap yang sedang berlangsung di sekitar kita atau mungkin juga kita terlibat secara tak langsung.Bukan saya nak mengajar tapi sekadar berkongsi pandangan.
Antara orang-orang sering kita pertikai ialah bos kita atau majikan kita.Mengkritik atau mempertikai tidaklah membawa masalah.Tapi lambat laun akan wujud hubungan buruk antara kita dan mereka.Mungkin kita disisihkan dan akhirnya dipecat.Menentang membabi buta hanya menampakkan kebodohan kita.Mungkin sekadar menyalak bukit nampaknya.Kerana kalau big bos sudah marah maka tak de lah rezeki kita di situ lagi.Kalau dia marah dan kita marah maka suasana kerja dah jadi tak nampak menarik.Maka ramailah belajar ilmu penunduk bos atau pembodek bos.Habis tu nak buat macam mana? Pandai-pandailah nak hidup.Kenali dia akhirnya tahulah menyejukkan hatinya.
Orang yang kerap dipertikai ialah Pak Imam.Betul .... Ramai orang pertikai imam masjid.Kononnya imam baca fatehah tak betullah.Imam makan gaji butalah sebab tak datang masjid setiap waktu.Hanya datang masa bertugas jadi imam je.Dan macam-macam tuduhan lagi.Mungkin betul mungkin salah.Tapi leceh la.Kutuk-kutuk,komen-komen last bila imam naik ikut pulak solat jemaah.
Kalau nak dipertikai berlebih-lebihan, cuba kembali merenung kembali kisah Bilal b.Rabbah.Beliau juga seorang yang pelat.Dia tak mampu menyebut huruf shin dengan bail.Bahkan sahabat-sahabat mempertikai juga.Akhirnya apabila dibawa kepada Rasullullah SAW, baginda menyatakan wahyu Allah,"Walaupun di sisi Bilal huruf sin tetap di sisi Allah huruf shin.Suara Bilal menembusi hingga ke langit.Hingga saat beliau wafat malaikat tertanya-tanya tidak mendengar suara muaazin dari bumi lagi.Wallahu aklam.
Cerita yang terdekat ialah dulu ada seorang imam di Masjidil Haram,Makah.Beliau membaca menjadi sengau(idgham)semua huruf.Tetapi seluruh ulamak tak pernah pertikai kelemahannya.Ada pendapat mengatakan bawah lelangit imam tersebut berlubang.Wallahu aklam.
Yang ketiga ialah guru.Jangan pertikai guru.Terutama guru Al Quran atau guru agama.Kerana guru ini memimpin dalam kegelapan.Dari bodoh jadi pandai kerana guru yabg ajar.Mana mungkin guru diperlekeh atau dikritik setelah diambil pula ilmunya.Pasti tiada keberkatan.Banyak hujah-hujah ilmu yang mengangkat darjat guru,memuliakan guru.Ringkas kata guru penyelamat dari kejahilan.Tapi tak dinafikan jua ada juga guru yang khianat.
Yang ramai orang suka pertikai tapi tak nak mengaku ialah ibu atau bapa.Ini Kisah benar.Ibu sudah tua.Bahasanya lupa-lupa.Kata-katanya bagai anak manja.Semua serba tak kena.Sebab itu ramai orang istilahkan ibu bapanya orang tua.Maksudnya dah lemah berfikir, tak kuat tenaga.Tolong .... Jangan istilahkan dengan panggilan itu.Sebutlah ibuku atau ayahku.Lagi baik panggil Ratuku atau Rajaku.
Tetapi orang-orang di atas jarang-jarang nak pertikai kita lebih-lebih.Mungkinkah mereka berfikir sebegini?
1.Majikan/bos yang bijak tak akanmembalas kritikan pekerjanya kerana kritikan itu tak mampu mengubah kedudukan kuli jadi bos pun.Main duit selesai.Ramai yang tewas dengan duit.Lalu lakunan mereka selalu berjaya.
2.Imam yang warak takkan berkelahi dengan makmumnya.Kerana dia tahu imam saja yang akan diikuti makmum.Tak pernah imam ikut makmum.Akhirnya makmum itu lebih layak mufaraqah(keluar jemaah).Jemaah tetap ikut imam.
3.Guru yang Arif tak akan bertikai dengan anak muridnya.Kerana dia tahu redha atau murka guru penentu barakah ilmu yang di ajar.Sampai bila pun murid yang durhaka itu tak mampu menjadi guru yang mulia kepada gurunya.Tetap pandai guru dulu dari murid.
4.Ibu bapa yang baik tak kan lawan dengan anaknya.Kerana dia tahu itu anaknya.Buah hati pengarang jantungnya.Rela dilukai daripada melukai.Buktinya, ibu sanggup nak mati tika bersalin.Dan dia tahu anak tu datang dari tubuhnya yang bahagian mana.
Wahai ! Anak yang sombong.....
Ingatlah bila ada anak nanti mereka akan balas balik kritikan yang pernah di lemparkan kepada ibu bapa kamu.Ibu diam bila diherdik anak.Bapa pun tunduk dimarah anak.Mereka menangis tapi tak mahu tunjuk hancurnya hati mereka kepada anak.Mereka sayang sungguh anak.Namun anak tak pernah mengerti....
MUNGKIN KITA, DIA ATAU MEREKA
Jumaat, 8 Januari 2016
Lama tak menulis
Lama saya tak menulis dalam blog ni.Masa terlalu pantas berlalu.Tanpa disedari lembaran tahun 2016 melabuhkn tirai.Sebenarnya banyak juga kisah-kisah yang menarik ingin saya kongsi dengan pembaca sekelian.Memang benar kisah yang ditulis dan mudah dibaca mammampu menjadi rujukan, panduan dll dibandingkan dengan kisah yang disampaikan melalui lisan.Saya sendiri suka membaca pengisahan atau cerita orang dalam blog mereka.Banyak perkara baik diperolehi.Dan inilah keindahan alam buana yang digarap dengan tulisan akhirnya jadi bahan bacaan yang menarik.
Tapi saya l'un tak minat dengan tulisan yang panjang dan terlalu tinggi bunga-bunga bahasa atau sasteranya.Nanti faham jadi tak faham.
Saya suka bahan yang simple dan mudah difaham.Janji ada cerita yang boleh diambil iktibar.Bukan bahan yang emosi atau menghukum.Apa-apa pun saya ucap terima kasih kepada pembaca yang Audi menatap blog hamba yang hina ini.Yang bail jadikan panduan.Yang buruk jadikan sempadan.Jika ada apa-apa salah dan silap mohon dimaafkan.Maklumlah saya manusia biasa.Tak lari daripada salah dan silap.
Ingatlah kembali,
1.Wahyu pertama turun perkataannya ialah iqrak yang bererti bacalah.
2.Membaca jambatan ilmu
3.Banyak membaca luas pengetahuan
4.Dengan baca banyak diketahui, dengan baca banyak dihayati, dengan baca dihafali.
5.Penilaian pembaca seribu sudut walau bermula dari satu titik.
6.Jangan pernah rasa sia-sia bila dibaca.Tapi rugi jika tak baca.
7.Dalam dunia ini ramai yang mampu membaca.Tapi masih ramai kurang membaca.
SELAMAT MEMBACA.
Tapi saya l'un tak minat dengan tulisan yang panjang dan terlalu tinggi bunga-bunga bahasa atau sasteranya.Nanti faham jadi tak faham.
Saya suka bahan yang simple dan mudah difaham.Janji ada cerita yang boleh diambil iktibar.Bukan bahan yang emosi atau menghukum.Apa-apa pun saya ucap terima kasih kepada pembaca yang Audi menatap blog hamba yang hina ini.Yang bail jadikan panduan.Yang buruk jadikan sempadan.Jika ada apa-apa salah dan silap mohon dimaafkan.Maklumlah saya manusia biasa.Tak lari daripada salah dan silap.
Ingatlah kembali,
1.Wahyu pertama turun perkataannya ialah iqrak yang bererti bacalah.
2.Membaca jambatan ilmu
3.Banyak membaca luas pengetahuan
4.Dengan baca banyak diketahui, dengan baca banyak dihayati, dengan baca dihafali.
5.Penilaian pembaca seribu sudut walau bermula dari satu titik.
6.Jangan pernah rasa sia-sia bila dibaca.Tapi rugi jika tak baca.
7.Dalam dunia ini ramai yang mampu membaca.Tapi masih ramai kurang membaca.
SELAMAT MEMBACA.
Langgan:
Catatan (Atom)