Walau bagaimana pun ramai agak rasa tertekan menjaga ibu atau bapa yang sudah lanjut usia.Antara faktor yang membuatkan anak-anak terasa tertekan untuk menjaga atau melayan mereka ialah:
1. Kesihatan
Apabila ibu atau bapa sakit atau terlalu tua, banyak perhatian yang perlu diberikan kepada mereka.Tambahan pula karektor mereka akan kembali keanak-anakan dan ini mengundang rasa tidak selesa anak-anak.Menjaga mereka perlukan kesabaran dan keikhlasan.Kenang kembali jasa baik mereka dan kasih sayang terhadap mereka seikhlas mungkin.
2. Kerenah ibu atau bapa
Ibu atau bapa yang lanjut usia mengalami masalah ingatan atau karektor yang mungkin mengelirukan anak-anak.Maka hendaklah menangani setiap masalah dengan mereka dengan penuh berhemah dan beradap.Kebanyakan orang tua suka dilayan walaupun permintaan mereka kadang-kadang amat ganjil dan menekan hati kita
3. Kerjaya terganggu
Bagi golongan yang berkerjaya, menjaga ibu atau bapa amat mencabar.Sikap semasa bekerja dan melayan mereka tak patut disamakan.Sebenarnya kerjaya kita akan menjadi lebih berkat jika kita melayan dan menjaga ibu atau bapa dengan baik.Kerja boleh dicari dan disesuaikan.Ibu atau bapa tiada galang ganti.
4. Tanggung jawap yang banyak
Tanggung jawap ini termasuklah juga tanggung jawap terhadap anak-anak dan menjaga keluarga.Jangan menganggap menjaga ibu atau bapa sebagai beban.Sebaliknya bijak-bijaklah menyusun rancangan penjagaan dan lebih teratur.
Membiarkan ibu atau bapa tanpa penjagaan yang baik berdosa besar.Terang-terang kita akan tergolong dengan kelompok Si Tanggang Moden.Penjagaan mereka lebih menekankan soal perasaan dan komunikasi yang baik.Kebanyakan ibu bapa yang lanjut usia bukan perlukan kemewahan atau wang ringgit melimpah ruah.Tetapi perhatian dan layanan yang baik menjadi harapan dan kesenangan mereka.
SIAPA YANG PATUT MENJAGA MEREKA?
Jika anak tunggal maka tanggung jawap itu 100% tanggung jawap anak tersebut.Bagi yang mempunyai ramai anak maka tanggung jawap itu jatuh kepada setiap anak-anak tersebut.Setiap anak perlu memikul tanggung jawap itu dengan kerjasama yang baik tanpa rasa cemburu atau berkira.Bagi anak-anak yang bijak, mereka menyusun jadual penjagaan ibu atau bapa itu dengan sama rata.Mungkin setiap boleh menjaga setahun demi setahun.Dan kos biaya pun perlu dilakukan dengan saksama.
Jangan hanya mementingkan diri sendiri.Ingatlah satu hari kita pun akan tua.Adakah kita sanggup dipinggirkan oleh anak-anak seperti yang kita lakukan sekarang.Gambaran masa tua kita akan tercorak atas tindakan kita terhadap ibu atau bapa ketika ini.
Jangan menyerahkan tanggung jawap itu kepada hanya seorang saudara kita sahaja.Mungkin saudara kita juga ada impian dan cita-cita tersendiri.Tapi demi menjaga hati ibu dan saudaranya dia sanggup berkorban.Amat rugi orang yang tak ambil kesempatan menjaga ibu atau bapa mereka selagi masih hidup.Besar pahala tu.
Ada setengah pendapat mengatakan bahawa anak lelaki yang patut menjaga ibu mereka.Kerana kononnya anak lelaki kepala waris.Mungkin juga mereka memandang bahawa isteri anak lelaki akan patuh taat kepada suaminya.Tetapi dari sudut keselesaan anak perempuan lebih layak menjaga ibu mereka.Suaminya pula layak menerima mertua perempuan tersebut.Lagi pun jika ibu tua tersebut sakit atau lemah maka amat sesuailah anak perempuan yang membantu berak kencingnya.Anak lelakinya tentu tidak sesuai dan patut walaupun aurat ibu tersebut tidak terbatal.
Sejak kebelakangan ini ramai orang mengelak untuk menjaga orang tua mereka atas alasan-alasan di atas.Kebiadapan mereka itu amat merugikan mereka sendiri.Sukar untuk menjadi anak soleh kalau tak sudi jaga mak bapa sendiri.
Kenangkan kembali bagaimana ibu bapa mampu menjaga anak yang ramai.Tak patut anak yang ramai tak mampu menjaga seorang ibu atau bapa.Satu hari setiap orang akan jadi tua.Jika buat perkara yang tidak baik kepada mereka pasti perkara tersebut akan jatuh ke batang hidung sendiri.
Berbalik kepada sikap atau kelakuan ibu bapa yang mengelirukan hati kita ini.Bahkan sampai menimbulkan perasaan marah dan sakit hati.Kita perlu bersabar. dan tenang.Mungkin semasa kecil dulu kita adalah anak yang kerap menimbulkan sakit hati ibu bapa dan kifarahnya kembali kepada kita.
Sesuatu yang patut kita kawal ialah jangan marah atau berdendam dengan mereka.Bila perbalahan timbul, syaitan akan mencelah dan akan membuatkan rasa sakit hati ibu bapa kita.Memang syaitan sedaya upaya akan menghasut anak adam supaya anak-anak jadi durhaka kepada ibu bapanya sebelum ibu bapa menutup mata.
Terimalah seadanya ibu bapa kita.Kerana kita adalah zuriat kesayangannya yang telah ditaqdirkan.Tak ada makna hidup tampak bahagia tetapi mengguris hati ibu terutamanya dari sudut yang sangat terpencil.
INGATAN SEBAGAI RENUNGAN
1. Ibu atau bapa itu bapa atau ibu siapa?
2. Gembirakan hati kita dikala ibu sunyi dan perlu anak disisi
3. Jangan menzalimi saudara kita yang banyak berkorban untuk ibu bapa kita
4. Satu hari kita akan melalui masa tua
5. Ambil peluang keemasan dalam hidup iaitu jagalah ibu dan bapa yang sudah lanjut usia
6. Takkan berjaya anak yang bijak mengelak daripada menjaga ibubapanya
7. Apa nak jadi dengan diri anda?
SAYANGKAN IBU BAPA?BUKTIKANLAH ........